Hari ini aku nak update lagi bayaran komisen yang aku dapat dari salah satu program yang selalu bagi aku duit. Walaupun tidaklah setiap bulan, tetapi tetap ada hasil walaupun ianya tidaklah sebanyak mana. Janji ada, itu dah cukup menggembirakan, bukan?

Ya, niche hamil-hamil atau niche kesihatan ni memang menjadi salah satu niche lumayan bagi aku. Aku ada dua blog yang menjadi alat atau senjata aku untuk mempromosikan program-program kesihatan seperti ini. Dari 2 blog inilah selalunya aku dapat menjana pendapatan atau komisyen dari program ini. Salah satunya adalah program Senanghamil.com. Ini merupakan bayaran yang ke 8 aku dapat dari program affiliate Senanghamil.com.
Jadi, nasihat aku, kalau blog korang ada unsur atau elemen kesihatan atau seks. Boleh aje korang promosikan produk ni. Cuma pepandailah karang ayat membunuh yang mampu merangsang para pelawat bertukar menjadi pembeli. Memang susah dan aku tidak kata korang tulis artikel hari ini, esok lusa korang akan dapat hasilnya. Aku promosikan benda ini sejak tahun lepas. Tapi hasilnya, sampai tahun ini. Dan aku yakin jika program ini masih wujud, sehingga tahun depan pun aku akan dapat komisen dari program ini. Walaupun tidak banyak, tetapi aku yakin aku tetap akan dapat hasil sebab permintaan terhadap produk sebegini sangat hangat sepanjang zaman. Pasti akan ada yang mencari info untuk hamil cepat atau cara untuk mengandung. Lebih-lebih bagi mereka yang dah berkahwin atau yang baru berkahwin. Semua nak anak kan? Haha..
Apapun, korang cuba dan terus mencuba. Jangan mudah putus asa dan nasihat aku, kalau dah join sesebuah program, cari program yang dah lama berjalan dan masih berbayar. Cuba semak juga owner atau admin program affiliate tu masih aktif atau tidak. Kalau masih aktif, ada peluang untuk buat duit dengan program itu. Kalau admin pun tak aktif, facebook pun tak ada, email pun tak berbalas, tak payah dok mengada nak join program mereka. Buang masa sahaja..
Okeh, aku nak balik. Esok ada kerja lagi kena buat. Aku tengah on da way ke tempat kursus. Esok, aku akan pulang ke Banting pula. Race dengan mak abah aku. Siapa sampai dulu. Haha..
Ps: Penat aku, macam dah hari-hari dalam kereta aje.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















