Archive for the 'Bidtraffic' Category


Sempena pagi Jumaat yang kacak ini, aku mahu kongsikan bayaran terkini yang aku peroleh dari program Bidtraffic. Mungkin ini akan jadi bayaran yang terakhir atau mungkin juga tidak. Maklumlah, ada sikit benda yang buat aku bengang dengan program ini. Tapi kalau diorang masih bayar aku seperti bayaran-bayaran yang lepas, aku terima dengan hati terbuka. Aku masih tak buang iklan diorang dan aku cuma letak kat 2 blog sahaja. Blog-blog yang lain, aku terpaksa buang untuk memberi nafas baru untuk program cpm yang lain..

komisenketigadaribidtraffic Komisen ke 3 dari Bidtraffic


Ya, tak banyak yang aku dapat. Tapi bagi sesetengah orang jumlah yang aku dapat ini sangat besar. Maklumlah, nak dapat satu dollar dari internet ni bukanlah mudah. Aku sendiri dah merasa betapa azabnya nak dapat satu dollar dari internet masa mula-mula menulis blog dulu. Tapi alhamdulillah..sekarang nak dapat satu hingga sepuluh dollar setiap hari, bukan masalah besar bagi aku. Cuma kita kena jadi super rajin aje dan juga memiliki banyak rangkaian super blog. Hehe..

Aku tahu program ini juga membuatkan ramai orang fobia hendak menyertai Bidtraffic. Maklumlah sekarang dah terlampau ketat rasanya. Nak create iklan pun susah. Nasib baik aku ada simpan stok-stok iklan dan aku cuma perlu ubah suai sikit sahaja kat bahagian keyword. Kalau tidak, mungkin aku juga terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program Bidtraffic ini yang sudah tiga kali membayar aku tanpa gagal walaupun banyak betul soal-siasatnya. Setakat ini, ketika aku buat withdrawal dari Bidtraffic, dua kali kena soal-siasat dan sekali aku tak kena. Tak boleh buat apa-apa sebab Bidtraffic tu bukan aku yang punya.

Tak ada tips yang bagus untuk buat duit dengan program Bidtraffic ini sebab aku sendiri rasa nak buat duit dari program ini tersangatlah susah berbanding buat duit dengan Nuffnang atau YMads. Jadi, tak payahlah korang join program ini sebab memang sangat menyusahkan korang. Dari awal hingga nak dapat duit, terasa terseksa sangat. Tak percaya? Tanyalah pada pemain-pemain Bidtraffic yang dulunya gembira menjulang ke langit tetapi hari ini sujud ke bumi dengan air mata kekecewaannnnn..

Wokehh..aku malas nak cerita panjang-panjang. Kalau nak join gak benda ni, korang boleh pergi kat laman web Bidtraffic dan daftar. Tapi kena guna proxy la. Sebab diorang dah ban habis direct link melalui ip address negara kita dan negara asia yang lain. Kalau bila dah join, terasa macam nak hantuk kepala kat dinding. Anda sangat dialu-alukan. Cuma janganlah sampai terjun bangunan..carilah tempat rendah sikit ye..

Ps: Ni yang terasa nak buat mini contest dengan hasil duit Bidtraffic ni. Contest apa aku nak buat ye. Cuba korang bagi cadangan sikit kat ruang komen ni.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak cerita tentang program Bidtraffic. Aku rasa ramai yang sudah tahu tentang program Bidtraffic ni. Memang rata-rata tidak ramai yang berjaya buat duit dengan Bidtraffic. Begitu juga dengan aku pada mula-mulanya. Tetapi seteleh cuba dan terus mencuba, akhirnya usaha itu membuahkan hasil dan kini aku sudah pun mula dapat bayaran kedua dari Bidtraffic. Yehh!

komisenkeduadaribidtraffic Komisen kedua dari Bidtraffic


Ya, memang tak banyak yang aku dapat tetapi aku bersyukur sangat-sangat yang aku berjaya dapat bayaran kali ini. Memang pada bayaran yang pertama, ada sedikit masalah iaitu aku kena soal-siasat tentang sumber trafik aku. Malah dipersoalkan tentang macam-macam perkara. Jenuh aku menerangkan. Tepis sana, tepis sini dan akhirnya aku berjaya buat mereka percaya dengan hujah-hujah aku. Hehe..

Sebelum korang dapat keluarkan duit dari akaun Bidtraffic korang, korang kena hantar borang w8. Print, isi borang dan kemudiannya scan balik dan emailkan pada staff Bidtraffic. Mereka akan reply nanti. Dan jangan lupa tentang pin yang korang dapat ketika korang mula-mula daftar dengan program Bidtraffic. Pin itu sangat penting untuk korang apabila dalam proses withdrawal. Setiap kali korang request, korang kena upload pin itu..kalau tidak, susah nak keluarkan earning korang yang banyak-banyak tu..

Dan selepas dapat bayaran pertama dari Bidtraffic dulu, aku telah tukar setting bayaran aku dibahagian profile. Korang pun boleh tukar sebab ada pilihan untuk dapat bayaran setiap bulan sekali, setiap 1hb dan 16hb sekali ataupun setiap hari isnin..ini untuk bayaran secara automatik dan korang tak perlu nak request secara manual. Jadi, macam bulan ni, pada 16hb hari itu, aku dah nampak bayaran kedua aku sedang diproses. Dan bayaran kedua kali ini mengambil masa 1 minggu untuk sampai ke tabung paypal aku tu..

Apapun, terima kasih kepada Bidtraffic sebab bayar aku. Hehe..

Kalau korang nak masuk site Bidtraffic, kena guna site proxy. Guna cara biasa, memang tak lepas punya. Kalau korang masuk bidtraffic.com, memang korang takkan dapat login akaun korang. Korang kena taip bidtraffic.org dan taip di site proxy. Lepas itu, baru dapat login..

Ini link proxynya: http://linkmefree.us

Hampir 98% percubaan aku untuk login akaun bidtraffic aku berjaya berbanding gagal. Jadi, jika selama ni korang gagal untuk login akaun korang, korang boleh gunakan link proxy yang aku bagi ni..link proxy lain kekadang tak lepas, yang ni selalu lepas bila aku cuba.

Ps: Okeh..waktu untuk makan. Aku laparr..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ini memang berita gembira yang aku tunggu-tunggu. Aku ingatkan aku sudah kena tendang dari program ini sebab aku dah tak dapat login akaun bidtraffic aku sejak awal bulan April. Ternyata jangkaan aku meleset. Bila aku tengok email hari ini, ada satu bayaran komisen dari Bidtraffic. Terus aku senyum. Akhirnya aku sudah dibayar oleh mereka.

Aku dah join program Bidtraffic ini sejak tahun 2010, tapi memang tak ada rezeki untuk dapat bayaran awal dari mereka sebab memang cukup susah untuk buat duit dengan Bidtraffic ini. Mereka memang betul-betul ketat dan klik dari Malaysia tidak setinggi mana yang aku dapat. Tetapi kadang-kadang ada jugak klik dari Malaysia yang agak mahal yang aku terima. Ada yang sedollar dan ada yang dua tiga dollar. Kira rezekilah kalau aku dapat klik mahal. Kalau tak, 1 cent ajelah yang aku dapat hasil klik-klik yang aku dapat diblog-blog yang memaparkan iklan bidtraffic.

komisenpertamadaribidtraffic Komisen pertama dari Bidtraffic


Ini bayaran yang aku terima dari mereka hasil eksperimen aku dekat 4 bulan. Tak banyak. Pukul rata 16 dollar setiap bulan. Setelah 4 bulan berhempas pulas, akhirnya aku dapat bayaran dari mereka selepas puas bertekak dengan pihak bidtraffic diruang support mereka. Jenuh mereka mintak aku bagi list trafik yang aku buat. Memang tak banyak yang dapat aku tunjuk dengan mereka. Tapi akhirnya mereka akur dan bayar juga.

Sejak akhir-akhir ini, rata-rata pemain bidtraffic ramai yang sudah putus asa. Ini kerana mereka sudah ban peserta dari Malaysia. Aku rasa korang dah susah nak daftar dan login akaun bidtraffic masing-masing bukan? Begitu juga aku. Nak login pakai proxy pun dah tak boleh. Aku dah buntu dah. Nasib aku ada set bayaran akan dibuat secara automatik untuk setiap bulan. Kalau ada rezeki, aku akan dapat lagi bayaran dari bidtraffic. Itupun kalau dapat sebab aku dah sukar untuk monitor akaun aku sebab susah nak login akaun sendiri.

Entahlah..bab bidtraffic ini, aku buat apa yang patut aje. Promosi pun dah ala kadar. Dah tak sekuat dulu. Kalau dapat klik, aku pun tak tahu. Dari negara mana, berapa nilainya, memang payah dah nak tahu sebab memang susah nak login akaun aku kat bidtraffic. Aku harap mereka boleh bukak semula pada orang Malaysia untuk buat duit dengan bidtraffic. Tak best la macam ni kan?

Overall, ini salah satu alternatif yang baik untuk buat duit dengan blog. Aku tak nafikan ianya susah, tetapi aku tak kata juga kita mustahil untuk dapat duit dari program ini. Boleh, cuma ianya sukar dari apa yang kita sangkakan. Bagi yang berjaya dapat komisen tiap-tiap bulan, tahniah dari aku. Buat blogger malaysia yang berjaya dapat duit dari bidvertiser, tahniah dari aku. Buat blogger luar, syabas!

PS: Artikel ini sudah aku setkan untuk keluar hari ini. Sebab sekarang, mungkin aku sedang merempit dengan kereta saga BLM hitam aku ke Jerantut untuk sedikit urusan peribadi dan urusan-urusan yang sukar untuk aku nyatakan dengan tepat disini. Harap maklum aa..

 

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Susah.

Itulah yang perkataan pertama bila aku dah cuba buat ujikaji atau bereksperimen dengan program Bidtraffic ni. Aku rasa macam nak hantuk kat dinding aje bila aku dah try sebulan benda nih. Nak dapat 1 klik pun cukup susah berbanding dengan Google Adsense mahupun Nuffnang. Sekurangnya, aku boleh dapat banyak klik dengan program Nuffnang dan Adsense. Tapi dengan Bidtraffic ni, aku rasa macam sakit jiwa pun ada.

Haha, tapi dalam 2-3 minggu ini aku dah nampak sikit klik-klik mula wujud dalam statistik akaun Bidtraffic aku. Walaupun tidaklah sekencang pemain Bidtraffic yang lain. Tapi ada jugaklah hasil setelah test sana-sini macam-macam method untuk dapatkan klik ni. Susah tu memang susah dan nak dapat klik dari negara-negara tertentu seperti US, UK dan Canada ni, memang macam hampeh. Tapi bila dah dapat tune dia, memang boleh dapat klik. Setelah berusaha dengan penuh gigih, akhirnya dapat gak klik tertinggi untuk program ini. Lagi tinggi dari Adsense plak tu. Haha..

bidtrafficincome Bereksperimen dengan Bidtraffic


Ye. Cumlaah 3 dollar lebih aje untuk 1 klik yang aku tandakan dengan warna biru tu. Tapi itulah klik paling tinggi yang pernah aku dapat dari Bidtraffic. Kalau aku dapat klik dari negara Malaysia ni, aku cuma dapat $0.01 usd aje. Tak apalah, duit jugak tu. Takkan nak berkira jugak kan? Kumpul banya-banyak, leh capai gak 1 dollar. Dan aku tak kesah kalau orang kata aku batak sangat dengan 3 dollar tu. Sebab memang susah nak dapat nilai tu sejak aku berkecimpung dengan dunia Adsense dan Bidtraffic ni. Kira hebat gak kan sebab dapat 1 klik sesat tu. Entah mamat mana yang klik, aku pun tak tahu. Tapi yang aku tahu, aku sangat berterima kasih pada beliau sebab klik. Itu tandanya, ujikaji aku tu agak berhasil.

Bagi aku, nak hasilkan trafik yang banyak ke sesebuah blog, memang tak jadi masalah. Nak dapat traffic dari luar atau traffik dari US sekalipun, tidaklah susah. Cuma nak convert kepada lead atau sales, memang cukup susah. Ok, kita abaikan untuk lead dan sales. Tak mustahil kan kalau kita fokus klik? Kita cuba convert trafik tu agar kita dapat klik. Hasilkan artikel yang unik dan menarik, memang dapat tarik perhatian pembaca atau pelawat untuk klik iklan dalam blog kita. Yang aku buat ni, bukan tematic tu, ini betul-betul aku letak iklan javascript tu kat blog aku dan aku cuba tarik trafik ke blog aku tu. Susah, berminggu aku cuba dan akhirnya semalam baru dapat hasilnya. Berbaloi ke tak apa aku buat tu? Berbaloi sebab aku yakin aku akan dapat lebih banyak klik pada masa yang akan datang. Soal masa sahaja. Janji aku teruskan apa yang aku buat sekarang dan cuba dapatkan komisen pertama dari Bidtraffic ni.

Ya, ramai yang dah berjaya buat duit dengan Bidtraffic ni. Ramai yang dah berjaya cashout. So, aku jeles gak. Jadi, aku cabar diri aku untuk cuba dapatkan bayaran pertama dari program ni. Memang tak semudah dari yang kita sangka. Tapi biar lambat, asalkan kita dapat. Jumlah yang aku ada sekarang ni memang tak cukup nak cashout, tapi sikit hari lagi, akan sampai juga. Masa tu, aku akan cashout dan kongsikan pada korang hasil eksperimen aku dengan bidtraffic nih.

Nak cuba juga? Meh join benda ni: Bidtraffic.com

Ps: Aku dah penat ni. Rasa macam nak melancong aje 2-3 hari ni..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011