Archive for the 'banting life' Category


1. Bila surat khabar dan tv cakap bila kantin sekolah dah tidak dibenarkan untuk menjual minuman dan makanan ringan termasuklah nasi lemak. Aku terus tersentap. Tambah lagi, nasi lemak dikatakan punca masalah obesiti atau kegemukan dikalangan pelajar sekolah. Terus aku pandang tv dan dengar berita tu betul-betul. Antara statement paling bangang yang pernah aku dengar sejak 26 tahun ni. Aku teringin nak jumpa dengan mangkuk-mangkuk yang buat kajian tentang nasi lemak ni..

2. Siapa setuju yang dengan makan nasi lemak sahaja akan membuatkan pelajar sekolah akan jadi gemuk? 99% akan angkat tangan macam usup wilcha.

3. Kalau seseorang tu gemok dan debab, siapa yang patut disalahkan? Orang pertama. Orang gemuk tersebut. Orang kedua. Mak dan abah orang gemuk tadi.

4. Jadi, adakah salah pihak kantin sekolah menyediakan nasi lemak? 100% tak salah.

5. Bagi bukti kukuh bahawa hanya dengan makan nasi lemak sahaja akan menjadikan seseorang itu gemuk. Bagi bukti kukuh untuk setiap bahan yang digunakan dalam pembuatan nasi lemak. Secara logiknya, mustahil. Sebab apa? Kita bukan nasi lemak setiap masa. Banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu jadi gemok. Malas bersenam, tak kawal makan dan faktor keturunan. (Ye ke?)

nasilemakdiharamkan Kantin sekolah tanpa nasi lemak.


6. Dari darjah satu, aku makan nasi lemak hampir setiap hari kat sekolah. Sampai berpindah sekolah baru pun, nasi lemak tetap jadi ruji makanan aku ketika disekolah. Begitu juga ketika di universiti. Aku tak gemuk pun. Berat aku ketika tahun terakhir di UMS adalah 55 kilogram bagi seorang yang mempunyai ketinggian 165 cm. BMI pun ok. Aku tak gemok. Mak aku siap marah aku sebab ingat aku tak makan masa kat Sabah. Cuma sekarang aje, berat tu naik banyak. Haha..

7. Aku seorang pemakan nasi lemak yang tegar. Aku tak malu mengaku. Yang pasti, nasi lemak bukan sebab utama untuk seseorang jadi gemok.

8. Mungkin pada tahun 2040 nanti, nasi lemak dah tidak dibuat secara tradisional. Nak makan nasi lemak. Pergi kedai. Order nasi lemak. Dapat satu kapsul. Semua intipati nasi lemak, bau dan rasa, kita akan dapat rasa selepas menelan kapsul tersebut. Gila. Itu teknologi alien planet Zargos.

9. Siapa yang tak suka makan nasi lemak?

10. Aku tak dapat bayangkan kantin sekolah tanpa nasi lemak. Ahh, memang tak boleh.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Pagi-pagi lagi aku dah kena tag oleh zaki tentang 5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali. Aku rasa bukan setakat 5 aje, ada 1001 macam benda yang aku nak buat kalau aku ada mesin masa doraemon yang nobita selalu pakai tu. EMm..ok, aku cerita jugaklah walaupun aku tak tahu 5 benda ni yang paling utama atau tidak..

1. Badminton. Aku ingat lagi masa tahun 1992. Tahun Malaysia berjaya menjulang kembali Piala Thomas dan merampas dari Indonesia. Memang malam tu aku satu keluarga bersorak bagai nak gila. Tak sia-sia aku dan jiran-jiran aku menyokong dirumah masing-masing. Aku juga yakin satu Malaysia yang sedang menonton siaran langsung ketika itu juga akan ingat kenangan ni. Betul tak? Yang aku agak menyesal, aku pernah jadi wakil sekolah masa tingkatan 5. Untuk training peringkat zon, kami berjaya menjadi johan berpasukan. Tapi aku tak dapat main untuk single atau bergu. Sekolah cuma hantar satu bergu dan 2 single sahaja. Jadi, aku yang sebagai bergu kedua sekolah, memang tak dapat main untuk bergu. Kalau masa ini dapat diulang kembali, aku akan lawan cakap cikgu yang jadi coach kitaorang waktu tu, mesti aku dah boleh masuk single atau bergu. Tapi aku kurang berani. Kalau berani, tak mustahil untuk aku jadi pengganti Hafiz Hashim. Haha..tapi memang aku serius pada waktu darjah 2 tu. Memang aku nak jadi pemain badminton negara. Cuma, hasrat aku tak tercapai. Dengan tiada jurulatih dan tiada latihan yang mantap mahupun kelab badminton luar, memang sukar untuk jadi pemain badminton negara. Apa yang aku mampu sekarang, menyokong pasukan badminton negara dengan setulus hati.

2. Tak dapat pilih bidang yang aku minati ketika matrikulasi dan universiti. Masa kat matrikulasi, memang aku masuk aliran Sains Tulen. Kiranya subjek yang lebih kepada sains. Mungkin disebabkan aku belajar disekolah asrama penuh dan beraliran sains tulen, jadi bila masuk matrikulasi, memang aku automatik belajar Sains Tulen. Bukan aku tak minat, tapi aku lebih minat pada benda-benda macam business atau accounting. Kalau niat aku kuat waktu tu, mesti aku akan tukar ke aliran accounting dan mungkin juga sekarang aku akan jadi businessman atau accountant. Tapi oleh sebab aku tersilap pilih dari situ, aku teruskan juga dan alhamdulillah, aku berjaya tamat belajar di matrikulasi dan universiti. Sekarang, aku kerja kerajaan dan mampu ada side income yang lumayan dari blog-blog aku. Mungkin ada hikmah disebalik aku memilih aliran sains ketika itu..

3. Kalau aku boleh ulang masa kembali, aku tak nak lagi main cuba-cuba pakai cermin mata akak dan abah aku waktu aku kecil dulu. Dulu, aku tak berkaca mata. Tapi bila tengok tv, macam nampak cerdik dan bijak aje bila pakai cermin mata, jadi aku gatal tangan pakai akak aku punya cermin mata. Naik darjah 6, aku dah tak berapa nampak dengan jelas kalau duduk jauh dalam dewan. Jadi, terpaksa pakai cermin mata waktu tingkatan 1. Dan akhirnya, sehingga sekarang aku masih kekal kacak memakai cermin mata. Dari penjelasan bekas awek-awek aku, salah satu sebab diorang suka dan tertawan dengan aku adalah kerana aku pakai cermin mata. Nampak sangat seperti aku kacak dan pelajar yang bijak. Sebab tu di sekolah, matrikulasi dan universiti. Aku tak putus-putus berkawan dengan perempuan. Ada sahaja sampai surat bersalut bedak ke tangan aku. Secara jujur, aku tak berapa suka pakai cermin mata. Sebabnya setiap kali aku bangun tidur, benda pertama aku cari adalah cermin mata. Memang sakit jiwa dibuatnya. Aku pernah mimpi, masa aku mimpi tu, aku bangun dari tidur. Dan waktu mimpi tu, aku tercari-cari cermin mata. Tengok. Dalam mimpi pun aku kena pakai cermin mata. Kalau tak, susah aku nak berjalan atau main lari-lari dalam mimpi. Tapi mungkin ada hikmah aku pakai cermin mata, itu agaknya buat aku masih kacak sampai hari ini. Haha..

4. Kalau aku boleh ubah masa kembali, aku tak nak lagi klik-klik sendiri masa aku join program Google Adsense kali pertama masa tahun 2005 dulu. Kalau aku tak buat kerja bodoh tu, mungkin akaun aku dah berusia 6 tahun hari ini. Rasa-rasanya, dah berapa banyak cek kaler hijau yang aku boleh dapat ketika itu hingga hari ini? Ohh, rugi. Rugi..aku pernah ada 7 akaun adsense tidak pada masa yang sama. Sekarang, cuma ada satu sahaja yang selamat. Itupun puas menyorok tak bagi korang tahu.

5. Kalau aku boleh ulang masa dulu, aku nak belajar sungguh-sungguh untuk matapelajaran bahasa inggeris masa darjah 1 dulu. Memang aku dari dulu ada masalah dalam bahasa penjajah ni. Walaupun aku dapat A masa aku kat Universiti, tapi aku terpaksa mengharungi masa lebih 10 tahun dimarahi oleh cikgu-cikgu bahasa inggeris kerana terlalu bebal masa kat sekolah dulu sehinggalah masuk ke universiti. Masa kat universiti barulah aku boleh dapat A masa dalam exam. Kalau tidak, jangan haraplah. Aku tak pernah langsung dapat A atau B untuk mana-mana peperiksaan sejak darjah 1 hingga tingkatan 5. Kecuali masa UPSR dan percubaan UPSR. Masa itu aje aku merasa dapat B. Yang lain, langsung tak pernah. Sudahlah kena ejek dengan kawan-kawan, kena marah lagi dengan cikgu. Azabnya, orang-orang yang lemah english macam aku aje yang tahu. Tapi alhamdulillah, sekarang kalau nak tonton wayang atau filem tanpa subtitle pun aku tak kesah. Boleh faham punya. Lainlah kalau drama korea. Itu kena ada subtitle english. Aku belum fasih lagi berbahasa korea. Sikit-sikit tu bolehla..Ini kalau aku dapat ulang balik ke waktu aku darjah 1 dulu. Kalau..

titan6kenanga 5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali


Gambar masa darjah 6 kenangan di SRK Sri Langat. Tapi sekarang dah jadi SK Sri Langat. Aku balik banting, memang dah berubah gila sekolah ni. Siap ada padang futsal khas kat dalam kawasan sekolah. Hebat..masa zaman aku, takde plak diorang nak buat. Grr..

Okeh. Habis cerita. Tugas aku sekarang aku nak pass baton tag ni yang dimulakan oleh Zaki(cyza.us) kepada rakan-rakan blogger yang lain. Kalau ada masa, boleh balas ni. Kalau tak boleh, tak perlu paksa diri. Buat bila korang rasa taman-taman dalam hati korang sudah cukup tenang dan tidak bergelora.

Blogger-blogger yang bertuah itu adalah.. adele, suri, zik, decrewz dan Ronaldmohoni.

Yang lain, kalau rajin nak sambung tag ni. Boleh juga berbuat demikian. Tak ada masalah punya. Okeh, aku nak sambung tidur jap lagi. Mengantuk gila nih. Haduhhh…

Ps: Banyak sebenarnya lagi aku nak ubah kalau aku dapat kembali masa dulu. Tapi aku bagitau 5 ajelah dulu. Lainkali aku cerita lagi. Okeh!

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


1. Ye, ni satu lagi program buat duit dengan survey online. Memang betul-betul yang stail jenis buat duit survey. Sebijik macam luar negara punya. Cuma dia punya website nampak macam tak berapa best aje. Mungkin diorang boleh tukar design baru yang lebih mengancam.

2. Nama program ni iPanelOnline. Program ni, kita kena jawab survey. Setiap survey, ada point-point tersendiri. Campur-campur point tu, korang bolehlah tukarkan ke ringgit malaysia. Ya, ini program khas untuk orang Malaysia sahaja. Negara luar, gi cari program sendiri. Ok, itu cara nak buat duit dengan iPanelOnline. Mudah kan?

buatduitdenganipanelonline Edisi Siasat   Buat Duit dengan iPanelOnline


3. Bayaran dibuat melalui akaun paypal. Nak tak nak, kena buat satu. Bukak aje satu, percuma pun. Bukan kena bayar pun.

4. Bayaran minimum adalah sebanyak RM5.00 sahaja. Kalau tukar ke dollar, dalam 3.29 dollar. Sebab depa transfer ke akaun paypal kita, jadi kita dapat dalam tukaran dollar la. Faham kan?

5. Cara nak tambahkan point ada 3 cara. Jawab survey ahli yang kat muka surat depan tu, jawab survey yang diorang hantar ke email kita dan cari downline banyak-banyak. Itu aje. Satu downline, leh dapat 50 point. Kalau dapat 10 orang, dah cukup 500 point. Haa, boleh tukar ke duit ringgit. Tak silap aku, 500 point dah cukup untuk dapat 5 ringgit. Aku tengok ramai yang dah request keluarkan duit masing-masing. Biasalah, waktu tengah promosi nih. Memang semua dia bagi..

6. Ada satu cara baru nak dapat 4500 point beramaan dengan RM45. Caranya mudah sahaja. Cari 5 orang, dan lepas tu, diorang akan pilih sape yang bertuah tu. Bonus ni diberi nama MENAN BONUS BESAR. Menan? Biar betul. Bukan menang ke? Tapi bila aku perhati balik, memang itulah yang depa tulis. Tak caya gi tengok.

7. Ada yang dah dapat bayaran dari program ini. Jadi, terbuktilah aku boleh percaya dengan program ini.

8. Dah, jangan buang masa. Daftar kat sini >> iPanelOnline.com

Ps: Baru satu hari, jumlah point aku baru terkumpul 241 point. Punyalah sikit.. icon smile Edisi Siasat   Buat Duit dengan iPanelOnline

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Sementara tengah tunggu file-file untuk episode pertama bagi drama korea yang bertajuk Samurai High School, aku tulis artikel ini untuk hari khamis ni. Aku set kul 7 atau 8 waktu malaysia nanti, akan keluar artikel ni. Ok, ini bayaran komisen dari program BurstTraffic. Malam tadi, entah mamat atau perempuan mana yang tak bagi salam dan bagitau nama dirinya, tanya aku pasal program Bursttraffic ni. Dia tanya, samada program ni masih bukak lagi atau tak pendaftarannya.

Aku rasa cam nak marah pun ada. Tapi sabarkan aje. Kalau dia tahu tentang program ni, maksudnya mesti dia dah baca kebanyakan artikel aku yang berkaitan dengan BurstTraffic. Jadi, dia mesti tahu yang aku dah cerita awal-awal yang mana program ni dah ditutup pendaftarannya. Tak ada pendaftaran baru. Kena tunggu lampu hijau dari pihak BurstTraffic, barulah leh join. Bila? Aku pun tak tahu masa atau harinya yang sebenar. Cuma tunggu dan lihat ajela..

komisenke14daribursttraffic 300x137 Komisen ke 14 dari BurstTraffic.net


Aku tengah wat eksperimen sana-sini sekarang. Harap dapat hasil yang memberangsangkan. Sudah dekat satu minggu aku tidur malam macam nak tak nak aje. Kalau ada bini, mesti bini aku halau aku kuar bilik. Haha, berani dia halau aku.

Apapun, dalam bab-bab atau siri-siri nak buat duit dengan blog ni, ada orang kata hati kena kuat. Tapi hati-hati kita ni ada taman yang melindunginya. Jadi, untuk bagi hati kuat, taman-taman dalam hati kita pun kena kuat. Baru boleh jadi kejam dan sentiasa tidak putus asa dalam apa jua yang kita mahu lakukan. Kalau taman-taman dalam hati tu lemah, pagarnya tak berkunci, tak pasang alarm, tak mustahil hati kita tu akan dicuri atau sentiasa gundah-gulana. Betul tak? Kalau baik hati tu, akan baiklah segalanya dan segala urusan kita akan dipermudahkan. Insya-Allah. Ok, waktu untuk blah..

Ps: Kena tidur juga. Terpaksa.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011