Aku ingat nak tunjuk cek Nuffnang yang baru aku dapat beberapa hari lepas. Tapi entah mana aku letak cek nuffnang tu. Tak ingat pula tempatnya. Jadi, aku ada masa tak sampai 2 bulan setengah untuk cari cek tu sebelum expired. Kang, tak pasal-pasal kena contact Nuffnang untuk suruh buatkan cek baru. Malas aku nak menyusahkan mereka yang dah bersusah payah buat beribu cek setiap bulan untuk blogger yang berjaya capai minima RM50 setiap bulan.
Jadi, aku sharekan 2 bayaran yang aku terima dari program-program affiliate tempatan. Walaupun tidak banyak tetapi aku rasa apa yang aku dapat ni dah boleh bagi korang cemburu dengan kejayaan kecil aku. Betul tak? Hehe..


Ya. Aku pernah juga dapat komen yang agak ganas dan kejam. Mamat tu kata, setakat tunjuk duit sen-sen atau berpuluh ringgit kat blog, baik tak payah tunjuk. Lainlah dapat ribu-ribu ringgit. Itu kalau tunjuk, kagum juga. Setakat dapat singgit, sepuluh ringgit..seratus ringgit, baik tak payah.
Ok. Fine.
Itu hak dia. Dia nak komen macam tu, itu hak dia. Tapi ada aku kesah? Ini blog aku. Aku punya pasal la nak tunjuk atau kongsi aku dapat seposen ke, satu ribu ke satu juta ke. Sekali lagi, ini blog aku. Aku tak minta korang datang ke blog aku. Tapi aku berjaya cipta keunikan dan berjaya mengumpan korang untuk kekal kacak dan datang kembali ke blog aku setiap hari. Salah aku ke tu? Korang yang datang ke sini adalah kerana kerelaan korang. Bukan aku paksa pun. Aku tak paksa pun korang LIKE facebook aku ataupun beli semua produk yang aku cadangkan. Semua keputusan, tetap dihati korang. Bukan aku. Kerja aku cuma mengumpan aje. Korang termakan umpan aku. Jadi, itu salah aku ke? Cuba fikir sikit.

Hidup ni biar jujur. Kerana..
Jujur itu lebih kacak.
Ps: Lelaki kacak akan naik level kekacakan mereka bila mereka jujur. Dan lelaki jujur biasanya digilai oleh ramai gadis-gadis dara dan isteri-isteri korang. Tak caya? Suruh bini korang baca blog aku. Haha..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















