Ok. Aku cuma nak update satu lagi bayaran program affiliate dari
Kerja-kerajaan.com yang aku dapat semalam. Nampaknya banyak juga program affiliate tempatan yang bayar aku sebelum kita menyambut bulan Syawal ini. Terima kasih kerana membekalkan aku duit raya untuk diagih-agihkan kepada anak-anak buah aku yang ghairah dengan penangan duit raya ini. Haha..
Yap. Tak banyak. Dan aku rasa bayaran ini sudah pending lama. Patutnya boleh dapat bulan lepas, tapi bulan ini baru dibayar. Tak kisahlah. Janji depa bayar. Mungkin terlepas pandang agakya atau mungkin bayaran cuma akan dibuat selepas tempoh-tempoh tertentu yang aku tak tahu.
Aku dah lama join program affiliate RLTKK atau Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan yang dimiliki oleh saudara Jamal. Aku rasa ini antara produk yang menaikkan nama Jamal sebagai Otai Baru dalam Internet Marketer Malaysia pada ketika itu. Sekarang? Siapa tak kenal Jamal, tak tahulah. Haha..
Produk yang Jamal hasilkan ini memang sangat membantu. Tak percayakan aku? Tak apa. Tapi korang kena percayakan testimoni dan review ringkas yang terpapar kat website  RLTKK tersebut. Bukan satu atau sepuluh testimoni? Tapi berpuluh aku rasa. Kalau korang selama ini rasa dah bosan dengan kerja korang dan mahu menjadi salah seorang penjawat kerajaan yang mempunyai banyak faedah dan kelebihan, bolehlah dapatkan Panduan Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Nak apply kerja kerajaan ni mudah. Nak dapat temuduga kerja kerajaan ni pun mudah. TAPI, nak lulus atau bypass Temuduga Kerja Kerajaan ni.. cukuplah susah. Kalau tak cukup kacak macam aku, lagilah susah nak lulus temuduga. Haha..jadi, kalau korang tak kacak dan tak berkeyakinan, bolehlah cuba dapatkan
panduan kerja kerajaan ini dan baca apa yang patut. Jangan sekadar baca, praktikkan dan gandakan usaha agar berjaya mencapai apa yang korang mahukan.
Ok. Cukuplah untuk hari ini. Aku harap, korang akan lebih berjaya.
Tahun ini aku akan beraya di Banting untuk raya pertama dan kedua. Pada hari raya ketiga, aku akan ambil akak aku kat Bandar Sunway dan bawa lari dia ke Pahang bersama-sama keluarga aku. Akak aku tak dapat cuti pula untuk raya pertama. Dia dapat cuti mula raya ketiga aje. Tak apalah. Janji jangan tak dapat cuti. Itu lagi teruk. Kang ada bos yang kena lempang dengan aku kang sebab tak bagi akak aku cuti. Haha..
#Korang dah ambil
simcard Tunetalk percuma ke belum??
Ps: Aku baru balik hantar paman aku ke rumah mak mertua dia. Paman aku ni pelik sikit. Kalau naik kereta, seram sejuk dibuatnya. Silap hari bulan, boleh demam. Sebab tu, dia balik rumah mak mertua dia naik motor. Isteri dan anak beranak dia, aku yang selalu hantar. Aku pun tak berapa faham perangai pelik Paman aku ni. Haha..tapi takpe. Sebab aku lagi kacak dari dia dan dia selalu kata aku kacak, aku takde hal nak jadi driver untuk bini dan anak-anak beliau. Selagi aku bernafas, selagi tu la aku bantu dengan tulang-tulang yang dah berkarat-karat ni..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content