Seperti mana yang aku cerita semalam, aku dah dapat bayaran daripada TextLInkads. Jadi, mesti aku dapat bayaran daripada Inlinks jugak bukan? So, aku akan tunjuk juga sedikit bayaran daripada akaun Inlinks ni untuk April Inlinks Payment. Tak banyak, tapi ianya agak membantu. Selalunya duit-duit paypal ni, aku gunakan untuk beli domain samada di Godaddy atau Netkl. Kenapa? Kat situ harganya agak murah. Kat Netkl, kalau beli mana-mana pakej dapat free 1 domain. Ok apa. Harga domain pun RM29.95 aje. Harga domainnya murah, kan? kan?

Kebanyakkan domain aku kat Inlinks jatuh ratingnya sebab hosting aku down. So, tak banyak sales yang aku dapat dan aku tak dapat kata apa-apa bila 2 hosting aku bermasalah dan hosting yang aku baru beli pun bermasalah. Dah lebih 3-4 hari down ekoran mereka ada masalah ketika transfer data ke server baru. Aku tahu masalah tu memang agak lambat setel, jadi. Aku pening lalat dan aku terpaksa mengaku bahawa Netkl tetapi menjadi nombor 1 dalam pemilihan hosting. Cuma yang wat aku pening, add-on domain dan space diorang tak sebanyak yang ditawarkan oleh hosting-hosting baru nih. Mungkin ini antara penyebab hosting diorang takde masalah macam hosting-hosting lain. Lepas ni, aku rasa aku kene strict dalam pemilihan bakal-bakal calon isteri hosting aku nanti..
Sebut pasal hosting ni, cuba korang share dengan aku hosting mana yang korang dah pakai dan memberikan servis dan support yang bagus? Aku mahu survey dan mahu beli satu lagi hosting selain Netkl, Fivio, Rawanaz, Namsahaz, Cgyhost, Godaddy dan Baitulbytes. Dan hosting percubaan ini aku budget RM100 ke bawah dengan mempunyai add-on domain lebih dari 5 domain dan space dalam lebih kurang 2-5GB. Ada ke tak syarikat webhosting yang mampu menawarkan kriteria tersebut dengan harga setinggi RM100?? Lupa, mesti ada cpanel. Directadmin ok. Cuma aku tak berapa biasa aje. So, ada hosting dan domain murah dengan harga begitu?

Aku sedang cuba hosting baru iaitu Hosting123 secara percuma untuk tempoh 1 bulan. Jika ianya berbaloi, mungkin aku akan pertimbangkan untuk terus menggunakan hosting tersebut. Ada antara korang pernah cuba hosting123 punye syarikat? Baguskah atau tidak bagi pandangan kasar korang?
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content












