Jika korang perlukan satu website atau program yang boleh membantu korang mempromosikan website, blog atau produk korang, ada satu website yang menawarkan servis pengiklanan yang aku kira agak bagus untuk dicuba. Aku tahu ramai yang tahu dan ada juga yang tak tahu. Jadi aku sharekan juga sekali lagi dalam blog ini walaupun aku tahu ramai yang dah tahu dan baca apa yang aku tulis sebelum ini.

Pernah dengar tentang Adf.ly bukan? Aku ada dua akaun kat Adf.ly. Satu khas untuk publisher akaun dan satu lagi khas untuk advertiser akaun. Aku selalu guna Adf.ly ni untuk promote site-site aku untuk beberapa tujuan. Selalunya aku nak trafik dari certain negara. Samada aku cuba ujikaji untuk program CPA yang aku sertai, program CPM yang aku kaji atau mungkin juga hanya hendak menurunkan CTR bagi sesetengah blog yang aku dengan menyalurkan trafik dari beberapa negara yang berbeza. Cara ini agak berkesan sebab memang human traffic. Bukan bot traffic ataupun trafik yang tipu-tipu punya. Memang kita boleh tengok trafik kita tu convert betul-betul atau tidak. Ada yang convert, ada yang tidak. Semuanya da diberitahu dalam dashboard Adf.ly kita tu. Tak caya, gi check sendiri.
Dan biasanya, aku habiskan 5 dollar untuk 1 kempen pengiklanan yang aku buat di Adf.ly. Aku setkan sehari, cuma $0.01 atau $0.05 berdasarkan keperluan. Jadi, trafik akan masuk hanya berdasarkan apa yang aku setkan. Sehari, cuma leh guna $0.01 untuk dapat trafik. Jadi, 5 dollar tu akan boleh tahan paling lama pun dekat 2 bulan. Paling cepat dalam sebulan dua jika korang pandai main pause trafik korang. Jadi, tidaklah nampak macam korang dapat trafik segunung dalam sehari. Kiranya ini antara salah satu program yang buat aku tertarik dengan program sebegini. Ya. Aku beli trafik. Tapi aku beli bersebab. Fungsinya tetap sama denganap yang advertiser yang guna khidmat Google Adword ataupun Nuffnang ntuk beriklan. Jadi, aku dan pengiklan Nuffnang mempunyai tujuan yang sama. Bukan sahaja mahu trafik, mahu juga buat branding, mahu lead, mahu conversion, mahukan sales dan macam-macam lagi.
Tapi kalau korang cuba untuk dapatkan klik dengan Adf.ly. Memang susah. Peluang tu ada. Tapi memang takkan sama dengan cara TrekAdvertising. Jika korang cuba buat duit dengan adsense dan cuba minta orang klik iklan adsense kita melalui Trekadvertising, memang korang cari maut. Hampir 90% yang guna cara ni akan diban oleh pihak Google. Jadi, jangan cari pasal. Nak cuba juga, tanggung sendiri kalau ada benda-benda tak best berlaku kat akaun adsense korang. Jangan kata aku tak pernah tegur. Dan jangan salahkan orang lain kalau akaun adsense korang kena ban. Faham?
Nak cuba program Adf.ly ni. Gi je sini: Adf.ly
Ps: Hari ini akan jalan jauh. Mesti penat drive hari ini..
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















