Ya. Mesti korang pelik kenapa tajuk kali ini berkaitan tentang ATM dan Hairuddin Omar. Aku rasa sebahagian besar dari korang tahu mengapa ini tajuk pada hari ini. Ya, tak lain dan tak bukan adalah perlawanan epik yang akan berlangsung pada 8.45 malam ini antara ATM menentang Kelantan. Aku memilih ATM kerana Kelantan mengalahkan Selangor pada peringkat separuh akhir. Dari dulu, Selangor memang susah tak masuk separuh akhir. Kalau tak masuk final, mesti kantoi kat separuh akhir Piala Malaysia. Kali ini pun sama dan misi 33 telah diranapkan pula oleh Kelantan yang mahu mencari kejuaraan berganda-ganda..
Aku cuma ada 1 faktor sahaja yang aku rasa ATM boleh menang. Tuah Hairuddin Omar. Pemain senior negara yang juga bekas pemain kebangsaan negara dan juga penyerang yang menjaringkan di TIGA FINAL Piala Malaysia selama 3 tahun berturut-turut dan juga ketiga-tiga pasukan itu menjadi JUARA pada final tersebut. Dan ini adalah final keeempat Hairuddin OMar. Adakah beliau berjaya mempunyai tuah yang sama pada tiga tahun yang lepas? Kita tunggu sahaja malam ini. Tapi aku tahu, pemain-pemain ATM akan berusaha kuat untuk mengharungi perlawanan pada malam ini.

Aku tidak mengecilkan kehebatan dan kegagahperkasaan pasukan Kelantan. Kalau dah berjaya menghancurkan peluang Selangor ke final untuk tahun 2012 ini, itu bermakna mereka memang hebat. Aku tahu Kelantan ada gaya seorang juara. Ada kemampuan untuk bergelar juara dan ada keupayaan untuk terus menjadi juara pada masa akan datang. Jadi, samada Kelantan mahu menjadi juara, ATM dan Hairuddin Omar perlu memastikan ianya tidak terjadi.
** Sepanjang 3 tahun tu, tak ramai orang percaya akan kemampuan Hairuddin Omar. Tapi setiap final itulah beliau membuktikan bahawa faktor usia dan kudrat bukan kayu pengukur untuk mengukur kehebatan seorang pemain bola sepak.
Updated: 2 perlawanan membabitkan Malaysia. Malaysia U21 mengalahkan Thailand U21 (1-0) dalam jemputan Newspaper Cup 2012. Malaysia U21 akan bertemu Vietnam U21 pada perlawanan akhir nanti. Skuad senior negara juga mengalahkan Hong KOng tempoh hari 3-0 dalam perlawanan persahabatan. Tahniah!
Ps: Wokeh. Aku lapar. Nak mamam jap. Nak mintak mak aku cuapkan macam semalam..




Hairuddin Omar akan mencatat sejarah peribadi tersendiri jika ATM menang final Piala Malaysia.
aku pun sokong ATM
erk dua2 kacaklah sb mmpu ke final heee
semua tuah menyebelahi yang hak… biar gempak perlawanan malam ni
dah akhirnya ATM kalah jugak….
ATM kecundang jua…tetapi naib juara juga hebat apa?
Hehehe…kelantan dah menang maaa….anak mak biasa la tu makan suap..sejuk perut mak mengandungkan en titan..hehehe
aisehhh, kenapa la ATM kalah
ATM kalah. Tapi aku puas hati sebab kalah melawan.
takziah ATM kalah
apa2 pun games semalam memang yg terbaek dalm sejarah final piala Malaysia..
Walaupun ATM kalah, aku kagum dgn pemain2 ATM yg sorang pun takde terbaring cramp malam tadi….cukup hebat!
pe2pun, tahniah kelantan! mmg layak utk menang =)
nampaknya indera putra lebih kacak
tahniah kepada kelantan
walaupun kalah tapi mereka telah mempamerkan persembahan yang terbaik. tahniah kelantan!