Archive for the 'badminton' Category


Pagi-pagi lagi aku dah kena tag oleh zaki tentang 5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali. Aku rasa bukan setakat 5 aje, ada 1001 macam benda yang aku nak buat kalau aku ada mesin masa doraemon yang nobita selalu pakai tu. EMm..ok, aku cerita jugaklah walaupun aku tak tahu 5 benda ni yang paling utama atau tidak..

1. Badminton. Aku ingat lagi masa tahun 1992. Tahun Malaysia berjaya menjulang kembali Piala Thomas dan merampas dari Indonesia. Memang malam tu aku satu keluarga bersorak bagai nak gila. Tak sia-sia aku dan jiran-jiran aku menyokong dirumah masing-masing. Aku juga yakin satu Malaysia yang sedang menonton siaran langsung ketika itu juga akan ingat kenangan ni. Betul tak? Yang aku agak menyesal, aku pernah jadi wakil sekolah masa tingkatan 5. Untuk training peringkat zon, kami berjaya menjadi johan berpasukan. Tapi aku tak dapat main untuk single atau bergu. Sekolah cuma hantar satu bergu dan 2 single sahaja. Jadi, aku yang sebagai bergu kedua sekolah, memang tak dapat main untuk bergu. Kalau masa ini dapat diulang kembali, aku akan lawan cakap cikgu yang jadi coach kitaorang waktu tu, mesti aku dah boleh masuk single atau bergu. Tapi aku kurang berani. Kalau berani, tak mustahil untuk aku jadi pengganti Hafiz Hashim. Haha..tapi memang aku serius pada waktu darjah 2 tu. Memang aku nak jadi pemain badminton negara. Cuma, hasrat aku tak tercapai. Dengan tiada jurulatih dan tiada latihan yang mantap mahupun kelab badminton luar, memang sukar untuk jadi pemain badminton negara. Apa yang aku mampu sekarang, menyokong pasukan badminton negara dengan setulus hati.

2. Tak dapat pilih bidang yang aku minati ketika matrikulasi dan universiti. Masa kat matrikulasi, memang aku masuk aliran Sains Tulen. Kiranya subjek yang lebih kepada sains. Mungkin disebabkan aku belajar disekolah asrama penuh dan beraliran sains tulen, jadi bila masuk matrikulasi, memang aku automatik belajar Sains Tulen. Bukan aku tak minat, tapi aku lebih minat pada benda-benda macam business atau accounting. Kalau niat aku kuat waktu tu, mesti aku akan tukar ke aliran accounting dan mungkin juga sekarang aku akan jadi businessman atau accountant. Tapi oleh sebab aku tersilap pilih dari situ, aku teruskan juga dan alhamdulillah, aku berjaya tamat belajar di matrikulasi dan universiti. Sekarang, aku kerja kerajaan dan mampu ada side income yang lumayan dari blog-blog aku. Mungkin ada hikmah disebalik aku memilih aliran sains ketika itu..

3. Kalau aku boleh ulang masa kembali, aku tak nak lagi main cuba-cuba pakai cermin mata akak dan abah aku waktu aku kecil dulu. Dulu, aku tak berkaca mata. Tapi bila tengok tv, macam nampak cerdik dan bijak aje bila pakai cermin mata, jadi aku gatal tangan pakai akak aku punya cermin mata. Naik darjah 6, aku dah tak berapa nampak dengan jelas kalau duduk jauh dalam dewan. Jadi, terpaksa pakai cermin mata waktu tingkatan 1. Dan akhirnya, sehingga sekarang aku masih kekal kacak memakai cermin mata. Dari penjelasan bekas awek-awek aku, salah satu sebab diorang suka dan tertawan dengan aku adalah kerana aku pakai cermin mata. Nampak sangat seperti aku kacak dan pelajar yang bijak. Sebab tu di sekolah, matrikulasi dan universiti. Aku tak putus-putus berkawan dengan perempuan. Ada sahaja sampai surat bersalut bedak ke tangan aku. Secara jujur, aku tak berapa suka pakai cermin mata. Sebabnya setiap kali aku bangun tidur, benda pertama aku cari adalah cermin mata. Memang sakit jiwa dibuatnya. Aku pernah mimpi, masa aku mimpi tu, aku bangun dari tidur. Dan waktu mimpi tu, aku tercari-cari cermin mata. Tengok. Dalam mimpi pun aku kena pakai cermin mata. Kalau tak, susah aku nak berjalan atau main lari-lari dalam mimpi. Tapi mungkin ada hikmah aku pakai cermin mata, itu agaknya buat aku masih kacak sampai hari ini. Haha..

4. Kalau aku boleh ubah masa kembali, aku tak nak lagi klik-klik sendiri masa aku join program Google Adsense kali pertama masa tahun 2005 dulu. Kalau aku tak buat kerja bodoh tu, mungkin akaun aku dah berusia 6 tahun hari ini. Rasa-rasanya, dah berapa banyak cek kaler hijau yang aku boleh dapat ketika itu hingga hari ini? Ohh, rugi. Rugi..aku pernah ada 7 akaun adsense tidak pada masa yang sama. Sekarang, cuma ada satu sahaja yang selamat. Itupun puas menyorok tak bagi korang tahu.

5. Kalau aku boleh ulang masa dulu, aku nak belajar sungguh-sungguh untuk matapelajaran bahasa inggeris masa darjah 1 dulu. Memang aku dari dulu ada masalah dalam bahasa penjajah ni. Walaupun aku dapat A masa aku kat Universiti, tapi aku terpaksa mengharungi masa lebih 10 tahun dimarahi oleh cikgu-cikgu bahasa inggeris kerana terlalu bebal masa kat sekolah dulu sehinggalah masuk ke universiti. Masa kat universiti barulah aku boleh dapat A masa dalam exam. Kalau tidak, jangan haraplah. Aku tak pernah langsung dapat A atau B untuk mana-mana peperiksaan sejak darjah 1 hingga tingkatan 5. Kecuali masa UPSR dan percubaan UPSR. Masa itu aje aku merasa dapat B. Yang lain, langsung tak pernah. Sudahlah kena ejek dengan kawan-kawan, kena marah lagi dengan cikgu. Azabnya, orang-orang yang lemah english macam aku aje yang tahu. Tapi alhamdulillah, sekarang kalau nak tonton wayang atau filem tanpa subtitle pun aku tak kesah. Boleh faham punya. Lainlah kalau drama korea. Itu kena ada subtitle english. Aku belum fasih lagi berbahasa korea. Sikit-sikit tu bolehla..Ini kalau aku dapat ulang balik ke waktu aku darjah 1 dulu. Kalau..

titan6kenanga 5 Benda Yang Aku Akan Buat Kalau Aku Boleh Ulang Masa Kembali


Gambar masa darjah 6 kenangan di SRK Sri Langat. Tapi sekarang dah jadi SK Sri Langat. Aku balik banting, memang dah berubah gila sekolah ni. Siap ada padang futsal khas kat dalam kawasan sekolah. Hebat..masa zaman aku, takde plak diorang nak buat. Grr..

Okeh. Habis cerita. Tugas aku sekarang aku nak pass baton tag ni yang dimulakan oleh Zaki(cyza.us) kepada rakan-rakan blogger yang lain. Kalau ada masa, boleh balas ni. Kalau tak boleh, tak perlu paksa diri. Buat bila korang rasa taman-taman dalam hati korang sudah cukup tenang dan tidak bergelora.

Blogger-blogger yang bertuah itu adalah.. adele, suri, zik, decrewz dan Ronaldmohoni.

Yang lain, kalau rajin nak sambung tag ni. Boleh juga berbuat demikian. Tak ada masalah punya. Okeh, aku nak sambung tidur jap lagi. Mengantuk gila nih. Haduhhh…

Ps: Banyak sebenarnya lagi aku nak ubah kalau aku dapat kembali masa dulu. Tapi aku bagitau 5 ajelah dulu. Lainkali aku cerita lagi. Okeh!

Popularity: 2% [?]


Sphere: Related Content


Tadi, sempat juga aku tengok badminton yang disiarkan kat Astro. All England. Salah satu pertandingan yang agak mahal dan berprestij yang menjadi kemanisan bagi semua pemain badminton yang mahu menjadi juara bagi pertandingan itu. Dan malam ini, Lee Chong Wei merakam sejarah bermakna buat dirinya untuk menjadi salah seorang juara bagi siri-siri All England.


leechongweiallengland2011 Lee Chong Wei Menang All England 2011


Nampak ketara yang permainan banyak berpihak kepada Chong Wei sejak diawal permainan. Beliau agak bersahaja dan agak tenang walaupun ada seketika dahinya berkerut kerana bulu tangkis asyik sangkut di net dan kandas sahaja. Tapi memang malam ini milik beliau kerana Lin Dan lebih banyak membuat kesilapan di net. Asyik tak masuk aje dan banyak kali beliau tersilap langkah dengan serangan-serangan Chong Wei yang aku rasa agak bersistematik pada malam ini. Banyak perangkap bola tinggi yang menjadi dan banyak umpanan berjaya dilakukan sehingga memaksa Lin Dan bagi bola tanggung untuk dismash oleh Chong Wei. Ya, malam ini memang milik Chong Wei. Banyak yang menjadi dan banyak bola jatuh betul-betul diatas garisan. Kiranya, tuah memang dimiliki oleh beliau ditambah pula sokongan padu rakyat Malaysia yang berada disana. Aku yakin, lepas ini akan timbul isu yang mana tanpa Misbun Sidek, Chong Wei tetap akan jadi juara. Percayalah. Akan keluar nanti dari mulut mereka yang merasakan khidmat Misbun dah tak boleh pakai. Tapi jangan dilupa, siapa yang didik Chong Wei sehingga menjadi seberjaya ini?

Malam tadi juga merupakan peningkatan kepada bergu pertama Malaysia. Kee Kiat dan Tan Boon Heong. Tampak ketara banyak yang menjadi. Tapi nasib memang kurang menyebelahi mereka dan aku rasa bergu Denmark tu akan kekal ditangga pertama buat satu tempoh yang lama jika mereka berjaya menguasai kelemahan mereka. Nampak ketara kelebihan bergu Denmark yang dua-duanya tinggi lampau menggunakannya dengan baik dalam 3 set. Walaupun kalah set pertama, mereka tetap positif dan cool dalam set kedua dan set ketiga. Walaupun mereka agak tidak berpuas hati dengan pengadil garisan yang banyak memihak kepada pemain bergu negara, tapi mereka reda dan terus berjuang dan akhirnya mereka berjaya menjadi juara All England dan aku rasa itulah kali pertama mereka berjaya dapat title tu. Bukan senang tu sebab bergu negara kita tu dah lama pegang title nombor satu dunia untuk satu tempoh yang lama. Cuma sekarang, agak ketinggalan dan perlu berusaha untuk dapatkan balik ranking tu semula dengan memenangi lebih banyak perlawanan super series yang akan datang. Penguasaan negara China juga agak berleluasa. Dengan adanya bergu Denmark ini, bergu indonesia, bergu Korea dan bergu Malaysia, ternyata mampu mengekang bergu-bergu dari negara China. Aku yakin ini satu perubahan yang baik dalam permainan bergu. Hoho..

Barisan pelapis Badminton Malaysia, aku tak pasti siapalah yang akan menjadi pelapis untuk Chong Wei dan Koo Kiat/Boon Heong pada 10 tahun yang akan datang. Mereka kurang konsisten dan aku harap lebih banyak pendedahan akan didedahkan kepada pemain muda negara. Jika tidak, mungkin tidak ada harapan lagi untuk merampas kembali Piala Thomas pada masa yang akan datang.

Ps: Satu lagi perlawanan yang baik sebelum aku tidur. Tahniah Chong Wei! Jasamu dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia pada saat ini dan 20-30 tahun yang akan datang.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Malam ni, jam 8 malam. Perlawanan akhir kedua antara Malaysia dan INdonesia akan berlangsung. Aku yakin ramai orang akan duduk depan tv dirumah masing-masing atau dikedai mamak untuk menyokong pasukan Malaysia dari jarak jauh. Yelah, nak pergi ke Jakarta tu punyalah jauh. Kena naik kapal terbang. Duit lagi nak pergi sana dan macam-macam masalah lagi. Jadi, kita cuma mampu sokong dari jauh aje.

Aku rasa bekalan 3 gol itu agak banyak juga untuk malam ni. Cuma aku harap Malaysia dapat main macam hari ahad yang lepas. Aku mahu lihat persembahan yang menarik dan serangan-serangan cantik dari pemain Malaysia. Diharapkan penyerang kita iaitu Safee dan Norshahrul dapat buat sesuatu malam nih. Barisan pertahanan seperti Muslim dan yang lain akan berjaya menghalang serangan-serangan bertalu oleh Indonesia malam nanti. Aku yakin akan berlaku banyak foul malam nanti. Tak kiralah dari pihak mana, tapi memang akan ada foul. Harap-harap tak ada pemain kita yang kena kad merah. Kalau tak, susah gak nak defense dengan hanya 10 orang sahaja. Apapun, aku harap yang terbaik dari skuad Rajagopal.

Lidah aku sakit ni. Tergigit bila makan sate tadi. Abah aku bawa sate lebih dari jamuan pencen dia. Ya, tahun depan dan pada bulan Mei 2012, adalah hari terakhir abah aku bekerja sebagai penjawat kerajaan. Jadi, apa perancangan abah aku selepas itu, aku kurang pasti. Mustahil nak ganti Rajagopal untuk jadi jurulatih Malaysia pula. Tak pernah lagi aku tengok abah aku main bola. Kalau main badminton tu, selalu sangat juga. Apapun, aku doakan abah aku sentiasa sihat dan dapat cari apa yang dia suka buat selepas pencen nanti. Mak aku pun sama, akan pencen juga. Tapi pada bulan yang berlainan, masih pada tahun yang sama. Jadi, korang boleh agak berapa umur abah aku dan mak aku. Beza mereka cuma 3 tahun aje. Aku rasa kalau nak kahwin nanti, aku nak bini aku lagi muda dari aku. Haha..

Ps: Pernah dengar tentang Noob berry tak?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini memang agak gembira. Ada banyak jamuan yang aku kena datang. Tapi dalam banyak-banyak, aku cuma datang undangan makan malam untuk kelab badminton kita orang. Aku gagal untuk jadi johan dan sekadar layak untuk tempat ke 3 dari semua pasukan. Tewas pada separuh akhir dan team yang mengalahkan team aku menjadi Johan kali ini. Huh, sekurang-kurangnya, aku kalah pada team yang jadi johan. Takdelah rasa trauma sangat. Haha..

Cerita tentang badminton ni, aku sedih lagi dengan kekalahan skuad badminton negara dalam Sukan Sea 2010 ini. Mungkin apabila Chong Wei kalah, semua semangat untuk menang menyebabkan skuad badminton negara terus hilang arah dan menyebabkan kita kalah 2-3 kepada Thailand. Aku tidak terkejut apabila Bonsak menang kita berlawan dengan Chong Wei. Dia ada kemampuan untuk mengalahkan Chong Wei. Jadi, kalau dia menang, aku tidak terkejut sangat. Cuma rasa kecewa tu memang terasa sebab kita memang mengharapkan pingat dari skuad Badminton untuk Sukan Sea kali ini.

Berita kekecewaan demi kekecewaan menimpa pula pada Skuad Bola Sepak negara yang kalah 3 kali berturut-turut. Kekalahan pertama ditangan Jepun. Kemudian, kepada China. Yang ni, memang aku cukup panas bila menyaksikan skuad Malaysia cuma bermain seramai 8 orang sahaja. Manalah cukup nak lawan 11 orang pemain China dan 1 orang pengadil yang agak berat sebelah. Dan hampir separuh pemain Malaysia dapat kad kuning. Seingat aku, cuma seorang sahaja pemain China yang dapat kad kuning. Aku rasa, hampir seluruh rakyat Malaysia memang angin satu badan dengan pengadil yang berasal dari Australia tu. Tapi kita tetap tak boleh buat apa. Pengadil adalah segalanya. Kita maki hamun ke, kita complain ke, kita santau ke, kita tetap telah kalah dengan China. Huh, Ben William, inilah nama pengadil yang buat aku sakit kepala dari hari kita kalah sehinggalah saat ini.  Kena pula kali ini Sukan Sea diadakan di China, so memang sangat advantage bagi mereka. Dan kekalahan ketiga kepada Iran. Yang ni memang kebal. 3 gol berbalas satu (3-1). Kalau tak kerana keeper Malaysia tu, aku rasa Iran dah pesta gol rasanya. Tapi nak buat macam mana, pemain yang ada pun bukan kesebelasan utama. Ramai pemain Malaysia yang dah cedera dan separuh daripadanya ada kad kuning. So, memang bayang-bayang kekalahan memang sudah kelihatan. Apapun, aku harap skuad Malaysia akan lebih gigih berusaha dan mengembalikan kegemilangan Bola Sepak Malaysia seperti zaman Mokhtar Dahari dulu. Memang sukar, tetapi tidak mustahil.

Kembali ke sukan Badminton, apapun, kita masih ada peluang untuk Perseorang Lelaki dan Bergu Lelaki. Kita ada peluang untuk mengondol pingat. Tak kisahlah pingat warna apa, janji peluang tu sangat cerah. Harap Chong Wei dan bergu utama  kita dapat menyinar kembali. Dan mungkin Hafiz Hashim dapat menyelit ke separuh akhir untuk mendapatkan pingat juga. Inilah masa bagi Hafiz untuk membuktikan yang dia masih berbisa.

Esok, aku akan pulang ke Banting untuk meyambut Hari Raya Aidil Adha bersama-sama keluarga. Harap perjalanan aku nanti tak ada apa-apa masalah walaupun aku tahu esok mungkin jalan raya baik highway atau lowway akan sibuk sehingga ke malam. Aku harap tak ada juga kemalangan jiwa yang berlaku pada esok. Cukup-cukuplah eksiden sebelum ni, bagilan kereta Ambulan tu rehat dan staff-staff kat hospital tu tak kerja lebih masa..

Ps:  Aku tengah belajar semula untuk jumping smash. Asyik-asyik kurang menjadi ajer..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011