Ok. Aku memang tengah mengarut nih.
Pertamanya, aku tengah datang mood malas. Malas betul nak buat kerja. Aku ada banyak benda yang tertangguh dan malas nak buat. Kena seru balik mood rajin semula.
Aku ada 5 review job yang tengah pending. Duit dah terima. Tapi satu pun tak start lagi. Nasib baik, sebahagian dari mereka MUNGKIN tahu aku ni jenis macam mana. Aku buat lambat pun tak apa agaknya. Tak marah. Tapi insya-Allah, aku akan siapkan secepat mungkin. Serius, bila mood macam ni..satu hape pun aku malas nak buat.
Ya. Aku ada kerja, tapi tak buat apa-apa lagi. Tapi boleh pula aku taip kat sini dan beberapa blog yang lain.
Ceritanya macam ni. Ini kerja. Review job. Aku takkan buat masa aku tengah tak betul. Artikel tu akan jadi celaka nanti. Search engine pun silap hari bulan tendang artikel tu gamaknya. Jadi, daripada aku tulis artikel tu masa tengah aku bengong ni, baik aku buat masa hormon kekacakan aku tengah menyerlah. Insya-Allah, artikel tu boleh meletup kalau kena pada caranya.
Bila ada orang kata aku ni rajin. Aku nak korang sedar. Aku nak korang tahu.
Aku ni memang pemalas.

Tapi, itu tak bermakna aku tak boleh buat kerja.
Tak bermakna, aku tak boleh menghasilkan artikel yang berkualiti dan sekaligus boleh menghasilkan jualan. Aku cuma perlukan masa yang sesuai untuk lakukannya.
Itulah aku.
Sebab itu, kalau korang perasan, dalam blog ini tak semua artikel yang aku taip benar-benar bagus. Ada artikel pendek aje, tapi menghasilkan jualan setiap bulan. Sebab itu artikel berkualiti yang cukup serba-sifatnya yang tak terkalah. Tapi kalau artikel panjang berjela-jela, tapi aku tak monetize habis-habisan, satu sales pun susah nak dapat. Kesimpulanya, tak semua artikel aku berkualiti. Ada yang ke laut juga. Mungkin sebab aku tulis bagai nak tak nak aje. Ada yang aku tulis pendek, tapi aku tulis dengan sepenuh hati. Artikel yang macam ni, memang selalunya dapat buat sales, dapat banyak komen, dapat banyak backlink dan segala bagai lagi.
Jadi, apa yang aku nak simpulkan kat sini sebenarnya?
Jangan jadi macam aku. Jadilah diri korang sendiri. Haha..
Ps: Isi dan tajuk memang takde kaitan.


malas macamana pun kerja tetap kerja. jangan layan sangat malas tu bro.
sambung keje laaa bro… takkan malas lagi.. makan cendol pun takde malas.. hehhehee
kesimpulan kat atas mcm tak kena, biar kawan simpulkan, biar ringkas asal padat. boleh? heh..
Bila malas melanda memang makan masa nak pulih!
untuk kali ketiga..gua ulang ayat yg sama…
malas..malas lu, duit masuk juga
Semalas2 lu..malas juga gua..sebab kita sama2 malas..jom kia tidur..haha
mulakan hari anda dengan cendol yer encik titan,mesti hilang malas tu ..hehe
Gua tau, lu mmg malas, tp malas lu malas yg jenis sistematik…hehehe
Kalau apa2pun buat dgn jiwa dan raga, mmg meletop!
semoga ini menjadi sebuah pengajaran yang luar biasa buat saya tuan
Terlalu banyak makan cendol menyebabkan jadi pemalas bro….hu..hu….!
Saya nie pun malas jugak. malas nak bangun dari kerusi.
sy dh malas he haa..hu..hu. rasa kesal tu berjangkit camner ni alahai.. tutp mata polok bantal anak patu ulik2 kt pelupok mata..tgok anak buat lagu tu dia mudah lena untung2 mls pun blh tdo sah2 org tak akn panggil kita bt keje.
untung ada backlink tu dpt sale byk2. murah2 rzki dan sihat sllu
Tak apalah pelanggan boleh faham walaupun lewat hasil tangan bro mantap.
Review kat mana tu ehh? cer citer ckit.. Buat kawe tertanya-tanya..
kalau malas2 pun masyuk apa lagi kalau rajin…
Malas aku nak baca kalau panjang-panjang ni.. Baca mula-mula, lepas tu terus komen. hahaha
Jangan dilayan malas tu. Nanti review tak jalan. Untuk customer yang faham ok la..Yang tak faham mesti duk tya bila nak siap.
malas ko, duit masuk.. ok la tu..
Malas selepas berkerja keras tak per hehehe..
malas malas pon, naik atas pentas tuuuuuu.. hahaha
malas sungguhlah bomba tu yek…
suka blog ni sebab merapu je, serius sgt x best jg
tak apa.. tangguh sehari dua untuk tulis artikel tu rasanya boleh lagi… jangan cuti panjang macam aku ni sudahlah..
nak bagi job jugaklah… boley?
Selamat bermalasan selalu…
Malas2 pun duit masuk selalu, oklah tu…
Kalau aku jd diri sendiri lagilah malas
aku! time tulis rasa macam best dah publish rasa macam celaka
ramai yang mahu jadi titan
dapat duit tiap hari
jadi diri sendiri apa pun tak dapat
kan? kan?
ahahah. kelakar la tengok gembar tu. sempoi jer padam api.
ko memang rajin. hanya rajin dan malas jer boleh membezakan hasil.
Kalau nak jadi macam en titan jugak, tak salah kan?rambut sama hitam hati jer lain-lain..hahaha..