Ya. Aku rasa tak sampai sebulan aku sertai program affiliate Bicara Hartanah ni yang dikepunyai oleh brader ensem ni. Dia ensem. Aku kacak. Memang kenalah. Dua-dua pandai cari peluang. Yang penting, kami ada sedikit persamaan. Dia perasan ensem, aku perasan kacak. Haha..
Sebenarnya, sebelum aku sertai mana-mana program affiliate, aku akan kaji dan buat survey ringkas tentang program tersebut. Ada orang pernah dapat komisen atau tak. Owner atau penulis ebook tu ada kredibiliti atau keupayaan untuk menarik orang beli ebook mereka atau tidak. Pengalaman dan bukti kejayaan penulis ebook dan macam-macam lagi. Yang paling penting, jika lelaki itu ada perangai perasan kacak macam aku ni, memang aku confirm join program affiliate diorang. Dan tak disangka-sangka, aku dapat juga komisen pertama dari program ini walaupun aku sendiri tak bajet dapat secepat ini. Itupun, cuma dari 1 artikel sahaja. Bukan dari iklan banner di sidebar atau diheader. Tapi cuma satu artikel dan ayat-ayatnya aku copy paste dan ubah sikit-sikit mengikut acuan aku. Tuppp! Dapat komisen. Haha..

Aku setuju bila ada orang kata, selagi kita berusaha dan tidak putus asa, kita akan dapat apa yang kita nak. Cuma mungkin dengan asbab yang berbeza. Mungkin kita cuma akan dapat komisen yang pertama dari program affiliate setelah 5 tahun berusaha. Ada orang lain pula, baru cuba tahun pertama, terus berjaya dapat 50 ribu dari hasil jualan ebook pertamanya. Ada orang berjaya dapat seringgit pertama dari blog selepas 2 tahun menulis blog. Semuanya ada sebab dan asbab yang menjadi medium kita dengan Allah. Setiap perkara tu mesti ada sebab dan penjelasannya. Jadi, sentiasalah berusaha dan tidak mudah putus asa.
Ebook dari BicaraHartanah.com ni memang membuatkan ramai lelaki kacak jiwanya kacau. Mana ada lelaki kacak tak geram bila tengok ada lelaki kacak lain ada 14 biji rumah dan mampu handle kesemua rumah dengan bergayanya? Jadi, kalau korang nak tahu macam mana brader Meor kita ni berjaya dalam trik hartanah yang beliau sendiri terokai, bolehlah dapatkan ebook tersebut disini: Ebook Bicara Hartanah
Ps: Hari itu aku kata aku tertekan kan? Hari ini, sakit batuk aku datang balik. Banyak betul dosa aku agaknya. Tu yang kena ujian sahaja. Tak apa. Aku bangga menerimanya sebab aku tahu aku mampu menanggungnya. Lelaki kacak mesti tahan terima ujian macam ni. Betul tak?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content



















