Archive for the 'aku' Category


Sedikit update ringkas tentang TNX. Ya, aku sudah terima bayaran ke 17. Ciput aje tapi aku memerlukan sedikit wang paypal untuk membeli sebuah report dan beli 1 panduan yang dikeluarkan oleh IM lokal kita. Malah, aku juga telah biasa membuat bayaran untuk hosting Netkl semalam dengan menggunakan duit paypal. Jadi, aku withdraw aje duit dalam TNX dan gunakannya.

Ini je yang aku sempat withdraw dan hari ini pun aku dah leh withdraw lagi. Tapi aku tunggu sehingga hujung bulan ini untuk withdraw kali ke 18. Tak apa, pelan-pelan sikit. Masa tu, Linkadage, LInkXL, Backlinks, TLA dan beberapa program yang seumpama dengannya akan turut membayar upah bulanan ke akaun paypal aku. Jadi, tak apalah kalau aku pakai duit TNX dulu. Yang bagus tentang TNX nih, kita leh withdraw asalkan dah capai tahap minimum untuk cashkan ke akaun paypal. Hanya 5 dollar sahaja. Dan ianya mengambil masa 1-3 hari sahaja dan kadang kala dalam masa 24 jam sahaja duit itu selamat ditransfer ke akaun paypal kita. Ini juga antara penyebab aku menyukai TNX dan mahu buat duit dengan TNX dengan lebih serius..

tnxpaymentfeb4 300x133 Bayaran Komisen ke 17 dari TNX


Ok. Tentang masalah aku di Rawanaz. Aku sudah tahu apakah masalahnya. Masalah terletak pada file htaccess aku. Hampir kebanyakkanyan domain aku file htaccess aku menjadi kosong. Means 0 kilobyte. Biasanya aku dah rewrite file tu. Tapi bila aku cek, memang ada masalah dan aku telah selesaikan masalah itu hanya dengan upload semula file htaccess di tempat yang sepatutnya. Terima kasih kepada pihak Rawanaz kerana mengesannya dan memberitahu aku untuk menyemak bahagian htaccess itu. Support Rawanaz memang laju dan aku akuinya ianya juga sehebat support yang diberikan oleh Pihak Netkl. Dua-dua memang best! Jadi, jika korang tanya aku, aku tetap aku recommend dua hosting ini iaitu Netkl dan Rawanaz.

Ok. Email terakhir dari Youthsays memberitahu aku bayaran ke akaun maybank akan tiba selewat-lewatnya esok. Tetapi jika masih lambat, aku masih tak dapat buat apa-apa. Janjinya minggu lepas, kemudian hari rabu ini. Kemudian katanya selewat-lewatnya hari Jumaat. Aku sudah tak kesah bila tarikh sebenar duit 1 ribu tu akan ditransferkan ke akaun aku. Yang penting, mesti masuk. Itu dah cukup memadai buat aku.

Itu sahaja update untuk hari ini. Hari ini aku penat lagi. Nak air sarsi bandung..

Popularity: 6% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku takde mood sangat nak menulis. Tapi untuk memenuhi keperluan blog ini untuk terus mengeluarkan post-post yang berkualiti. Aku akan cuba terus menulis.

Ini adalah rutin harian aku.

6- 8 Pagi
Selepas bangun pagi dan wat apa yang sepatutnya. Aku gi ke tempat keje. Dekat aje. Wat keje yang sepatutnya dan online Laptop Fujitsu macam biasa. So, kalau ada mamat mana yang nak vcc ke, nak jual beli paypal ke, nak suruh aku wat blog ke, nak suruh aku install forum ke, aku leh terus mesej diorang. YM aku memang selalu ON. Tapi kalau aku tak jawab, tu tandanya aku sibuk. So, jangan marah aku. Sebab aku tak kesah pun kalau korang marah aku..

11 Pagi
Macam biasa. Cari apa-apa nak makan. Nescafe atau kopi jadi rutin aku. Gula-gula atau biskut je jadi peneman aku sekarang. Aku rasa cam kueh raya dah nak kat abis. So, waktu sebegini. Aku suka termenong. Walaupun tempat aku keje ni tak nampak langit atau bintang..

1-2 Petang
Ni waktu makan. Tapi kalau aku sibuk wat keje. Memang aku tak makan. Kalau aku malas, biasanya waktu camgini, aku tidur aje. series, sakit mata aku selalu datang waktu sebegini. Biarlah, aku yang sakit. Bukan korang pun. Jadi, jangan risau..

5-7 Petang
Waktu bermain. So, gi la main apa sahaja. Game ke, gi banting ke. Shopping ke..

8-11 Malam
Waktu aku bekerja lagi. Tapi selalunya waktu camni, mak aku panggil suruh urut kaki dan picit badan dia. Selalunya lebih 1-2 jam sebab aku pon syok sekali tengok TV dengan mak aku. Saje, layan orang tua tengok TV. Maklumlah, 5 tahun aku belajar dulu. Jarang habiskan masa dengan dia. So, waktu cam ginilah aku teman dia. Kalau tak, bila lagi..

11-4 pagi
Waktu macam ni. Wat kerja online aku cam biasa. Update blog adsense, update blog TNX, blog TLA dan sebagainya. Wat kerja posting, keje DP, keje design blog dan macam-macam lagi serta mencari peluang baru untuk tambah lagi pendapatan internet. Bukan senang nak maintain keadaan sekarang. Aku patut bersyukur..

Lepas penat wat keje semua. Masak air. Bancuh kopi. Masak 2 bijik telur separuh masak. Makan dengan seleranya. Fuh, mata dah ngantuk..
——————————-

Cerita dah tamat. Itulah rutin harian aku secara kasar. Tapi rutin ini akan lari 100% kalau aku kene hantar orang, ada keje luar daerah, buat itu ini atau perkara-perkara yang diluar dugaan aku.

Ps: Jadual harian korang macam mana plak ye agaknya?

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content


Tempat: Kedai Cendol Muthusamy
Mode Kedai: Sunyi Sepi..

Aku dan Elyan bersama-sama pulang dari sekolah. Oleh kerana tekak yang dahaga dan terasa kebahangan mentari yang menikam-nikam, kami pun berhenti di kedai cendol Mutusamy. Sudah lama rasanya aku dan Elyan tidak datang makan cendol disini. Maklumlah, ujian bulanan dah dekat. Semua sibuk mengulangkaji pelajaran yang dikatakan sangat penting ketika itu.

“Muthu, cendol dua! Kacang letak lebih aa!” Jerit aku pada Muthusamy yang sedang sibuk melayan pelanggannya.

Aku dan Elyan mengambil tempat dibangku yang masih kosong.

“Betul kau tak mahu pergi pemilihan tu, Elyan?” tanya aku padanya setelah aku lihat mamat ini asyik sungguh menyikat rambutnya yang sedikit itu.

“Malas!” Pendek tapi kedengaran macam tidak puas hati tentang seseuatu.

“Yang ko panas semacam ni kenapa?” tanya aku lagi tanda tidak puas hati juga.

“Aku bengangla..takkan itupun nak bagitau kau.”

Baru sahaja aku nak menjawab, si Muthusamy datang mencelah.

“Allo budak. Apa pasal sudah jarang datang makan cendol Muthu lagi?” jerkahnya dari belakang sambil membawak dua mangkuk cendol untuk kami yang penuh dengan kacang merah itu. Sedap!

“Ala Muthu, kita orang sibuklah. Banyak kerja sekolah. Mak bapak marahlah, itulah. Inilah dan blah serta blah lagi..” bebel Elyan. Nampak sangat ada benda budak ni tak puas hati.

Kami berdua terus menikmati cendol Muthu tanpa banyak bicara. Sebenarnya, kami sudah lama berkawan. Aku kenal Elyan ketika aku berumur 5 tahun. Itupun kalau aku tidak silaplah. Detik pengenalan kami agak menarik. Ini kerana, aku membelasah beliau kerana dia cuba untuk mengacau adik perempuan aku. Selepas bergaduh dengan beraninya, aku dan dia jadi kawan baik. Tapi sampai hari ini, adik perempuan aku itu, langsung tak nak cakap dengan Elyan. Aku pun tak tahu kenapa. Elyan ni bukan jahat sangat pun. Baik. Tapi kepala otak tak betul sikitlah..

“Kau tengah kutuk aku kan? kan?” teka Elyan tanpa memberi salam.

Aku terserdak seketika apabila Elyan meneka begitu. Bagaimana dia tahu? Adakah dia seorang psikik yang mampu membaca minda aku yang tidak berapa betul ini juga?

Kadang-kadang, aku hairan. Elyan boleh dikategorikan sebagai seorang yang sangat genius. Tapi dia jarang menunjukkannya. Yang paling aku bengang, ketika ujian penilaian darjah 3, dia yang selalu dapat nombor terakhir setiap kali ujian dijalankan, tiba-tiba menjadi pelajar terbaik pada ketika itu. Bahkan, dia mengalahkan aku dan Fariza yang selalu mengungguli takhta pertama dan kedua dalam setiap apa-apa penilaian hatta ujian bulanan sekalipun. Mahu aku tak bengang?? Huh!

“Aku rasa kau tengah bengang kan?” Tiba-tiba Elyan bersuara lagi. Bibir senyum puas. Tapi mulut kekal aktif menghabiskan sisa-sisa cendol.

“Bengang pasal apa pulak?” tanya aku. Pantas tapi penuh tanda soal.

“Kau bengang aku dapat nombor 1 masa ujian penilaian darjah 3 dulu kan? Siap dapat kalahkan kau dan Fariza kan? Betul tak?”

Dub!!

Terjatuh terduduk aku dibuatnya oleh si Elyan ini. Elyan ketawa dengan sekuat hatinya. Berjaya mengenakan insan seperti aku. Hari ini sahaja, sudah lebih dari 2 kali aku terkena dengan perangai meneka dia. Kalau salah tu, tak apalah juga. Ini semua tepat-tepat belaka. Aku nak kata tidak pun susah. Sebab aku dilahirkan sebagai seorang yang sangat jujur. Jadi, aku hanya mampu diam. Bukankah diam itu tanda seorang yang bijak?

Selepas membayar harga cendol tersebut. Kami pun kembali berjalan untuk pulang ke rumah masing-masing.

Kadang-kadang, bila berjalan dengan Elyan. Aku seram sejuk. Takut pun ada. Elyan bukanlah spesis hantu atau jembalang. Dia juga manusia biasa. Kawan-kawan pun tak berani dekat dengan Elyan kerana perangai psiko beliau. Sejak kejayaannya pada darjah 3 dulu, cikgu-cikgu mula memberikan perhatian kepadanya sehinggakan Fariza yang tak pernah nak tegur Elyan pun mula bertegur sape dengan Elyan. Dan cuma aku, Adha, HIdayah dan Fariza sahaja yang berani. Itupun kerana kami Top 4 student terbaik sekolah.

“Elyan..”

“Apa?” Jawabnya pendek.

“Kau marah lagi ke Adha rampas Fariza dari kau?” Soalan maut dari aku.

“Marah juga..”

“Jadi?” soalku acuh tak acuh.

“Entah!”

“Aii..tak faham aku kau ni”

“Kau wat apa petang ni? Tanya Elyan tiba-tiba walaupun kebengangan aku masih tidak hilang lagi akibat jawapannya yang menyakitkan hati aku ini.

“Tak ada apa nak buat. Kenapa?” Tanya aku semula padanya.

“Tak ada. Saje tanya.”

Pulak. Apa benda dia sedang komplot ni. Mesti ada sesuatu yang dia sedang rancangkan. Jika tidak, dia tidak akan bertanya aku sedemikian rupa. Takkanlah dia nak pergi pemilihan badminton petang ni di sekolah kot?

Elyan berhenti berjalan dan memandang muka aku dengan penuh senyuman.

“Aah, aku nak pergi pemilihan tu, kenapa? Tak boleh??”

bersambung..

Popularity: 4% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011