• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Malam ini, gua terasa dihargai.

September 19, 2012 4:58 pm / 33 Comments / admin

Ya. Gua terasa dihargai.

Sudah lama gua tak rasa macam ini. Terasa dihargai dicintai oleh skandal-skandal gua, tak sama dengan dihargai oleh orang yang betul-betul kita kagum dan respek. Gua bukan cerita tentang terasa dihargai dicintai atau mencintai seseorang gadis. Tapi gua yakin korang semua ada beberapa orang yang korang kagum, bukan? Jadi, bila orang-orang itu memuji dan menghargai usaha dan apa yang korang cuba lakukan, apakah perasaan korang? Gembira sehingga mahu melonjak ke langit, bukan? Begitulah perasaan gua sekarang. Walaupun gua tahu susah nak capai expectation orang itu, tapi bila malam ini dia kata usaha gua itu agak bagus. Gua memang cukup gembira. Walaupun gua tidaklah tunjuk depan-depan orang lain, tapi cukuplah segala usaha gua selama ini berbaloi dan berbalas.

dihargai

Gua bukan nak berfalsafah hari ini. Cuma gua gembira. Jadi gua mahu kongsi itu kegembiraan bersama orang-orang yang sentiasa bersama. Lu orang semua. Yang sentiasa baca repekan dan bebelan gua dalam blog ini, gua rasa lu orang patut sama-sama gembira bersama gua. Jika lu hari ini rasa macam down semacam atau lu rasa macam awek lu tikam lu dari belakang dan hadapan juga disisi kanan dan kiri atau lu rasa boss lu hari ini telah bagi ceramah tanpa henti selama lapan jam. Jadi, apalah salahnya lu buang itu perasaan sakit hati dan benci dan ambil sedikit kegembiraan yang gua rasa hari ini dan bergembira bersama gua. Apa macam? Gua sudah cukup murah hati mahu kongsi ini kegembiraan dengan lu orang semua. Takut lu orang tak mahu sambut salam kegembiraan dari gua? Atau lu punya gembria hari ini melebihi tahap kegembiraan gua? Jika ya, bak sini sikit. Biar gua bertambah gembira ini hari. Boleh? Haha..

senyum

Semalam gua cakap pasal senyum. Hari ini gua cakap pasal gembira. Gua harap gua takkan cerita bab-bab sedih dalam ini blog. Gua mahu kita senyum dan gembira sepanjang masa. Agar awek-awek dan bini-bini lu orang pun akan gembira. Dan pastinya lu orang juga akan dapat tempias dengan pelukan-pelukan hangat dari bini lu orang semua pada setiap malam.

Bak kata pakcik gua, setiap malam adalah malam jumaat. Gua pegang semat kemas rapat-rapat tak nak lepas-lepas itu nasihat pakcik gua. Insya-Allah, gua akan capai itu nasihat satu hari nanti. Doakan gua capai itu hasrat. Boleh? Kalau ada 40 orang blogger yang kacak-kacak doakan gua, gua yakin 1000% gua boleh kahwin ramai-ramai. Ingat, kita kena positif. Baru benda positif yang kita harapkan itu akan tercapai dengan cemerlang, gemilang dan terbilang!

gembira

** Gua tak batuk masa ceramah 5 minit tadi. Alhamdulillah. Doa-doa lu orang makbul. Doakan pula gua kahwin cepat-cepat agar boleh cepat kejar itu kuota. Boleh?

Ps: Tekak gua haus. Gua rasa macam ada awek akan belanja gua bila gua turun itu kedai mamak kejap lagilah..

Related Posts

  • seminar buat duit dengan blog - enciktitan3Gua di #SBDdB13
  • bandar-baru-bangiBlog popular di Bandar Baru Bangi.
  • rasa-bersalahYa. Gua tak rasa bersalah pun..
  • gembiraTahun 2012. Sayonara.
  • hazanis3Awek Pantai Morib.
  • Laptop gua masuk hospital lagi..Laptop gua masuk hospital lagi..
Posted in: titan / Tagged: setiap malam adalah malam jumaat

33 Thoughts on “Malam ini, gua terasa dihargai.”

  1. akubiomed on September 19, 2012 at 5:20 pm said:

    Bro banyak dapat duit affliates sudah layak untuk bernikah. :-)

    Reply↓
  2. tehr on September 19, 2012 at 5:22 pm said:

    tahniah
    moga2 lekas pula capai kuota tu

    dan harap2 MU menang nanti
    hehe

    Reply↓
  3. Akmaomar on September 19, 2012 at 8:01 pm said:

    Wahh..wahh..besar tul cita2 tu…hehehe

    Reply↓
  4. auc dot com on September 19, 2012 at 11:50 pm said:

    moga bro terus sihat dan sukses sokmo :)

    Reply↓
  5. galut on September 20, 2012 at 12:34 am said:

    Positif selalu supaya cepat capai kuota bro…!

    Reply↓
  6. Mummy Akmar on September 20, 2012 at 3:49 am said:

    Wahaha..baca ini cerita kapla gua pon pusing. Gembira pasal apa pon tak paham.. nak kawin banyak ke, apa ni. Haha! Dapat baca bini pertama ni memang sedap ni..tiap2 malam tidur luar..
    Tak merasa ler malam jumaat tiap2 hari..

    MasyaAllah, kita pon dah merepek skali! Wahahahaha

    Reply↓
  7. Hafizul on September 20, 2012 at 7:16 am said:

    Hahaha..gembira memang patut pun dikongsi bersama..sedang kursus ke ni??mesti ramai awek tu..haha

    Reply↓
  8. irsah on September 20, 2012 at 11:19 am said:

    Adoiyai..setiap malam, malam jumaat mana mau tahan…

    Happy sampai tulis pun panjang, ternyata gembira sakan. Kami pun sama berkongsi kegembiraan.

    p/s: dapat 1 dulu, baru leh nak citer pasal kuota…

    Reply↓
  9. Denaihati on September 20, 2012 at 11:46 am said:

    moga bro cepat dapat jodoh dan cepat nikah

    Reply↓
  10. zool on September 20, 2012 at 3:31 pm said:

    yeah.. mari senyum semua

    Reply↓
  11. Naziman on September 20, 2012 at 3:47 pm said:

    Setiap malam tu malam jumaat? maksudnya? Setiap malam baca yasin? ka setiap malam berhantu?

    Reply↓
  12. chii on September 20, 2012 at 4:17 pm said:

    malas nak type da..td da elok type panjang2..tetiba tenet wat hal..terus ilang

    apa pun..chii aminkan je..cpt2 kawen..pastu leh la wat pahala slalu..ahaha :p

    Reply↓
  13. adele on September 20, 2012 at 4:25 pm said:

    jom la kita kawin tahun depan, kau dengan pasangan kau,aku dengan pasangan aku.huahuahuahauhauhsuhdua

    Reply↓
  14. Man on September 21, 2012 at 1:23 am said:

    semoga cepat kahwin..aku nak tengok siapa calonnya tu. =)

    Reply↓
  15. Amirez on September 21, 2012 at 6:16 am said:

    kawen belum tapi dah pasang cita2 nak cukupkan kuota. lainlah aku haha :P

    Reply↓
  16. hafidz on September 21, 2012 at 7:23 am said:

    Senyumlah dan Bergembiralah Kita Sepanjang Masa! :D

    Reply↓
  17. Hairul Azni on September 21, 2012 at 10:06 am said:

    Semoga Encik Titan berjaya di dalam misi memenuhkan kuota..haa..haa..

    Reply↓
  18. donnyien on September 21, 2012 at 10:52 am said:

    senyum buat kita gembira~ tahniah~

    Reply↓
  19. Mekar on September 22, 2012 at 6:12 am said:

    Sorang tak lepas lagi. ini nak tambah 2,,3,4…hehe (Jgn mare… dalam Islam ia tak menjadi halangan).

    Reply↓
  20. yas on September 22, 2012 at 9:41 am said:

    Gua tiap2 malam rasa dihargai bro…hehehe

    Reply↓
  21. Jebeng Otai™ on September 22, 2012 at 12:23 pm said:

    dptkan satu dulu bro..bru leh start itu kuota..hehe

    Reply↓
  22. lepakk.com on September 22, 2012 at 2:14 pm said:

    Gud Luck Bro….

    Reply↓
  23. dzuandiey on September 23, 2012 at 1:35 am said:

    setiap malam adalah malam jumaat..suka part tu..hahahaa..

    Reply↓
  24. dzuandiey on September 23, 2012 at 1:37 am said:

    tiap malam perlu rasa dihargai..baru best kan.hahaha

    Reply↓
  25. dzuandiey on September 23, 2012 at 1:40 am said:

    hahaha….tak nikmat nak bagi cepat-cepat cukup kuota tu…hahaha

    Reply↓
  26. Hairul Azni on September 23, 2012 at 6:12 am said:

    Rasanya duit hasil affiliate Encik Titan dah cukup untuk lengkapkan kuota yang diimpikan..tak gitu?.. :-D

    Reply↓
  27. Hairul Hissam on September 23, 2012 at 7:29 am said:

    kalo ada 100 blogger doakan.. mau kawen 4 teruk bro.. he.he.he

    Reply↓
  28. Hairul Hissam on September 23, 2012 at 7:40 am said:

    kalau ada 100 bloger doakan.. mau terus kawen 4 bro.. he.he.he

    Reply↓
  29. azman on September 24, 2012 at 8:41 am said:

    Jangan biarkan pistol anda disimpan lama2 tak elok hehehe…gunakan ditempat yang sah jer..

    Reply↓
  30. Panas Giler (djchef) on October 1, 2012 at 6:57 pm said:

    haha bleh la kami merasa nasi minyak

    Reply↓
  31. cik tom on October 2, 2012 at 5:57 am said:

    smoga titan cpt kawin…amin…heee…

    Reply↓
  32. Ronaldmohoni on October 2, 2012 at 3:13 pm said:

    semoga impian nak kahwin cepat tu tercapai Titan. ala, alang alang terus kahwin 4 bro, bersanding serentak.

    Reply↓
  33. Mama Murai on October 6, 2012 at 11:20 am said:

    tapi ngko tak mention pun usaha yang menerima pujian tu… he he he..

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.
  • 8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blog

Recent Comments

  • onlajer on Gua di #SBDdB13
  • akubiomed on Ulu Lubai.
  • akubiomed on Esok.
  • akubiomed on Gua di #SBDdB13
  • Sya Isya on Gua di #SBDdB13
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress