Archive for the 'banting life' Category


Korang tengok bola Chelsea kalahkan Malaysia tu? Yang Drogba golkan tu? Kalau ada sesiapa tak sempat tengok camana Drogba sumbat gol semalam. Leh klik dan plak video dibawah.



1. Siapa nama gol keeper Malaysia yang pertama tu? Banyak percubaan dari Chelsea yang dia selamatkan. Baik dari Torres, Anelka, Terry dan Drogba. Semua tak laku. Bila gol keeper tukar. Aku dah rasa tak best. Mesti bolos nanti. Tak sangka, tepat dugaan aku. Mak aku dah tegur aku. Lain kali jangan masin sangat mulut tuuu. Kan dah gol. Aku senyap sambil minum kopi pahit mak aku..

2. Kita ada 2-3 peluang keemasan untuk sumbat gol. Tapi memang takde rezeki. Aku tak salahkan pemain Malaysia. Mungkin mereka tak ada pengalaman kot dalam bab-bab menyempurnakan gol dengan baik dalam permainan khamis lepas. Mungkin lepas ni, Rajagopal dan Ong Kim Swee boleh buat latihan untuk cara-cara untuk menjaringkan gol dalam keadaan yang tenang dan terkawal.

3. Kalau jaringan Drogba semalam tak dikira. Mungkin kita seri 0-0. Tapi mungkin ramai sangat yang masin mulut macam aku, jadi Chelsea menang semalam. Abah aku kecewa. Bukan sebab Chelsea menang. Sebab aku masin mulut. Terus diam sampai habis masa. Pagi tadi, dia ajak aku gi makan nasi lemak. Haha..takde geng la tu nak makan nasi lemak..

4. Mak aku separuh bengang dengan aku. Dia cakap, kalau aku wakil Malaysia. Mesti boleh menang dengan Chelsea malam tadi. Dia kata lagi, baik aku yang ganti Amri Yahya atau Hairuddin Omar. Pehh, mak aku hafal tu nama pemain bola. Memang malam tu aku terkejut-kejut sangat dengan mak aku. Banyak lagi rupanya rahsia mak aku yang aku tak tahu ni..

5. Aku cukup suka dengan permainan yang ditunjukkan oleh Irfan Fazail. Attacking Midfielder dalam skuad Olimpik Malaysia. Walaupun dia pendek, tapi dia laju. Bila dia masuk semalam, jentera serangan nampak menarik untuk ditonton. Takdelah aku kejap-kejap rasa macam nak menyepak tv aje semalam.

6. Dahh, aku malas nak ulas. Kalau dah kalah tu, kalah juga. Tak kiralah 10-0 atau 1-0. Kalah tetap kalah. Cakap apa pun tak guna. Lupakan semua kedukaan dan ketidakpuashatian. Esok, turn Singapura pula. Ok, jom belasah diorang pula. Yang penting, esok mesti score gol. Mesti.

Ps: Aku nak main monopoli. Dari tadi dok mengira berapa gelas teh tarik dalam pertandingan mengira anjuran Teh Tarik F&N. Asyik silap kira aje. Cubalah buat pertandingan mengira dalam bab pengamiran ke pembezaan ke. Senang sikit nak jawab. Ishh..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak cerita semula tentang program Tnx yang aku join sejak tahun 2008 dulu tu. Nampak gaya satu lagi bayaran berjaya aku perolehi semalam. Aku keluarkan untuk bayar lagi domain aku yang ada kat Godaddy tu. Kena renew macam biasa. Kalau aku tak renew, memang aku akan rugi banyak benda. Banyak point tnx aku yang aktif didomain tersebut, jadi kalau down satu hari, aku dah rugi beratus point dari blog tersebut. Nak tak nak, aku kena renew cepat sebelum apa-apa yang tak diingini berlaku. Hoho..

komisenke74daritnx Komisen ke 74 dari TNX


Sebenarnya tak ada cara mudah untuk tackle program Tnx ini. Aku buat sama macam apa yang kali pertama korang buat masa jumpa website Tnx. Nampak website warna biru muda, dengan perkataan-perkataan english yang aku tak faham sampai dulunya aku terpaksa guna kamus nak faham apa yang diorang tulis kat website biru muda tu dan hari ini aku boleh kata hampir 98% aku faham apa yang website itu cuba sampaikan. Jika dulu, memang bahasa penjajah ni berkemampuan buat aku sakit kepala, jadi nak tak nak terpaksalah aku belajar dan memaksa diri aku untuk faham perkataan-perkataan tersebut. Hasilnya sekarang, bukan sahaja aku faham bahasa english nih, tapi aku mampu buat duit dengan Tnx dengan jayanya. Alhamdulilah, 2 dalam 1 aku dapat. Betullah orang kata, kalau Allah tu nak tolong, kekadang dia tolong bukan sikit sahaja, Dia bagi sekali pakej sekali..mungkin dengan asbab aku belajar english tu, barulah aku mampu berjaya buat duit dengan blog seperti hari ini..

Ok. Ini trik untuk mereka yang dah cuba program Tnx, dah dapat banyak point, tapi gila nak naikkan point tnx mereka. Mungkin cara ini berkesan dan mungkin juga tidak. Mungkin juga cara ini korang dah tahu, jika dah tahu. Abaikan cara ini. Ok, masa korang register, korang akan nampak beberapa category yang ada kan? Ada macam-macam kan? Sila buat blog berdasarkan category tersebut. Buat dalam 50-100 unik artikel dan submit blog ke Tnx selepas itu. Insya-Allah, point demi point akan mengalir ke akaun tnx korang setiap hari. Pada mulanya mungkin korang dapat antara 10-50 point, tapi lama-kelamaan ianya akan capai ke 100-200 point. Itu dah cukup banyak, bukan? Kekadang boleh henjut ke 300-400 point setiap hari. Kalau berjaya, ucapkan tahniah pada korang dan benda ini bukan kerja 1 hari. Aku pernah jaga satu blog suci yang aku update setiap hari 2 artikel selama 2 bulan sebelum aku submit ke Tnx. Akhirnya, blog itu sekarang berjaya memberikan aku sekurangnya 150-300 point setiap hari dan yang paling ajaibnya blog itu lepas untuk Innity dan banyak program-program lain yang diwar-warkan susah ketika waktu itu. Ya, itu bonus. Target utama aku ketika itu hanyalah untuk melepasi target Tnx. Ingat, jika blog korang lepas untuk Tnx atau TLA, itu bermakna blog korang dah cukup baik untuk lepas pelbagai program yang ada diluar sana. Itu piawaian yang aku letakkan untuk setiap blog-blog aku. Orang lain, blogger lain, ada piawaian mereka tersendiri.

Jadi, cuba sedaya upaya tak kiralah untuk program Tnx atau program-program lain. Jangan mudah putus asa dan jangan mudah nak salahkan orang lain. Lebih baik salahkan diri sendiri berbanding menyalahkan orang yang korang tak pernah jumpa mukanya. Itu nampak lebih hodoh dan keji, bukan?

Dahh, boleh cuba rempit dengan Tnx kalau mahu >> Tnx.net

Ps: Teringin betul nak angkat iphone 4 yang kaler putih suci ni.. http://bit.ly/jOKqZi

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini lambat sikit udpate. Ada banyak sikit benda yang kena uruskan dulu dan la ni barulah ada masa sikit. Inipun update gunakan laptop orang lain. Laptop aku ada masalah sikit. Kena hantar kedai dulu la jawabnya. Kalau tak, mahu sakit kepala juga dibuatnya. Nampaknya, kena angkat bateri baru dan tukar dvd writer aku tu. Dah teruk sangat rasanya. Maklumlah, laptop yang dah nak berusia 4 tahun, cam gitulah sakitnya. Ada sahaja sakit dan demamnya..

Ok. Ramai yang tanya aku, macam mana aku berjaya buat duit dengan blog dan bagaimana aku berjaya tackle hampir kebanyakkan program yang aku sertai lebih-lebih lagi program-program panas di Malaysia seperti Nuffnang, Innity, Churpchurp, Says, 701panduan dan banyak lagi. Sejujurnya, memang aku berkemampuan untuk dapatkan hasil dari program-program tersebut tapi korang kena faham aku bukan leader atau otai untuk program-program tersebut. Jumlah yang aku dapat dari program tersebut tidaklah banyak sebab aku tidak tumpu 100% untuk sesebuah program. Korang sendiri nampak dengan jelas jumlah bayaran yang aku dapat dari setiap program yang aku sertai. Ada yang bayar sepuluh ringgit, ada yang beratus ringgit, ada yang sen-sen pun aku sapu jugak. Nampak? Tidak semua yang aku sertai itu memberikan hasil yang banyak. Tapi aku akui, memang aku boleh tackle sesetengah program dan mampu jana duit dari program tersebut. Cuma hasilnya adalah sikit-sikit. Mampu membuatkan aku senyum setiap bulan. Sebab tu korang boleh nampak aku update earning yang aku perolehi dari program-program tersebut.

Niat. Itu yang korang kena set dari awal. Di awal kemunculan blog earncent ni, memang niat aku nak update semua earning-earning yang aku dapat hasil dari program-program yang aku sertai. Sebab tu, aku update walaupun bayaran yang aku dapat cumalah 1 sen sahaja. Nampak cam poyo aje kan? Tapi aku persetankan semua tu sebab itu matlamat dan visi blog ini sejak aku create blog ni. Bukan nak menunjuk-nunjuk. Tapi aku ingin berkongsi setiap program yang aku sertai dan ingin bantu sesetengah blogger yang masih mencari hala tuju dan mencari program-program yang sesuai untuk mereka sertai. Aku yakin ada sesetengah dari korang yang masih mencari program apa yang sesuai dengan blog korang, betul tak? Jadi, jika ada program yang aku cerita kat blog ini dapat membantu korang, itu sudah cukup bermakna bagi aku kerana apa yang aku mahukan, benar-benar terjadi. Bukan senang nak tolong orang dengan cara kita dan bukan senang nak puaskan hati semua orang. Kan?

Ya. Aku tahu, ada yang tak suka aku tunjuk-tunjuk bukti bayaran kat blog aku ini. Sekali lagi, aku tak peduli dengan orang cakap. Kalau tak, takkan aku berkeras update semua earning sejak 3-4 tahun lepas diblog ini dan blog-blog aku yang lain? Nak kata aku berlagak? Silakan. Nak kata aku poyo. Silakan. Nak kata aku bengong, bodoh? Pun silakan. Aku dah lali dengan semua tu. Nak kata aku jenis sombong? Silakan. Aku tak kisah sebab aku tahu siapa diri aku sebenarnya. Korang ada hak untuk kata tu semua. Cuma aku harap, korang fikirlah sendiri betul atau tidak apa yang korang katakan tu. Memang aku tidak sesempurna seperti yang korang nak, atau seperti yang korang anggapkan. Tapi inilah aku, insan yang kurang sempurna dan biasa-biasa sahaja yang cuba untuk membuat sesuatu dengan blognya. Kalau korang jumpa personal dengan aku, korang akan tahu betapa kurangnya dan berbezanya aku dengan korang dan aku yakin korang pasti terkejut jika korang dengar cerita aku sebelum aku berjaya maintain menulis blog sampai ke hari ini.

Aku juga ada saat jatuh dan bangun. Tatkala mak dan abah aku menentang dengan apa yang aku buat. Aku gagahkan juga sampai satu tahap, mereka beri restu dengan apa yang aku lakukan. Tatkala ada perempuan yang tinggalkan aku kerana aku dikatakan tidak sayang pada mereka, aku terus bertekad untuk buktikan yang aku mampu berjaya walaupun perempuan-perempuan itu memandang kecil dengan kemampuan aku. Tatkala aku dihina, dikutuk dan dikatakan dengan pelbagai lemparan yang negatif, aku tetap menulis blog setiap hari walaupun taman-taman dalam hati aku menangis kesedihan. Ya, tapi semua itu ada hikmahnya. Aku jumpa orang yang boleh terima kerja aku, aku jumpa ramai kawan sekerja yang berminat dengan kerja, aku jumpa ramai orang yang mahu aku tolong mereka, aku jumpa ramak kawan yang satu minat dengan aku dan aku jumpa dengan lebih ramai orang yang berfikiran positif setiap hari. Mungkin ini hikmahnya bila kita tidak berputus asa. Allah bagi ganjaran cuma tidaklah dengan sekali harung. Ada masa-masanya dan ada peringkat-peringkatnya. Mungkin masa aku lambat, tetapi hasilnya tetap aku rasa seperti hari ini.

Oklah, itu sahaja luahan aku yang tidak seberapa ini. Aku tahu ada yang meluat aku cerita poyo macam ini. Sekali lagi, aku tak peduli. Ini blog aku. Aku punya pasal nak tulis apa. Kalau korang berjaya baca sampai ayat-ayat terakhir ini, ucapkan tahniah pada diri korang sebab berjaya menghabiskan karangan aku yang aku kira masih pendek lagi ini. Kalau korang baca karangan aku masa SPM dulu, mesti korang sakit hati macam pemeriksa kertas. Haha..cuma aku harap, apa yang aku tulis ini akan memberikan sesuatu yang berbeza dan bermakna dalam kehidupan korang sebagai penulis blog yang lebih berjaya pada masa hadapan.

Ps: Jadi, mengapa aku boleh? Dan mengapa korang tak boleh..korang dah nampak sekarang?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Tiga hari lepas, masa aku pergi kenduri kahwin kawan aku kat Taman Mat Kilau, Jerantut. Ada seorang kawan aku ni bertanya tentang bab-bab berkaitan dengan dunia blogger dan juga cara buat duit dengan blog. Beliau dah mula menulis blog dan mula menjana pendapatan dari blog beliau. Tak sangka aku, dulu dia hanya hangat-hangat tahi ayam, tapi akhirnya dah berjaya membuahkan hasil. Mahu dekat setahun jugaklah dia try dan error tentang benda-benda yang ada dalam dunia blog ni.

Dulu, aku ada terangkan bab-bab wordpress, cpanel, install blog, beli domain dan hosting serta macam-macam lagi. Mahu pening-pening gajah dibuatnya. Tak faham dan konfius. Dia sendiri beritahu yang dia hilang fokus bila sudah mula sebulan berblog dan cuba buat duit dengan blog. Dia kata hasil memang tak dapat. Rasa macam kena tipu je dengan aku. Dan aku sendiri lost contact dengan mamat ni dekat beberapa bulan, dan bila jumpa balik, tak sangka dia teruskan aktiviti menulis blog sehingga ke hari ini. Bolehlah dan hasil pun agak lumayan. Dia berjaya menjual baju batik yang dia dapat dengan harga murah. Jadi, agak lumayan jugaklah yang beliau dapat.

akupunbloggergak Akupun blogger gak


Kemudian, dia tanya aku kehidupan aku sebagai seorang blogger separuh masa. Secara jujurnya, hampir sama sahaja dengan kehidupan aku sebagai full time blogger dulu. Walaupun cuma 2 tahun aku bekerja sebagai full time blogger, tapi aku akui ianya tidak banyak berubah dengan blogger separuh masa. Waktu kerja tetap sama dan mungkin juga lebih. Cuma kini aku lebih banyak keluar untuk dunia yang lebih kompetetif dan mencabar. Tidak hanya pada online sahaja. Offline pun best jugak apa..

Memang tidak dinafikan banyak benda yang kita akan terlepas bila kita aktif menulis blog ni. Fikiran mesti fikir pasal blog ini, blog itu,  nak update blog, nak komen ini, nak tengok sales, nak kejar trafik dan sebagainya. Tapi apa yang aku buat masa fulltime, berjaya aku praktikkan ketika aku menjadi blogger separuh masa. Pendek kata, kena bijak bahagi masa dan kena bijak untuk sentiasa fokus dalam setiap yang kita lakukan. Aku juga ada masa untuk bekerja, ada masa untuk buat kerja online, ada masa untuk main bowling,ada masa untuk call mak aku, ada masa untuk pergi pantai, ada masa untuk baca komik, ada masa untuk pergi pasar beli ikan, ada masa beli kelapa parut, ada masa juga untuk berborak dengan jiran. Pendek kata, rutin manusia biasa, sama sahaja dengan rutin full time atau blogger separuh masa.

Bila kawan aku kata, dia susah nak asingkan kehidupan bloggernya dengan kehidupan asalnya, aku tersenyum. Bukan aku tak pernah alami, pernah. Malah, mungkin lebih teruk dari apa yang dia rasakan. Tapi macam aku kata, kita kena fokus, kena rajin, kena kreatif dan kena banyak berkorban untuk dapat apa yang kita mahukan. Kalau tidak, susah nak buat banyak kerja dalam satu hari dan susah untuk fokus dengan apa yang kita sedang lakukan. Kalau korang jurutera, korang pun boleh jadi blogger gak. Kalau korang cikgu, korang pun boleh jadi blogger gak. Kalau korang pegawai polis, korang pun boleh jadi blogger gak. Kalau korang pelajar universiti, korang pun boleh jadi blogger gak. Blogger ni, semua orang boleh jadi..janji, kita tahu nak bezakan setiap apa yang kita lakukan..kehidupan luar mesti juga diteruskan. Kehidupan online, mesti juga tidak diabaikan jika mahu dapat apa yang kita inginkan.

Bila dah nak blah dari masjid kenduri tu, aku cuma kata satu aje dengan kawan aku, kalau ko mahu duit, buat cara mahu buat duit. Kalau ko mahu dapat awek, tackle awek betul-betul. Kalau ko mahu jadi blogger, serius betul-betul mahu jadi blogger. Bukan sebab orang lain jadi blogger, ko pun nak mengaku jadi blogger gak..

Habis cerita, kawan aku yang lain hantar aku balik ke kereta aku sebab aku tumpang kereta dia untuk jimat minyak kereta aku. Selepas itu, aku terus pecut ke Banting sebab keesokan harinya aku ada kenduri kahwin anak pakcik sedara aku kat Melaka. Fuhh, memang penat. Itulah kehidupan seorang blogger separuh masa yang tidak seberapa nih. Sekurangnya, korang dah tahu sehari punya cerita tentang aku sepanjang aku jadi blogger kacak separuh masa ini. Best tak cerita aku? Haha..

Ps: Entri ni aku buat khas untuk kempen Akupun Blogger Gakuntuk membantu Catzer mempromosikan Rumpun Blogger. Sori kalau cerita tak best. Aku pun tengah buntu idea macam ko gak. Mana komik Conan aku nih..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011