Archive for the 'Adf.ly' Category


Aku cuma hendak bagitau yang hadiah daripada pertandingan yang dijalankan oleh Mr. Disc ataupun dari pihak Ezyshop2u.com telah pun selamat sampai ke rumah pakcik aku di Jerantut. Baru sahaja petang tadi aku ambil di Van Pos Laju yang singgah di Jerantut. Rupanya abang tu tunggu aku, baru dia boleh balik. Kesian dia. Apapun, terima kasih kepada pihak Ezyshop2u.com dan Abang Pos laju tuh. Hehe..

Aku ambil gambar tadi dan aku letak kat sini untuk tatapan korang. Sebab aku ada dapat satu lagi hadiah misteri dari Ezyshop2u.com. Hadiah apa itu? Sila lihat dibawah:

hadiahreviewblogezyshopdotcom 300x213 Open Case: Hadiah Review dari Ezyshop2u dan Ang Pau Merah RM1000

kfcbaucer 300x204 Open Case: Hadiah Review dari Ezyshop2u dan Ang Pau Merah RM1000


Haa. Itu dia hadiahnya. Satu kotak Egyptian Potion iaitu One Drop Perfumes khas untuk Women. Kalau Ezyshop2u.com bagi versi lelaki. Memang aku pakai gi tempat kerja. Tapi ini mintak wangi untuk gadis melayu boleh atau awek-awek jerantut. Tidakpun, aku leh bagi mak aku. Mesti dia suka punya. Haha..

Dan tak lupa juga dengan 5 kupon Baucar KFC percuma yang akan tamat pada 30 Jun 2009. Aku cuma ada masa 1 bulan 2 hari untuk menggunakan kupon ni. Sempat rasanya aku belanja awek-awek melayu boleh ni. Mesti diorang suka kan? kan? Mr. RDG jangan jeles aa. Hehe..

duitreviewbulanmei 300x207 Open Case: Hadiah Review dari Ezyshop2u dan Ang Pau Merah RM1000


Aku juga turut menerima bayaran dari ulasan tentang Ezyshop2u dan pelbagai lagi review berbayar samada dari advertiser lokal dan juga international. Bulan ini sahaja, hasil review berbayar melebih RM1 ribu. Hanya dari tulis ulasan sahaja diblog. Angpau warna merah tu, genap-genap ada RM1000. Tak lebih dan tak kurang. Aku hadiahkan pada diri aku sendiri untuk berpoya-poya. Haha..bukan selalu pun aku buat kerja gila. Sempena dapat cuti untuk 1 minggu ni, aku akan menggunakan duit itu dengan kejamnya. Ntah apa gamaknya aku akan beli rasanya..

Jadi, siapa bilang kita tak boleh buat duit dengan blog atau dengan hanya menulis review. Jika ada yang berfikiran demikian. Mungkin anda tersilap dan apa kata anda baca semula post pertama diblog ini dan hayati apa yang aku tulis sehinggalah artikel yang ke 530 ni. Boleh? Hehe..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content


Hari ini aku cuma hendak kongsikan dengan korang satu lagi program baru yang masuk dalam program edisi siasat dalam blog ini. Masih ada beberapa projek blog yang aku sedang jalankan dan edisi siasat ini antara salah satu daripadanya. Jadi, mari kita membaca bersama-sama.

Ok. Seperti tajuk diatas. Ianya berkaitan dengan Adf.ly. Edisi Siasat tentang Buat duit dengan Adf.ly. Secara jujurnya ianya membayar kita dengan berdasarkan berapa ramai orang yang telah klik di link yang telah diringkaskan menjadi link yang lebih pendek.

adfly Edisi Siasat: Buat Duit dengan Adf.ly


Tak faham? Ok. Sebelum kita masuk ke bahagian buat duit. Kita kene tahu dulu bagaimana program Adf.ly ini berfungsi. Korang pernah dengar kan tentang tinyurl dan snipurl serta pelbagai lagi website yang menyediakan tempat untuk memendekkan link yang panjang menjadi pendek. Jadi, Adf.ly juga bertindak sama seperti website demikian. Cuma kali ini mereka turut memberi imbuhan berdasarkan jumlah klik yang berjaya kita dapatkan.

Daripada pengalaman aku beberapa hari ini, nilai 1 klik adalah $0.001. Jadi, jika dapat 10 kali klik dah capai $0.01. Kira oklah tu kan dan korang boleh create seberapa banyak link yang korang mahu. Sekarang, aku lebih suka pakai Adf.ly berbanding tinyurl. Jika kita ada alternatif baru dan mampu menyumbang pendapatan, apalah salahnya kita cuba kan? Jadi, aku harap korang sudah faham bagaimana hendak buat duit dengan Adf.ly ini bukan?

Jika mahu daftar, gi sini: Daftar Adf.ly Percuma

Bahagian seterusnya adalah promosi. Disini aku beritahu sedikit tips untuk membuat promosi. Korang boleh promosikan di twitter, Digg, Stumbleupon, forum, blog personal korang dan sebagainya dengan syarat tak buat spam bodoh. Nak spam pun, biarlah berhemah sikit. Jangan tunjuk ketara sangat korang nak buat duit dengan Adf.ly ni. Agak-agaklah sikit. Kang takde orang klik, takde duit la jawabnya kan? So, berhati-hati. Tak semua orang suka kita. Jadi, cuba dengan cara yang berhemah. Jika kita buat dengan ikhlas, Insya-Allah ada habuan kita dalam pelbagai bentuk suatu hari nanti.

Bayaran minima adalah $20 usd. Biasalah tu. Tapi aku rasa korang masih boleh cecah nilai minimum jika korang kene cara promosinya. Buat ajelah. Aku combinekan bukisa, triond, adf.ly, blog marketing kepada satu. Maksudnya dalam 1 artikel diblog aku, aku mampu mempormosikan hampir 3-5 program dalam masa yang sama. Haha, sebab itu aku suka menulis artikel dan review sekarang. Banyak yang kita boleh dapat dalam masa yang singkat jika kita pandai eksploitasi kelebihan kita dan internet. So, apa tunggu lagi? Sertai Adf.ly sekarang!

[audio:M Nasir - Bonda.mp3]

Ps: Lagu ini ditujukan khas untuk mak aku. Selamat hari Ibu dan juga kepada emak seseorang, emak dia, emaknya dan juga emak-emak diseluruh Malaysia yang mempunyai anak yang nakal macam aku..

Popularity: 3% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011