Pagi tadi, aku sibuk mengemaskan bilik. Mak aku dah bising sejak 2 minggu lepas sebab bilik aku ni bersepah dan tak terurus. Maklumlah, orang bujang. Memang malas nak kemas bilik. Takkan korang tak faham. Jadi, dengan rasa terpaksa aku pun mengemas sikit bilik ni agar lebih kemas dan bersih sikit.
Sedang aku sibuk kemas, aku terjumpa banyak barang lama dalam bilik ni. Maklumlah, sebelum bilik ni jadi bilik bujang, bilik ni sebenarnya stor untuk menyimpan barang. Jadi, banyak gak la barang-barang lama yang aku boleh kategorikan antik berbanding pada zaman sekarang. Ada radio buruk yang masih boleh berfungsi, kipas jenama Nuodi yang masih gagah berpusing, 2 handphone lama yang baterinya tak kong, berpuluh novel-novel yang aku pernah beli, beratus majalah kreko dan arena yang masih cantik tetapi agak berhabuk, satu monitor komputer yang masih boleh digunakan, satu CPU yang menggunakan disket besar untuk bermain games, koleksi kad Dragon Ball sebanyak 3 album, koleksi CD dan DVD anime yang aku kumpulkan sejak aku dibangku kolej lagi, satu printer HP yang masih berfungsi cuma sudah lama tak digunakan dan 1 modem router lama yang pernah aku gunakan untuk melayari internet sebelum aku beli modem yang baru. Fuhh, banyak betul barang yang masih boleh digunakan. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku buang semua benda ni,tapi ada juga barang-barang tu mempunyai nilai tersendiri seperti koleksi Kad Dragon Ball yang mencecah ratusan kad bersinar yang aku kumpul sejak aku berumur 8 hingga 18 tahun. Malah, hingga hari ini, jika aku jumpa kedai yang menjual kad bersinar dragon ball, memang aku akan beli biarpun harga 1 kad adalah RM10.00. Harga termahal kad bersinar dragon ball yang pernah aku beli dulu adalah RM20. Sebab memang cuma ada 10 kad sahaja kad bersinar yang mempunyai gambar Goku sedang buat bola jiwa. Memang susah nak dapat tu. Ada seorang peminat, mahu beli dengan harga RM500. Aku tolak mentah-mentah. Sebab itulah kad pertama yang sangat cantik dan sukar untuk dimiliki. Tapi mungkin aku jualjika mereka menawarkan pada harga yang lebih premium. Haha..
Jadi, barang-barang lain aku mahu buat apa? Mungkin aku akan jual di Mudah.my. Sebab pasaran disana agak bagus terutamanya untuk pasaran tempatan. Aku akui ramai pembeli yang inginkan barang-barang antik dan juga barang terpakai. Mana tahu radio lama kepunyaan abah aku tu ada orang yang berminat hendak membelinya? Sejak aku lahir lagi radio itu berfungsi dan sehinggalah saat ini, radio lama ini masih boleh berfungsi. Siap boleh pasang kaset lagi tu. Bukan senang tu, radio sekarang ada lagi ke yang pakai kaset? Semua main CD dan DVD aje kan? Jadi, mungkin aku akan pasarkan ke Mudah.my sebab ramai orang kata kat situ senang untuk jual barang. Aku pun dah buat survey, memang agak menarik dan aku tahu banyak trafik setiap hari. Ini bermaksud ribuan rakyat Malaysia melayari Mudah.my untuk membeli dan menjual barang. Tapi bagaimana hendak menjual di Mudah.my? Mudahkah?

Pada mulanya, aku juga tidak tahu cara-caranya. Tetapi apabila aku dapat nasihat daripada Raja Kamil melalui produknya yang terbaru iaitu Panduan Buat Duit dengan Mudah.my. Aku sangat teruja untuk menjual barang-barang lama dan barang antik yang mampu dijual di Mudah.my. Oleh kerana produk itu berbentuk audio, korang akan dapat dengar dan ulang banyak kali untuk memahami panduan dan tips untuk menjual barang di Mudah.my dengan lebih berkesan sekaligus membantu kita untuk buat duit dengan Mudah.my. Secara jujurnya, banyak info dan tips yang kita boleh dapat daripada pengalaman Raja Kamil melalui audio tersebut. Aku tahu ramai yang sudah berjaya selepas mendengar audio dari Raja Kamil. Pengalaman beliau mendapat RM13000 hasil menjual motosikal di Mudah.my membuatkan ramai orang berminat untuk mula menjual di internet. Malah, ada segelintir daripada mereka mendapat manfaat daripada produk terbaru beliau. Secara jujurnya, ini antara produk audio yang aku boleh katakan sangat membantu pembelinya. Dan jangan risau, jika korang nak tahu lebih lanjut tentang Mudah.my, korang boleh email Raja Kamil untuk meminta bantuan samada dari segi pertanyaan ataupun nasihat. Insya-Allah, beliau akan membantu.
Dalam produk itu, korang akan dapat..
-5 cara untuk buat duit di mudah.my
-2 cara untuk jadikan iklan anda menarik
-8 cara untuk tukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli serta merta
Jadi, mungkin korang ada banyak barang yang kat rumah tu nak dibuang, bukan? Apa kata korang jual barang itu di Mudah.my? Jika barang itu rosak sedikit, korang baiki apa yang patut, kemudian dapatkan produk Raja Kamil, baca dan apply semua cara yang ada dalam audio itu dan mula menjual di Mudah.my. Siapa tahu, ada seseorang diluar sana yang berminat untuk mendapatkan barang korang tu? Malah, jika korang merupakan supplier atau pembekal bagi produk-produk kesihatan ataupun korang tokey kedai komputer, korang juga boleh menjual produk korang di Mudah.my. Ini salah satu cara promosi yang bagus untuk kedai korang, bukan? Mana tahu, sales di internet lebih bagus daripada sales offline? Di Mudah.my, anda boleh menjual apa sahaja seperti Kereta, Tanah, Banglo, Produk kesihatan, Barangan elektrik, komputer dan sebagainya. Tapi jangan pula korang hendak jual orang dan dadah atau barang-barang terlarang. Nanti ada yang kena tidur balai jawabnya..
Boleh dapatkan panduan audio itu disini: Panduan Buat Duit dengan Mudah.my
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related Content


























