Hari ini kes edisi siasat kita merujuk kepada kes tempatan. Selain advertlets, nuffnang dan gokita yang telah aku sertai. AKu yakin korang juga tahu bahawa aku telah menyertai Adtoreal. Ini adalah salah satu Media Pengiklanan Tempatan yang terbaru. Aku yakin akan ada yang terbaru. Mengikut perkiraan aman, Adtoreal adalah syarikat yang ke 9. Banyaknya kan sekarang? Sampai aku sendiri dah tak tahu nak kekal yang mana satu. Korang juga leh lihat lagi 8 syarikat tempatan yang berjuang dalam dunia pengiklanan kat sini.
Kenapa aku memilih Adtoreal? Kerana aku nampak peluang buat duit dari program ini. Walaupun aku tahu aku tidak akan dapat berjuta-juta dari program Adtoreal ini. Tapi aku yakin aku boleh buat duit dan boleh juga buat sesuatu dari program ini. Ahh, nanti korang fahamlah maksud aku tu. Aku berniat juga untuk mengiklankan sesuatu di Adtoreal. Hehe, ada diskaun untuk para publisher kalau tak silap aku…
Untuk tidak mengecewakan korang. Aku juga telah berjaya dapat bayaran pertama dari Adtoreal. Biarpun tak banyak. Tapi syarikat ini telah membuktikan bahawa mereka bukan buat janji kosong. Tak caya aku sudah dibayar oleh Adtoreal? Apa kata korang klik gambar kecik ni..

Amacam? Ingat aku tipu ker? Ini syarikat tempatan kedua yang bayar aku selepas Nuffnang. Advertlets pun belum bayar aku lagi sebab aku tak cecah minimum payout pun. Lambat gila. Ahh, mungkin kerana aku tak letak banyak dah iklan diorang macam dulu. Macam mana aku nak angkat Toyoto Vios ni..
Setakat ini, cuma ada 11 pubsliher sahaja yang menjadi tester untuk program Adtoreal ini. Itu kalau tak silap aku la. Diorang memerlukan lagi sorang publisher. Jika kau orang berminat, sila submit blog atau website korang secepat mungkin.
Berita terbaru dari Adtoreal, mereka akan ada publisher dashboard dan akan mula menerima bayaran melalui paypal. Ini satu perkembangan baru dan mereka juga akan membuka peluang ke peringkat global. Maksud aku, international market. Korang rasa bagus atau tak?
Apapun, jika ada antara korang berminat nak mengiklankan produk dan business korang melalui Adtoreal, korang boleh test power selama 1 minggu secara percuma. Aku baru sahaja order 1 iklan dan jika ianya diterima, korang akan nampak iklan itu pada minggu hadapan. Berminat? Sila sambar segera sebab masih ada 7 ruang iklan yang masih kosong. Jika lambat, jangan salahkan aku.
Ps: Itu sahaja review simple dari aku. Aku tak berniat nak cakap lebih jauh. Tapi cukuplah setakat ini. Kalau aku dapat komisen lagi dari Adtoreal ni. Aku cerita lagi. Aku masih tak sure. Adtoreal ni bayar aku melalui impression atau pay per click. Nanti aku cuba siasat lagi. Tak cukup bukti lagi ni..
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content













