Archive for the 'Aquaria KLCC' Category


Tak ada banyak perkara yang hendak aku ceritakan. Tapi aku sedang rancangkan satu plan percutian ataupun travel plan yang aku akan laksanakan sebelum berakhirnya tahun 2009 ni. Jadi, banyak tempat yang aku hendak pergi termasuklah ke Kedah, KL, Penang, Terengganu dan Kelantan. Tapi Kelantan dan Terengganu sudah kene blacklist sebab musim banjir masih belum reda. Jadi, mungkin yang terdekat ni aku akan melancong seorang diri ke KL. Yap, pergi lepak mana-mana hotel. Kemudian, aku akan rempit dengan Black Saga aku ke mana-mana tempat yang aku rasa menarik untuk dilawati di KL. Malam tadi, ada awek call ajak jumpa dekat Aquaria KLCC. Saja ajak jumpa sebab dah hampir dekat 2 tahun tak jumpa sejak aku dan dia balik dari UMS dulu. Jadi, mungkin aku dan dia akan rancang ke Aquaria nanti.

aquariaklcc Plan Percutian Titan ke Aquaria KLCC


Baru saja aku cari maklumat pasal hotel di KL dan Aquaria KLCC. Jumpa plak gambar-gambar yang menarik hati. Boleh tahan juga tempat ni. Walaupun aku tak pernah pergi lagi ke sini. Tapi aku tak nafikan tempat ini menarik. Ramai juga kawan aku ajak pergi sini sejak aku balik dari UMS, tapi korang pun tahu aku macam mana kan? Sebagai Internet Marketer separuh masa, Blogger Separuh Masa dan juga sebagai salah seorang pekerja kerajaan dan juga sebagai seorang anak emak yang manja, aku sangat sibuk untuk bercuti dengan berjaya. Jadi, mungkin cuti yang ada ini boleh aku luangkan masa aku itu ke KL ini bersama kawan aku tu. Lagi satu yang buat aku tertarik, aku nak jumpa 5 bintang Aquaria KLCC iaitu Si Arapaima, Si Giant Grouper, Si Tawny Nurse Shark, Si Giant Blotched Fantail Ray dan Sand Tiger Shark.

arapaima Plan Percutian Titan ke Aquaria KLCC

giantblotchedfantailray Plan Percutian Titan ke Aquaria KLCC

sandtigershark Plan Percutian Titan ke Aquaria KLCC

tawnynurseshark Plan Percutian Titan ke Aquaria KLCC

giantgrouper Plan Percutian Titan ke Aquaria KLCC


Itu dia. 5 orang bintang laut yang aku mungkin jumpa kat Aquaria KLCC. Kalau leh berenang sama-sama dengan 5 jenis ikan pelik ni, lagi bagus. Tapi aku tahu ianya tak semudah yang disangka. Kalau dapat gi sana, ambil gambar pun dah cukup rasanya. Yelah, tempat yang dekat-dekat tak mahu pergi. Tempat yang jauh sampai ke Sabah, aku pergi. Jadi, untuk berlaku adil, aku akan melawat tempat-tempat yang menarik di Malaysia kita ni pada bulan Disember. Lagipun, dah lama aku tak travel macam ini. Banyak kawasan dan tempat menarik di Malaysia ni yang aku tak lawat lagi. Seingat aku, awal tahun lepas sahaja aku berpeluang berbuat demikian. Tapi sejak dapat kerja kerajaan ni, aku susah nak dapat peluang macam ini.

Credit gambar ke AquariaKLCC.com

Ps: Penat aku bekerja. Penat aku buat duit sana sini. Jadi, tak salah kan sekali-sekala aku berjalan macam ini. Tapi aku tetap bawa laptop fujitsu aku ini untuk update apa yang patut nanti. Hehe..

vote me Plan Percutian Titan ke Aquaria KLCC

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011