Archive for the 'awsurveys' Category


Sejak semalam aku cuba untuk menulis sesuatu. Sayangnya, line internet mengecewakan aku dan membuatkan aku sukar untuk mengupdate blog seperti biasa. Apapun, tiada apa yang perlu aku sedihkan kerana aku tetap kene buat sesuatu selepas ini.

Tentang beberapa projek yang berjalan, hampir kesemuanya berjalan dengan baik. Ada juga 1-2 projek yang gagal memenuhi kriteria yang aku mahu. Tidak apa. Itu baru namanya projek. Ada yang berjaya dan ada yang gagal. Aku sudah sampai kehabisan duit diakaun paypal dan menyebabkan aku terpaksa mencari sumber lain untuk membayar beberapa orang lagi. Maafkan aku kerana lambat. Nak wat macam mana, korang juga berkeras nak terima bayaran dengan paypal. Kalau dengan maybank, cepat aje aku bayar. Kepada farah, aku masih tidak ada masa untuk pergi ke pejabat pos. Jadi, jika ko ada akaun bank mana-mana bank, sila tembak ke inbox email aku dengan kadar yang segera jika mahu bayaran dengan secepat mungkin. Dan untuk contest-contest yang akan datang, aku cuma akan membayar diakaun bank sahaja. Harap maklum ya..

Berita gembira dari Projek Youthsays Real Voices. Akhirnya telahan aku tepat. Aku berjaya memenangi 5 kali berturut-turut hadiah bonus mingguan. Ini bermakna, RM500 sudah dalam tangan disampingan mendapat RM500 untuk 15 chapter yang aku buat tempoh hari. Ini juga bermaksud aku berjaya memperoleh RM1000 dari projek Youthsays ini. Untuk pengetahuan korang, hanya 2 orang sahaja yang berjaya memperolehi RM1000. Satu lagi adalah perempuan dan yang pastinya aku tidak kenal beliau. Hoho..

Sementara itu, aku sempat juga tulis beberapa artikel diblog Helmi walaupun line sibuk 2-3 hari yang lepas. Aku sempat menyelit seketika bila line laju. Tapi bila line hilang, terpaksalah aku wat kerja lain. Ini juga menyukarkan aku menyiapkan projek aku yang tertangguh selama ini. Apapun, korang leh baca 3 artikel terbaru aku diblog Helmi.

- How to make money with Awsurveys
- Make Money Online with Shareasale
- Make Money Online with Text Link Ads

Oklah. Itu sahaja update terkini daripada aku. Esok aku akan start tulis edisi siasat pasal program lain dan update-update komisen yang aku dapat beberapa hari ini. Agak sibuk. Tetapi line internet tidak menggembirakan aku. Apapun, aku cuba buat apa yang termampu.

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content




Hari ini aku ada 4 undangan. 3 undangan kenduri kawin dan 1 undagan kenduri sempena masuk rumah baru. Pukul 11 pagi nanti aku akan bertolak bersama parents aku. Macam biasa, tugas memandu VIos akan diserahkan kepada aku. Haha..

Betul. Aku sudah dapat bayaran dari Lemonadehere. Sila rujuk post lama. Masihkah korang ingat tentang Laporan percuma tentang The Traffic Tips Report tu? Yup. Semalam aku sudah menerima bayaran dan aku rasa korang juga ada yang dah dapat kan? Cuba cek akaun paypal korang kalau tak percaya. Walaupun tak banyak. Tapi wang yang aku terima itu sangat bermakna bagi aku. Ada benda aku nak wat dengan duit nih.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us



Setiap bulan, aku akan beli sesuatu untuk jadi peringatan pada aku agar tidak mudah putus asa untuk membuat duit dari internet. So, bulan lepas. Aku ada beli sesuatu yang sangat murah. Tak perlulah aku tunjukkan apa bende tu. Tapi cukup bermakna. Jika bulan lepas sebelum ini aku beli webcam, bulan ini aku cuma memerlukan kos tak sampai RM2.00 sahaja. Tak perlu mahal-mahal. Janji ada barang yang aku nak sangat beli setiap bulan. Korang camana? Duit yang korang dapat tu, apa yang korang buat?

Jika ada yang masih belum baca tentang cara nak dapatkan trafik. Korang leh gi download kat site diorang kat lemonadehere tu. Boleh belajar cara-cara nak boastkan trafik korang. Tidakpun, ada cara percuma. Sila baca karangan bahasa english aku di Bukisa ini. 6 cara terbaik yang sangat bagus untuk tambah trafik.

OK. Ada 3 lagi program pay per lead yang masih boleh bantu korang buat duit macam Lemonadehere :

1. PPL DomComSecrets Contest - 1 referrals = $1.00 dollar
2. PPL Kedai Internet - 1 referrals = RM0.20
3. PPL AWsurveys Program - 1 referrals = $1.25

Ps: Layankan aje. Jangan putus asa dengan peluang PPL. Aku ingin bertanya, jika aku buat PPL, adakah korang berminat untuk menyertai PPL tersebut?

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content




Antara puluhan bayaran yang aku dapat sejak awal bulan Oktober ini. Aku hendak bercerita tentang satu lagi cara untuk membantu kita menjana wang dari internet. Sebenarnya, ada pelbagai cara untuk buat dari internet ni. Ada pelbagai program yang boleh dicuba dan disiasat. Malah, banyak program yang berjaya membayar kita sehingga sekarang seperti Awsurveys, Google Adsense, Backlinks, TNX, Reviewme, Widgetbucks dan lain-lain lagi.

Ok. Cara yang aku hendak cerita kali ini adalah berkait rapat dengan tajuk entri ini. CONTEST. Dalam bahasa melayu adalah pertandingan atau peraduan yang menawarkan hadiah. Tak kiralah hadiah itu adalah sebungkus Burger atau Tetikus berwarna pink, 4 bijik cawan ataupun duit Paypal, janji hadiah itu mampu menarik pemain-pemain seperti aku.

Aku yakin korang dah banyak tengok ramai blogger lokal termasuk aku menyertai dan memenangi pertandingan yang ditawarkan. Tak kurang juga ramai blogger termasuk aku yang menganjurkan pertandingan seperti yang aku lancarkan 2-3 hari yang lepas. Jadi apa kaitannya? Ya, kita boleh buat duit dan menang hadiah yang menarik melalui pertandingan sebegini.

Kekangan? Terlalu ramai pemain yang hebat? Kurang keyakinan untuk menang? Persetankan tu semua. Jika korang tak cuba, mana korang tahu? Itu tandanya korang dah mengalah sejak awal lagi. Aku tak kata orang yang tak join tu bersalah. Cuma tolong jangan cakap bahawa menyertai pertandingan sebegini TIDAK boleh buat duit atau menang hadiah. Itu TIPU namanya. Sebab aku sendiri telah membuktikannya dengan memenangi Webmasters.bz Contest walaupun hanya untuk tempat ke 3. Ok apa, dapat 25 dollar sahaja dan peluang untuk beriklan di forum Webmasters.bz dan Engkayblog.com. Aku juga dapat hosting secara percuma di TheHosted.com selama 12 bulan. Ok what..



Malah, aku juga pernah menang review dan mendapat hadiah berupa 2 Gigabyte Pendrive dari Rajakamil. Aku yakin korang masih ingat aku pernah menang review contest yang dianjurkan oleh Ammar Zahar bukan? Aku dapat RM100 dan e-book Koleksi Grafik V2 dari beliau. Dan banyak lagi contest yang telah aku menang sejak 3-4 tahun yang lepas. Takkan aku nak list semua kat sini plak..

Aku tahu korang juga mungkin pernah menang contest. Lagi-lagi kalau pemenang-pemang contest yang aku anjurkan di blog ini. Jadi, jika korang rasa hendak dapat sesebuah hadiah atau wang tunai. Pertandingan-pertandingan seperti ini wajarlah disertai. Jika hendak menang, tunjukkan usaha mahu menang dan jangan mudah mengaku kalah. Aku juga sedang menyertai banyak contest ketika ini termasuklah contest encik Russell Brunson ni. Kalau menang, aku wat contest baru 4 bulan berturut-turut. Hehe..

Kesimpulannya, apa yang aku tunjuk ni bukan untuk bermegah-megah. Aku cuma telah berjaya membuktikan satu lagi cara untuk buat duit dari internet dan aku akan terus membuktikan lagi banyak program pada masa akan datang. Untuk sekarang sahaja, ada lebih dari 30 program yang masih dalam status edisi siasat dan menunggu masa ke status open case. Hope semuanya berjalan dengan lancar.

Ps: Masalah ulcer masih dalam status tak terkawal. Mata kiri pulak aku terpaksa aku tutup. Sakit sangat. Tak leh bukak selalu Jadi, aku menulis dengan hanya menggunakan mata kanan sahaja. Arghhhh…

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content




Lupakan pasal anugerah sekejap. Ini post update untuk Awsurveys. Seperti tajuk diatas, aku telah menerima bayaran Komisen Ke 4 dari Program Awsurveys ini. Agak lambat untuk capai nilai minimum sebab ada masalah teknikal. Jadi aku cuma mampu menerima bayaran ini pada hujung bulan macam ini. Tak apalah, janji depa bayar dan aku menerima bayarannya hari ini.

Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Korang kene klik gambo tu untuk tengok dengan jelas. Itu bukti bayaran ke 4 yang aku dapat dari program Awsurveys ini. Bukan tipu punya. Aku takkan tunjuk kalau itu bukan bukti bayaran yang aku dapat sendiri. Aku bukan seorang penipu. Jadi, terpulang untuk percaya atau tidak tentang program Awsurveys ini.

Jika korang belum lagi sertai program survey ini. Korang masih ada masa lagi. Masa terlalu panjang dan korang masih leh jana wang dari program ini. Cuma perlu jawab soalan survey dan promosikan pada rakan seperjuangan anda. Itu sahaja.

Leh daftar kat sini: Daftar Awsurveys

Ps: Walaupun aku dapat duit hari ini. Aku tak ada feel happy langsung. Huh, aku terlalu pening dan kecewa agaknya. Dah 2 hari aku tak lalu nak makan. Aku sangat lapar sebenarnya. Cuma feel nak makan je takde. Jadi, takde lagi gambar-gambar yang menyelerakan pada hari ini untuk korang..

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member













  • RahsiaFacebook.my
PanelPlace - No more missing out on surveys!

-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Melayu Boleh | DenaiHati Contest | Saya Suka Wangcyber | Who is RajaKamil? | Kenapa Ain Suka Mudah.my?

-----------------------------