Archive for the 'bidvertiser' Category


Hari ini aku kena jalan jauh. Pastu kena patah balik. Penat juga. Jadi, ringkas sahaja entri hari ini. Sebolehnya malas taip panjang-panjang sebab aku tengah ngantuk gila. Mahu tidur awal hari ini. Kerja banyak tapi kena tangguhkan dulu. Hoho

bidvertiserpaymentlatest Komisen ke 5 dari Bidvertiser


Ini bayaran terkini yang aku terima dari program Bidvertiser. Memang tak banyak yang aku dapat dan aku rasa ada yang lebih hebat dari aku bila mereka dapat duit dari bidvertiser. So far, strategi aku menjadi dengan meletakkan iklan bidvertiser diblog superblog aku yang ada banyak trafik. Sedikit sebanyak iklan jenis popup aku memberikan aku lebih banyak earning berbanding klik yang aku dapat. Tak kisahlah. INi baru eksperimen 2 bulan yang aku buat. Lepas ni, aku nak tengok berapa aku boleh dapat sampai bulan Disember nanti.

Bidvertiser ni macam program-program yang lain. Kena pada tempat dan masanya, memang kita boleh buat duit tanpa usaha keras. Tapi untuk dapat apa yang aku dapat hari ini, memang kena usaha keras memanjang. Takde jalan mudah nak buat duit dengan Bidvertiser. Mesti kekal tabah dan gila sepanjang masa. Sebolehnya aku tak nak kalah dengan blogger luar negara dan blogger bawah tanah dalam perihal buat duit dengan bidvertiser. Jika mereka, mengapa tidak aku tidak boleh?

So, korang mahu cuba atau tidak program Bidvertiser bergantung pada korang. Aku usaha dekat 2 tahun baru dapat momentum untuk program ini. Baru dapat apa yang aku kurang dan aku tahu apa yang aku perlu lakukan. Jadi, kena kekal sentiasa alert dan memperbarui trik dan skill aku. Kalau tidak, dah lama aku berhenti menulis blog dan buat kerja lain. Haha..

OK. Aku terasa kacak bila dapat duit dari Bidvertiser hari ini. Tahniah untuk diri aku yang sememangnya kacak. AKu tahu korang rasa aku poyo. Tapi kekadang, menjadi seorang yang poyo pun agak kacak juga bila kena pada masa dan tempatnya. Haha.

Ps: Moral hari ini. Menjadi poyo itu juga salah satu seni kekacakan. Haha.. icon smile Komisen ke 5 dari Bidvertiser

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Rasanya dah berkurun aku tak dapat duit dari Bidvertiser ni. Nak buat macam mana kan, bukannya ramai yang dok klik iklan Bidvertiser yang terpampang kat blog-blog aku tu. Kena pula aku letak kat 3-4 blog sahaja. Jadi, memang cukup susahlah aku nak cashout duit dari Bidvertiser. Bila dah dapat bayaran terbaru dari Bidvertiser ni, dah cukup mengharukan aku. Lagi-lagi korang. Mesti lagi terharu kan?

komisenbidvertiseraugust2011 Komisen ke 3 dan ke 4 dari Bidvertiser

komisenbidvertiserseptember Komisen ke 3 dan ke 4 dari Bidvertiser


1. Ini bayaran yang ke 3 dan ke 4 dari Bidvertiser. Bayaran kedua dari Bidvertiser, aku dapat pada bulan 11 tahun 2010. Ini bermaksud, aku perlukan 1 tahun untuk dapat bayaran dari Bidvertiser? Ohh, ini tidak kacak langsung. Aku kena berusaha untuk dapat sekurangnya 2 bulan untuk 1 komisen. Itu baru blogger kacak namanya. Haha..

2. Minimum bayaran dari Bidvertiser adalah 10usd. Kali ini aku dapat 2 bayaran. Tapi setiap bayaran tak cukup 10usd. Jadi, gabungan bayaran ke 3 dan ke 4 membuatkan aku layak untuk dapat bayaran dari Bidvertiser kali ini. Nampak sangatlah earning Bidvertiser aku lembab gila..

3. Bidvertiser boleh bayar kita melalui cek ataupun akaun paypal. Jadi, kalau korang jenis sentimental macam aku, bolehlah tunggu cek Bidvertiser sampai ke rumah. Aku tak mahu. Tak mahu aku tunggu dekat setahun untuk cecah payout dan kena tunggu pula 1-2 bulan untuk dapat cek. Jadi, aku memilih paypal untuk terima duit dari Bidvertiser. Cukup 10usd, diorang akan transfer pada hujung bulan. Itu lebih bagus.

4. Cara nak buat duit dengan Bidvertiser ni sama sahaja dengan program-program lain. Memandangkan Bidvertiser lebih kepada Google Adsense yang mana kita akan dibayar bila ada orang klik pada iklan kita, jadi modus operandinya sama. Teruskan usaha untuk dapatkan lebih banyak klik walaupun aku tahu memang tak banyak iklan yang boleh merangsang nafsu blogger untuk klik iklan kat blog orang lain.

5. Bila Bidvertiser pun ada iklan popup. Ini membuatkan aku sedikit menyampah. Tapi aku malas nak buat apa-apa. Biarlah keluar popup. Yang susah bukan aku. Tapi pembaca aku. Haha..kalau korang rasa menyampah dengan iklan popup tu, korang klik pada pangkah sahaja. Terus hilang. Bukan susah mana pun. Betul tak?

Ok. Dah. Pi main kat Bidvertiser kalau mahu>> Bidvertiser

Iklan

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ada pelbagai cara dan teknik untuk buat duit dengan blog. Apa yang perlu korang tahu adalah belajar, fahami dan pratikkan apa yang korang belajar. Maksudnya, korang ambil tindakan dan lihat hasilnya. Jika kurang berjaya atau hasilnya tak memberangsang, sila buat post-moterm dan kaji semula mengapa korang kurang berjay buat duit dengan blog korang. Mungkin ada beberapa masalah yang korang tak faham dan mungkin juga korang tak tahu bagaimana cara yang sepatutnya untuk buat duit dengan blog tersebut.

Di sini, aku kongsikan beberapa program yang mungkin korang boleh cuba terutamanya bagi rakyat Malaysia yang ingin cuba buat duit dengan blog masing-masing.Program yang aku beritahu ini mungkin mudah, dan mugkin juga sukar. Tapi ini antara program yang asasnya patut disertai oleh blogger-blogger Malaysia.

1. Nuffnang
Program ini membayar korang berdasarkan klik. Majoritinya ramai blogger berjaya buat duit dari Nuffnang. Ada yang banyak kali sudah dapat cek dari Nuffnang. Ada juga yang akaunnya tak sampai pun 20 ringgit. Itu normal sebab memang ramai blogger yang kurang berjaya dengan Nuffnang. Tapi aku tahu, itu kerana korang belum tahu cara atau teknik untuk buat duit dengan program ini. Fokus utama adalah trafik. Tanpa trafik korang agak sukar untuk buat duit dengan program ini. Bila trafik ke blog korang banyak, korang akan mudah dapat klik dari para pelawat. Letakkan juga iklan atau ads Nuffnang ditempat yang mudah dilihat dan pastikan juga loading ke blog korang tidak lembab. Jika lembab, ini akan mempengaruhi banyak perkara termasuklah untuk mendapat klik. Nilai minimum untuk Nuffnang adalah RM50 sahaja. Selepas itu, korang boleh cashout earning korang tu. Setakat ini, sudah 8 kali aku terima cek dari Nuffnang. Jika aku dan ramai blogger boleh buat duit dengan Nuffnang, Insya-Allah, korang pun boleh juga.

2. Google Adsense, Bidvertiser dan Adbrite
.
Ramai blogger Malaysia berjaya buat duit dengan 3 program ini. Pendek cerita ianya agak serupa dengan Nuffnang. Korang akan dapat duit jika ramai yang klik iklan diblog korang. Majoriti ramai yang sudah tahu tentang Adsense dan ramai orang kita yang berjaya dapat cek dari Adsense setiap bulan. Ini antara program yang cukup popular di mata blogger-blogger Malaysia. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyertai program Google Adsense. Tentang Bidvertiser dan Adbrite, kedua-dua program ini juga agak terkenal. Cuma kurang pendedahan dan tidak ramai yang berjaya buat duit dengan Bidvertiser. Setakat ini, sudah 2 kali aku dapat bayaran dari Bidvertiser. Adbrite? Masih belum cukup untuk dapatkan cek dari Adbrite. Tapi program-program ini sesuai untuk korang sertai jika korang mempunyai blog.

3. Sponsoredreviews, Buyblogreview, Payperpost, Blogsvertise, Linkpost dan sebagainya.
Program-program macam ini sesuai jika korang suka buat ulasan atau review post di blog masing-masing. Ramai yang berjaya buat duit setiap bulan dari program-program begini. Cuma masalahnya artikel yang korang buat itu mesti dalam bahasa Inggeris. Ini yang menjadi kelemahan bagi kebanyakkan blogger-blogger. Untuk cara ini, mahu tak mahu, korang kena tahu bahasa inngeris walaupun ianya adalah sangat basic bagi korang. Aku juga sangat lemah dalam bahasa ini, tapi aku berjaya buat duit dari program-program tersebut. Jika ramai yang boleh buat, korang pun boleh buat. Program-program ini bayar korang dengan dollar. Bukan dengan ringgit, jadi pulangannya pasti sangat menghiburkan hati korang pada setiap bulan.

4. Mangga Ad, Innity, Paid-Per-Promote, Clicksor, AdOnion, Burst Traffic dan sebagainya.
Program-program macam ini lebih kepada trafik. Jika korang ada trafik yang tinggi, sertai program-program begini. Program sebegini bayar blogger melalui nilai impression atau hits. Jika banyak blog korang menerima trafik yang tinggi setiap hari, korang boleh sertai program ini. Mereka bayar berdasarkan trafik. Lagi banyak trafik, lagi banyak income yang korang boleh perolehi. Masalahnya, tidak banyak blog yang mempunyai trafik yang tinggi. Jadi, korang kena belajar cara nak dapat trafik untuk tarik pelawat ke blog korang. Ingat, mempunyai trafik yang tinggi akan membantu korang terima banyak pendapatan dari blog masing-masing.

5. TNX, Text Link Ads, LinkXL, Backlinks, Linkadage, Teliad, Intellilinks dan sebagainya.
Program-program ini bayar korang melalui jualan link. Jika korang ada blog dan mempunyai pagerank yang tinggi, korang boleh jual text link atau inlinks melalui blog masing-masing. Ada link yang dijual sangat tinggi ada link yang dijual dengan harga rendah. Jadi, pilih yang mana sesuai dan sertai program-program sebegini. Program ini memerlukan korang mempunyai blog yang sentiasa update, mempunyai pagerank dan alexa yang tinggi dan content yang segar. Jadi, hasilkan blog sebegitu dan sertai program tersebut. Aku sudah dapat beratus bayaran dari program-program sebegini. Hasilnya sangat memberangskan dan korang boleh cuba dan buat duit dari blog melalui program-program ini.

6. Triond, Bukisa, Squidoo dan sebagainya.
Program-program macam ini bayar korang jika korang rajin tulis artikel dan review. Buat artikel dan publishkan di akaun Triond, Bukisa dan Squidoo korang. Makin banyak trafik ke artikel-artikel korang tu, lagi banyak income yang korang dapat. Setakat ini, sudah banyak kali aku terima komisen dari Triond, Bukisa dan Squidoo. Yang perlu korang lakukan cuma buat artikel dan buat trafik ke artikel tersebut.

7. Amazon, Shareasale, Comission Junction, Clickbank dan program CPA
.
Ada pelbagai program lagi yang sama waktu dengan program-program ini. Apa yang perlu korang lakukan, daftar dengan program tersebut. Pilih program atau produk yang ingin korang promosikan dan lakukan siri-siri promosi untuk buat duit dari program tersebut. Korang boleh gunakan banyak platform untuk promosikannya tak kiralah dari blog, facebook, SEO dan sebagainya. Pokoknya, kena buat kerja dan aku juga sudah dapat beratus kali komisen dari program-program sebegini. Pendek cerita, jangan mudah putus asa dan lakukan promosi yang berterusan.

8. Jual e-book atau jual laporan khas
Ada banyak Internet Marketer dan Blogger yang jual e-book hasil tulisan masing-masing tentang pelbagai niche dan informasi. Jika korang ada idea yang unik dan ada informsi untuk dijual, karang satu ebook dan jual. Jika harga ebook tersebut RM20 dan korang berjaya dapat 100 jualan, ini bermaksud korang dah dapat Rm2000 dalm tangan. Tolak modal minisite dan autoresponder, dekat RM200++. Korang dah untung dekat RM1500 dan ke atas. Ini juga salah satu cara yang bagus dan korang boleh promosi melalui blog korang.

9. Affiliate program tempatan
Sekarang, ada banyak program affiliate yang dianjurkan oleh pelbagai Internet Markter dan Blogger tempatan. Daftar affiliate atau agen program tersebut. Promosi di blog masing-masing. Ini juga salah satu cara untuk buat duit melalui blog korang. Jika blog korang ada banyak pelawat, tak mustahil untuk dapat sales. Cuba dan praktikkan. Insya-Allah, korang boleh dapat buat sales tak lama lagi. Cuma jangan mudah putus asa. Aku dah beratus kali dapat komisen dari affiliate program tempatan dan juga affiliate luar. Jangan buat kerja separuh jalan dan pilihlah affiliate program tempatan yang aktif dan sentiasa mempunyai reputasi yang bagus.

Itu sahaja. Ada banyak lagi. Tapi aku ringkaskan dalam satu entri pendek ini. Mungkin ianya akan membantu sesetengah dari korang yang melawat blog ini. Sekali lagi, jangan mudah putus asa dan keringkan hati korang untuk buat duit mellaui blog. Ya, benda-benda ni semua susah dan akan mengambil masa. Tapi lebih baik daripada terlambat. Betul tak?

Ps: Aku akur, tak ada perkara mudah untuk buat duit melalui blog.

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Ini satu lagi bayaran yang aku terima beberapa hari ini. Banyak gak email paypal yang aku terima yang menandakan ada pembayaran berlaku dari program-program yang aku sertai sebelum ini. Kali ini, bayaran ini datangnya dari program Bidvertiser. Mesti korang pernah dengar tentang program ini kan?

secondpaymentbidvertiser1 300x131 Komisen Kedua dari Bidvertiser


Memang susah sikit nak buat duit dari Bidvertiser ini. Sakit kepala juga dan aku akur yang ianya tidak sama dan berbeza dengan Google Adsene ataupun Nuffnang. Dua program ini sentiasa beri aku cek dan mampu membuatkan aku senyum setiap bulan. Tapi berbeza pula dengan Bidvertiser. Aku mengambil masa yang agak lama untuk dapat komisen dari Bidvertiser ini. Program ini masih menjadi ujikaji aku untuk membuatkan aku terima bayaran dari Bidvertier setiap bulan. Aku tahu ianya akan mengambil masa, tapi aku tak kesah selagi aku punya nafas untuk meneruskan siri-siri ujikaji aku tu..

Bagi yang berminat untuk buat duit dengan program Bidvertiser ini, aku sarankan korang mempunyai blog yang menggunakan bahasa english sebagai medium diblog korang. Bukan sahaja boleh menarik perhatian untuk dapat klik dari trafik tempatan, tapi korang berpotensi untuk dapat klik dari trafik luar. Alhamdulillah, aku masih dapat buat duit dengan program ini walaupun untuk capai nilai minimum memang cukup susah.

Dan untuk pengetahuan korang, Bidvertiser juga agak strict. Undang-undang Bidvertiser yang satu ni memang buat aku pening kepala. Sebelum kita dapat bayaran dari Bidvertiser, korang punya income akan direview dan akan disemak setiap klik yang korang dapat. Kalau masa diorang semak tu ada invalid click dan fraud click, memang akaun publisher korang ada potensi tinggi untuk diban dari program ini. Jadi, sila jaga-jaga dan jangan klik sendiri iklan korang. Jika korang nak cari pasal, risiko tanggung sendiri la.

Berminat? Daftar disini: Bidvertiser.com

Ps: Entahlah, aku ada baca tentang coversion point Bidvertiser. Tapi sampai hari ini aku masih tak berapa faham apa fungsinya dan apakah potensinya terhadap earning kita.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011