Archive for the 'affiliate program' Category


Oleh sebab hari ini hari Jumaat, jadi aku malas nak buat entri panjang-panjang macam biasa. Cuma nak update bayaran terkini dari program Text Link Ads. Kali ini aku dapat dua bayaran. Satu untuk jualan link diblog-blog aku dan satu lagi adalah bayaran komisen program affiliate TLA. Maksudnya, ada downline aku yang dapat jualan juga diblog mereka. Sebab tu aku dapat sedikit imbuhan dari downline-downline aku.

Aku tak tahu berapa orang sebab aku dah berbulan-bulan lamanya tak login akaun TLA aku tu. Haha..salah satu sebab. Aku dah lupa passwordnya. Nantilah kalau aku rajin, aku contact balik diorang untuk password aku tu. HOho..

Ini bayaran untuk jualan link di blog-blog aku.

komisentlapub Komisen ke 46 dari Text Link Ads


Ini pula bayaran untuk komisen affiliate program yang aku join di TLA.

komisentlaaffiliate Komisen ke 46 dari Text Link Ads


Tengok. Tak banyak kan? Hemmm, bilalah aku nak dapat dekat 1000 dollar dari Text Link Ads ni. Dalam mimpi pun tak pernah, dalam realiti pun tak pernah. Tak apalah. Nak buat macam mana. Usaha aku pun tidaklah sama nilainya dengan 1000 dollar. Jadi, wajarlah aku dapat banyak nih. Usaha tak banyak mana, jadi dapat pun biasa-biasa ajelah. TAPI sekurangnya, aku patut bersyukur aku berjaya dapat. Tahniah untuk diri aku sebab aku berjaya buat duit dengan Text Link Ads dan juga kerana aku kacak. Hehe..

Dah. Pi daftar sini kalau berminat: Text Link Ads

Ps: Ok. Siapa nak jeles sekarang. Sila jeles. icon smile Komisen ke 46 dari Text Link Ads

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Kalau korang masih ingat, ada 15 Oktober yang lepas, aku ada cerita tentang program CPM.biz. Yang programnya ada ala-ala YMads tu. Akhirnya aku sudah terima bayaran dari program ini. Memang betul, selepas hujung bulan akhirnya kita akan dibayar. Mungkin bayaran ini agak lambat sampai aku sendiri dah terlupa atau ianya agak cepat berbanding apa yang aku duga. Tapi inilah bayarannya, tak banyak. Aku cuma cuba untuk memastikan bahawa program CPM.biz ini bayar atau tidak.

Jadi, inilah bayaran terkini dari CPM.biz. Juga merupakan bayaran komisen pertama dari CPM.biz.

komisenpertamacpmbiz Komisen pertama dari CPM.biz


Jika ada antara korang yang menunggu bukti bayaran dari aku, dan barulah korang mahu sertai program ini? Nahh, aku sudah buktikan. Pergi join dan buat duit sama-sama dengan aku. Bukan susah sangat pun. Daftar, ambil code dan letakkan didalam blog masing-masing. Cukup 5 dollar, korang dah boleh request payout. Semudah itu sahaja. Tak perlu nak pening-pening kepala kan? Hehe..

Apapun, aku takde banyak nak cerita hari ini. Demam aku agak parah minggu ini. Tapi perubahan ke arah sembuh itu sudah kelihatan. Insya-Allah, sedikit masa lagi aku akan sembuh seperti biasa dan boleh membuat kerja-kerja berat yang aku cukup suka lakukan.

Pada yang berminat, leh daftar disini: CPM.biz

Ps: Penat. Tapi aku tertidur dengan lena semalam. icon smile Komisen pertama dari CPM.biz

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak update lagi bayaran komisen yang aku dapat dari salah satu program yang selalu bagi aku duit. Walaupun tidaklah setiap bulan, tetapi tetap ada hasil walaupun ianya tidaklah sebanyak mana. Janji ada, itu dah cukup menggembirakan, bukan?

komisensenanghamil Komisen ke 8 dari SenangHamil.com


Ya, niche hamil-hamil atau niche kesihatan ni memang menjadi salah satu niche lumayan bagi aku. Aku ada dua blog yang menjadi alat atau senjata aku untuk mempromosikan program-program kesihatan seperti ini. Dari 2 blog inilah selalunya aku dapat menjana pendapatan atau komisyen dari program ini. Salah satunya adalah program Senanghamil.com. Ini merupakan bayaran yang ke 8 aku dapat dari program affiliate Senanghamil.com.

Jadi, nasihat aku, kalau blog korang ada unsur atau elemen kesihatan atau seks. Boleh aje korang promosikan produk ni. Cuma pepandailah karang ayat membunuh yang mampu merangsang para pelawat bertukar menjadi pembeli. Memang susah dan aku tidak kata korang tulis artikel hari ini, esok lusa korang akan dapat hasilnya. Aku promosikan benda ini sejak tahun lepas. Tapi hasilnya, sampai tahun ini. Dan aku yakin jika program ini masih wujud, sehingga tahun depan pun aku akan dapat komisen dari program ini. Walaupun tidak banyak, tetapi aku yakin aku tetap akan dapat hasil sebab permintaan terhadap produk sebegini sangat hangat sepanjang zaman. Pasti akan ada yang mencari info untuk hamil cepat atau cara untuk mengandung. Lebih-lebih bagi mereka yang dah berkahwin atau yang baru berkahwin. Semua nak anak kan? Haha..

Apapun, korang cuba dan terus mencuba. Jangan mudah putus asa dan nasihat aku, kalau dah join sesebuah program, cari program yang dah lama berjalan dan masih berbayar. Cuba semak juga owner atau admin program affiliate tu masih aktif atau tidak. Kalau masih aktif, ada peluang untuk buat duit dengan program itu. Kalau admin pun tak aktif, facebook pun tak ada, email pun tak berbalas, tak payah dok mengada nak join program mereka. Buang masa sahaja..

Okeh, aku nak balik. Esok ada kerja lagi kena buat. Aku tengah on da way ke tempat kursus. Esok, aku akan pulang ke Banting pula. Race dengan mak abah aku. Siapa sampai dulu. Haha..

Ps: Penat aku, macam dah hari-hari dalam kereta aje. icon biggrin Komisen ke 8 dari SenangHamil.com

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok, untuk pengetahuan korang yang selalu sayangkan aku (Haha..), aku kini berada di Hotel Seri Malaysia, Kuantan. Saje melepak dengan mak abah aku yang tengah bercuti selepas mereka bersara. Jadi, aku rempit dari tempat kursus aku dan jumpa mereka. Dalam 2 jam sahaja. Kerja yang aku kena buat tu esok. Jadi, hari ini aku dan mak abah akan gi makan ikan bakar malam ini. Kat mana? Aku tak tahu. Nanti baru cari. Redah aje. Haha..

Ok, ini bayaran terbaru yang aku dapat dari program affiliate PakarCoklat.com. Ini merupakan bayaran kedua yang aku dapat. Ini juga bermakna 1 sales yang aku dapat, aku akan dibayar RM50. Hoho..sikit ke banyak tu? Nampaknya aku kena berusaha keras untuk mempromosikan program ini. Betul tak?

komisenpakarcoklatoktober Komisen kedua dari PakarCoklat.com


Tak ada tips affiliate hari ini. Korang baca balik artikel-artikel yang ada dalam blog ini. Banyak dah tips aku kongsikan. Tinggal baca dan praktikkan aje. Kalau korang rajin selongkar blog ni, macam-macam korang akan dapat. Tapi kalau korang malas, aku tak dapat nak kata apa. Aku pun malas nak tulis banyak kali. Penat pun ada, malas pun ada. Toksahlah nak maki aku sebab aku malas share. Aku memang malas dalam 2,3 minggu ini sebab kekangan masa membuatkan aku perlu banyak berfikir. Jadi, kalau korang rasa apa yang aku tulis agak annoying, sila maafkan aku. Aku manusia biasa juga. Ada masa aku jadi gila kejap. Ada masa, aku jadi tak betul sikit. Ada masa, aku gembira tak tentu pasal. Haha..

Okeh. Cukup untuk hari ini. Aku ucapkan selamat maju Jaya untuk semua budak-budak PMR tahun 2011. Semoga korang dapat kalahkan aku. Aku dapat 7A aje. Korang mesti boleh dapat 9A atau 8A kan? Itupun kalau korang lebih terer atau lebih kacak dari aku. Kalau korang dapat dari itu, korang telah membuktikan bahawa aku lebih kacak berbanding korang. Haha..

Ps: Wokeh..mahu mandii. Siapa mahu ikut? Haha.. icon biggrin Komisen kedua dari PakarCoklat.com

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011