Archive for the '13 cara pendapatan internet' Category


Ok. Hari ini aku nak kongsikan dengan korang bayaran terbaru yang aku terima dari program Paid-to-Promote.net. Kali ini, agak jatuh berbanding bayaran yang lepas. Tapi sekurangnya, masih lepas 5 dollar daripada minimum payout yang menjadi syarat utama bagi program ini sekarang.

komisenpaidtopromote Komisen ke 31 dari Paid to Promote.net


Oleh sebab aku tak nak superblog aku tu banyak sangat iklan popup yang keluar akibat program Paid-to-Promote.net ini, jadi..aku letak hanya pada waktu malam memandangkan masa tu pelawat tak berapa banyak sangat. Dan aku cuma letak pada waktu banyak orang tengah dok mencari informasi tentang info panas macam Borang Rakyat 1Malaysia, Amanah Saham Rakyat 1Malaysia, Anwar Ibrahim dibebaskan, Isu pelajar nak bom helikopter Najib, dan banyak lagi. Hanya waktu artikel itu dinaikkan, nescaya trafik akan datang tanpa aku minta walaupun aku nak menghalang pun tak boleh. Jadi, memang iklan tu cuma akan keluar pada artikel yang panas dan pada hari yang aku pilih. Ianya tidak akan keluar setiap masa. Sebab aku sendiri dah rasa annoying dengan iklan popup tu, apatah lagi korang dan pembaca yang lain kan? Cukup 5 dollar, aku keluarkan iklan tu. Haa, bijak tak aku? Haha..

Semalam, ada orang tanya yang apa fungsi dan faedah jika Alexa rank blog kita tu tinggi atau ada pada kedudukan yang baik? Salah satu caranya, senang nak buat duit. Bila alexa rank kita tinggi, maksudnya blog kita ada trafik. Jadi, kita boleh buat duit dari trafik tersebut. Kalau program CPM yang membayar kita melalui impression, inilah antara penangan alexa rank. Walaupun bukan secara direct, tetapi sedikit sebanyak membantu kita untuk dapat sedikit pendapatan dari blog. Nak harap Nuffnang aje. Memang susahlah. Dah la orang kita ni jenis malas klik iklan Nuffnang kat blog orang lain. Diorang lagi suka klik iklan kat blog sendiri aje. Jadi, macam manalah orang lain nak dapat duit dari nuffnang kan? So, pilih mana-mana iklan CPM tempatan atau luar, letak kat blog bila Alexa rank korang dah tinggi sikit.

Dah, leh daftar program ini kat sini: Paid-to-Promote.net

Satu lagi kelebihan mempunyai alexa rank yang tinggi adalah korang akan lebih senang terima job atau iklan. Ada beberapa orang suka cari orang untuk tulis review hanya berdasarkan alexa rank. Kalau blog tu penulisnya bagus dan kacak macam aku, itu satu bonus. Kena pula, niche blog sesuai dengan apa yang hendak dipromosikannya. Itu jhuga bonus. Aku baru sahaja terima satu tawaran untuk tulis review dalam blog earncent ni. Cuba fikir, dalam setahun ni..berapa kali korang terima tawaran untuk tulis review dalam blog korang dan berapa kali korang terima tawaran dari advertiser yang mahu beriklan kat blog korang? Kalau sekali pun tak pernah, haa..korang kena buat sesuatu. Mungkin kurang promosi agaknya atau badan korang terlalu banyak angin. Kena banyak-banyak minum air halia macam ni. Baru buang sikit angin dalam badan tu..

Ps: Aku jumpa satu cerita menarik. Betulkah lelaki kacak boleh tingkatkan peluang untuk perempuan hamil? Lelaki tak berapa kacak tak leh buat perempuan hamil ke? Hehe..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Aku tak berapa sihat lagi sejak malam tadi. Demam kura-kura aku macam tak kebah sehingga ke petang ini. Jadi, aku update seringkas yang aku boleh untuk hari ini.

1. Terima kasih kepada Kenichi Tago kerana tak melawan sangat semalam dan bagi Chong Wei menang. Kalau dia melawan pun, dia akan kalah juga sebab Chong Wei memang layak menang berdasarkan prestasi semasa. Aku suka waktu time Kenichi Tago tersenyum riang bila bola beliau sangkut ke net atau bolanya memanjang keluar.

2. Tahniah kepada Selangor kerana berjaya mengalahkan Perak 1-0. So, sekarang Selangor, Kelantan dan Negeri Sembilan berkongsi 4 mata. Tahniah kepada PKNS FC yang berjaya mengekang Kelantan (1-1). Tahniah juga pada Negeri Sembilan kerana menang 2-0 ke atas Johor FC. Dalam liga Super kali ini, aku sokong 3 pasukan ini, Selangor, PKNS FC dan Negeri Sembilan. Haha..

komisenterbaruinnity Komisen ke 10 dari 701panduan


3. Ini merupakan bayaran terkini dari program 701panduan. Sebenarnya, bayaran ini untuk bulan November 2011. Tapi aku baru aje dibayar beberapa hari yang lepas. Agak lambat, tapi sekuranganya mereka bayar walaupun dah jarang balas email yang aku hantar. Apatah lagi orang lain yang dok cuba daftar nak join 701panduan, tapi tak lepas-lepas.

4. Invois untuk bayaran bulan Disember pun dah dapat. Tapi lebih rendah dari target asal. Sepatutnya, bulan November aku boleh dapat sekali gandar dari jumlah yang diatas. Tapi macam blogger lain, diorang kena tolak, takkan aku tak kena tolak kot.

5. Hati-hati dan jangan buat salah dengan 701panduan. Ramai yang dah kena ban dari program 701panduan. So, jaga akaun masing-masing. Blog yang ada sediakan link download untuk video, filem dan lagu memang akan dalam perhatian dan mungkin dibuang. Begitu juga dengan blog yang dok cerita pasal cerita orang dewasa dan juga politik. Ramai dah kena. So, sila berhati-hati ketika melintas dijalan raya.

6. PAda mulanya, aku ingatkan ini bayaran terbaru dari Innity. Tapi ternyata aku silap. Ini bayaran dari program 701panduan. Aku dapat pastikan bila invois dari 701panduan masuk ke inbox aku. Kalau tak, susah aku nak detect duit tu untuk program yang mana satu..

7. Kalau ada yang jeles. Aku nak cakap satu benda. “Sila Jeles dengan sepenuh hati hati anda..”

Ok. Dah. Cukuplah aku merepek. Tak sangka artikel semalam pasal lelaki kacak takkan pernah putus asa ramai yang dok komen dan mengadu blog aku ni banyak habuk. Yelah, yelah. Blog aku jelah yang banyak habuk. Aku nak cari penyapu jap. Nak sapu habuk dalam blog nih. Korang pandai komplen aje. Bukannya nak tolong buang habuk tu pun. Grr..

Ps: Hidup memang tak selalunya cerah. Tapi hari ini hari yang cerah. Aku suka!

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Ya. Aku cuma nak update ringkas aje sebab aku dah penat update hadiah banner untuk 2 pertandingan iaitu Pertandingan Earncent Review Contest 2011 dan juga Pertandingan 3 Artikel Berpengaruh Earncent.com. Korang boleh check banner di blog atau website yang korang menang tu. Ada yang aku terpaksa gantikan diblog lain sebab tempoh masanya dah terlalu lewat. Dan ada yang aku letak kat blog aku. Tapi jangan risau, banyak trafik ke blog-blog tersebut dan aku yakin ada yang klik dan melawat ke blog korang. Dan dapat juga backlink dari blog-blog aku tu. Yang aku belum setelkan secara menyeluruh adalah penghantaran Ebook 701panduan dan juga Ebook Panduan Says. Insya-Allah, aku akan selesaikan juga hari ini.

Baik. Ini bayaran komisen terakhir dari program Adgitize. Mereka dah bungkus. Mungkin sebab dah tak mampu nak bayar duit blogger. Tapi sekurangnya diorang bayar separuh dari earning kita yang berbaki dalam program tu. Jadi, aku pun dapat sikit walaupun tak banyak.

komisenterakhiradgitize Komisen terakhir dari Adgitize


Apapun, terima kasih kepada Adgitize kerana bagi peluang kat blogger macam aku ini untuk terus buat duit melalui blog. Harap lebih banyak program macam Adgitize dan Metavertizer muncul dan memberi peluang untuk kita buat duit pada tahun 2012 ini.

Kepada yang belum hantar banner, no akaun bank dan apa yang patut, sila berbuat demikian agar aku boleh uruskan proses hadiah korang tu. Dan yang terakhir untuk 9 orang blogger yang akan menerima review yang bernilai antara RM30-RM50 hasil tulisan aku sendiri dalam blog ini. Aku akan buat secara berperingkat memandangkan aku akan jadi super sibuk dalam 2-3 bulan ini. Insya-Allah, aku akan cuba selesaikan dalam masa yang terdekat. Aku minta maaf atau kelewatan dan kekhilafan aku. Biasalah, ingat aku robot ke boleh setel semua benda dalam sekelip mata. Aku cuma manusia biasa yang selalu malas dan selalu buat kesilapan.

Untuk pertandingan Pengalaman kenda denda di Sekolah pula, sudah 11 orang yang menyertai pertandingan tersebut dan anda boleh berusaha untuk memenagi Cabaran SEO. Untuk cabaran yang lepas, dimenangi oleh CikTom. Tapi kali ini, agaknya siapa yang boleh kalahkan entri aku di search engine. Aku harap ada yang boleh menang. Aku sendiri agak berusaha keras untuk tak bagi korang potong aku. Haha..

Ps: Wokeh. Serius, aku penat gile ni. Hemm..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content


Yap. Aku rasa korang pernah dengar program Metavertizer yang aku sertai dulu kan? Ya, aku sudah dapat bayaran komisen pertama untuk program Metavertizer nih. Walaupun tak banyak dan masih dalam tempoh percubaan, tapi sekurangnya ianya agak membuahkan hasil. Dan mungkin aku akan teruskan ujikaji aku dengan program Metavertizer ini dalam 2-3 bulan lagi sebelum aku letak iklan ini dikebanyakkan blog-blog aku.

Ya, minimum payout adalah 3 dollar dan mereka bayar kita melalui macam-macam cara. Untuk rakyat Malaysia, aku sarankan korang terima bayaran melalui alertpay. Tapi kalau korang nak terima bayaran direct ke akaun bank korang, korang kena penuhi syarat Metavertizer. Iaitu mesti capai 100 dollar, barulah mereka akan transfer duit tu ke akaun bank korang. Kalau 3 dollar aje, tak cukup lagi. Nak cover fee yang Alertpay caj bila mereka transfer ke akaun bank korang lagi, campur pula komisen yang bank tempatan ambil. Jadi, 3 dollar tu belum cukup sesuai lagi.

komisenpertamametavertizer Komisen pertama dari Metavertizer


Bagi aku, kalau korang ada blog yang trafiknya melampau-lampau banyak tanpa korang boleh kawal, korang boleh gunakan Metavertizer. Perangai buruk Metavertizer ni, ada yang aku dapat kesan. Salah satunya adalah munculnya iklan popup. Kalau korang jenis tak kisah dan hati kering dan jenis tak kisah pembaca korang rasa annoying dengan iklan popup tu, teruskan. Sebab aku sendiri rasa annoying sebagai pembaca. Tapi aku buat dek dulu. Sebab masih dalam tempoh percubaan.

Kalau nak dibandingkan dengan Advertlets atau Innity, of course Metavertizer bukan satu option yang baik. Tapi oleh sebab 3 dollar itu agak mudah untuk dicapai dalam masa sebulan, jadi aku cuba juga program ini walaupun iklan popup tu memang menjengkelkan. Nasiblah sesiapa yang masuk blog aku tu. Ya, aku tak letak kat blog ini sebab nanti bini pertama aku tu marah. Yela, jeles dia melampau-lampau sangat.

Apapun, leh cuba kalau berminat: Metavertizer.com

Ps: Ok. Aku dah dapat cek. Cek apa, nanti aku udpate. Haha..

Popularity: 1% [?]


Sphere: Related Content

  • Langgan Feed


    Sila Letak Email Anda Di sini Jika Hendak Dapatkan Post Terkini Earncent.com:




    TwitterCounter for @titaniumhijau


    Delivered by FeedBurner


  • Royal Member




-----------------------------
@ : Why I use Hostgator? | Titan Legacy | DenaiHati Contest | AhmadFaizal | Travel to China | ohcikgu |Adsense Alternatives

-----------------------------
kempen merdeka - Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2011