Archive for the 'barisan nasional' Category


Aku rasa dekat mana-mana surat khabar hari ini. RAmai orang dah dok baca berita bahawa kerajaan telah memberikan intensif yang sangat lumayan kepada atlit-atlit Malaysia. Aku lihat ramai yang sangat gembira dengan keputusan itu terutamanya Lee Chong Wei. Beliau sangat gembira dan aku harap dia akan lebih gembira jika menang 1 pingat emas di Olimpik nanti. Bonus menanti adalah 1 juta ringgit malaysia. Terus jadi jutawan maa. Inilah yang orang kata rezeki.

1 juta maa!!


Dari sudut lain, aku rasa tak kurang jugak orang yang kurang puas hati dengan tindakan kerajaan. Ramai yang mempertikaikan kerana pemberian 1 juta untuk setiap peserta yang memenangi pingat emas di Olimpik itu adalah satu pembaziran. Cuba tanya diri korang betul-betul. Satu pembaziran ke? Kalau korang kat tempat kerajaan. Satu pembaziran ke?? Bagi aku tidak. Kerana apa? Mutu sukan kita memang dah teruk dari dulu lagi. Kalau pemberian intensif lumayan ini mampu menghasilkan 10 kilauan emas di Beijing nanti, aku rasa 10 orang jutawan segera dilahirkan ketika itu dan pada masa yang sama, orang luar akan gerun dengan negara Malaysia. Tak bangga ke? Tak rasa best ke? Selama ini, kita selalu kene kutuk dengan orang luar dan tak kurang juga atlit kita sendiri kene caci sana sini. So, bila atlit Malaysia diberi imbuhan seperti ini. Kita tak suka. Wajar ke???

Dan wajar ke tindakan kerajaan itu? Bagi aku, usah kita pandang dari sudut negatif sahaja. Kalau nak kata bab pembaziran. Dah terlalu banyak pembaziran berlaku dan aku yakin ianya akan terus berlaku. Pembaziran akan dilakukan dengan lebih hebat lagi pada masa akan datang. So, toksah heranla. Jadi, bagi tindakan kerajaan ni, adalah satu tindakan yang tepat pada masa yang tepat. Kalau korang kutuk gak benda nih, secara tak sengajanya. Korang memperkecilkan atlit-atlit malaysia dan tak kurang juga menjatuhkan moral dan semangat mereka untuk terus berusaha di Olimpik nanti. Ingat sonang ke diorang nak lepas limit ke Olimpik tu? Susah woo. Kalau tak lepas masa atau kelayakan yang diperlukan, diorang tak dibenarkan ke Olimpik. Korang pun tahu kan berapa banyak masa dan tenaga dah diorang keluarkan demi kerana Negara? Jangan fikir macam-macam. Apakah sumbangan kita pada negara? At least, mereka ada peluang nak menyumbang untuk negara pada tempat yang betul dan tidak merogol anak dara orang. Kita? Apa kita wat? Kutuk sana sini. Wat penat mulut je..

Tapi kalau korang pandang dari sudut negatif, 1001 kali macam-macam itulah, inilah kita akan dapat cakap. Aku malas dah nak dok fikir soal negatif ni. Itu hanyalah penurun semangat untuk terus buat duit dan intensif 1 juta itu adalah sangat lumayan dan juga satu kontroversi yang bagus. So, sama-samalah kita doa agar atlit negara semuanya dapat pingat emas. Time tu nanti, barulah ternganga korang dan pihak kerajaan tergaru-garu kepala camana nak bayar semua atlit nanti. Haha!!

Ps: Ini adalah pandangan aku sahaja. Takde kena mengena sama ada dengan kerajaan atau parti pakatan. Aku hanya membuat ulasan dari sudut 278 darjah sahaja. Apapun, satu cara baru untuk mencipta jutawan segera sedang dilakukan dan aku rasa ini lebih baik daripada korang join skim-skim pelaburan internet atau skim-skim yang tak tentu hala tu. Malah, ini juga lebih baik daripada korang jadi jutawan dengan merompak bank..

Popularity: 8% [?]


Sphere: Related Content


Berita Best!

Aku baru je dapat berita best dari Entrecard. Korang baca saja berita baru ini. Aku tahu ada yang tak tahu apa itu entrecard. Jadi, apa kata kau orang pergi ke website diorang dan baca. Tapi sebelum tu, baca dulu berita panas dari enrecard nih aa..

Entrecard has just expanded all the ways you can earn credits. Check it out:

Option to Buy Credits is here
Finally, the long awaited option to buy credits has arrived. While dropping is by far the most popular option to get credits, if you wanted to launch a massive campaign, there is no way you could get the credits you needed quickly by dropping.

So now, on your dashboard, you will now find a link to “Buy Credits”. You can also use this link:
http://entrecard.com/r/buy_credits

We are only selling a very limited amount of credits on a daily basis, and they will be sold on a first-come first-serve basis. If you would like more information on where these credits come from, please visit the blog:
http://entrecard.com/blog/?p=353

Our economy is very sensitive and must stay balanced at all time, but we are constantly monitoring it and making decisions that only increase its health. Let us take a moment to assure you that this action will serve only to increase the value of the Credit, and create more value for our members.

Earn credits every time you post on your blog
Starting June 2nd, every time you write a post on your blog, you will now earn 25 Entrecard credits. This compensation is limited to once every three days, and is handled automatically via your RSS feed, which our system picks up automatically. Our mission at Entrecard is to help you succeed as a blogger, and now we take that further by giving you advertising credits every time you post to your blog! Your blog’s content is the most critical element of your blog, and is ultimately the key to your success as a blogger. It is important to update it regularly, so please enjoy a little motivation to post from us, the EC Team.

Write for the EC Blog - make $$ (credits)
Writing for the Entrecard Blog is a great way to help build YOUR blog. It gets your name out in front of the community and it drives traffic to your blog with your card and link prominently displayed at the top of the post. We are hereby welcoming anyone and everyone in the community to write for our blog and showcases your skills as a blogger. You will also be handsomely rewarded in credits. Your credit pay will be determined based on the quality of the post you write.

To write for the Entrecard blog, follow these simple steps:

Step 1.) Get your post idea approved.
If you have an idea for a post, send Graham a message by emailing graham@entrecard.com. Tell him about your idea. If it sounds good, he’ll give you the ok. He’ll also set up your account on the Entrecard blog so you can log in and start writing it.

Step 2.) Submit your post for review
Once your post is complete, and the best you can make it, submit it for review but clicking the “Submit for Review” button. The post will be reviewed by Graham and Phirate, at which time we will decide how much EC to pay for it. If it is a stellar post that is going to help people be better bloggers, build the community, etc. we will pay up to 2000 credits for your post. If it is just a simple update, or announcement, we may only pay a few hundred.

Step 3.) We pay!
We will send you payment and publish your article. The better the article, the more we pay!

We are looking for posts that will help people improve their blogging and keep the community connected. Tips for blogging, tools, resources, are all great. Personal anecdotes and stories that make this place feel like a community are also great. Jokes, funny stories, industry news is all fair game. Just send your post ideas to graham@entrecard.com and we’ll go from there.

As Entrecard grows and expands, we will continue to bring you new ways to earn credits that simultaneously build your blog’s footprint and it’s audience. We want you to succeed as a blogger, and we are going to do everything we can to help you along the way.

As we make significant economic investments in our blog specifically, we want to make it the hub for the all of the communities activity. So, you can also earn a one-time credit of 50 EC by subscribing to our blog.

Cheers,
Entrecard Team
———————————

Tut. End of story. Amacam? Berminat tak nak tahu lebih pasal benda alah nih? Aku percaya ramai yang tak tahu apa itu entrecard. Susah aku nak terang dalam bahasa melayu sebab takut salah maksud. Yelah, english aku kan dapat 7D je masa SPM. So, takdelah terror cam korang. So, yang aku faham, kau orang boleh dapat sedikit traffic dari penggunakan card diorang. LEbih ramai orang drop dekat card kita, lagi banyak credit dan traffic yg kita dapat. Tapi ada syarat, korang cuma leh drop kalau korang login akaun entrecard. Kalau logout, tak dapat credit la.

Berita Tak BEST

Bagi pengguna kelisa dan kenderaan yang menggunakan minyak petrol dan minyak diesel. Harga minyak sudah naik dan leh baca kat surat khabar hari ini. Aku tak suka. tak suka. tak suka!! Jadi, sebagai alternatif, korang boleh lah dapatkan penjimatan sebanyak 28% untuk petrol korang kat site ni, aku baru je jumpa masa gooGle tadi : Jimat 28%|Kurang Asap|Buatan USA|Tingkat 20% prestasi

Harga Petrol : Naik dari RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter
Harga Diesel : Naik dari RM1.58 ke RM2.58 Seliter

Ini sudah gila dan aku yakin ramai gila akan mengamuk dengan BN dan parti pemerintah. Benar atau tidak. Kita tunggu saja. Aku yakin ramai yang akan wat bising kat blog, forum atau mana2 media cetak dan media massa. Pemandu lori dan bas antara orang paling tension ketika ini. Jaga-jagala jika kau orang sedang naik bas pulang dari kerja atau sekolah aa..

Ps: Love to know more about Entrecard? Never forget to drop at Entrecard blog now. Its have many information and learn how you can get credit just by dropping at others blog.

Pss: Haha, mawi dan ikin lebih suka kawin dan bertunang dalam masa yang singkat. Betul ker weh??

Popularity: 7% [?]


Sphere: Related Content


Tun sudah keluar UMNO?


Tadi petang aku terpandang wajah seseorang di kaca television selepas saja aku duduk diruang tamu rumah aku. Aku nampak satu orang yang sangat berpengaruh memberi ucapan dalam sidang berita. beliau akan keluar dari parti kesayangannya. Aku hairan. Aku pelik. Aku pening. Mengapa ianya berlaku?


Aku yakin kau orang sudah tangkap siapakah orang yang aku teka-teka ini. Beliau adalah tidak lain dan tidak bukan Tun Dr. Mahathir. Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke empat yang membawa Malaysia lebih dikenali diserata Dunia termasuklah berani mengutuk presiden US, Bush yang tak guna tu. Eh, aku pun berani gak kutuk dia apa..

Aku rasa Tun sudah tidak tahan lagi dengan apa yang dah berlaku dalam UMNO. Sudahlah dikaitkan dengan kes Lingam dan ntah apa-apa ntah lagi. Macam-macam dah dunia Malaysia sekarang. Aku tidak mahu berbicara panjang tentang hal ini kerana aku yakin kau orang sudah maklum dengan apa yang berlaku.

Aku harap Tun hanya keluar dari Parti sahaja dan berhenti dari jadi ahli UMNO sahaja. Tapi aku mahu Tun tidak berhenti untuk menulis blog beliau. Boleh kan Tun??

Ps: Untuk pengetahuan korang. Perletakan jawapan Tun dalam UMNO berkuatkuasa serta-merta. Tetapi dari maklumat di Harakahdaily, Tun akan kembali apabila pucuk pimpinan sudah bertukar. Apa kes nih ??

Korang boleh baca lebih kat suratkhabar online ni : Utusan, HarakahDaily dan TheStar.

Kredit Gambar : Blog Tun Dr. Mahadir

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


 



Subuh ini masih samar-samar. Aku tidak pasti apakah berita pada pagi ini akan mengembirakan hati semua orang atau memberi kedukaan yang mendalam dalam hati seseorang di negara ini. Pastinya malam tadi penuh dengan debaran dan tanda tanyakah. Apakah setelah lebih 20 tahun BN memerintah. Ini kali pertama mereka menerima kekalahan terbesar sehinggakan 5 buah negeri telah berjaya dirampas oleh Barisan Alternetif yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR. Yang pasti, 12 jam yang lepas dan 24 jam yang akan datang akan menjadi satu episod baru selepas 8 Mac 2008 berlalu.

Selangor, Pulang Pinang, Perak dan Kedah bakal mengalami tsunami baru setelah BA berjaya memenangi lebih dari separuh kerusi yang dipertandingkan diperingkat DUN atau Parlimen. So, aku malas nak ulas panjang-panjang. Debaran itu akan terjawab di semua dada-dada surat khabar nasional dan swasta. Pastinya Metro akan lebih sensasi dan sold out besok dengan berita-berita yang penuh mnedebarkan dan menyakitkan hati. Aku pasti, lebih dari satu surat khabar aku akan beli pagi ini selepas mencari nasi lemak sambal sotong di kawasan rumah aku..Adakah masih sedap lagi sambal sotong di Banting setelah BA mengambil alih tempok pemerintahan Selangor? Aku tidak pasti. Harap-harap Kedai Nasi lemak itu tidak ada masalah. Hehe..

Pak Lah terkedu seketika ketika wartawan bertanya pada beliau dan akur dengan kekalahan ini. Sammy Vellu pula terpaksa mengucapkan selamat tinggal. Datin Seri Sharizat pula tewas kepada Nurul Izzah dan pastinya sudah tiada seri lagi biarpun khairi masih gah menang dengan undi post ketika bertanding dengan Badrul Hisham Shahrin di kawasan Rembau. Di batu kawan menunjukkan kekalahan Dr Koh Tsu Koon kepada Dr P. Ramasamy (PKR) dengan kelebihan 3000 undi. Walaupun Pak Lah, Najib dan Khir Toyo berjaya memenangi di kawasan masing-masing namun masih gagal untuk menyelamatkan Kedah, Selangor dan Penang. Ternyata setelah beberapa minggu tahun Pak Lah menerajui negara, beliau gagal untuk memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Umum Yang Ke 12. Tidak dinafikan pengarah kuat barisan Alternatif telah menyebabkan fenomena ini berlaku biarpun BA tidak menggunakan Television untuk mempromosikan pilihan raya kali ini.

Zainuddin Maidin tewas? Ini antara yang di tunggu-tunggu oleh penyokong BA. AKu pun memang tak gemar sikit mamat nih. Tak pandai betul berkata-kata dan emosional. Dah kalah, senyaplah lepas nih..Karpal Singh dan Azalina. Macam biasa. Menang dengan selesa. Dan macam-macam berita dari pukul 9 malam semalam hingga ke subuh ini. Berita di Malaysiakini, harakahdaily.net dan forum-forum tertentu termasuklah wangcyber membincangkan isu terkini pilihan raya ke 12 ini.

Tuk Guru Nik Aziz gembira pastinya antara yang paling gembira dengan berita ini. So, lepas nih makin sibuklah nampak gayanya. Dan kesemua negeri yang berjaya dikuasai pastinya akan menjadi aset berharga bagi Barisan Alternatif. Nah, sudah berjaya dan mari tunjukkan bahawa BA juga mampu berbuat lebih dari dari BN. Meh kita dengar apa Anwar kata..

Terima kasih Malaysia, BA menang lima negeri!

“Terima kasih kepada seluruh rakyat Malysia.Saya begitu terharu dan tersentuh dengan pilihan yang dibuat mereka dan penghargaan wajar diberikan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang mahukan perubahan dan era baru dalam negara.”

Demikianlah kata mukadimah penuh semangat Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan sidang media khas keputusan kejayaan Barisan Alternatif (BA) jam 1.10 pagi tadi di kediamannya tadi.

“BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor,” kata Anwar di hadapan lebih 50 wartawan dan jurugambar luar dan dalam negeri.

“Kita telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen,” katanya.

Ini kata Pak Lah pula,

Sementara bercakap mengenai isu beberapa pemimpin parti komponen BN yang tewas di Parlimen masing-masing, Abdullah hanya berkata “dah kalah, kalah lah”.

huhu. Aku dah tak tahu apa nak cerita. Korang boleh baca surat khabar hari ini atau capai mana2 blog2 yang menceritakan kisah pilihan raya ke 12 atau ke malaysiakini, harakahdaily dan macam-macam lagi. Penat dah badan dan mata aku berjaga untuk melihatkan keputusan rasmi.

So, apa yang kita harapkan kepada pucuk baru kali ini? Aku harap diorang dapat membantu dan menyelesaikan masalah yang sebelum ini menjadi beban kepada rakyat Malaysia. Aku tak mintak banyak, cukuplah jika mereka semua mampu membuatkan kami semua senyum puas hati selalu. Aku selaku anak jati Selangor berharap perubahan yang ketara dari BA dan kepada bakal menteri besar Selangor yang baru. Pastinya bukan Khir Toyo. Bukan aku tak suka dia. Tapi nak wat macam mana kan? Selangor ini penuh dengan isu dan aku harap pelbagai isu dapat diketengahkan dan diambil tindakan sewajarnya.

Ahh. Aku sudah penat bersuara dan aku mahu dengar pendapat korang semua. Apa kata korang dengan kemenangan BA ke atas 5 negeri ini? Aku nantikan komentar dan idea baru dari korang semua. Hari ini hari last Top Komentator bulan Februari 2008. So, aku harapkan ini jumlah komen yang terbesar. Itupun kalau bolehla..

Ps: Lepas nih boleh kot agaknya aku mintak sponsor dari BA untuk hadiah-hadiah top komentator bulan-bulan seterusnya? Air tebu sorang satu pun jadila. Hehe..

Pss: Leh lihat keputusan tak bape rasmi kat sini : Malaysiakini

Update : Dapatkan berita menarik di sini. Korang leh baca apa Utusan cakap : 1 | 2 | 3 | 4

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


-----------------------------
The Best site and articles : 6 Tips How to bring crazy traffic to your website

-----------------------------