Ok. Aku nak kongsikan bayaran pertama yang aku dapat dari program Adstract.com. Tak banyak yang aku dapat. Tapi kira bolehlah juga kan untuk cover apa yang patut. Lagipun, program ni memang susah sikit nak dapat duit. Nak capai 100usd pun lambat, nak tunggu dapat bayaran pun lambat. Tapi takpe, janji depa bayar, aku takde masalah.
Untuk pengetahuan korang, aku tak guna kat blog aku yang ni atau blog personal aku yang lain. Aku lebih banyak gunakan iklan Adstractni untuk blog niche aku yang lain sebab trafik datang dari negara yang berbeza. Bayaran CPM dan klik dari negara lain lebih kacak berbanding Malaysia. Jadi, aku kena terima hakikat yang Adstract ni tak cukup power untuk trafik Malaysia. Tapi tak semestinya korang tak boleh dapat apa-apa dari trafik Malaysia. Ada sen-sennya. Tapi tidaklah sebanyak trafik luar. Betul tak?

Kalau blog korang ada banyak trafik dari negara luar, aku cadangkan korang sertai Adstract. Adstract ni ada banyak program 2tier mereka. Ada banyak anak syarikatnya. Tapi aku lebih prefer stick dengan Adstract berbanding program-program diorang yang lain. Lagipun, iklan Adstract ni takde popup rasanya. Jadi, tak rasa annoying sikitlah berbanding program Paid-to-Promote.net.
Apapun, kalau korang nak cuba, bolehlah pergi usha apa yang patut. Aku dah share. Korang nak cuba atau tidak, terpulang pada kekacakan diri korang. Korang rasa korang kacak, jadi seharusnya korang cuba. Haha..
Ps: Aku nak gi cari lamb chop ni. Lapar sungguh.
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content
















