Archive for the 'backlinks' Category


Ini adalah pemberitahuan ringkas. Aku tak berapa sempat hendak karang ayat yang best-best. Aku cuma nak beritahu Linkadage telah berjaya membayar aku setelah genap sebulan aku menjua link di blog-blog aku. Sehingga hari ini, sudah 3 bulan mereka kekal membayar aku dengan baik. Aku cuma sedang tunggu bayaran komisen affiliate program sahaja. Harap depa bayar dengan cepat. Hoho!

linkadagepaymentlf0.th I Got 3rd Payment From Linkadage


Walaupun tidak banyak, tetapi aku bersyukur kerana Linkadage terus menerus membayar aku. Kelebihan yang berbeza antara Backlinks dan Linkadage adalah, Linkadage menerima semua blog walaupun blog itu cuma ada PR0. Ianya berbeza dengan Backlinks bukan? Malah, kita sendiri boleh menetapkan harga bagi setiap link yang dijual. Berbeza bukan?

Jadi, jika korang berminat untuk buat duit dengan Linkadage.Bolehlah sertai dengan segera. Nak cepat boleh, nak lambat pun boleh. Tak perlu tergesa-gesa. Aku galakkan korang baca entri lama aku tentang Linkadage disini. Mungkin akan lebih membantu.

Daftar Linkadage sekarang!

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Secara keseluruhan, hampir semua kesemua Pemenang New Earncent Contest sudah menerima habuan masing-masing di akaun Maybank dan CIMB korang. Kecuali Topo dan Farah. Mereka punya sebab-sebab tersendiri. So, topo, kau sudah buat keputusan atau belum? Kepada farah, cepat-cepatlah buat akaun bank ye. Ini status terkini..

1. Rajakamil - Complete and Paid
2. Farahaznil - Not Complete
3. Abdfatah - Complete and Paid
4. Topo - Not Complete
5. Merahkatak - Complete and Paid
6. akazuma - Complete and Paid
7. Appleblogger - Complete and Paid
8. Shuxx - Complete and Paid
9. Debtrunner - Complete and Paid
10. videono - Complete and Paid

Mungkin ada sesetengah dari korang yang dapat lebihan imbuhan dari aku. Nasiblah sesiapa yang dapat tu yek. Senyap-senyap ajelah. Ada sebab aku bagi lebih. Haha. Dan tak lupa, korang akan dapat link download untuk hadiah-hadiah yang masih berbaki. Jangan risau dan aku akan cuba siapkan secepat mungkin dan harap streamyx tak wat hal lagi..

Dan berita baik dari TNX. Aku telah dapat bayaran terakhir dari mereka semalam. Walaupun tidak banyak seperti yang aku duga. Tetapi ini sudah menggembirakan aku. Sekurang-kurangnya, ada gak merasa duit dihujung bulan nih. Hehe..

tnxpayment8ac0.th I Got 8th Payment From TNX


Jadi, selain daripada TNX, aku galakkan korang cuba 4 program yang membayar aku dengan baik setiap bulan. Kesemuanya lebih kurang sahaja caranya.

1. Text Link Ads
2. Backlinks
3. Linkadage
4. Teliad

Itu sahajalah untuk hari ini. Aku sebenarnya masih lagi penat. Tetapi aku gagahkan juga diri ini untuk membuat bayaran untuk contest yang lepas dan juga siapkan link download untuk korang. Malah, aku sempat juga untuk update beberapa blog dan semak beberapa akaun program aku yang lain. Projek yang masih tergendalah kekal tergendala. Semoga aku pulih dengan cepat. Waa…

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Semalam aku terlupa hendak publish draft yang aku telah buat tentang Linkadage. Aku rasa korang sudah tahu aku telah mencuba untuk buat sedikit duit dari program Linkadage. Aku tahu ianya agak sukar. Tapi akhirnya aku sudah 2 kali berjaya mendapat bayaran daripada program Linkadage secara berturut-turut.

paymentlinkadageoctobertn7.th I Got 2nd Payment From Linkadage


Linkadage bertindak sama seperti Backlinks dan Teliad. Jika ada advertiser berminat untuk membeli text link di website kita, mereka akan berbuat demikian dan kita perlu meletakkan code tersebut diwebsite kita. Modus operandi sama sahaja dengan Backlinks kerana aku rasa Linkadage dan Backlink hanya mempunyai 2 perbezaan sahaja.

Linkadage menerima semua website tak kiralah dari PR0 hingga PR9. Tetapi, Backlinks mewajibkan kita sekurang-kurangnya ada PR1 untuk melayakkan kita menerima komisen setiap bulan. Selain itu, Linkadage membenarkan kita mengawal dan meletakkan harga bagi setiap link yang kita mahu diwebsite kita. Backlinks pula telah menetapkan harga-harga tertentu berdasarkan Pagerank(PR) sesebuah website.

Jadi, aku rasa korang sudah sedikit faham tentang Backlinks dan Linkadage bukan? Jika tak faham boleh rujuk dua artikel yang telah aku tulis dahulu di sini :

1. Edisi Siasat - Buat Duit dengan Linkadage [klik sini]
2. Open Case - Buat Duit dengan Linkadage [klik sini]

Jadi, jangan buang masa dan sertai Linkadage sekarang : Linkadage

Ada orang bertanya, kalau join Linkadage ni, akan menjatuhkan pagerank atau tidak? Kemungkinan besar adalah tinggi untuk korang kehilangan pagerank blog korang. Jadi, siapa mahu join benda ini, risiko tanggung sendiri. Aku tidak bertanggungjawab. Aku sendiri menggunakan blog-blog PR0 untuk menyertai Linkadage. Jadi, korang pun boleh berbuat demikian.

Ps: Itu sahaja untuk hari ini. icon smile I Got 2nd Payment From Linkadage

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Juanes - La Camisa Negra.mp3]

Antara puluhan bayaran yang aku dapat sejak awal bulan Oktober ini. Aku hendak bercerita tentang satu lagi cara untuk membantu kita menjana wang dari internet. Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk buat dari internet ni. Ada pelbagai program yang boleh dicuba dan disiasat. Malah, banyak program yang berjaya membayar kita sehingga sekarang seperti Awsurveys, Google Adsense, Backlinks, TNX, Reviewme, Widgetbucks dan lain-lain lagi.

Ok. Cara yang aku hendak cerita kali ini adalah berkait rapat dengan tajuk entri ini. CONTEST. Dalam bahasa melayu adalah pertandingan atau peraduan yang menawarkan hadiah. Tak kiralah hadiah itu adalah sebungkus Burger atau Tetikus berwarna pink, 4 bijik cawan ataupun duit Paypal, janji hadiah itu mampu menarik pemain-pemain seperti aku.

Aku yakin korang dah banyak tengok ramai blogger lokal termasuk aku menyertai dan memenangi pertandingan yang ditawarkan. Tak kurang juga ramai blogger termasuk aku yang menganjurkan pertandingan seperti yang aku lancarkan 2-3 hari yang lepas. Jadi apa kaitannya? Ya, kita boleh buat duit dan menang hadiah yang menarik melalui pertandingan sebegini.

Kekangan? Terlalu ramai pemain yang hebat? Kurang keyakinan untuk menang? Persetankan tu semua. Jika korang tak cuba, mana korang tahu? Itu tandanya korang dah mengalah sejak awal lagi. Aku tak kata orang yang tak join tu bersalah. Cuma tolong jangan cakap bahawa menyertai pertandingan sebegini TIDAK boleh buat duit atau menang hadiah. Itu TIPU namanya. Sebab aku sendiri telah membuktikannya dengan memenangi Webmasters.bz Contest walaupun hanya untuk tempat ke 3. Ok apa, dapat 25 dollar sahaja dan peluang untuk beriklan di forum Webmasters.bz dan Engkayblog.com. Aku juga dapat hosting secara percuma di TheHosted.com selama 12 bulan. Ok what..

paymentcontestwebmastertc1.th Open Case: Buat Duit dengan Contest


Malah, aku juga pernah menang review dan mendapat hadiah berupa 2 Gigabyte Pendrive dari Rajakamil. Aku yakin korang masih ingat aku pernah menang review contest yang dianjurkan oleh Ammar Zahar bukan? Aku dapat RM100 dan e-book Koleksi Grafik V2 dari beliau. Dan banyak lagi contest yang telah aku menang sejak 3-4 tahun yang lepas. Takkan aku nak list semua kat sini plak..

Aku tahu korang juga mungkin pernah menang contest. Lagi-lagi kalau pemenang-pemang contest yang aku anjurkan di blog ini. Jadi, jika korang rasa hendak dapat sesebuah hadiah atau wang tunai. Pertandingan-pertandingan seperti ini wajarlah disertai. Jika hendak menang, tunjukkan usaha mahu menang dan jangan mudah mengaku kalah. Aku juga sedang menyertai banyak contest ketika ini termasuklah contest encik Russell Brunson ni. Kalau menang, aku wat contest baru 4 bulan berturut-turut. Hehe..

Kesimpulannya, apa yang aku tunjuk ni bukan untuk bermegah-megah. Aku cuma telah berjaya membuktikan satu lagi cara untuk buat duit dari internet dan aku akan terus membuktikan lagi banyak program pada masa akan datang. Untuk sekarang sahaja, ada lebih dari 30 program yang masih dalam status edisi siasat dan menunggu masa ke status open case. Hope semuanya berjalan dengan lancar.

Ps: Masalah ulcer masih dalam status tak terkawal. Mata kiri pulak aku terpaksa aku tutup. Sakit sangat. Tak leh bukak selalu Jadi, aku menulis dengan hanya menggunakan mata kanan sahaja. Arghhhh…

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011