Archive for the 'Berrybunch' Category


Hari ini agak sibuk. Aku perlu mengemaskan barang dan siapkan kerja sebelum aku bercuti seminggu dua ini. Niat dihati nak pergi melancong bersama keluarga. Mungkin juga aku akan melancong seorang diri. Mencari sesuatu dan juga mencari seseorang. Biasanya, memang dalam setahun, aku akan bercuti sekali atau dua kali. Bergantung pada keadaan, cuti dan budget. Moga-moga tak ada hal-hal berbangkit yang membantutkan perancangan aku sejak berbulan-bulan ini.

berrybunchkomisenkeenam 300x108 Komisen ke 6 dari Berrybunch.biz


Ok. Ini bayaran komisen yang ke 6 aku terima dari program Berrybunch. Dan ini juga merupakan bayaran kedua untuk jumlah klik yang aku dapat dari program ini. So far, aku dah balik modal dan aku akan promosi dengan sedaya upaya untuk program ini. Jika ada antara korang yang berminat untuk beriklan di Berrybunch, korang semua dialu-alukan untuk berbuat demikian. Siapa kata kita tak boleh buat duit dengan Berrybunch? Semuaanya terpulang pada diri masing-masing dan tindakan kita.

Sekali lagi aku ulang, aku tak paksa korang sertai program ini. Semuanya bergantung pad a korang. Nak tak nak, korang kena belajar skill untuk promosi. Dan jangan spamming. Nanti korang kena ban pula dari program ni. Dan aku harap program ini dapat bertahan untuk 1 tempoh yang lama. Aku tahu ramai yang mempunyai pendapat tersendiri dan aku hormati pandangan dan pendapat mereka. Tapi aku juga ada pandangan aku tersendiri. Insya-Allah, program ni akan dapat bertahan dengan lama jika ramai yang menyokongnya dan admin sendiri mempunyai pelbagai inisiatif dan ada perancangan jangka masa panjang untuk Berrybunch.

Korang boleh daftar kat sini: Berrybunch program

Dalam satu dua minggu ini. Aku lihat sudah ada satu lagi program yang sebijik macam Dapatwang.com. Tapi agak berbeza dengan Berrybunch.biz. Jadi, mungkin ada persaingan antara 3 program ini. Namun, aku cuma akan join 2 program ini sahaja. Program satu lagi, aku kurang berminat. Tak tahu kenapa. Cukuplah 2 program ini sebab aku sendiri agak sibuk mempromosikan program-program lain termasuklah juga untuk projek TNX, projek adsense, projek TLA dan projek GDI. Jadi, situasi aku agak terbatas untuk buat semua siri promosi bagi mini-mini projek aku. Insya-Allah, jika terbuka hati, mungkin aku akan sertai mereka. Mana tahu program itu berminat untuk sponsor keahlian aku. Itupun kalau mereka berminat. Hehe..

Petang ini aku akan bertolak ke Damansara. Tapi sebelum itu, aku akan hantar kawan aku ke Kepong dahulu. Lusa, mungkin aku akan ke Salak Tinggi. Malamnya mungkin pergi ke Putrajaya. Hari ahad, mungkin aku akan balik kampung dan minggu depan 3 orang akan terlibat untuk personal coaching khas untuk projek TNX. Aku terpaksa buka sebab mereka adalah kawan-kawan aku juga. Aku harap program TNX ini akan membantu mereka buat duit dengan blog-blog mereka. Sekarang, sudah 12 orang TNX Super Knight terhasil. Ada blog, tapi tak jana 1 sen langsung dengan blog. Mereka rasa rugi sangat. Sebab tu mereka bertanyakan pada aku dan aku akan bantu seadanya. Mungkin ada sesuatu yang mereka dapat belajar dan mungkin juga aku dapat belajar sesuatu dari mereka. Insya-Allah. Lagipun, dua daripada mereka sudah lama aku tak jumpa. Ada jugalah dalam setahun. Entah dah kahwin ka belum. Haha..

Ps: Ya. Aku rindu. Kenapa? tak boleh? Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Agak lambat sikit untuk menulis sesuatu hari ini. Aku cuma hendak kongsikan bayaran-bayaran yang telah aku terima dari program Berrybunch ini. Untuk pengetahuan semua, aku sudah dapat beberapa bayaran komisen dari Berrybunch. Bukan satu kali, tetapi dah beberapa kali dan buat julung-julung kalinya aku terima komisen pertama dari Click-Thru Payment sebanyak RM31.80.

berrybunchkomisenklik 300x124 Komisen ke 5 dari Berrybunch


Tapi untuk pengetahuan semua, ini bayaran komisen ke 5 yang aku terima dari Berrybunch. Sebelum ini, ada 4 bayaran komisen yang aku terima kerana ada downline yang register under referral links aku. Terima kasih aku ucapkan pada mereka kerana berbuat demikina. Sila hubungi aku melalui ruang contact untuk aku hantarkan sedikit bonus kepada mereka. Harap mereka gembira menerimanya.

Jadi, terpulang pada korang semua hendak menyertai program ini atau tidak. Tapi aku sudah sertai dan akan terus update berita tentang program ini. Jika korang masih ragu-ragu, itu hak korang. Aku tidak memaksa korang semua untuk menyertai program ini. Setiap program ada risikonya dan aku tidak nafikan ianya berlaku juga di Berrybunch. Tidak dapat aku nafikan bahawa program ini ada potensi untuk berkembang berbanding program advertising lokal yang lain. Jadi, mahu buat duit dengan Berrybunch atau tidak. Terpulang pada korang.

Untuk tahu maklumat lebih terperinci. Sila rujuk ke sini: Berrybunch

Ada yang bertanya, bolehkah kita buat group klik-klik ni dan klin antara satu sama lain dengan member kita. Entahlah. Aku rasa ianya tidak patut dilakukan dan aku tidak galakkan langsung jika korang berbuat demikian. Fikirlah sebaik-baiknya. Aku cuma tak nak jadi macam program-program lain yang menggunakan cara ini untuk dapat wang dengan cepat. Bukan apa, kalau program macam ni bungkus, yang disalahkan adalah owner program tu. Bukan membernya sedangkan ahli member yang buat macam aktiviti klik-klik ni. Aku harap, korang tak buat macam ni. Tapi kalau nak buat jugak, risiko tanggung sendiri.  Aku harap ini dapat memberi sedikit penjelasan tentang program Berrybunch.

Jika korang join Google Adsense. Aku tahu 99% kita akan klik iklan sendiri. Jadi, jangan kelengtonglah kalau korang langsung tak pernah buat klik sendiri. Di Berrybunch, kalau korang klik sendiri, klik itu tak dikira sebab korang sendiri boleh lihat klik yang tak valid dan valid bila korang login akaun Berrybunch. Di Google Adsense, dapatkah kita lihat klik yang tak valid? Sebab tu ramai orang kita kena ban dari Google Adsense. Jadi, risiko tanggung sendiri. Jadi apa-apa, jangan salahkan orang lain. Salahkan diri sendiri.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Kali ini, aku akan kongsikan pula bayaran komisen kedua yang aku terima daripada Berrybunch. Yap, setiap kali aku terima bayaran komisen, aku akan kongsikan dalam blog ini. Walaupun mungkin nilai komisen yang aku terima ini tidak banyak, ianya membuktikan bahawa program Berrybunch ini membayar ahlinya yang mempromosi program Berrybunch ini. Tidak dapat aku nafikan semakin hari semakin banyak benda baru dalam program Berrybunch.

bizoberrybunch Komisen Kedua dari Berrybunch (BIZO)


Malah, pada ketika ada beberapa advertiser yang mula menggunakan Berrybunch sebagai medium beriklan. Siap ada yang promosi untuk pakej percutian lagi tu. Kat Langkawi, KL City dan Port Dickson. Mungkin sesuai untuk sesiapa yang hendak melancong pada akhir tahun ini. Maklumlah, ketika itu musim cuti sekolah. Mesti ramai yang nak berjalan-jalan macam mak abah aku yang hendak bercuti ke Terengganu dalam 2-3 minggu ini. Aku akan tunggu mereka di Jerantut dan kami akan konvoi 3 kereta dari Banting-Jerantut-Terengganu. Apalah yang ada kat Terengganu tu pun aku tak tahu, aku mengikut aje perabihkan duit gaji aku bulan ni. Duit gaji online, aku tak nak usik. Biarlah dalam akaun bank. Hehe..

berrybunchkomisenkedua 300x123 Komisen Kedua dari Berrybunch (BIZO)


Ini bukti bayaran yang aku terima dan ianya cumalah berjumlah RM7.50 sebab ada seseorang yang telah register under aku dan masuk melalui pakej Nilam. Terima kasih aku ucapkan dan aku akan bagi sedikit hadiah dalam tempoh terdekat diatas kesudian korang daftar dibawah aku. Aku tak dapat janjikan bulan dan bintang ataupun hadiah bangalow atau kereta Saga SE, tapi titipan kecil dari aku itu, aku harap korang sudi terima dengan tangan terbuka dan senyuman manis dibibir.

Dan jika tidak ada sebarang masalah, aku akan terima lagi komisen esok tetapi bayaran kali ini adalah melalui bayaran komisen untuk “Valid Click-Thru”.  Ada dalam RM40 lebih. Dan aku tak pasti berapa yang akan aku dapat untuk 10hb November ini. Nantikan sahaja update tentang Berrybunch dari aku. Nama program ni pun dah best, dah jadi Penyiar BIZO. Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang BIZO dan Berrybunch ni, korang leh rujuk sini: BIZO

Jika berminat, boleh sertai kami di sini: Daftar Penyiar BIZO

Selain itu, korang boleh baca 2 artikel yang aku tulis sebelum ini. Satu ujikaji siri pertama aku tentang Berrybunch yang dulunya berbeza dengan sekarang. Dulu ada 3 pakej sahaja. Sekarang, Berrybunch sudah ada 5 pakej dan penerangan lebih terperinci. Website pun lebih kemas dan teratur. Artikel kedua pula menceritakan tentang bagaimana aku telah dapat komisen pertama dari Berrybunch. Insya-Allah, aku akan terus update pada masa hadapan. Setakat ini, program ini relevan pada ketika ini dan aku harap program Berrybunch BIZO ni dapat bertahan pada satu tempoh yang lama.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku hendak kongsikan pula bayaran komisen yang aku terima dari program BerryBunch yang baru sahaja aku join beberapa hari yang lepas. Benda ini baru sahaja dilancarkan tetapi program ini berjaya menarik perhatian aku untuk mencuba dan membuat ujikaji terhadap program ini. Biarpun ada yang mengatakan program ini dengan definisi dan pendapat yang berbeza, aku tak kesah sebab aku punya banyak sebab untuk mencuba program ini. Sebabnya? Aku rasa korang dah tahu, aku memang suka dan selalu sertai macam-macam program untuk pelbagai sebab yang berbeza.

berrybunchkomisen Komisen Pertama dari Berrybunch.biz


Yup. Jumlah yang aku terima adalah RM30 kerana ada orang yang menjadi downline aku mengambil pakej penyiar Berlian(Pakej RM200). Jadi komisen yang aku terima adalah sebanyak RM30. Jadi, ini bukan komisen dari jumlah klik yang aku terima. Tetapi jumlah klik yang aku terima sudah mencukupi untuk aku mendapat bayaran komisen pada 10hb ini. Seperti yang kita tahu, Berrybunch akan buat bayaran pada setiap 10hb, 20hb dan 30hb jika kita punya komisen mencapai RM10.00. Korang boleh pilih pakej Berrybunch mana yang korang berminat sebelum menyertai Berrybunch.biz ini. Ianya sangat berbeza dengan program Dapatwang.com.

Selain dari itu, Berrybunch juga telah menambah 2 lagi pakej terbaru yang lebih ekonomi untuk membuka lebih ramai peluang untuk kita menyertai program ini. 2 pakej tersebut adalah Pakej Penyiar Nilam dan Pakej Penyiar Mutiara. Pakej penyiar Nilam cuma bermodalkan RM50 dan Pakej Penyiar Mutiara cuma bermodalkan RM10 sahaja. Tapi nilai kliknya agak berbeza banding pakej-pakej sebelum ini. Jadi, pilih pakej yang sesuai untuk anda. Malah ada pakej termahal iaitu Pakej Penyiar Emas yang bermodalkan RM500 dan nilai bagi 1 klik adalah RM0.80. Agak tinggi, bukan? Tapi terpulang pada korang. Jika tak mahu ambil risiko, boleh pilih pakej yang lebih murah asalkan kita tidak rasa susah untuk capai RM10 bagi setiap bulan.

Apapaun, leh tengok pakej dan daftar kat sini: Berrybunch.biz

Jadi, inilah komisen pertama dari Berrybunch. Bukti bayaran pertama dan juga membuktikan bahawa Berrybunch betul-betul bayar serta-merta jika ada orang yang daftar menjadi ahli Berrybunch. Biarpun cuma RM30, tetapi ianya hasil usaha aku yang tak seberapa. Dan aku akan beri bonus pada sesiapa yang register under aku bagi mana-mana pakej yang korang ambil dari Berrybunch. Munkin bonus itu akan membantu korang serba sedikit. Mungkin tidak sekarang, tapi mana tahu ianya akan membantu pada masa akan datang.

berrybunch Komisen Pertama dari Berrybunch.biz


Ps: Aku akan update jika aku dapat lagi bayaran dari program ini. Mungkin 10hb ini akan ada update terbaru. Program ini cuma akan buka kepada 50 orang keahlian baru pada setiap bulan. Jadi, setiap bulan cuma 50 kekosongan sahaja. Habis kuota bulan ini. Kita kena tunggu kuota bulan depan pulak. So, jangan terlambat aa..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011