Archive for the 'advertising' Category


Hari ini hari yang agak sibuk. Dengan jadual yang memang tersusun dengan kerja yang tidak dapat aku tolak pada hari ini menjadikan aku super sibuk berbanding rakan-rakan aku yang lain dan hari ini aku cuma nak review satu website yang baru sahaja diberi nafas baru dengan domain baru. Website atau blog tersebut adalah Website kepunyaan Yakuza666 di forum Wangcyber. Domain bagi website tersebut adalah Kabelduitonline.com. Mudah untuk diingati bukan?

kabelduit 300x168 KabelDuitOnline Review: A Malaysian Internet Marketers Two Cent


Ok. Dari segi design atau nilai-nilai keseniannya, aku dapat perhatikan tidak banyak perubahan dari theme yang lama atau yang baru apabila diberi nafas baru dengan domain yang baru ini. Jika tidak silap aku, domain lama adalah kabelduit.com bukan? Tapi kali ini adalah Kabelduitonline.com. Dari segi SEO, aku rasa domain baru nampak lebih bagus dan sesuai untuk tembus pasaran antarabangsa. Dan Yakuza juga sudah bijak bermain dengan SEO disetiap artikelnya. Kenapa? Tak yah aku cerita panjang, setiap artikelnya mempunyai niche article yang famous untuk pasaran terkini? Ianya bagus untuk menjana income sama ada melalui private advertising ataupun menjual link dan juga menawarkan banner advertising. Mesti laku punya. Kene plak kalau PRnya tinggi. Sekarang memang takde nilai. Yelah, baru 5 hari pakai domain ni, takkan terus ada PR kot. Sebab tu mungkin selepas ini Yakuza akan berusaha bagai nak gila untuk dapatkan backlink, membuat link building dan komen diblog orang lain dengan giatnya..

Penyusunan banner atau iklan diblog ini juga agak sesuai bagi pandangan mata aku. Tidak serabut atau sesak mata memandang dan memang agak mudah diloading berbanding blog aku sendiri. Ini bagus untuk pelawat-pelawat yang datang. Malah, penggunaan cbox disidebar kanan juga agak bagus bagi mereka-mereka yang hendak datang bertanyakan khabar atau bertanyakan sesuatu kepada yakuza. Mungkin ini cara beliau untuk berinteraksi secara langsung dengan pengunjung.

Pemilihan warna untuk latar belakang juga kene dengan jiwa aku. Putih. Untuk pengetahuan korang, semua blog yang menggunakan background putih menjadi pilihan aku untuk melepak dalam 5-10 minit. Biasanya aku akan explore untuk mencari post-post yang best untuk dijadikan idea diblog-blog aku yang lain. Jadi, ini juga salah satu faktor aku suka datang ke blog orang lain. Kalau warna lain, aku suka gak. Tapi yang warna putih ni lagi best rasanya.

JIka kita perhatikan dari blog ini, korang akan dapat perhatikan beliau menjana pendapatan melalui program Google Adsense. Tapi aku tahu itu bukan sahaja pendapatannya. Banyak lagi dan salah satunya adalah program Bidvertiser dan juga menulis artikel upahan. Tak kesahlah apa cara beliau nak buat duit, janji tak jual dadah dan heroin. Aku pun pernah berususan dengan beliau. Takde masalah. Urusan selalu berjalan dengan lancar. Dia bukan scammer dan korang tak perlu gusar untuk deal dengan Yakuza. He is clean. Hehe..

Blog ini juga pengguna tegar Entrecard dan juga penulis Ebook RajaBidvertiser. So, jika ada yang bermain dengan Entrecard, bolehlah advertise kat blog mamat ni. Dalam 8-32 EC aje. Murah gak la. Kekadang aku sambar gak. Dan jika korang rasa nak buat duit dengan bidvertiser, apa kata dapatkan report atau ebook hasil karya Yakuza666 iaitu Ebook RajaBidvertiser. Insya-Allah, mungkin dapat memecahkan kebuntuan korang untuk buat duit dengan blog melalui bidvertiser.

Ps: Agak lambat aku buat review ni disebabkan kekangan waktu dan juga tertidur hari ini. Jadual untuk menulis review diblog ini sangat padat. Aku akan cuba buat dengan cepat selepas ini. Ok, cukup untuk hari ini. Harap korang leh melawat blog Yakuza selepas ini dan membuat penilaian korang sendiri selepas ini.

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku nak beritahu korang yang aku telah cuba satu cara promosi terbaru. Walaupun bukan terbaru bagi aku, tapi mungkin cara promosi terbaru bagi korang. Ini kerana orang kita masih kurang menggunakan platform ni untuk mempromosikan produk dan servis yang korang tawarkan tu.

Ok. Dipendekkan cerita, cara yang aku bisingkan ni adalah promosi melalui Facebook. Senang cerita korang boleh mengiklankan produk korang di Facebook. Dan mengapa aku memilih Facebook? Adakah korang tahu berapa ramai orang didunia ini yang mempunyai Facebook? Ramai. Berjuta orang sampai aku tidak tahu berapakah jumlah sebenar yang daftar akaun Facebook.

So, adakah cara promosi ini berkesan? Aku tidak pasti lagi. Sebab aku baru sahaja mencuba dan aku harap dapat tengok result dalm 10-20 hari yang akan datang. Ini ujikaji aku melalui Facebook. Dan ada yang bertanya juga bagaimana hendak promosi di Facebook? Bukankah kena bayar itu ini? Kene ada kad kredit atau kad debit dan pelbagai masalah lagi sebelum korang dapat mula mempromosi menggunakan Facebook.

Dah, jangan risau. Kawan aku, si Richie tu dah tulis satu ebook yang aku rasa sangat sesuai untuk korang. Malah, korang siap dapat beberapa kupon yang boleh ditebus untuk mendapatkan kredit secara percuma. Dengan kupon itu juga korang mampu dapat lebih dari $250 dollar Facebook kredit secara percuma. Bagaimana nak dapat kupon tu dan cara menggunakannya ada diterangkan secara terperinci melalui ebook tersebut. Ada juga trik dari beliau untuk mendapatkan $1000 dollar kredit dan sudah pasti beliau akan cerita bagaimana hendak mendapatkannya. Nak tengok bukti?

facebookcredit Edisi Siasat   Panduan Facebook Ads


Haa, tu dia kredit yang akan kita terima bila kupon tu ditebus. Aku tahu mana nak dapat kupon-kupon tersebut. Tapi untuk memendekkan masa korang, korang dapatkannya dari Richie. Bagaimana? Gi la dapatkan ebook Richie. Tak rugi pun. Ok. Ni plak campaign yang telah aku jalankan di Facebook. Klik pada gambar kalau nak tengok dengan lebih jelas.

facebookads 300x152 Edisi Siasat   Panduan Facebook Ads


Hehe, yang pasti ada hasil walaupun tak banyak. Nanti dah cukup 20 hari, aku bagitau hasil ujikaji aku. Apapun, jika berminat nak dapatkan kupon untuk $1000 dollar percuma dan romosikan produk korang di Facebook, sila dapatkan Ebook Panduan FBA di sini dengan kadar yang segera sebelum harga melonjak naik.

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


[audio:Ebiet_G_Ade_-_01_-_Aku_Ingin_Pulang.mp3]

Hari ini adalah hari terakhir sebelum kita melangkah ke tahun 2009. Bagi aku, tahun ini penuh dengan ranjau. Gelak ketawa dan tangisan adalah normal dalam kehidupan aku. Aku akur yang aku perlu berusaha dengan lebih baik pada masa hadapan. Tidak juga aku nafikan, tahun 2008 meninggalkan seribu satu makna dalam kehidupan aku dan juga kehidupan titan. Earncent.com juga melangkah satu dimensi baru. Pembaca dan pelawat ke blog ini juga semakin bertambah. Boleh dikatakan perubahan yang ketara berbanding tahun 2007, itupun jika korang selalu mengikuti perkembangan blog ini.

Secara jujur, aku tidak berapa berminat untuk membuat entri khas untuk hari terakhir pada tahun 2008. Bagi aku, sama sahaja. Cuma masa dan waktu sahaja yang berbeza. Jadi, aku akan berusaha pada tahun depan dengan lebih gila dan rajin lagi berbanding tahun 2008. Aku akui aku masih tidak puas hati dengan kerja dan pendapatan yang aku perolehi. Dah nama pun manusia, memang susah betul nak puas hati. Jadi, selagi nyawa ni masih bernafas, tangan ini akan terus menulis dan menaip. Hehe..

Ok. Lupakan kejap bab 2009. Aku hanya nak share salah satu pendapatan yang aku dapat hari ini. Walaupun ini antara jumlah yang paling kecil aku terima diakaun paypal aku. Tetapi, aku akui program ini sangat sukar bagi aku untuk mendapat income. Program apa? Ya. Teliad. Mesti korag pernah baca entri edisi siasat aku tentang Teliad bukan? Jika tak pernah baca, boleh pergi sini.

teliad 300x155 Komisen Pertama dari Teliad


Haa. Inilah program Teliad yang aku katakan tu. Korang boleh pergi ke website Teliad dan daftar. Tetapi Teliad mempunyai perbezaan yang ketara berbanding Inlinks, Backlinks, TLA, TNX dan program-program lain. Nak tahu apa perbezaannya, bolehlah pergi dan daftar.

teliadpayment 300x145 Komisen Pertama dari Teliad


Nampak. Seperti yang aku kata hari itu. Aku dapat 4 euro. Bolehlah tu. Tak banyak. Tapi lebih baik daripada tak ada langsung. Yup. Aku dapat benda ni melalui blogroll aku. Ada orang beli 1 blogroll diblog ini. Jadi, jika korang nak buat duit dengan blogroll korang. Tak salah buat sekarang. Itupun kalau korang berminatlah. Aku tak paksa tau..

Oklah. Cukup saja post ringkas dari aku. Aku tahu aku ada banyak wat silap dan mungkin ada yang terguris dengan ayat-ayat disini dan juga di yahoo mesengger. Jadi, aku harap korang faham, itulah cara aku berkomunikasi. Jika korang tak suka, aku tak kesah. Tetapi, dengan cara itulah aku mampu kekal dalam arena buat duit di Malaysia dan juga diluar negara. Aku masih kekal dengan cara ini dan aku tahu bagaimana hendak menggunakannya. Setiap orang ada pendekatan berbeza dan pada tahun hadapan, aku akan berusaha dengan lebih gigih lagi. Hoho!

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini hari selasa. Jadi, aku cuma nak ceritakan satu lagi syarikat atau program pengiklanan di Malaysia. Makin hari, makin banyak pula syarikat pengiklanan yang muncul dan memberikan peluang kepada kita untuk buat duit dengan blog kita. Antaranya seperti Nuffnang dan Advertlets. Tetapi hari ini, aku tanak sentuh 2 program tersebut. Aku nak cerita pasal Castclick. Siapa pernah dengar tentang Castclick?

Secara jujur, aku sudah menyertai program Castclick dan mendapat advertiser sebanyak 2 kali. Satu di blog ini dan satu lagi di blog rajapayloadz. Apa yang aku dapat lihat, Castclick masih belum dapat menarik lebih banyak advertiser besar seperti yang berjaya dilakukan oleh Nuffnang dan Advertlets. Aku kira, Castclick perlu berusaha dengan lebih ganas lagi jika mahu menyaingi Nuffnang dan Advertlets. Jika tidak, mungkin ianya akan berakhir seperti Gokita dan beberapa syarikat yang hidup segan mati tak mahu tu..

castclick 300x155 Edisi Siasat   Buat Duit dengan Castclick


Bayaran minimum adalah RM50. Dan boleh dibayar melalui bank-bank tempatan jika tidak silap aku. Malah, mereka juga mampu membayar melalui paypal. Sayangnya, akaun aku masih belum cukup untuk withdraw. Kene dapat lebih banyak advertiser la jawabnya. Aku sudah remove code Castclick diblog ini kerana hendak memberi laluan kepada Nuffnang. Jadi, maaf Castclick. Tetapi, blog rajapayloadz masih memaparkan iklan Castclick kerana tempohnya belum tamat.

Setakat ini, aku rasa tidak ramai yang mengetahui tentang Castclick. Kebanyakkan dari kita lebih senang dengan Nuffnang dan Advertlets. Mungkin Castclick masih terlalu baru dan sistem yang mereka gunakan adalah berbeza dengan Nuffnang dan Advertlets. Jadi, tepuk dada tanya selera.

Pada pendapat aku. Castclick boleh pergi jauh jika berjaya mengumpan advertiser gergasi seperti Digi dan Celcom. Jika berjaya dapat syarikat kilang biskut pun dah cukup hebat tu. Jadi, aku harap bahagian marketing Castclick dapat berbuat sesuatu. Jika tidak, aku rasa tidak ramai orang akan berminat menggunakan perkhidmatan Castclick dan terus menggunakan Nuffnang atau Advertlets.  Jika kau tanya aku, Nuffnang menjadi keutamaan. Jangan tanya kenapa. Aku sedang menunggu cek keempat aku dari Nuffnang. Hoho..

Kesimpulannya, aku suka dengan kewujudan Castclick. Ianya menjadi saingan baru terhadap syarikat pengiklanan maya di Malaysia. Jadi, bila wujud persaingan, aku harap semua syarikat akan berusaha dengan lebih gigih untuk menarik lebih banyak pelanggan dan penaja. Jika tidak, agak sukar untuk kekal pada jangka waktu yang lama. Jadi, soalan terakhir. Berminatkah korang menyertai Castclick?

Ps: Satu lagi adsense alternative program terbaru dari Malaysia iaitu ScoutAds. Pernah dengar?

Popularity: 5% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011