Misi 2008

Siapakah Titan? Tidak banyak yang perlu aku ceritakan siapa yang menulis di blog ini. Tapi aku rasa kebanyakkan dari korang semua tahu siapa aku kan? Kalau tak tahu pun tak apa. Aku akan cuba perkenalkan diri aku dari masa ke semasa. Sekarang sibuk sikit.
Sedikit info tentang diri aku..
Merupakan seorang pelajar yang bakal menghadiri minggu konvokesyen di UMs pada 2-4 September di Dewan Besar UMS, Sabah. Bakal Cikgu atau Junior Geologist. Cita-cita tak rasmi merupakan seorang blogger dan IM Malaysia akan datang.

Berumur 25 tahun dan masih tak ada girl friends. Target untuk kahwin umur 27 tahun selepas ada 1 juta dalam akaun Maybank dan BCB. Tapi tak pernah tefikir untuk jadi Jutawan Sate. Hehe..




Sedikit gambar untuk tatapan korang. Itu semua gambar masa aku muda—muda dulu. Sekarang dah tua. Berat badan pun dah naik. Dah tak comel macam dulu. Ok. Aku dah letak gambar. Tengok puas-puas. Kalau aku rasa aku nak buang balik gambar ni, jangan ngada-ngada nak buat request lagi pula. Gambar biasa. Orang biasa.
Tak Banyak harapan. Cuma harap dapat kongsi sedikit info dan membuat duit sebanyak mungkin ketika hidup ini. Harap bakal2 anak aku akan lebih senang berbanding aku pada masa akan datang.
Impian : Mempunyai anak2 yang soleh dan mencari bakal isteri. (Nenek, makcik-makcik dan mak aku paksa cari..
Makluman : Aku telah berjaya bergelar Graduan Setelah selesai majlis konvokesyen tempoh hari dan sudah mula mencari pendapatan dari internet dan buat duit di internet sejak 3 tahun yang lepas melalui blog, posting di forum, aktif dalam affiliate program dan program-program buat duit seperti TNX, TLA, Adsense dan sebagainya.
Ps: Terima kasih kepada beberapa Insan yang selalu menjadi tulang belakang aku selama ini. Aku tak dapat nak ucap banyak-banyak. Insya-Allah aku akan buat sesuatu untuk korang semua.
————————
Aku sudah berumur 25 tahun sekarang. Jadi, jangan tersilap lagi. Aku juga sudah selesai pengajian di Universiti Malaysia Sabah dan mempunyai pekerjaan. Aku juga seorang freelancer, Penjawat Kerajaan Separuh Masa, Internet Marketer Separuh Masa, TNX Player Separuh Masa dan juga Blogger Separuh Masa sejak tahun 2006-2009.
Lupa. Aku masih bujang.
Titan.
Admin of Earncent.com
Founder of RajaPayloadz.com
————————————————-
Titan juga merupakan Penulis Blog dan juga Penulis E-book untuk beberapa projek iaitu:-
- The Important of Eye
- Earnword.com
- Melayu Boleh
- Adsense Alternative
- Manga Life Review and Anime Solution
- Projek GDI
- Panduan TNX 2.0
————————————————-
Iklan : Dapatwang.com | Niagakit v2 Beta | Berrybunch BIZO | Panduan TNX 2.0
Updated 6 Disember 2009.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content












