Archive for the 'banting life' Category


Dah lama aku tak cerita tentang program Triond ni, jadi hari ini aku nak update bayaran komisen yang aku terima dari program Triond. Ini bayaran yang ketujuh dan memang jumlah yang aku dapat tidak banyak. Tapi aku tahu ada ramai blogger diluar sana yang dapat income mengagumkan dari Triond. Ada yang dapat 100 usd sebulan dengan gayanya. Ada yang maintain 50 usd setiap bulan dan ada yang dapat lebih dari itu. Pendek kata, Triond memang boleh bagi kita peluang untuk buat duit tambahan.

komisendaritriond2011 300x135 Komisen ke 7 dari Triond


Berdasarkan apa yang aku perhatikan dengan program Triond, ianya lebih kurang serupa dengan paid per click. Kita dapat klik, kita akan dibayar oleh tahap-tahap tertentu. Aku tak dapat nak tetapkan atau meneka berapa nilai untuk 1 klik, tapi untuk dapat $0.01 usd, kita perlukan lebih dari 10 klik ke atas. Senang cerita, dapat 10 klik..korang akan dapat $0.01. Ini kiraan rambang aku. Kalau dapat banyak klik, lagi banyaklah yang kita akan terima.

Masalahnya disini, bagaimana kita nak tarik perhatian orang untuk lihat artikel atau gambar yang kita buat di Triond ini? Kita kena umpan mereka untuk baca artikel kita di Triond. Triond mempunyai beberapa website yang akan menyiarkan artikel kita mengikut niche atau kategori yang berbeza. Tidak semua artikel ditempatkan di website yang sama. Begitu juga dengan gambar yang kita upload di Triond. Diorang akan letak gambar kita di website yang berbeza. Tugas kita cuma tarik trafik ke website-website tersebut. Memang susah, tapi inilah sahaja caranya jika hendak buat duit dengan Triond. Tak ada cara lain. Income yang kita dapat dari program referral Triond juga tidaklah sebanyak mana. Kita cuma dapat 10% dari nilai downline kita. Kalau downline kita aktif dan maintain dapat 100usd sebulan. Memang sedap-sedap kita dapat 10usd dari mereka bukan? Kena pula tiap-tiap bulan, dengan selamba badak aje kita dapat 10usd setiap bulan. Simple kan? Tapi proses nak jadi seperti yang kita harapkan, ianya tidak semudah dari apa yang kita mahukan. Berbeza. Apapun, kita tetap kena usaha. Tak ada duit yang datang hanya dengan mengharap sahaja.

Boleh daftar Triond disini jika berminat >> Triond

Terbaca semula artikel pertama aku tentang Triond. Dapat 89 komen. Fuhh..teringat masa zaman buat contest comment master dulu. Memang best. Tapi sekarang, rasa macam susah sikit aje. Masih ramai lagi ke yang berminat nak join contest komen-komen ni lagi?

Ps: Ada berita tak best. Lenkali aku cerita..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yah. Aku update blog ni selepas baru sahaja tamat menonton filem 3 budak bodoh. Bagi aku, tak adalah bodoh. Cuma entah macam mana diorang boleh pilih tajuk tu untuk nama filem tu, aku tak tahu. Tapi filem tu akan memberikan sesuatu yang berbeza dalam pemikiran korang. Haha..

Jika dulu, aku tak berapa percaya yang kita, orang melayu, orang dari Malaysia, orang dari Asia boleh buat duit dari internet, kita aku percaya dan aku yakin ramai yang percaya. Jika dulu orang kata kita bodoh atau tak pandai, aku rasa ramai orang kita yang berjaya membuktikan bahawa diri mereka sangat berbeza. Betul tak? Dan sebab kepercayaan itu, aku masih berjaya mendapat komisen-komisen dari program-program yang aku sertai termasuklah BurstTraffic. Ini bayaran terbaru. SIkit, tapi aku percaya aku akan dapat jana lebih dari blog aku pada masa yang akan datang.

komisenke10daribursttraffic 300x137 Komisen ke 10 dari BurstTraffic.net


Ya. Aku tahu mungkin sekarang website Bursttraffic sudah tidak boleh diaccess, ditemui ataupun korang dah tak boleh nak mendaftar program ini. Mungkin diorang dah cukup terima publisher untuk program beta ni. Jadi, pendaftaran telah ditutup. Betul atau tidak, aku kurang pasti. Tapi nampak gaya, begitulah dan aku rasa diorang akan bukak kepada umum nanti jika mereka rasa ujikaji mereka dalam perinkat beta ni mencapai tujuan mereka. Kita tunggu dan lihat sahaja.

Apapun, tahniah pada mereka yang berjaya dapat income dari Bursttraffic dan juga tahniah pada mereka yang berjaya buat duit dari blog masing-masing. Ucapkan tahniah pada diri masing-masing. Itu yang aku sematkan dalam diri. Jika kita tak puji diri sendiri masing-masing, siapa lagi? Jika kita tak angkat bakul sendiri, siapa lagi? Diri kita sendiri. Nak harap orang lain puji kita? Emm..ada. Tapi mungkin lambat sikit. Jadi, sila puji diri sendiri diatas bakat dan keyakinan korang masing-masing. Yahh, sekali lagi. Tahniah!

Ps: All is well.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Sejak aku kenal dengan program Text Link Ads ni, aku mula mencari banyak program jual beli link yang seumpama dengarnya. Dan hasil kajian, ujikaji dan kerajinan aku search sana sini, aku jumpalah program-program macam LinkXL, Backlinks, Linkadage, Teliad, TNX dan macam-macam lagi. Walaupun begitu, memang cukup sukar untuk dapat income yang berterusan dari program TLA ni dan sejak 3 tahun lepas akhirnya aku berjaya mendapat bayaran dari TLA tak putus-putus setiap bulan. Biarpun nilainya makin menyusut disebabkan sesetengah blog aku sudah tidak dapat iklan dari advertiser atau kerana pagerank blog-blog tersebut sudah jatuh, aku tak kisah. Selagi ujikaji ini berjalan, selagi itulah aku akan setia dengan program-program begini.

komisenke35textlinkads 300x143 Komisen ke 36 dari Text Link Ads


Malah, blog earncent ini juga wujud disebabkan tempias dari program TLA. Aku akui, ianya tidak mudah. Ketika aku menulis blog ini, korang sendiri tahu macam mana penerimaannya. Dulu memang susah sikit bab-bab nak buat duit dengan blog ini, tapi hari ini aku rasa sudah ramai yang berjaya buat duit dengan TLA dan juga program-program lain. Kemuncunlan blogger-blogger dari Malaysia menyemarakkan lagi program-program luar dan aku rasa macam banyak program tersebut dikuasai oleh blogger-blogger dari negara kita. Jika dulu, blogger dari Indonesia, India, US yang menguasai program-program ini, kini kita sudah dilihat sebagai pencabar utama kepada mereka. Tahniah aku ucapkan pada mereka yang dah berjaya buat duit dari blog masing-masing. Ini juga membuktikan kita hebat. Bukan sekadar juara bola sepak dalam Sukan Sea dan Piala Suzuki AFF, kita juga boleh juara dalam bidang sebegini.

Apapun, aku harap aku masih boleh terus dapat income dari program ini. Yang masih tak berjaya dalam program ini, korang ada dua pilihan. Terus berusaha atau putus asa dengan program ini. Ada banyak lagi program lain yang boleh korang cuba. Jangan terhadkan diri korang. Korang ada potensi yang masih belum diterokai. Bila aku fikir balik, aku tak sangka yang aku akan menulis blog hampir 6 tahun. Tak sangka, aku masih bertahan sehingga saat ini. Haha..serius, aku sendiri ketawa gelak guling-guling bila memikirkan apa yang pernah berlaku dalam hidup aku selama ini. Aku lalui dengan hati yang gembira walaupun kadang-kadang ada perkara yang menyedihkan kita. Biasalah tu, langit pun tak sentiasa cerah setiap hari. Kadang-kadang kena ada mendung dan hujan bukan?

Leh cuba kat sini: TLA.com

Ps: Ada benda yang aku kena setelkan petang nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Malam ni, jam 8 malam. Perlawanan akhir kedua antara Malaysia dan INdonesia akan berlangsung. Aku yakin ramai orang akan duduk depan tv dirumah masing-masing atau dikedai mamak untuk menyokong pasukan Malaysia dari jarak jauh. Yelah, nak pergi ke Jakarta tu punyalah jauh. Kena naik kapal terbang. Duit lagi nak pergi sana dan macam-macam masalah lagi. Jadi, kita cuma mampu sokong dari jauh aje.

Aku rasa bekalan 3 gol itu agak banyak juga untuk malam ni. Cuma aku harap Malaysia dapat main macam hari ahad yang lepas. Aku mahu lihat persembahan yang menarik dan serangan-serangan cantik dari pemain Malaysia. Diharapkan penyerang kita iaitu Safee dan Norshahrul dapat buat sesuatu malam nih. Barisan pertahanan seperti Muslim dan yang lain akan berjaya menghalang serangan-serangan bertalu oleh Indonesia malam nanti. Aku yakin akan berlaku banyak foul malam nanti. Tak kiralah dari pihak mana, tapi memang akan ada foul. Harap-harap tak ada pemain kita yang kena kad merah. Kalau tak, susah gak nak defense dengan hanya 10 orang sahaja. Apapun, aku harap yang terbaik dari skuad Rajagopal.

Lidah aku sakit ni. Tergigit bila makan sate tadi. Abah aku bawa sate lebih dari jamuan pencen dia. Ya, tahun depan dan pada bulan Mei 2012, adalah hari terakhir abah aku bekerja sebagai penjawat kerajaan. Jadi, apa perancangan abah aku selepas itu, aku kurang pasti. Mustahil nak ganti Rajagopal untuk jadi jurulatih Malaysia pula. Tak pernah lagi aku tengok abah aku main bola. Kalau main badminton tu, selalu sangat juga. Apapun, aku doakan abah aku sentiasa sihat dan dapat cari apa yang dia suka buat selepas pencen nanti. Mak aku pun sama, akan pencen juga. Tapi pada bulan yang berlainan, masih pada tahun yang sama. Jadi, korang boleh agak berapa umur abah aku dan mak aku. Beza mereka cuma 3 tahun aje. Aku rasa kalau nak kahwin nanti, aku nak bini aku lagi muda dari aku. Haha..

Ps: Pernah dengar tentang Noob berry tak?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011