• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Timbulkan perasaan ingin tahu dihatimu..

September 3, 2012 11:35 am / 23 Comments / admin

Haha..

Aku rasa geli jap bila taip tajuk kat atas. Nak muntah. Tapi tekak aku rasa gatal untuk membatuk-batuk tanpa batasan. Ya, diakibatkan tajuk diatas, aku telah terbatuk-batuk dan perut dan dada aku menahan kesakitan apabila terbatuk-batuk sebegini rupa. Serius, aku tak suka bila aku demam. Tak suka bila aku batuk. Tak suka bila aku selsema. Sebab bila aku sakit macam ni, macam-macam benda aku nak buat, serba tak menjadi dibuatnya. Ain Maisarah call pun, aku buat sardin aje. Akibatnya 17 mesej dan 21 misscall. Aku buat sardin goreng aje dibuatnya.

belajar-malam

Ya. Salah satu cara atau TRIK untuk mengumpan pengunjung ke blog korang adalah melalui tajuk artikel. Tulis tajuk artikel tu biarlah bombastik sikit. Kalau ada bau bacang sikit dengan chopstik pun dah cukup ok apa. Tapi masalahnya blogger kita kadang-kadang diorang tulis pendek sangat. Kekadang diorang tulis entah hape mengarut. Kalau artikel tu best dibaca macam artikel dalam blog aku, tak hape jugek. Tapi tajuk mengarut, isi? kosong tanpa batasan. Ini membuatkan aku rasa kecewa dan aku pangkah buat selama-lamanya. Dan tak mustahil, beribu juta orang pun akan turut mengikut sama jejak langkah aku.

Sekali korang tertarik dengan tajuk artikel yang orang lain buat. Insya-Allah. Aku berani gigit jari tangan sendiri paling celaka pun mesti ada 5 orang yang akan baca artikel korang tu. Itu yang paling sikit. Paling ramai, berjuta-juta lemon.

Tapi disebalik kehebatan korang memilih perkataan untuk menjadi tajuk artikel, pastikan juga artikel korang tu memberi sesuatu yang berbeza untuk tatapan dan bacaan pembaca korang. Kalau tajuk aje best, tapi ayat-ayat cinta dan ayat-ayat kacak dalam blog korang tak berapa best. Orang tetap akan kata blog korang tak best. Walaupun kadang-kadang aku tulis tajuk best dan artikel aku plak tak berapa best. Tapi orang tetap kata blog aku best? Sebab APA? Sebab aku memangggg besttt!

perasaan-ingin-tahu

Haa. Jangan nak SAMAKAN plak blog aku dengan korang. Cuba tengok perbezaan kasar antara blog aku dengan blog korang. Tak payah tengok jauh. Bila aku tulis artikel. Berapa jumlah KOMEN yang aku dapat tanpa aku balas? Banyak kan? Ya. Ya. Ada juga aku dapat komen sikit. Tapi aku mohon sekali lagi. Bandingkan. Dalam-dalam. Insya-Allah korang akan nampak perbezaannya. Ada besar perbezaaanya antara blog dan komen yang seronok dibaca dan blog dan komen yang tak berapa best untuk dibaca.

Toksahlah dok cerita blog untuk dapatkan trafik. Blog tu memang KHAS dicipta untuk buat duit. Tajuk memang berpaksikan SEO semata-mata. Tapi korang kena faham, ada orang yang memang nak cari maklumat dan JUMPA maklumat kat blog-blog yang berpaksikan SEO ini semata-mata. Sebab kat blog yang biasa-biasa, memang TAKDE maklumat yang diorang nak. Jadi, siapa yang lebih kacak? Of course blog yang berpaksikan SEO kan? Itu kalau kita bandingkan dari sudut nak cari duit dari blog. Tapi kalau korang memang jenis tak kesah macam aku, korang tak perlu kesah dengan apa yang aku cerita ni. Sebab memang tujuan asal aku menulis blog untuk buat duit. Untuk dapatkan pendapatan sampingan. Dari situ, macam-macam yang aku boleh jana. Dari trafik, dari penjualan ebook, dari sales program affiliate dari upah review dari blogger tempatan dan blogger luar dan macam-macam lagi. See? Kalau blog korang bagus tak kiralah blog korang tu berpaksikan SEO atau blog korang tu cuma cerita tentang seekor semut hitam. Kalau ada pengiklan yang tertarik untuk beriklan, itu satu bonus buat korang kan?

kegembiraan

Jadi, timbulkan keinginan. Cipta kelainan. Wujudkan perasaan ingin tahu. Lahirkan sebuah blog yang berdaya saing dan mampu menarik lebih ramai pembaca setia. Tengok macam aku. Ada makcik ni, dah jadi pembaca setia blog aku tau. Tanpa pernah aku upah dia semangkuk cendol. Tapi dia dah sayang bangat sama aku. Itu yang aku kagum tuu. Haha..

** Gokk. Gookkk. Gokkkk. Ok. Baru gogok ubat batuk. Nak tido jap.

Ps: Dah baca tentang 5 fakta menarik tentang semut? Kalau belum, gi baca cepat.

Related Posts

  • Fanpage Bulu Ketiak Lelaki KacakFanpage Bulu Ketiak Lelaki Kacak
  • Kejahatan Dunia Backlink Kejahatan Dunia Backlink
  • Saya Tak Tahu Buat Duitla..Saya Tak Tahu Buat Duitla..
  • transferpaypaltomaybankTransfer duit paypal ke akaun Bank Islam
  • pagerankAnda dapat backlink PR3 dari blog saya.
  • Bila Alexa dah jadi kacak..Bila Alexa dah jadi kacak..
Posted in: recommend, review, titan / Tagged: blog berpaksikan seo, blog seo, cara nak beli iklan di blog, cara nak dapat iklan di blog, cerita seekor semut, cipta kelainan, nak tarik advertiser beriklan di blog, pembaca setia, perasaan ingin tahu, semut hitam, timbulkan keinginan, Timbulkan perasaan ingin tahu dihatimu.., tips buat duit, tips seo, TRIK untuk mengumpan pengunjung ke blog

23 Thoughts on “Timbulkan perasaan ingin tahu dihatimu..”

  1. Nadot on September 3, 2012 at 1:58 pm said:

    hohoho..agak geli-geli juge dgn tajuk..tp ye, sgt menarik perhatian…
    ala..nak gak jadik blog yg berdaye saing n mampu tarik lg ramai pembace…tp tak mampu je..ishk… (^_^)

    Reply↓
  2. auc dot com on September 3, 2012 at 2:19 pm said:

    aku memang x baca dah blog ni tapi tajuk tu mengelikan aku, kena baca jugak hehehhe…

    p/s: tetap baca apa yg diperkatakan :)

    Reply↓
  3. zool on September 3, 2012 at 3:10 pm said:

    hm..betulla tu.. ko pun pandai menimbulkan perasaan ingin tahu aku ..

    Reply↓
  4. Jebeng Otai™ on September 3, 2012 at 3:51 pm said:

    aku ingtkan dh tukar uthor td..hehe

    Reply↓
  5. rahman on September 3, 2012 at 4:22 pm said:

    blog aku memang tak best pun…… :)

    Reply↓
  6. cikgu naman on September 3, 2012 at 5:31 pm said:

    macam novel cinta dah tajuk..haha

    Reply↓
  7. irsah on September 3, 2012 at 6:03 pm said:

    Elok jugak ko demam… ada jugak ko kuarkan jurus paksi ko…

    p/s: dah tahu dah, pembaca setia yang sayang bangat sama kamu seh… heee

    Reply↓
  8. Sobri Mansor on September 3, 2012 at 11:25 pm said:

    nak tengok titan kuar jurus mengarut tahap gaban, time dia demam le. Hehehehe. Mengarut2 ko, memang ada makna yg mendalam.

    Reply↓
  9. Hafizul on September 4, 2012 at 12:10 am said:

    Hehehe..macam blog aku la titan..isi tak menarik langsung..sedang cuba untuk hasilkan ayat2m kacak macam blog kau ni..tapi rasa tak mampu jer..hahaha..

    Reply↓
  10. cik tom on September 4, 2012 at 1:25 am said:

    hehee…. blog ni mmg best..
    blh jd ketagih dtg sini…
    kl compare mmg langit dgn bumilah….huhu

    Reply↓
  11. hafiz on September 4, 2012 at 1:41 am said:

    untunglah dapat tajuk yang best2..abang kacak, nk mintak sign..hehehe

    Reply↓
  12. Eizil on September 4, 2012 at 4:56 am said:

    Jenuh gak kekadang nak fikir tajuk best2 ni… kekadang kita rasa dah best dah, tapi orang lain cakap… apa benda lah tajuk mamat ni tulis…

    :D

    Reply↓
  13. DLSLPhotography on September 4, 2012 at 5:08 am said:

    rupa-rupanya kawe telah di trick ke bllog ini :D

    Reply↓
  14. hafizmd on September 4, 2012 at 6:41 am said:

    Mmg tajuk ni bisa bikin ambe geli ketiak…hahaha

    Ape2pun, mmg aku terpaksa jugak akui utk kali yg ke lapanpulohpat kali, yg aku mmg hampir ketagih utk baca entri kat blog ni…arhgggh!

    p.s-terima kasih titan, aku dah mula nampak apa yg patut aku nampak….thanks bro!

    Reply↓
  15. hatiputera on September 4, 2012 at 7:53 am said:

    patutla aku blog tak best.betul cakap titan tu.

    Reply↓
  16. shraqs on September 4, 2012 at 9:37 am said:

    Tajuk best tapi isi copy n paste paling tak best. Takde originality. :)

    Reply↓
  17. akubiomed on September 4, 2012 at 2:28 pm said:

    Bijak mengatur ayat satu kelebihan. Saya tidak mempunyai kemahiran tersebut.

    Reply↓
  18. Denaihati on September 4, 2012 at 2:52 pm said:

    walaupun domam, nasihatnya masih menyengat. terbaiklah bro.

    Reply↓
  19. tehr on September 5, 2012 at 4:54 pm said:

    tajuk entri aku banyak yang pendek
    payah benar aku nak susun ayat jadi panjang
    huhu

    Reply↓
  20. puanbee on September 8, 2012 at 5:00 am said:

    ayat last sekali dah macam menteri wakaka… ye lah aku tak pandai bermain kata yang best mcm ko titan ..

    Reply↓
  21. muhammad fakhruddin on September 8, 2012 at 2:42 pm said:

    Ingatkan tajuk tu nak guna untuk sambungan kisah Ain Maisarah LOL

    Hmm mencabar sebenarnya nak buat tajuk SEO ni. Kena menuntut lagi :)

    Reply↓
  22. budak felda on September 9, 2012 at 5:53 am said:

    ermmm nasihat yang baik nie…:) take note laa….

    Reply↓
  23. cik tom on September 11, 2012 at 3:12 pm said:

    tajuk2 entry mmg best..hehe

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.

Recent Comments

  • sha on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Rafhz on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • wandisini on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • ejam on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • TehR on Lelaki kacak kena cukup tidur.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress