Archive for the 'Berrybunch' Category


Hari yang agak sibuk bagi aku. Ini kerana aku kena buat banyaaak kerja dari pagi tadi sampailah ke petang. Tapi aku sempat jugak tengok email dan hantar link download kepada semua pembeli yang baru sahaja mendapatkan Panduan TNX 2.0 nih. Alhamdulillah, biarpun tidak banyak yang mendapatkannya, tetapi sekurang-kurangnya ada juga yang berminat dengan produk ini. Mungkin ada antara mereka yang mendapatkan produk ini untuk menambah pendapatan sampingan mereka. Ya, TNX merupakan salah satu pendapatan sampingan yang aku kategorikan utama dalam pelbagai side income yang aku telah temui. Insya-Allah, akan aku bantu sedaya-upaya aku untuk membantu korang buat duit dengan TNX dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Ok. Lupakan kejap tentang TNX dan aku hendak bagitahu korang satu lagi program yang baru aku sertai dan aku masukkan juga sebagai salah satu ujikaji edisi siasat aku. Ya, nama program itu adalah BerryBunch.biz dan program ini masih baru lagi dimata rakyat Malaysia. Aku akui, ramai yang tahu tentang program Dapatwang.com, bukan? Tapi program ini sedikit berbeza tetapi tetapi menggunakan pendekatan get paid per click seperti yang dilakukan oleh Dapatwang.com. BerryBunch.biz mempunyai rangkaian tersendiri dan itu yang membuatkan aku tertarik untuk cuba program ini.

Bagaimana untuk buat duit dari BerryBunch.biz ni? Ada beberapa cara iaitu

1. Buat duit dengan klik
2. Buat duit dengan dapatkan publisher Berrybunch
3. Buat duit dengan dapatkan advertiser Berrybunch

Senang cerita, boleh kata agak mudah juga nak buat duit dengan Berrybunch ni. Tapi mahu tak mahu korang kena faham flownya terlebih dahulu. Jangan main hentam aje program yang aku suggest tapi tak tahu flownya. Aku agak memahami cara untuk buat duit melalui program sebegini dan aku ada skill aku tersendiri. Untuk buat duit dari program ini, korang kena tahu cara untuk mempromosikan link yang korang dapat dari BerryBunch dan tahu cara nak tackle pengunjung atau readers untuk klik link tersebut. Dan jika ada yang berminat untuk daftar, korang akan dapat komisen bergantung pada pakej yang korang pilih. Pakej yang lagi mahal, lagi mahal nilai klik yang korang terima. Kalau pakej paling murah iaitu RM50, 1 klik dibayar sebanyak RM0.10. Paling mahal iaitu Pakej Penyiar Berlian iaitu RM200, 1 klik dibayar sebanyak RM0.30.

berrybunch Edisi Siasat: Buat Duit dengan Berrybunch.biz


Perbezaan yang ketara dengan Dapatwang.com, bayaran komisen Berrybunch dibayar serta-merta jika ada downline register under korang dalam hari yang sama. Dan bayaran untuk komisen klik dibayar pada setiap 10, 20 dan 30hb setiap bulan. Minimum payout hanyalah RM10.00 sahaja. Aku tak rasa ianya satu beban yang berat kerana aku yakin aku boleh dapat banyak klik dalam masa sebulan. Janji, kena dengan cara promosinya dan jangan spamming pulak. Agak-agaklah sikit yek..

Ya, aku tahu ada orang kata program ini agak poyo sikit dan berbeza dengan program lain. Tapi aku punya pandangan yang berbeza. Program ini lebih kepada GPT atau PTC atau PPV yang sudah terlalu lama dijalankan dimarket international. Aku yakin ramai antara korang yang tahu program-program sebegitu. Cuma baru dalam tahun ini program-program seumpama ini tumbuh macam cendawan. Aku harap program BerryBunch ini dapat bertahan untuk waktu yang lama walaupun program ini baru sahaja dilancarkan. Jadi, terpulang pada korang mahu sertai atau tidak. Dan jika ada yang register under aku, tak kesahlah under pakej apa, sila hubungi aku dan aku akan beri sedikit bonus dari aku. Tanda berterima kasih kerana memilih untuk daftar menggunakan referrals link aku. Tapi ingat, aku tak paksa korang dan korang berhak punya pendapat masing-masing.

Berminat? Boleh daftar kat sini: Berrybunch.biz

Ok. Dah. Boleh komen atau beri pendapat. Aku tak kesah korang nak komen apa cuma jangan terlalu kurang ajar. Aku tahu program-program macam ni agak memanaskan bagi sesetengah orang. Tujuan aku sertai program ini ada banyak sebab dan pastinya adalah untuk membuktikan program ini valid atau tidak, program ini menipu ahlinya atau tidak dan juga untuk tujuan memancing trafik ke blog ini. Haha..

Sedikit intro tentang Berrybunch ni. Ringkas Mengenai Berrybunch. Berrybunch Internet Media dan Adlin Bakar’s Berrybunch melibatkan diri dalam pembangunan kandungan internet (internet content) yang lebih menjurus kearah penjualan, pengiklanan dan pemasaran internet. Selain daripada menerbit, mentadbir dan mengurus beberapa portal e-dagang dan e-bisnes, Berrybunch menawarkan khidmat rundingan dan advisory kepada syarikat-syarikat IKS dalam pembangunan strategi dan arahtuju ‘internet presence’ mereka. Khidmat rundingan ini digunakan oleh syarikat IKS dalam penyediaan brief kepada syarikat pembangunan laman internet (web developers) yang berkenaan. Berrybunch kini terlibat dalam penganjuran pelbagai seminar khusus, dengan agensi-agensi berkaitan, untuk syarikat-syarikat IKS mengenai penggunaan Web 2.0 serta laman ‘social media’ dalam meningkatkan usaha penjualan, pengiklanan dan pemasaran internet mereka. (Internet Selling Advertising & Marketing).

Ps: Sibuk sampai lupa makan nasi hari ini. Huh, lapar nasi..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011