Archive for the 'advertlets' Category


Yey! Dapat duit raya dari Advertlets akhirnya.. icon smile Komisen kedua dari Advertlets

Akhirnya, aku sudah dapat bayaran kedua dari Advertlets. Kalau ikut cerita sebenar, pihak Advertlets sudah balas email aku dan mereka beritahu aku yang aku akan dapat bayaran pada 2 September 2011. Jadi, aku tunggu, punya tunggu, akhirnya duit dari Advertlets tu dah masuk ke akaun Maybank aku dengan kacaknya. Tadaa..

komisenmaybankadvertlets Komisen kedua dari Advertlets


Kalau ikutkan, aku dah request pada bulan Mei 2011 dulu. Kalau korang masih ingat entri “Bakal terima bayaran kedua dari Advertlets” yang aku tulis pada 28 Mei 2011 yang lepas, korang boleh kira sendiri berapa lama sudah aku tunggu bayaran dari Advertlets ini bukan? 2 bulan lebih dan menghampiri 3 bulan. Aku masih ada 2 lagi bayaran yang aku request pada bulan Julai. Maksudnya, dalam bulan Julai itu, 2 kali aku request payout dari Advertlets. Kalau ikutkan, satu bayaran dah valid untuk dibayar. Jadi, aku rasa mesti lambat lagi dalam 1-2 bulan baru dapat bayaran ketiga aku tu. Bayaran keempat, haa..korang tambah la lagi 1-2 bulan. Bilalah masalah pembayaran Advertlets ini akan jadi smooth macam Nuffnang dan Innity?

Jadi, nasihat aku kepada korang jika korang masih ada bayaran dari Advertlets yang masih dok pending bertahun dan 4-5 bulan, jangan putus asa untuk email ke Advertlets untuk minta balik duit korang tu. Itu hak korang. Jadi mintak. Jangan dok harap dan tunggu aje. Kita kena usaha sikit juga dan nasihat kedua aku, masa mintak tu, jaga sikit ayat-ayat cinta yang korang karang tu. Minta dengan perkataan yang tegas tetapi tidak kurang ajar. Kalau minta kurang ajar, tak mustahil diorang terasa. Bila orang dah terasa ni, banyak peelnya. Jadi, bawa bersabar dan emaillah elok-elok. Tak perlu nak kasar sangat. Kasar sikit-sikit aje. Tunjuk juga bukti yang korang punya bayaran dah lepas tempoh 45 hari tempoh bertenang..bagi juga no akaun bank korang ketika korang email termasuk username korang. Mana tahu, diorang terlupa ke..

#Aku bukan penyokong tegar Advertlets. Aku cuba buat duit dengan Advertlets sahaja. Dapat cecah minimum payout, aku akan minta hak aku. Kalau dapat,aku ambil. Kalau tak dapat, aku mintak sampai dapat. Kalau tak dapat juga. Aku halalkan ajelah. Tapi bukan senang aku nak bagi halal. Bukan senang. Bukan senang..

Ok. Aku nak blah. Ada kerja. icon smile Komisen kedua dari Advertlets

Ps: Percaya atau tidak, artikel ini sebenarnya aku karang pada hari Sabtu yang lepas. Woha!!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini, aku cuma nak kongsikan dengan korang beberapa tips untuk dapatkan balik bayaran korang dari Advertlets yang dah tertunggak lama. Ini kes bagi yang dah 1-2-3 tahun tak dapat-dapat lagi duit yang korang dah request, tapi sampai la ni, masih tak dapat-dapat juga. Apapun, aku bagitau awal-awal dan terang-terang. Ini cadangan sahaja. Berkesan atau tak, harta tu tetap Ahmad Albab yang punya. Bukan aku atau Advertlets yang punya. Faham?

advertlets1 Tips nak dapatkan balik bayaran dari Advertlets


Mula-mula, korang login akaun Advertlets korang tu. Kalau dah lupa, cuba retrieve balik. Cuba search dalam inbox email korang dengan perkataan “search”. Mana tahu email dari Advertlets dulu masih ada lagi. Mungkin ada juga yang terlupa email atau username mana satu yang korang daftar Advertlets dulu, bolehlah cari balik dan sila update di ruang bayaran itu dengan akaun bank korang. Sekarang, Advertlets dah tak bayar pakai cek. Mereka terus transfer ke akaun bank kita. Jadi, silalah isi akaun bank korang. Itu pasallah ramai yang masih belum dapat sebab tak isi ruang akaun bank tersebut.

Ok, saya dah isi. Tapi tak dapat juga. Macam mana tu?

First, benda ini ambil masa juga. Tak adalah hari ini, esok diorang bayar. Biasalah, bab-bab bayar ni bab paling bosan dan menyusahkan sikit. Jadi, ikut kes aku. Dalam seminggu, setel masalah aku. Dapat terus duit dari Advertlets. So, kalau berpandukan kes aku, lepas korang isi akaun bank korang tu, bagi masa kat Advertlets dalam 1-2 minggu. Ini paling cikailah. Tapi kalau diorang bayar lagi awal dari itu, itu rezeki korang atau doa korang dimakbulkan oleh Allah. Aminn..

Ok. Dah doa banyak-banyak. Tapi saya masih tak dapat juga. Dah 2 minggu ni..camana ni??

Ohh, tak makan saman jugak? Ok. Kita buat taktik perang saraf pula…ada ala-ala gerila sikit. Caranya macam ini, nak tak nak korang kena contact mereka. Korang boleh login akaun Advertlets korang dan pergi kat ruang contact dan hubungi mereka.

Tidakpun, korang pergi ke facebook Advertlets ni >> Akaun Facebook Advertlets

Dah pergi, silalah buat satu post paling menarik pasal korang tak dapat bayaran dari Advertlets yang dah 2-3 tahun lamanya tu. Tapi bila karang ayat tu, biarlah ayat tu manis sikit. Bagitau dengan terperinci. Dari bulan berapa dan tahun berapa tak bayar. Jumlahnya sekali. Biar terperinci agar mereka tahu kita serius nak dapat duit kita balik. Jangan terlalu liar atau kurang ajar. Marah-marah pun, ada peringkat-peringkatnya. Orang kita kan kaya budi bahasa. So, minta elok-elok. Insya-Allah diorang lembut dan akan bayar..

Kalau Facebook pun tak berkesan, korang cari pula Advertlets dan Josh Lim ini kat Twitter. Pakat dengan kawan-kawan support korang tweet mereka. Mesti diorang perasan punya. Mungkin sebelum ni, semua email yang korang hantar tu, hilang entah ke mana. Jadi, bila mesej korang tu boleh dilihat oleh seluruh orang kat Bumi ini termasuklah di Planet Nameck, Insya-Allah, mesti diorang terasa nak transfer duit ke akaun bank korang. Macam aku cakap, ayat tu biar elok sikit. Jangan terlalu kurang ajar..

Ini akaun twitter mereka: Akaun Twitter Advertlets

Dan inilah cara terakhir dan selalunya sangat berkesan. Buat satu entri khas dalam blog korang. Luahkan apa yang korang rasa dan ceritalah satu kisah sedih tentang korang bersama Advertlets. Aku bukan suruh mintak korang merayu. Tapi jika korang yakin duit tu hak korang. Sila mintak. Jangan dok mengutuk sana-sini, tapi tindakan susulan tidak dibuat dengan kemas. Ya, aku tahu ada yang berkali-kali email mereka, tapi tidak berbalas. Cuba sabar sikit. Usaha itu kena berterusan. Aku yakin korang akan dibayar juga nanti..

Kalau semua cara yang aku cadangkan tu juga tak berjaya. Doa hari-hari pun tak makan saman juga. Korang ambil air semayang, buat solat sunat 2 rakaat. Dengan hati yang ikhlas, korang sedekahnya aje duit yang korang kumpul bertahun-tahun tu pada Advertlets dengan harapan, mereka akan berubah dan akan bayar blogger lain pula.

Dahh..tak tahu korang boleh terima tak cara dan cadangan aku ini. Tapi aku buat, dapat duit aku balik. So, sesiapa mahu cuba, silalah cuba. Nak dekat masuk bulan Ramadan ni, banyak nak pakai duit maa. Kalau dapat barang seratus dua..kira ok kan? Boleh beli murtabak daging tiap-tiap hari. Hehe..

Aku sendiri dah request bayaran kedua dari Advertlets. Kalau selepas 45 hari tempoh bertenang tu, dan aku masih belum dapat bayaran, apa yang aku tulis ini, akan aku buat balik pada Advertlets. Sebelum aku terlupa, bagi yang baru sahaja cecah RM100 yang pertama dari Advertlets, korang kena tunggu 45 hari sebelum duit tu korang dapat. Jadi, dalam tempoh 45 hari, toksah dok bising kenapa Advertlets tak bayar-bayar atau Advertlets lambat bayar. Korang tak ada bukti sendiri mengatakan Advertlets tak bayar. Takkan baru request tak sampai 2-3 minggu, dah bising melalak kata Advertlets tak bayar. Ini baca peraturan ke tidak? Tapi jika lepas tempoh 45 hari tu..dalam seminggu dua tu Advertlets masih tak gatal tangan nak transfer duit ke akaun bank korang, masa tu baru korang boleh declare Advertlets lambat bayar. Kalau tak, buat malu sendiri aje buat bising sana-sini. Bagi aku, Advertlets ni tetap akan bayar. Cuma kekadang, kita silap faham, tak ikut prosedurnya dan tak tahu caranya..

Ps: Serius, aku tak tidur lagi ni. Mata dah tahap mengantuk gila ni. Tapi aku gagahkan juga sebab seorang kawan aku suruh aku tulis benda nih. Dia siap belanja aku teh tarik lagi tadi. Itu yang sangap sangat sekarang ni. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ok. Sempena aku tengah gatal nak join contests dan give away sana-sini, hari ini aku nak sahut cabaran gift away dari BroFramestone. Salah satu lain aku join benda ini adalah kerana BroFramestone ni nak feedback dari mana-mana blogger yang sedang dan pernah menggunakan Advertlets diblog-blog mereka. Secara jujurnya, blog ini tak ada iklan dari Advertlets tetapi aku ada beberapa blog yang sedang menayangkan iklan Advertlets dengan kacaknya. Sekarang ni memanjang aje keluar iklan handphone Samsung Galaxy SII keluar dalam 1-2 minggu ini.

advertlets Emm..Gift Away dari BroFramestone buat pengguna Advertlets


Tugas aku adalah menceritakan pengalaman aku sepanjang aku bersama dengan Advertlets sejak 2007-2011. Sejujurnya, aku join program Advertlets ni dah lamaaaaaaaaaaa sangat. Tahun 2007 lagi rasanya. Masa Advertlets baru nak bertatih dalam dunia blogging tanah air nih. Kiranya, aku antara golongan blogger pertama yang merasai kehangatan Advertlets ketika itu. Yela, semangat pun berapi-ais nak cari duit melalui blog. Dalam hati, ingin mendapat sekeping cek dari Advertlets. Usaha punya usaha, mahu dekat berbulan. Akhirnya pada penghujung tahun 2008, aku berjaya capai angka RM100 aku yang pertama dari program Advertlets. Dekat setahun setengah jugaklah bertungkus-lumus. Jujur, memang sakit jiwa nak dapat level seratus ringgit tu sebab masa tu blog-blog aku memang tak banyak macam hari ini dan trafik diblog aku tu juga tidaklah berpuluh dan beratus ribu impression seperti hari ini. Jadi, memang makan berbulan-bulanlah nak dapat jumlah tu.

Dan akhirnya setelah 2-3 bulan menunggu, cek Advertlets masih tak kunjung tiba. Bukan aku sahaja yang menghadapi masalah sedemikian, tapi berpuluh blogger tak dapat bayaran dari Advertlets. Mungkin juga beratus blogger dan ketika itu, memang ramai blogger berpakat buat reformasi untuk menurunkan iklan Advertlets dari blog mereka dan tidak lagi menggunakan Advertlets selagi pihak Advertlets tak bayar mereka. Aku sendiri akhirnya tak dapat bertahan dan tidak lagi menumpukan perhatian pada program Advertlets lagi pada ketika itu.

Dan akhirnya, pada penghujung 2010, aku lihat sesetengah blogger berjaya mendapat duit dari Advertlets. Bukan blogger-blogger yang lama dulu tu, ini blogger-blogger baru yang sedang meningkat naik namanya. Untuk pengetahuan korang, sejak tahun 2009 hingga 2010, aku tidak lagi aktif menulis blog. Menulis pun biasa-biasa sahaja. Cuma pada awal tahun 2011 ini aku mula kembali aktif kerana kekangan yang dulunya membelenggu hidup aku akhirnya terlerai. Jadi, aku ambil inisiatif untuk menghubungi semula pihak Advertlets dan claim balik duit aku. Akhirnya, hanya dengan satu kali contact itu, mereka transfer terus duit yang aku tunggu sejak tahun 2008, ke dalam akaun bank aku dengan siap minta maaf lagi. Korang bayangkan, berapa lama aku tunggu bayaran pertama aku dari Advertlets? Mahu gila gak dibuatnya. Perasaan bercampur-baur. Marah pun ada, geram pun ada, gembira pun ada. Rasa nak panjat gunung pun ada. Namun aku tetap bersyukur sebab dapat bayaran itu sekaligus membuatkan aku terus pasang iklan Advertlets untuk memberi peluang kedua pada Advertlets.

Sekarang? Aku dah request untuk bayaran kedua dari Advertlets pada bulan Mei yang lepas. Dan pada bulan ini, earning Advertlets aku masih belum cukup. Cuma mampu cecah RM50 lebih sahaja. Bukan kerana trafik aku tak cukup, tetapi kerana iklan Advertlets kejap ada, kejap tak ada. Iklan skyscrapper tu kejap berfungsi, kejap tak. Begitu juga dengan iklan large rectangle. Cuma iklan leaderboard sahaja yang berfungsi dengan baik. Jadi, memang tak capai target rasanya untuk bulan ini. Kalau ikut plan awal, memang aku mampu untuk dapat RM100 lebih setiap bulan melalui 3-4 blog aku yang trafiknya agak mengagumkan juga. Jadi, aku harap pihak Advertlets mungkin boleh perhati masalah iklan yang selalu tak muncul itu. Sampai ada satu kali, 1 hari punya income, burn macam itu aje..itu yang buat aku geram kadang-kadang. Sabars sabar..aku lelaki. Aku lelaki..

advertletsstatistikharianbulanjun2011 Emm..Gift Away dari BroFramestone buat pengguna Advertlets


Ok. Ini statistik earning Advertlets yang harian punya. (klik sini untuk paparan gergasi) Tak banyak. Sikit dan ciput aje kan? Ada blogger lain, selamba-bagak aje dapat RM100-300 sebulan dari Advertlets. Aku dapat RM50 lebih sikit kira dah cukup bangga dah ni. Hoho..

Aku rasa Advertlets sekarang ni lebih menarik berbanding pada tahun-tahun kegelapan mereka iaitu pada tahun 2007 hingga 2008. Dulu, Advertlets ni memang banyak masalah dan kekadang ramai blogger tak puas hati dengan mereka. Tapi pada tahun 2010-2011 ni, aku rasa ada banyak perubahan drastik yang berbeza berbanding dulu. Mereka sudah bayar banyak blogger walaupun sampai satu tahap ada beberapa kes tentang masalah pembayaran. Malah, ada blogger terpaksa buat satu entri untuk minta Advertlets bayar blogger tersebut. Aku tak nak sebut siapalah kan. Tapi adalah 3-4 blogger yang terpaksa berbuat demikian. Aku juga tak mahu berbuat demikian untuk minta bayaran kedua dan ketiga dari Advertlets tu nanti. Jadi, mungkin pihak Advertlets dapat alert soal-soal pembayaran ni. Bab pembayaran ni, sangat penting buat para blogger. Jika terlalu lambat, ramai yang tidak akan percaya lagi pada mereka. Aku sudah beri peluang kedua untuk diri aku dan juga untuk Advertlets. Aku harap pisang tidak berbuah 2 kali..

Itu sahaja nasihat dan harapan aku. Mungkin pihak Advertlets dan juga BroFramestone boleh alert dengan isu yang aku bangkitkan tu. Mana tahu BroFramestone ni boleh jadi jambatan antara blogger dan Advertlets. Kiranya ala-ala duta la tu. Haha..

Ok. Aku dah start perangai lama balik. Mula buat karangan panjang-panjang macam ketika aku ambil SPM dulu. Cikgu BM aku selalu marah aku sebab terpaksa baca karangan aku yang sepanjang 2 muka surat depan dan belakang. Nasib dapat A1 untuk subjek Bahasa Melayu masa SPM dulu. Kalau tak, kena terajang padu maut dari cikgu BM aku. Jadi, bagi sesiapa yang berjaya sampai ke ayat-ayat aku yang terakhir ini, sila tepuk tangan dan cakap dalam hati. Aku hebat! Sebab berjaya baca sehingga habis artikel ini. Hehe..

Ps: Okehh, jom gi window shopping kat Hishop. Kedai online baru yang baru aku jumpa semlam. Macam ada benda menarik untuk dibeli untuk seseorang..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Seperti tajuk diatas, aku sudah pun capai minimum payout untuk program Advertlets. Aku cuba di dua buah blog yang trafiknya agak tinggi dan juga di dua buah blog yang trafiknya agak rendah. Hasilnya..dalam tempoh 23 hari, aku sudah capai seratus lebih. Sudah cukup untuk aku request payout untuk bulan Mei 2011 ini.

bakalbayarankomisenkeduadariadvertlets Bakal terima bayaran kedua dari Advertlets


Ya, aku belum terima bayaran. Tetapi aku bakal terima bayaran dari Advertlets. Aku harap tidak lagi kena soal-siasat seperti mana 2 tahun lepas sampai bayaran pertama aku tertunggak hampir 2 tahun. Aku harap selepas tempoh pra-matang 30-45 hari itu akan memudahkan bayaran aku terus masuk ke akaun maybank aku. Aku juga harap proses ini licin seperti mana blogger-blogger lain yang menerima bayaran dari program Advertlets.

Aku tahu ramai yang sudah benci dengan Advertlets. Sudah banyak isu tak best tentang Advertlets.  Aku malas cakap macam-macam. Aku juga kurang gemar tetapi tidak salah untuk aku mencuba semula program ini. Aku cuba selama sebulan dan tak sampai sebulan, aku sudah mampu capai angka minimum yang diperlukan. Ini juga bermakna aku berpotensi untuk kumpul angka yang sama pada bulan-bulan yang akan datang. Cuma aku harap pihak Advertlets boleh semak dalam akaun aku sebab ada 1 hari iaitu pada 20hb Mei 2011, tak ada earning stat langsung. Adakah ketika itu Advertlets menghadapi masalah atau aku sendiri yang mempunyai masalah diblog aku? Itu aku kurang pasti. Nanti aku tanya personal melalui ruang contact. Sekarang sibuk sangat sampai nak hantar email pun sangat malas..

Bagi yang baru dengar program Advertlets ni, korang buat keputusan sendiri mahu mencuba program ini atau tidak. Aku sudah dapat bayaran pertama dari Advertlets dan aku ini memburu untuk bayaran kedua. Aku harap aku akan dapat dan tidak menghadapi masalah seperti blogger lain.

Habis dah cerita pasal Advertlets. Aku sekarang mungkin sedang mengambil akak dan adik aku di Sentul dan Bandar Sunway. Kemudian, aku akan pecut ke Jerantut untuk kejar kereta abah aku yang sudah bertolak lebih awal dari aku. Jadi, artikel ini adalah artikel yang telah aku setkan masanya..

Mahu cuba Advertlets? Gi website diorang kat sini >> Advertlets

Ps: Wokeh..aku kena fokus untuk memandu laju tanpa kena speed trap..eh?

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011