Archive for the 'affiliate' Category


Ok. Hari ini aku nak update satu lagi bayaran komisen yang aku dapat dari satu lagi program affiliate yang aku sertai. Aku rasa aku cuma promosikan dalam tempoh 10 hari sebelum cabaran itu tamat. DAn akhirnya aku berjaya mendapat jualan hasil dari promosi melalui beberapa artikel dalam blog kerjaya aku tu. Alhamdulillah, usaha aku membuahkan hasil. Walaupun tak banyak, tapi ini sudah cukup kacak bagi aku. Korang semua setuju bukan?

Ya. Tak banyak. Aku tak tipu.

komisenkplijqaf Komisen Pertama dari KPLIj Qaf.com


Tak ada strategi yang berbeza dari apa yang aku pernah cerita sebelum ini. Taktik sama. Tulis artikel dan buat ayat-ayat pemanis agar para pembeli yang terdesak mahukan panduan tentang KPLI-JQAF akan berminat untuk membelinya. Akhirnya, ada juga 2 orang yang terdesak dan aku dapatlah sejumlah itu hasil dari promosi beberapa hari aku. 3-4 hari terakhir, memang tak dapat sales. Aku dapat sales dalam masa 3 hari sahaja. Hari selepas itu, semua tak dapat dan banyak klik dan trafik sahaja yang dapat aku perhatikan. Tak apalah, dah ini sahaja rezeki aku. Itupun dah cukup bersyukur bukan?

Ok. Ringkas sahaja hari ini. Sebab aku ada hal sikit. Kena keluar kejap dan uruskan perkara yang belum selesai. Balik nanti, baru sambung kerja update blog-blog yang memerlukan belaian kasih sayang dari aku. Dah beberapa hari aku tinggalkan diorang. Haha..

Iklan: Melancong Ke Europe with Muhibbah Travel

Ps: Wokehh..aku blah dulu.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini hari Sabtu. Jadi, hari untuk berehat. Tapi aku tetap nak update satu lagi bayaran yang aku terima dari program affiliate Netkl. Ya. Aku tahu ramai yang sudah kenal Netkl. Netkl salah satu penyedia hosting dan domain tempatan. Kiranya agak popular juga Netkl ni. Ramai juga yang guna hosting untuk blog-blog mereka dan aku tidak terkecuali. Aku dah lama pakai Netkl ni. Sejak CGYhost down teruk dulu, aku terpaksa berpindah ke Netkl. Dari hal pindah segala datan dan sesi support menyapot memang Netkl antara yang terbaik pernah aku cuba. Aku tak kata penyedia hosing lain tak best, cuma Netkl ni lebih kacak bagi aku.

OKeh. Ini bayaran terbaru dari program affiliate Netkl. Tak banyak pun dapat. Tapi sekurangnya aku leh cari makan gak la dengan program ni. Lebih baik ada daripada tak dapat apa-apa kan?

komisenaffiliatenetkl Komisen kedua dari Netkl


Ok.Jadi,  korang nak tahu macam mana aku boleh dapat duit dari program affiliate? Caranya mudah aje. Takk, susah sebenarnya. Tapi sekurangnya leh jadi panduan untuk korang buat duit dengan affiliate selepas ini. Ini cara yang aku buat dan selama ini agak berkesan bagi aku walaupun mungkin akan ambil masa sedikit.

1. Daftar Netkl. Beli domain atau hosting.
2. Buatlah blog atau website. Ikut suka korang.
3. Daftar affiliate. Dalam akaun korang tu ada semua. Klik aje bahagian affiliate.
4. Ambil referral link atau code banner. Letak dalam blog.
5. Tulis artikel tentang pengalaman korang bersama Netkl.
6. Lagi lama pengalaman korang, lagi senang nak pancing orang langgan Netkl ni.
7. Beritahu kelebihan dan kebaikan Netkl.
8. JANGAN sesekali cerita pasal keburukan Netkl. (Ehh, ada ke?)
9. Jujur. Jangan tipu orang melalui artikel korang. Ingat diorang bodo ke?
10. Promosilah kat facebook ke, Twitter ke dan sebagainya.
11. Ulang point 5 sampai point 10. Ulang sampai korang bosan.
12. Dah dapat duit dari Netkl. Wajib belanja aku. Haha..

Ok. Itu sahaja. Aku tak mau cerita lebih-lebih. Mengarut aje yang lebih nanti. Jadi, bagi aku Netkl antara penyedia hosting kat Malaysia yang kacak. Kacak dari segi service, dari segi support dan juga jarang down. Kalau down pun, bersebab dan tak lama. Biasalah tu. Ingat semua hosting tak ada masalah peribadi ke??

Nak daftar Netkl. Gi sini: Netkl.com

Kalau korang tak reti nak buat blog. Terus buka tiket dan minta orang Netkl buatkan untuk korang. Free aje. Diorang akan tolong settle. Lagipun, nak install wordpress ni mudah saja. Yang susah sikit tu, nak kena cari plugin dan nak cari theme wordpress, itu kena cari sendirilah. Senang aje. Tak tahu, tanya aje aku. Kalau malas tanya aku, gi search kat Google. Mudah bukan? Apapun, aku cadangkan korang ambil pakej Personal jika berminat dengan Netkl. Tak ada duit, ambil pakej Blogging. Murah sikit.

Ps: Cukuplah untuk hari ini. Aku dah pening lalat ni. Lapar dan ngantuk.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Masa belajar dulu, korang pernah belajar subjek Matematik Tambahan bukan? Jadi, mesti korang suka dengan mata pelajaran ni kan? Ke korang sama saja dengan aku yang kurang gemar dengan matematik tambahan ni? Ya, aku mengakui yang aku agak lemah dengan subjek ini. Masuk bab janjang, masuk bab pengamiran, pembezaan dan lain-lain, memang boleh bagi muka kacak aku jadi hodoh. Jadi, aku terpaksa lepaskan subjek ini dan aku cuma belajar untuk lulus. Bukan untuk dapat A. Hasilnya, memang aku lulus. Dapat 5C sahaja. Oklah tu, selalu dalam ujian bulanan, aku dapat 8E atau 9G sahaja. Bagi aku, itu satu pencapaian terhebat yang pernah aku lakukan selama aku bercinta dengan matematik tambahan. Awek yang hanya suka pada nombor sahaja. Huh.

Tapi hari ini, jangan tak sangka. Dengan matematik tambahan ini jugaklah aku dapat buat duit dengan nombor. Ya, ada satu program affiliate yang mempromosikan tips dan pakej soalan untuk bagi kita mahir dengan subjek Matematik Tambahan. Sejujurnya, aku tak pernah pun baca pakej tersebut. Aku cuma daftar kat bahagian affiliate program ni dan buat 1 artikel kat salah satu blog kerjaya aku. Dan tak disangka, dapat pula jualan dengan 1 artikel pendek tu. Siapalah yang tak berapa pandai matematik macam aku ni??

komisenaddmath Komisen pertama dari AddMathTambahan.biz


Tak banyak. Tapi ok kan? Salah satu umpan aku mengena dari 1001 program affiliate yang aku dah sertai. Kiranya, ini satu kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Aku yakin, korang setuju dengan aku bukan? Kalau tak setuju, sah korang tak cukup kacak hari ini. Haha..

Jadi, macam mana aku boleh dapat 1 jualan tu? Aku tak ada jawapan yang tepat. Yang aku buat adalah:

1. Sediakan BANYAK umpan.
2. Gunakan mata kail yang tajam.
3. Gunakan joran yang kacak dan boleh berfungsi.
4. Dapatkan lebih banyak maklumat tentang umpan, ikan, mata kail dan joran.
5. Berdoa dan bertawakal.

Aku rasa itu dah cukup untuk bagi korang faham. 5 Hint inilah yang jadi sumber atau punca atau sebab untuk buat duit melalui program affiliate macam AddMathTambahan.biz ni. Sedikit-sebanyak, ini juga aku terapkan untuk menghasilkan superblog dan ultrablog. Aku harap sebahagian besar dari korang boleh tangkap apa yang aku cuma sampaikan walaupun metaforanya berbeza.

Ok. Itu sahaja aku nak update. Aku nak layan tengok Final Badminton Super Siri 2011. Jap lagi agaknya Chong Wei main. Sekarang baru geng-geng bergu main. Single lambat lagi. Oleh itu, aku beransur dulu ye. Hehe..

Ps: Matematik tambahan aku dapat 5C. Tapi Matematik aku dapat 1A. Pelik kan?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak update lagi bayaran komisen yang aku dapat dari salah satu program yang selalu bagi aku duit. Walaupun tidaklah setiap bulan, tetapi tetap ada hasil walaupun ianya tidaklah sebanyak mana. Janji ada, itu dah cukup menggembirakan, bukan?

komisensenanghamil Komisen ke 8 dari SenangHamil.com


Ya, niche hamil-hamil atau niche kesihatan ni memang menjadi salah satu niche lumayan bagi aku. Aku ada dua blog yang menjadi alat atau senjata aku untuk mempromosikan program-program kesihatan seperti ini. Dari 2 blog inilah selalunya aku dapat menjana pendapatan atau komisyen dari program ini. Salah satunya adalah program Senanghamil.com. Ini merupakan bayaran yang ke 8 aku dapat dari program affiliate Senanghamil.com.

Jadi, nasihat aku, kalau blog korang ada unsur atau elemen kesihatan atau seks. Boleh aje korang promosikan produk ni. Cuma pepandailah karang ayat membunuh yang mampu merangsang para pelawat bertukar menjadi pembeli. Memang susah dan aku tidak kata korang tulis artikel hari ini, esok lusa korang akan dapat hasilnya. Aku promosikan benda ini sejak tahun lepas. Tapi hasilnya, sampai tahun ini. Dan aku yakin jika program ini masih wujud, sehingga tahun depan pun aku akan dapat komisen dari program ini. Walaupun tidak banyak, tetapi aku yakin aku tetap akan dapat hasil sebab permintaan terhadap produk sebegini sangat hangat sepanjang zaman. Pasti akan ada yang mencari info untuk hamil cepat atau cara untuk mengandung. Lebih-lebih bagi mereka yang dah berkahwin atau yang baru berkahwin. Semua nak anak kan? Haha..

Apapun, korang cuba dan terus mencuba. Jangan mudah putus asa dan nasihat aku, kalau dah join sesebuah program, cari program yang dah lama berjalan dan masih berbayar. Cuba semak juga owner atau admin program affiliate tu masih aktif atau tidak. Kalau masih aktif, ada peluang untuk buat duit dengan program itu. Kalau admin pun tak aktif, facebook pun tak ada, email pun tak berbalas, tak payah dok mengada nak join program mereka. Buang masa sahaja..

Okeh, aku nak balik. Esok ada kerja lagi kena buat. Aku tengah on da way ke tempat kursus. Esok, aku akan pulang ke Banting pula. Race dengan mak abah aku. Siapa sampai dulu. Haha..

Ps: Penat aku, macam dah hari-hari dalam kereta aje. icon biggrin Komisen ke 8 dari SenangHamil.com

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011