Archive for the 'Berrybunch' Category


Pernah korang dengar tentang Bit.ly tak? Kalau korang ni pengguna setia Twitter atau rajin tweet setiap hari dengan rakan-rakan follower yang lain atau korang rajin buat duit dengan Sponsored Tweets dan Churpchurp, mesti korang selalu nampak link-link pendek Bit.ly ni kan? Jadi, apa yang korang rasa tentang servis memendekkan URL ni?

1. Pendek dan mudah. Walaupun aku tahu banyak website memendekkan URL lagi pendek dari Bit.ly. Tapi ini antara yang paling popular selepas Tinyurl. Ramai yang guna Bit.ly ketika kat Twitter dan Facebook. Mungkin dah jadi satu kebiasaan agaknya.



2. Saingan terdekat Adf.ly? Aku tak rasa begitu. Adf.ly juga berfungsi untuk memendekkan URL seperti mana yang dilakukan oleh Bit.ly. Perbezaannya mudah. Bit.ly tidak bagi kita duit. Tapi Adf.ly menawarkan kita peluang untuk buat duit. Itu sahaja. Tapi kalau kat Twitter, Adf.ly sudah kena ban. Satu link yang bau-bau bacang dengan Adf.ly akan dibuang dan secara separa automatik, akaun Twitter korang pun mungkin akan kena gantung gak. Mungkin spam secara berlebihan kot. Aku kurang pasti. Tapi dengar cerita begitulah. Itu cerita dulu. Sekarang, aku kurang pasti.

3. Biasanya, orang kita selalu guna Bit.ly ni sebagai taktik menyorokkan link referrals. Biasalah, taktik biasa. Tapi Bit.ly ni jangan main-main. Advertiser dekat ST(Sponsored Tweets) dan CC(Churpchurp) pun guna Bit.ly. Bukan calang-calang Bit.ly ni. Ramai yang guna. Ingat program macam ST dan CC aje guna? Celebrity dan syarikat besar-besar pun guna jugak tau!

bitlysummary


4. Satu lagi kelebihan luar biasa Bit.ly ni. Korang boleh tengok rekod klik yang korang dapat. Misalnya, kalau korang letak kat Twitter, korang leh tengok berapa ramai orang yang klik link Bit.ly korang tu. Aku cuba-cuba gak. Boleh tahan. Ramai juga yang terkena umpan. Bagus gak ni untuk program-program macam Bukisa, Triond, Associated Content, Squidoo dan Berrybunch. Mesti banyak dah terfikir idea jahat sekarang ni kan? Haha..

5. Buat duit dengan Bit.ly? Setakat ni, dah puas aku fikir macam mana nak buat duit dengan benda ni. Banyak sebenarnya macam pay per click, affiliate program dan sebagainya. Senang cerita, Bit.ly ni lebih kepada tools yang bagus untuk membantu korang buat duit. Itu sahaja.

Haa. Itu yang aku rasa. Aku tahu korang pun banyak yang dah rasa-rasa. Jadi, rasalah apa yang patut. Jika korang nak guna Bit.ly, aku nasihatkan korang daftar secara percuma. Korang dah boleh linkkan akaun Twitter dengan Bit.ly korang juga. Tak ada masalah. Ini akan memudahkan korang.

Ps: Tu statistik Bit.ly aku. Baru je try beberapa hari. Ok la kan..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap. Aku perlu beritahu korang tentang perubahan terkini tentang program Berrybunch.biz. Aku akui bahawa perubahan demi perubahan akan membuatkan sesebuah program itu menjadi lebih baik dan matang. Ternyata Berrybunch telah membuat banyak perubahan dalam tempoh 2 bulan ini sejak aku sertainya pada 1 November dulu. Sejak itu aku telah menerima 7 bayaran daripada Berrybunch dan aku yakin perubahan baru ini dilaksanakan untuk sesuatu yang lebih baik.

berrybunchbaru


Aku rasa semua ahli Berrybunch yang lama telah menerima email dari Berrybunch tentang perubahan terbaru ini. Agak sukar juga untuk aku memahami peraturan terbaru diorang. Kiranya, ianya mengambil masa juga untuk memahami hala tuju dan cara untuk buat duit dari program ini. Dan kita juga bukan lagi dikenali sebagai ahli BIZO, tapi kepada BIZO Manager ataupun Pengurus BIZO. Nampak gah sikit kan bunyinya. Dan apakah fungsi Pengurus BIZO kali ini?

Seperti biasa, tugas kita adalah mempromosikan website BIZO ini. Bagaimana cara untuk buat duit dengan Berrybunch? Adakah masih sama seperti yang lama?

a) Setiap laman BIZO mempunyai 50 slot pengiklan IAB UAP Rectangle yang bernilai RM10 sehari. Jumlah pendapatan maksima yang boleh dijana sepanjang tempoh setahun adalah RM10 x 50unit x 365hari = RM182,500. Kadar perkongsian pendapatan anda adalah 70%.

b) Setiap laman BIZO mempunyai 500 slot pengiklan Twittnouncement yang bernilai RM1 sehari. Jumlah
pendapatan maksima yang boleh dijana sepanjang tempoh setahun adalah RM1 x 500unit x 365hari = RM182,500. Kadar perkongsian pendapatan anda adalah 70%.

berrybunchbanner


c) Setiap laman BIZO mempunyai 1 slot Rich Media. Setiap implementasi kempen Rich Media baru (jika ada) di laman BIZO anda, anda akan terima RM100 fixed rate.

Dan 4 perkara penting yang perlu Pengurus BIZO titikberatkan:

1. Pembayaran langganan pengiklan (kecuali Rich Media)… Setiap pengiklan akan membayar terus
kepada anda langganan pengiklanannya. Sebagai contoh Syarikat A membeli dari laman anda slot banner IAB
UAP selama 10hari. Jadi pembayaran RM10 x 10hari=RM100 akan dibayar terus olehnya ke akaun bank anda.
Walaubagaimanapun, pengiklan akan menghantar bukti pembayaran terus kepada Berrybunch dan bukannya
kepada anda. Ini untuk membolehkan kami terus mengaktifkan pengiklanannya di laman anda.

2. Pembayaran baki 30% kepada Berrybunch …
Untuk BIZO Malaysia, Berrybunch akan mengeluarkan invois pada setiap hari Selasa untuk 30% nilai
pengiklanan yang telah terlanggan sejak dari hari Selasa sebelumnya. Anda wajib menjelaskan jumlah invois ini
pada setiap hari Rabu. Jika invois tidak dibayar pada hari Rabu, pengiklanan akan dinyahaktifkan, akaun BIZO
anda akan ditutup serta laporan CBT kepada pihak berkuasa mungkin dilakukan.

3. Penjanaan pendapatan melalui klik masuk diperbaiki dan diganti dengan sistem Star Point berdasarkan
Site Rating. Sila rujuk dibawah untuk mengetahui bagaimana Site Rating dikira:

- Star Point dikira berdasarkan Unique Visitors & Site Rating.
- Pautan Sahih tidak lagi diambil kira.
- Site Rating laman BIZO anda ditentukan secara mutlak oleh Berrybunch dengan melihat kepada kualiti Unique Visitors yang dijana dari laman BIZO anda.
- Lebih rendah Site Rating maka lebih bagus lah laman BIZO anda. Site Rating ini juga digunakan oleh pengiklan untuk menentukan kualiti hits yang masuk ke laman anda.
- Site rating bermula dari 25 (paling teruk atau akaun baru) hingga 1 (paling baik).
- Site Rating anda kini telah ditetapkan pada 15.
- Pengkiraan Star Point Awarded dilakukan secara automatik di laman BIZO anda.
- Setiap 100 Star Point Awarded anda akan menjana RM1
- Apabila anda telah menjana RM100, Berrybunch akan membayar jumlah ini ke bank anda. - Untuk Agen sedia ada, Unique visitors anda tidak direset dan masih yang dahulu walaupun anda telah dibayar untuk hits-hits tersebut. Ambil perhatian bahawa hits yang telah ditakrifkan sebagai tidak sahih dahulu kini sahih dan digunapakai untuk pengiraan Star Points anda.

4. Dan kepada semua ahli BIZO yang lama, sila isi borang sekali lagi untuk update beberapa perkara seperti akaun Twitter, link ke Blog anda, akaun Facebook dan data-data yang lain. Korang juga boleh dapat duit dengan melalui Tweets jika ada syarikat atau sesiapa yang berminat untuk Tweet ke akaun Twitter korang dengan RM10 untuk 1 tweet. Dah macam Churpchurp dengan Sponsored Tweets la pulak kan? Hoho..

Secara jujurnya, aku agak terkejut dengan sistem baru yang diperkenalkan ini. Tapi aku harap ianya akan menjadi sesuatu yang lebih baik. Aku punya site rating pun dah naik ke 12 bizos. Kalau ahli baru, korang akan bermula ke 25 bizos. Kiranya macam pangkatlah. Kalau 100 Star point bersamaan dengan RM1, ini bermaksud aku kena dapat 10000 Star point untuk dapat RM100. Em, nampak macam susah. Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk dapat first payment dari sistem Berrybunch yang baru ini. Doakan aku ek. Rajin-rajinlah korang melawat site Berrybunch ni nanti. Hehe..

Korang leh tahu lebih lanjut kat site Berrybunch:  Berrybunch.biz

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Kita lupakan seketika tentang Nuffnang dan Dapatwang. Kita pergi ke satu lagi program panas yang mungkin sesuai untuk korang semua sertai. Berrybunch telah muncul pada awal bulan November dan telah membayar aku 6 kali ke akaun bank aku dan pada awal Disember ini aku telah menerima bayaran yang ke 7 dari Berrybunch. Bayaran ini adalah sempena jumlah klik terkumpul yang aku dapat sejak 16-30hb. Jumlahnya pun boleh tahan dan aku harap aku akan dapat bayaran ke 8 pada bulan Disember juga. Mana tahu bayaran yang ke 9 dan 10 juga akan muncul jika ada antara korang semua yang mendaftar Berrybunch melalui link referral aku. Jadi, aku akan dapat bayaran terus tanpa perlu menunggu pada hujung bulan. Hoho..

berrybunchkomisenketujuh


Ada yang bertanya, apa kebenda BIZO atau Berrybunch ini? BIZO merupakan sebuah platform penjualan, pengiklanan & pemasaran internet (internet selling, advertising & marketing platform iSAM). Apakah pula fungsi BIZO yang perlu korang tahu? BIZO telah dirumus menjadi pintu masuk bagi pelanggan baru berpotensi (potential new customers) untuk portal-portal berrybunch dan laman-laman web pelanggan/rakaniaga/associate/sponsor berrybunch. Setakat ni, aku rasa korang sudah faham sedikit tentang BIZO bukan?

Apa yang ada di BIZO? Kesemua laman BIZO showcases all the following :-

a) tiga (3) bentuk pengiklanan internet yang dipaparkan kepada pelawat BIZO iaitu Static Ads (clickable banners, animated banners, etc), Textual Ads (news widget & re’tweet’ables) & Moving Ads (video commercial airtime).
b) satu (1) ruang Rich Media untuk implementasi kempen interaktif khusus
c) enam (6) ruang penjualan produk atau perkhidmatan secara e-dagang

Jadi, apabiila pelawat melawat laman BIZO terdapat kebarangkalian pelawat akan berinteraksi dengan laman tersebut (klik banner, tengok video, beli produk, etc). Bila ini terjadi, akan meningkatlah kebarangkalian transaksi berlaku di mana-mana portal berrybunch atau laman web pelanggan berrybunch. Siapakah agen BIZO? Agen BIZO adalah individu yang bertindak sebagai ‘Business Development Executive (BDE)’ bagi Laman BIZO. Sebagai BDE anda mempromosikan laman BIZO yang telah dikhususkan untuk korang kepada orang ramai secara berhemah. Jadi, aku antara salah seorang Agen BIZO. Faham, bukan? Bagaimana hendak jadi Agen BIZO? Anda boleh pilih pakej dan daftar diborang online di website BIZO di sini: Daftar Agen BIZO

Apa yang faedah Agen BIZO dapat? Yelah, dah penat-penat promosi sana sini. Takkan tak dapat apa-apa, kan? Sebagai Agen BIZO sumber pendapatan korang adalah seperti berikut. Nilai yang korang akan jana bergantung kepada pakej yang korang sertai:

a) klik masuk sahih dari pelawat (10sen - 80sen)
b) klik masuk bonus dari penaja (10sen - 80sen)
c) komisyen penyertaan pengiklan dari laman anda (RM5 - RM4750)
d) komisyen penyertaan agen dari laman anda (RM5 - RM280)
e) komisyen jualan dari laman anda (3% dari harga jualan)

Jadi, boleh daftar jika berminat: Daftar Agen BIZO Online

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma nak kongsikan sedikit komen lawak daripada seseorang yang aku rasa memang berbakat jadi pelawak. Aku tahu ada sesetengah antara korang yang tak suka program Dapatwang.com. Aku juga tahu ada sesetengah daripada korang yang tak suka ramai orang join program Dapatwang.com. Aku juga tahu ada antara korang yang mengutuk aku sebab sertai program Dapatwang.com biarpun aku cuma buat eksperimen. Aku juga tahu yang korang tak suka bila ada member-member Dapatwang.com yang klik sesama member untuk dapat komisen lagi tinggi. Dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan Dapatwang.com. Malas aku nak cerita sangat tapi yang aku tak boleh tahan nak gelak adalah, komen yang ini..

komen


Ok. Id ataupun username yang aku pakai untuk program dapatwang adalah “index”. Aku tak rasa ianya satu kesalahan yang besar untuk mempunyai username tersebut. Jika aku tak guna pun, pasti ada orang lain sambar username itu. Jadi, adakah dengan menggunakan username tersebut membuktikan bahawa akulah OWNER kepada program Dapatwang.com? Jika ya, sila BUKTIKAN! Dan kepada Anti Scammer, jika ko benci sangat pun dengan program Dapatwangni, takkan sampai menuduh sebegini rupa? Aku tahu ko punya pengalaman 8 tahun dalam dunia pay per click  dan script ptc ni, tapi takkan aku juga yang ko tuduh? Aku kenal internet dan dunia buat duit ni pun cumalah hampir 6 tahun. Tak sangka ko yang ada pengalaman 8 tahun ni tak boleh detect siapa OWNER bagi program Dapatwang.com ni? Nak kata bengong, sah-sah bengong. Lagi satu, buktikan program ini SCAM. Boleh? Jangan bagi alasan atau bukti bodoh. Setakat ini, program Dapatwang bukan scam, bukan menipu atau sebagainya. Jika menipu, buktikan. Jika aku adalah admin, sila buktikan dengan bukti sahih. Jika program ini tak bayar langsung ahlinya, sila buktikan. Jangan sekadar cakap kosong sahaja. Jika kata program ini tak ada produk, sila BUKTIKAN.  Walaupun produk itu cumalah ebook-ebook PLR ataupun software zaman jepun sekalipun, ianya tetap produk. Samada produk itu bagus atau tak, ianya bergantung pada si pengguna. Siapa kita nak tentukan produk tu bagus atau tidak jika kita tak gunakannya terlebih dahulu? Siapa?

Jika aku admin, aku tak perlu buat blog untuk tulis artikel banyak-banyak dalam blog aku ini. Ini salah satu bukti SCAM? Ini lagi mengarut. Aku cukup tak faham apa yang korang katakan scam. Biarlah. Kadang-kadang, aku tak faham dengan blogger atau Internet Marketer. Cakap macam-macam, tapi tak serupa bikin. Terlalu banyak. Kadang-kadang, sampai satu tahap aku dah rasa menyampah dengan dunia internet marketing ini.

Aku tahu ramai lagi hebat. Ramai lagi otai. Tapi jangan cakap tak serupa bikin. Market kita ni kecil sahaja. Pergi mana-mana pun, jumpa juga. Jika ko ada masa untuk menuduh tanpa sebarang bukti, lebih baik korang buat kerja yang mendatangkan faedah.

Mangsa? Siapa mangsa sebenarnya? Dan siapakah sebenarnya mangsa? Aku ingin sangat bertanya pasal mangsa. Jika korang kata orang yang lambat join program Dapatwang adalah mangsa program Dapatwang. Apa pula ceritanya bagi mereka yang lambat join program PPL atau program affiliate? Seperti yang kita tahu, program PPL selalunya mengambil masa 1 bulan atau paling lama pun 2-3 bulan. JIka ada antara mereka yang sertai lambat, korang rasa sempat ke mereka buat duit dengan program PPL? Kadang-kadang, nilai payout untuk PPL memang tak masuk akal. Kadang-kadang, ada yang sampai RM50 ataupun RM100. Bagi mereka yang memang baru nak merangkak dalam dunia buat duit ni, itu satu tahap yang membebankan mereka. Nak sampai RM5 pun dah sesak nafas. Jadi, merekalah mangsa bagi program PPL. Si admin dapat list dan boleh blast email si mangsa-mangsa tadi walaupun diorang tak bagitau yang mereka akan hantar email-email promosi pada masa akan datang. Akibatnya, macam-macam jadi.Malas aku nak ulas pasal mangsa program PPL dan mangsa program affiliate. Lagi banyak isu yang akan timbul. Cukup aku sentuh luaran, yang lain tu korang fikir-fikirlah sendiri.

Ok. Masuk plak bahagian mangsa dalam program affiliate. Sesetengah program affiliate, dah expired. Faham expired? Maksudnya dah tak aktif, admin pun dah tak aktif. Bila ada sales, berbulan baru nak bayar. Tak ada update langsung. Dan kadang-kadang, ebook pun dah langsung tak update berbulan-bulan. Sehinggakan ebook tersebut dah tak relevan dengan masa terkini. Tetapi, program affiliate masih berjalan. Dan mereka yang lambat sertai, termangu-mangu. Program affiliate ni masih berjalan atau tidak? Boleh buat duit ke tak? Tak ada berita langsung dan sampai satu tahap, si admin entah hilang ke mana. Sampaikan kena tanya kat email, barulah terkial-kial nak balas. Tak sakit kepala ke si mangsa-mangsa yang terpinga-pinga tunggu bayaran komisen diorang? Ini lagi gampang atau admin program Dapatwang.com lagi gampang yang mana setiap 15hb dan 30hb berusaha bersungguh-sungguh transfer duit komisen ke ahlinya?Sekurang-kurangnya, admin Dapatwang sentiasa bayar ahlinya, sentiasa update, sentiasa menjaga hubungan antara admin dan membernya biarpun bagi aku website diorang takdelah secantik website-website yang cantik lagi menawan. Tapi sekurang-kurangnya, program ini masih membayar buat masa sekarang. Sesetengah affiliate program, tak sampai 2 minggu, admin entah ke mana, bayaran komisen entah ke mana, update langsung tak ada.

Ya. Aku tahu program Dapatwang.com mungkin akan sampai ke puncaknya jika tidak ada peraturan ketat yang menyusul. Sebab terlalu banyak yang klik sesama sendiri dan bila sampai satu tempoh matang, tak mustahil program ini boleh bungkus. Aku harap pihak Dapatwang.com boleh berbuat sesuatu. Contohi program Berrybunch. Sungguh ketat peraturan program ini sekarang dan aku yakin Berrybunch boleh pergi jauh.  Aku tak kata program Dapatwang ini tak bagus. Ianya bergantung pada member dan juga admin. Jika kedua-duanya bekerjasama dan bertolak-ansur, aku tidak nampak yang program ini tidak boleh pergi jauh. Tapi jika salah satunya khianat, memang boleh bungkus pada bila-bila masa. Begitu juga dengan program affiliate. Jika admin ok, member mesti ok punya. Tapi jika salah satunya tak berapa ok, memang takkan tak berapa oklah jawabnya.

Ok. Fikir. Korang ingat program Google Adsense dulu takde banyak masalah ke? Nuffnang dulu takde banyak masalah ke? Advertlets dulu takde banyak masalah ke? Ingat senang ke diorang nak atasi masalah Fraud click? Begitu juga dengan admin program Dapatwang. Diorang sedang berusaha untuk atasi masalah Fraud click yang sedang bermahajarajalela. Ingat senang ke? Bagi mereka peluang. Benda ini bukan senang dan tak dapat nak diatasi dalam tempoh 1 malam mahupun 5-6 bulan. Bagi diorang masa. Mungkin ada sesuatu yang baik disebaliknya.

Ps: Ya, korang benci aku? Tak apa. Aku tak kesah. Tapi aku cukup benci kalau korang bising tentang perkara yang korang tak tahu. Jika korang tahu perjalanan dari A hingga Z, aku tak kesah korang nak kutuk sana sini dengan bukti kukuh. Tapi korang langsung tak tahu dari A hingga Z, lepas itu berlagak macam korang tahu segala-galanya. Siap tak ada bukti kukuh. Apa kes? Siap tuduh aku admin program Dapatwang.com? Punya ramai-ramai orang kat dunia ni, mengapa aku? Haiya..

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------