Aku masih sedang memikirkan tempat-tempat yang akan menjadi checkpoint dalam siri percutian yang akan datang. 3 tempat yang akan menjadi tempat persinggahan adalah Putrajaya, KLCC dan juga Pulau Pangkor. Persediaan untuk ke 3 tempat itu sudah hampir selesai termasuklah kos belanja, kos penginapan hotel, kos minyak kereta dan sebagainya. Insya-Allah takkan lari dari budget aku. Siri Percutian ke Pulau Pangkor merupakan aktiviti yang dirancang oleh member-member kerja aku yang berada di Jerantut. Jadi, aku akan singgah ke Pulau Pangkor dulu sebelum aku berpatah balik ke KL. Tapi bergantung juga pada keadaan dan aku juga ada plan sampingan jika ada apa-apa yang akan berlaku.
Sejujurnya dalam masa terdekat aku akan pergi ke Putrajaya untuk Siri Penjelahan dan Percutian aku tu. Inilah Siri Percutian ke Putrajaya. Ada beberapa perkara yang akan aku cari disana disamping berjumpa kawan aku yang memang kerja di sana. Lagipun, dari Banting ke Putrajaya tidaklah lama sangat. Baru ambil masa dalam 30 hingga 40 minit sahaja. Jadi, tidak ada masalah untuk aku rempit dengan kereta Black Saga aku tu. Ada juga tugasan yang kena aku selesaikan iaitu salah satu projek side income aku. Aku memerlukan banyak gambar-gambar di kawasan Putrajaya termasuklah Alamanda. Harap-harap aku tidak ada banyak masalah ketika itu.


Dan kalau korang masih ingat, kat tempat inilah aku dipanggil temuduga untuk jawatan Pegawai Kajibumi atau Geologist tu. Bagi aku, bagus juga ada tempat sebegini dinegara kita. Ianya menjadi satu tempat yang menarik dan berbeza. Mungkin ianya menelan belanja yang mahal, tetapi aku yakin ianya perlu bagi negara kita. Bukan sahaja ianya sekadar untuk tujuan perlancongan ataupun tujuan pentadbiran, tetapi aku yakin ianya mempunyai makna yang tersirat disebalik pembangunannnya. Malah, aku akui ianya agak cantik dan tempat ini agak eksklusif. Bukan senang nak cari parking kat sini kalau korang tak biasa. Hoho..
Jadi, sambil aku buat duit dengan projek aku tu, aku akan jumpa kawan aku. Pasal projek lain juga. Dan melawat tempat yang sepatutnya kat sini. Mungkin sempat aku tengok wayang jam 12 tengah malam kat Alamanda, Putrajaya. Dah lama rasanya aku tak tengok wayang. Sibuk kerja sana sini. Mungkin aku perlukan rehat seketika. Ya. Mungkin. Jadi, siri percutian aku ke Putrajaya dan siri-siri yang lain akan menyusul. Insya-Allah..
Ps: Maaf. Akan ada lebih banyak entry perlancongan selepas ini. Bukan sahaja untuk projek Blog FT. Tapi untuk siri pelancongan aku yang dah lama aku nak buat. Jadi, aku selitkan apa yang patut. Janji ianya berjalan seperti yang aku mahukan. Hehe..

Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content



















