Ini post yang agak lambat. Tapi aku buat juga untuk memuaskan hati aku. Setiap hari aku mendapat mesej di Yahoo MEsengger dan aku tidak dapat nafikan ramai yang menanyakan beberapa soalan yang sukar untuk aku jawab dan kadang-kadang tak masuk akal langsung. So, di sini aku nak beritahu sedikit jika ada antara korang berminat nak bertanya pada aku di Yahoo Mesengger aku.
Peraturan tak rasmi ketika berYahoo Mesengger dengan aku:
1. Sila beri salam dan memperkenalkan diri masing-masing
2. Beritahu tujuan anda. Nak
service VCC ke service buat forum atau blog ke atau nak tanya soalan tentang buat duit.
3. Soalan anda mesti jelas. Jangan terlalu luas skopnya.
4. Jangan kurang ajar..
Kenapa aku beritahu hal ini walhal sepatutnya korang semua tahu sepatutnya macam dah tahu kan. Aku nak beritahu yang kekadang aku bengang gak bila ada orang mesej aku kat YM main terjah aje. Sudahlah tak bagitau nama, lepas tu tak bagi salam. Lepas tu, direct to the point. Tolong ajarkan saya cara-cara nak buat duit dari internet. Boleh tak?? :vangry:
Honestly, kalau mood aku ok, atau aku baru je dapat duit dari mana-mana bayaran. Aku tak kesah. Kalau time aku tengah demam dan sakit kepala, kene plak baru kene marah dengan mak aku, kene lagi plak aku tak cukup tdo, lagi plak kalau aku tengah busy wat keje posting atau sambung naip e-book baru aku. Memang aku terasa macam ada yang nak kene makan kasut. So, harap boleh tanya elok-elok dan beri salam. Aku bukan AH LONG, tapi aku nak tolong. Nak aku tolong, buat cara elok-elok. Tu kekadang aku ilang mood nak jawab YM korang. Kalau yang perasan aku biar je lama YM bila korang mesej. Maknanya sama ada aku malas nak jawab atau aku bukan depan laptop atau PC aku. So, janganlah rasa yang bukan-bukan aa. Aku terus terang dah nih
So far, apapun, aku hargai dan ucapkan terima kasih kerana rajin sms dan juga YM aku. Ada juga yg sanggup sms aku sebab nak tanyakan sesuatu dan ada yang sms hanya untuk tahu email aku. Mungkin sedara tu lebih selesa tanya dengan email agaknya berbanding sms. Yelah, sms manala leh tanya banyak-banyak kan..
Mungkin ada segelintir dari korang tak tahu yang aku buat banyak service. Ini antara service yang aku jalankan dan jika berminat, bolehlah contact aku. Harga berpatutan dan yang penting, itu kerja yang terbaik aku mampu buat. Antara kerja-kerja yang berjaya berikan aku income sampingan yang agak lumayan.
- review berbayar untuk website dan produk samada lokal atau international
- service membuat blog atau forum
- service upload files ke blog atau forum
- service membuat posting di blog dan forum samada lokal atau international
- service
mengaktifkan akaun paypal menggunakan VCC dalam 24 jam.
- service menjual forum signiture di forum international
- kelas mengajar IM, belajar buat blog dan buat duit di Internet
Dan sebenarnya macam-macam lagi service yang aku buat. Jika korang nak tahu, perkhidmatan atau service adalah penyumbang besar bagi IM lokal atau international. Tak percaya? Haha, setiap bulan paling teruk pun aku dapat RM600-RM1000 hanya daripada perkhidmatan yang aku tawarkan.

So, jika aku boleh buat. Korang pun boleh juga. So, aku dah bocorkan rahsia dah nih macam mana aku buat duit dari internet. So far, aku tak terniat nak bagitau. Tapi dah terbagitau dah nih. Huu
Ok. Berbalik kepada persoalan buat duit dari internet ni. Bukan aku tanak tolong atau bagitau korang macam mana aku buat duit. Tapi cara bertanya tu biarlah spesifik sikit. Kekadang aku tak faham soalan korang. Tanyalah soalan yang betul-betul tanya. Jangan terlalu umum. Mati kutu aku nak jawab bila korang tanya soalan subjektif macam tu. Kekadang aku kene tanya korang balik untuk membantu korang memahami konsep buat duit. Nak tahu gak? Join
Contest Comment Master Duo dekat blog aku ni. Ada peluang apa nak dapat duit
Jawapan aku. Tak ada cara mudah untuk
buat duit dari internet. So, jangan tanya aku cara nak buat duit hari ini. Esok dapat hasilnya. Bukan tak ada. Tapi aku tak gemar bagitau pada orang yang pertama kali ber YM dengan aku dan aku bocorkan segala lubuk-lubuk emas aku. Tidak pun, aktif di blog aku. Senang aku nak kenal korang dan kalau korang tanya, aku kenal korang dan dengan suka hatinya aku share lubuk-lubuk emas aku tu. So, untuk buat duit. Tak susah. Pendek kata kena usaha dan kene pandai cari port melepak. Tak semua orang akan share cara-cara diorang buat duit. Secret beb!

Tapi kekadang ada gak yang terbocorkan rahsia gak kan? Contohnya cam aku nih..
Insya-Allah, aku akan bocorkan sikit-sikit. So, kalau ada yang baca blog aku dari mula sampailah sekarang. Korang akan perasan teknik-teknik dan cara aku buat duit dari internet.
Method aku lebih kurang. Tapi aku gunakannya setiap hari. Sebab tu duit masuk sentiasa sebab cara yg betul dan kita ulang benda yang sama. Memang jadi jika kita tahu caranya. Putus asa takde dalam kamus buat duit aku. So, jika korang tanya cara paling pantas
buat duit. Aku takde jawapannya. Cara paling lama, pun aku takde jawapannya. Tapi untuk long term, aku ada caranya.
Nasihat aku, buat blog jika korang serius dengan perniagaan internet dan
membuat duit dari internet. Jika betul-betul berminat, aku sedia membantu even aku tak pandai cam otai-otai Malaysia yang lain. Aku cuma pandai buat apa yang aku rasa berkesan sahaja. So, itu sahaja tips pada pagi Sabtu ini. Demam aku dah ok sket. Hope takde pape yang tak best berlaku hari ini
Ps: Saya tak tahu buat duitla.. Bagi aku itu alasan
Free Sponsor : Typetank Web Directory Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content