Archive for the 'adsense alternative' Category


Lelaki kacak baru jumpa cek nuffnang yang dah lama hilang tanpa jejak dibiliknya. Haha..

Ya. Aku baru jumpa cek tu. Dah lama gak cari. Tapi bila aku cari memang takkan jumpa. Biasanya aku akan jumpa benda yang hilang ni bila aku tak cari. Dengan sendirinya barang yang hilang tu akan memunculkan dirinya. Entahlah, dah banyak kali aku cari kat kawasan tu dulu. Tapi tak jumpa. Mungkin ada hijab dan mungkin belum masanya aku jumpa cek nuffnang ni lagi. Hoho..

Walaupun tak banyak dan belum lagi tahap sampai nak riak sebab dapat cek nuffnang ni, aku tetap bersyukur sebab bukan senang nak buat duit dengan nuffnang yang terkenal dengan cemburunya, popular dengan masalah, tidak disukai oleh ramai blogger dan macam-macam lagi. Bagi aku, aku tak ada masalah dengan nuffnang. Memang aku mata duitan, tapi kalau aku dah usaha, tapi tak dapat. Aku takde masalah.

cekbarunuffnang Cek ke 14 dari Nuffnang


Yang aku pelik, ramai blogger suka buat anggapan sendiri. Mereka fikir, jika mereka boleh dapat puluhan ribu unik visitor setiap hari, mereka PASTI akan dapat klik. Mereka tidak percaya tidak ada earning langsung dari Nuffnang walaupun ramai orang datang ke blog mereka. Kalau blog korang tu blog isu semasa, blog copy paste, blog yang bosan walaupun korang terer main SEO sekalipun, belum lagi menjamin seorang manusia kat muka bumi ni nak klik iklan Nuffnang tu.

Belum tentu. Biar 1 juta orang masuk ke blog orang, peratus untuk diorang klik iklan korang masih 50-50. Jika tak ada, kira nasib koranglah yang memang tak bernasib baik atau masih kurang skill dan pengalaman lagi. Jadi, tak PERLU nak salahkan nuffnang kalau korang tak dapat klik langsung. Tak perlu nak kata Nuffnang ni PENIPU. Tak perlu kata Nuffnang ni cuma pilih BULU kaki blogger yang paling lawa aje. Tak perlu.

Aku kata, bukan sebab aku nak AMPU syarikat Nuffnang ni. Aku punya status pun dah tukar ke Ordinary member. Ntah apa silap aku sampai bertukar status. Tapi aku biar aje. Malas nak cari pasal. Mesti Nuffnang ada sebab wat macam tu. Nanti ada masa, aku nak tanya balik kenapa jadi macam tu. Jadi, nasihat aku kepada blogger yang bajet mereka power sebab ada beratus dan berjuta unik visitor dan impression diblog masing-masing tu, tak payahlah nak buat topik kat facebook dan cerita macam-macam bagai nak rak. Menyalahkan sana-sini, menuduh syarikat itu jahat dan penipu dan sebagainya. Kalau BETUL, korang boleh saman syarikat itu. TAPI mesti ada BUKTI maa. Ada bukti, bukan setakat seratus dua ratus korang boleh dapat. Beribu dan berpuluh ribu boleh dapat kalau menang kes. Tapi korang ada BUKTI kukuh ke? Setakat cakap besar aje, belum cukup modal tu derr..

Ps: Aku malas nak layan topik bangang macam ni. Kekadang, aku rasa macam nak sepak orang aje. Tapi masalahnya, time aku bengang tulah tak ada orang disekeliling aku. Tuhan tu memang maha mengetahui apa yang baik untuk hamba-hambanyaNya.

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku masih tak berapa sihat. Jadi, aku just tulis ringkas sahaja hari ini. Ini bayaran terkini dari program Metavertizer. Bagi aku program ni memang boleh buat duit. Cuma agak annoying gak sebab iklan popup diorang memang boleh buat orang sakit jiwa. Ianya sangat berbeza dengan iklan popup Edomz yang keluar secara senyap berbanding iklan popup Metavertizer yang akan terus popup selagi kita tak close iklan tu. Jadi, memang agak menyampahlah. Haha..

paymentmetavertizer Komisen kedua dari Metavertizer


Kepada yang nak cuba Metavertizer, boleh cuba kalau mahu. Aku tak paksa. Memang boleh buat duit dan memang benda ni dah bayar aku dua kali. Jadi, aku tak ada sebab nak tipu korang. Setakat ni, mereka masih bayar. Tahun depan, tahun lusa. Aku tak tahu.

Serius, aku tak selesa langsung bila kena demam macam ni. Kena pula selsema. Tekak mesti perit punya. Memang combo punya pakej ni. Demam, batuk, selsema dan sakit tekak. 4 in 1.

Ps: Ok. Nak keluar. Nak gi sebarkan virus selsema ni kat orang lain pula. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Agak sibuk beberapa hari ini. Jadi, tak dapat nak aktif macam biasa. Ini bayaran terkini dari program Text Link Ads. Tak banyak yang aku dapat. Bayaran pun makin kurang. Mungkin sebab takde advertiser berminat dengan blog-blog aku lagi. Masih kena tunggu dan bersabar. Tapi sejak 2-3 tahun ni, memang tak putus-putus dapat duit dari TLA setiap bulan. Ok gak tu, kan?

textlinkadsjanuari2012publisher Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads

textlinkadsjanuari2012 Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link Ads


Satu bayaran sebagai publisher, satu lagi bayaran sebagai promoter. Tak banyak, tetapi tetap boleh dibanggakan sebab tak ramai blogger dari Malaysia yang boleh maintain dapat duit tiap-tiap bulan dari progam Text Link Ads ni kan? Hehe..

Oklah, aku mengantuk sangat 2-3 hari ini. Banyak tidur sikit. Maklumlah, simptom Nobita masih pekat lagi dalam hidup aku. Jadi, kalau tak tahan memang aku tidur aje waktu malam ni. Waktu siang, berjaga macam biasa.

Ps: Tak lama lagi, aku update siapa yang menang ek..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ini artikel pertama aku taip selepas aku dapat semula laptop Fujitsu yang kena heart attack semalam. Jadi, aku nak update sesuatu yang ringkas tetapi mudah difahami. Ini bayaran terbaru yang aku terima dari program Paid-to-Promote.net. Tak banyak, tetapi kira boleh tahan gak apa yang aku dapat dari program ini setiap bulan. Makin lama, makin ok berbanding bayaran yang sebelum ini.

Insya-Allah dalam minggu ini aku akan update siapa yang menang dalam Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah. Aku tahu, korang tak sabar nak tunggu siapa yang jadi pemenangnya bukan? Jadi, sila tunggu dengan sabar. Lebih banyak korang bersabar, lebih kacak. Betul tak?

421371 373440592681808 100000476123832 1622216 152365432 n Komisen ke 32 dari Paid to Promote.net


Dah habis. Ringkas kan? Kepada seiapa yang berminat, bolehlah join program ini. Dibayar 2 kali setiap bulan dan dibayar menggunakan akaun paypal. Dan yang penting, mereka bayar trafik dari Malaysia. Itu yang aku suka walaupun aku tak letak kat blog earncent ini. Bukan apa, aku tak nak bini aku jeles. Kang hilang status Glitterati aku tu. Haha..

Ps: Ada 2 berita gembira aku dapat hari ini. Tapi biarlah rahsia. Takmo share dengan korang. Nanti korang hebohkan kat orang lain pula. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011