Huh, memang aku boleh tahan lagi kalau 2-3 bulan. Tapi kalau hutang dari tahun lepas dibawa ke tahun ini dan masih takde pergerakan atau usaha untuk membayarnya, mana-mana orang pun akan sakit hati. Hati, jantung, peparu dan juga tulang ketiak pun akan terasa sengsaranya tau! Jadi, kepada mana-mana AJK Tertinggi dalam syarikat Advertlets ni, faham-fahamlah ye. Aku dah beberapa kali cuba hubungi mereka tetapi masih lagi tak ada maklum balas. Berbeza sangat dengan dulu.

Sebolehnya, aku tak nak buat artikel macam ni. Sebab tak nak bagi nama buruk lagi kat Advertlets. Dah ramai orang pujuk dan suruh serta paksa aku tinggalkan Advertlets ni. Tapi aku sabarkan dulu. Selagi aku boleh bersabar..aku sabar. Sebab mak aku pernah kata, orang yang sabar tu adalah orang yang menang. Dan pada falsafah pendidikan aku, orang yang menang itu adalah orang yang kacak. Oleh yang demikiannya, aku adalah lelaki dan orang kacak sebab masih cuba bersabar dan masih memaparkan iklan-iklan dari Advertlets.
Sudahlah earning dari Advertlets makin lama makin ciput. Setiap hari, dah rasa macam susah nak dapat 50 sen dari Advertlets. Kalau dulu, singgit dua ringgit tu dah macam celah gigi dah. Sekarang, walaupun trafik masih mantap, earning pula jatuh. Tak apa. Itu aku masih sabar lagi. Tapi dalam permainan buat duit dengan blog ni, soal pembayaran merupakan isu yang sangat sensitif. Sama tahapnya seriusnya dengan isu mansuh PTPTN. Jadi, pihak Advertlets atau Josh Lim, bolehlah buat pembayaran secepat mungkin. Boleh??
Korang dah daftar belum HzTours punya program ni?

Ps: Okeh. Aku ada kerja. Nak pura-pura jadi gila kejap. Nanti leh minta Doktor Aya rawat. Hehe..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















