• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Kenali blogger kacak bawah tanah – Multees.com

August 28, 2012 2:17 pm / 49 Comments / admin

Haha. Ya. Lepas ini, akan ada lagi banyak blogger bawah tanah yang akan aku pecahkan rahsia mereka untuk santapan rohani blogger-blogger tanah air yang dahagakan ilmu, pengetahuan, skill, teknik dan teknik mereka. Aku tak pedulik. Diorang nak marah ke, nak baling aku dengan lesung batu ke kuali hitam ke nak ugut mengorat Ain Maisarah ke, aku tak pedulik. Haha..

Ok. Siapa sebenarnya disebalik Multees.com ini? Siapakah neu?

Dari mula aku tersesat ke blog Multees.com ni, aku dah syak macam-macam benda. Bila aku selidik dan kaji macam-macam dengan menggunakan kepakaran ilmu bawah tanah aku tu, akhirnya macam-macam jugak aku jumpa. Tapi aku tak boleh cerita macam-macam untuk menjaga kestabilan ekonomi geng-geng blogger kacak bawah tanah. Nanti, tak pasal-pasal diorang buat satu liga anti-titan atau anti-earncent.com. Kalau itu yang berlaku, pasti nama blogger titan yang kacak akan tercalar. Jadi, aku cerita dalam bentuk yang boleh korang fahami sebab istilah dan bahasa geng blogger bawah tanah ni lain sikit. Lagi susah nak faham bahasa diorang berbanding nak faham bahasa jawa nenek aku tu.

blogger-bawah-tanah

Biasanya, blogger bawah tanah ni ada macam-macam personaliti tersendiri dan ciri-ciri istimewa. Itu belum cerita aura semulajadi mereka. Kalau aku, jenis aura aku adalah aura kacak. Tapi kalau diorang, ada aura hensem, ada aura blues, ada aura huduh, ada aura kegabanan, ada aura black magic, ada aura kekaguman dan macam-macam aura lagi yang pastinya membuatkan korang tiba-tiba jatuh cinta dengan ilmu dan pengetahuan yang mereka ada. Cukuplah aku kata, bila aku buat bedah siasat tentang Multees.com, aku tahu yang dia antara blogger yang mempunyai beberapa gelombang yang sama dengan gaya dan pemikiran aku. Cuma cara penyampaian kami diblog berbeza. Dia lebih kepada elemen skema dan bersih. Aku lebih kepada elemen humor dan libur. Tapi yang lebih penting, kedua-duanya MAMPU menghasilkan pendapatan melalui blog masing-masing.

Kelebihan beliau yang aku suka. Dia smart. Dia bersih. Dia cermat. Dia sukakan kekemasan. Dia ada ciri-ciri pembuat duit di internet yang berjaya. Dia mampu menghasilkan duit melalui skill-skill beliau. Dia juga mampu buat duit melalui senarai blog dan website kepunyaan beliau. Tak percaya? Masuk blog Multees.com, baca dari artikel pertama yang beliau buat dan baca setiap patah perkataan yang beliau tulis. BUKAN semua orang boleh tulis dan mempunyai gaya penulisan seperti itu. Gaya penulisan seperti itu, aku ada jumpa pada beberapa penulis blog hebat diluar Malaysia. Jika arena blogger tempatan, boleh dibilang dengan jari kanan sahaja bilangannya.

multees

Sejujurnya, tak ramai penulis blog seperti beliau. Korang tak patut tak melawat dan baca artikel-artikel yang ada dalam blog beliau. Lebih baik korang baca blog dia dan blog aku untuk belajar sesuatu yang berguna dan cari tips yang berguna untuk meningkatkan skill SEO, skill buat duit dan juga skill untuk menghasilkan sesuatu yang menghampiri kesempurnaan. Daripada korang menghadap sinetron kat channel 105 tu, baik korang hadap blog aku dan dia, kan?

Aku tak nak cerita bab-bab kehebatan beliau mendesign blognya atau bagaimana beliau menjadikan blognya begitu kemas dan cantik untuk bacaan pelawat blog beliau. Tapi aku mengajak korang untuk cari dan gali isi-isi yang ada diblog beliau. Ada orang kata, kalau kita nak jadi kaya, kita berkawan dengan orang yang kaya. Ada orang kata kalau kita nak jadi seorang yang pembersih, kita kawan dengan makcik cleaner. Ada orang kata kalau kita nak pandai memasak, kita kena kawan dengan juara-juara masterchef, ada orang kata kalau kita nak banyak dapat sales, kita kena bodek encik titan yang kacak. Dan kalau kita nak belajar skill dari blogger bawah tanah. Nahh, aku sudah tunjukkan pada korang. Siapa yang korang patut cari. Mengerti sekarang?

multees

Ada lagi 2 strong point yang aku suka belajar dan curik ilmu dengan izin dari Multees.com. Satu. Dia pandai cari dan edit gambar menjadi lebih kacak dari yang sepatutnya. Aku suka ilmu-ilmu begini. Aku sendiri sedang cuba memahirkan ilmu dan mengasah skill aku. Lihat sahaja gambar dalam setiap entri beliau. Mengagumkan, bukan? Yang kedua, beliau juga suka modified theme wordpress dan korang boleh cari dan tengok hasilnya diblog beliau. Yang ketiga, beliau juga ada buat servis backlink yang orang kita jarang sekali buat. Apa kejadahnya servis backlink ni? Kalau korang nak belajar tingkatkan skill SEO korang. Boleh belajar dengan dia. Kalau korang nak tahu trik, kaedah, teknik dan strategi SEO DAN kalau korang nak tahu apa itu servis backlink, korang boleh pergi ke blog beliau dan TANYA sendiri. Banyak cantik aku nak SUAP semua kat korang. Tak cukup lagi aku suap selama inikah?

** Oh ya. Dia selalu gunakan nickname neu. Kalau korang jumpa kat mana-mana. Jangan lupa mintak dia belanja cendol. Itu kerja rumah aku bagi untuk korang. Ok? Itu sahaja santapan rohani untuk korang hari ini. Semoga terhibur.

Ps: Dunia blogging ni luasss sangat. Tak mustahil satu hari nanti, ada blogger dari planet Marikh berhubung dengan blogger bawah tanah di planet Bumi. Kan?

Related Posts

  • Kenali blogger kacak bawah tanah – Eizil.comKenali blogger kacak bawah tanah – Eizil.com
  • Cadangan untuk Eizil.com jadi lebih kacak.Cadangan untuk Eizil.com jadi lebih kacak.
  • Gua bukan Pakar SEO.Gua bukan Pakar SEO.
  • Belajar SEO dengan TeknikSEO.comBelajar SEO dengan TeknikSEO.com
  • Fanpage Bulu Ketiak Lelaki KacakFanpage Bulu Ketiak Lelaki Kacak
  • Edisi Siasat: Buat duit dengan Sponsoredreviews.comEdisi Siasat: Buat duit dengan Sponsoredreviews.com
Posted in: recommend, review / Tagged: backlink service, backlink service from multees, belajar seo, belajar skill seo, belajar teknik seo, blogger bawah tanah, blogger kacak, blogger kacak bawah tanah, blogger neu, blogger underground, blogger zeo, kelebihan blogger bawah tanah, kelebihan multees.com, multees, neu, service backlink, servis backlink, siapa multees, siapa multess.com, skill seo, strategi seo, teknik seo, who is multees

49 Thoughts on “Kenali blogger kacak bawah tanah – Multees.com”

  1. Shahrul on August 28, 2012 at 2:41 pm said:

    buleh ambil skill2 beliau nih

    Reply↓
  2. budakfelda on August 28, 2012 at 2:47 pm said:

    hehehe aku juga selalu ke blog neunie…byk nickname salah satunyer star tak silah aku…:)
    beliau ada blog inggeris persis blogger antarabangsa….

    psst : ak ummgtabik spring kat dia dan bro kot :)

    Reply↓
  3. nurmisnan on August 28, 2012 at 2:56 pm said:

    Aku pernah sampai sana guna accn lain. Blog beliau simple dan kemas.. i loike u..

    Reply↓
  4. hatiputera on August 28, 2012 at 3:04 pm said:

    aku pun selalu lepak di blog neu tu.

    Reply↓
  5. Zarul Umbrella on August 28, 2012 at 3:06 pm said:

    aku suka blog dia

    Reply↓
  6. zool on August 28, 2012 at 3:09 pm said:

    Kejap lagi aku singgah la..

    Reply↓
  7. auc dot com on August 28, 2012 at 3:32 pm said:

    salam perkenalan buat blogger bawah tanah ni, dh terjah blog neu tu…
    senyap2 memang power, byk boleh belajar dari sana…

    Reply↓
  8. anif on August 28, 2012 at 3:33 pm said:

    Hmmm.. mau singgah juga :D

    Reply↓
  9. akubiomed on August 28, 2012 at 3:53 pm said:

    Salah seorang otai blogger yang dihormati. Sudah berjaya menghasilkan pendapatan dengan blogging.

    Reply↓
  10. rahman on August 28, 2012 at 4:21 pm said:

    aku dah pegi tadi… memang terbaik

    Reply↓
  11. beckhr00y on August 28, 2012 at 4:24 pm said:

    nak pgi blog dia skrg

    Reply↓
  12. Syahril Hafiz on August 28, 2012 at 4:54 pm said:

    aku tak kenal dia, patut singgah dah kenali tuan blogger tersebut macam ciktom..kah2

    Reply↓
  13. Hairul Hissam on August 28, 2012 at 5:11 pm said:

    saya pun suka ke blog yg kemas dan kacak… :D

    Reply↓
  14. Sobri Mansor on August 29, 2012 at 2:20 am said:

    Pernah gak singgah kat blog dia sebelum nih, memang terbaik dari ladang.

    Reply↓
  15. Yas on August 29, 2012 at 3:56 am said:

    banyak ilmu ghaib mamat tue wehh……hehehe – mmg mantops.

    Reply↓
  16. Dulu Lain Sekarang Lain on August 29, 2012 at 5:09 am said:

    Yup, mmg power blognya… Kawe pon mahu duduk bawah tanah la lepas ni. Mana tahu meningkat skill blogging kawe…

    Reply↓
  17. Mama Murai on August 29, 2012 at 5:10 am said:

    nasib baik ko bagitau titan, kalau tak sampai berkurun lamanya saya tak tau… oh ye salesletter engko kali ni memang hype, sampaikan saya ikut terjebak dan berkobar-kobar pi melawat “beliau”.

    Thumbs up untuk engko.

    Reply↓
  18. Hafizul on August 29, 2012 at 7:21 am said:

    Emm baru nak terjah kat blog ni..terima kasih titan atas penulisan yang ikhlas ini..terus membuatkan hati aku nak kenal saudara tu dgn lebih dekat lagi..hahahaha

    Reply↓
  19. hafizmd on August 29, 2012 at 7:32 am said:

    Nampaknya, aku wajib terjah blog mamat ni…thanks bro!

    Reply↓
  20. Hafizul on August 29, 2012 at 7:44 am said:

    betul la titan..lepas aku selongkar blog beliau, ayat-ayat memang menarik..dan penerangan beliau pun mudah difahami..terima kasih titan sebab kenal kan aku dengan otai mcm ni..hehe

    Reply↓
  21. Fadzmie Mohamad on August 29, 2012 at 9:45 am said:

    Memang pakej lengkap. Blog menarik habis!

    Reply↓
  22. kimmie on August 29, 2012 at 1:44 pm said:

    boleh timba pengalaman dr beliau.

    Reply↓
  23. suri on August 29, 2012 at 1:51 pm said:

    seo ramai ar serbu psa ni dh tilik masa minum cndol tdi ;)

    Reply↓
  24. dkna abza on August 29, 2012 at 2:33 pm said:

    Dkna nak belanja dia cendol pulut laaa hehehee

    Reply↓
  25. neo on August 30, 2012 at 2:47 am said:

    oh gini skill nak jd penulis review yg menjual ko bro – tq unt review

    Reply↓
  26. irsah on August 30, 2012 at 8:42 am said:

    Adehhh… Dh klua jurus keberpa pun tak ingat dah. Dah lebih skill petala langit ke 7 nih. Rugi dia orang tak carigali blog2 depa nih termasuk blog ko. Seperti biasa memang menjadi.

    Reply↓
  27. spudin on August 30, 2012 at 8:55 am said:

    blognya yg simple dan sangat power..

    Reply↓
  28. Juan on August 30, 2012 at 9:57 am said:

    dah lama aku x melawat blog beliau

    Reply↓
  29. tehr on August 30, 2012 at 11:09 am said:

    baru kini aku tahu ada blogger bawah tanah
    nanti aku gi gali

    Reply↓
  30. Malaysia Coin on August 30, 2012 at 2:49 pm said:

    Dari gaya penulisan dia dan ilmu yang dikongsi, dia ni bukan baru dalam bidang blogger ni. Otai dah ni kot…. ;)

    Reply↓
  31. Kak Long Mawar Merah on August 30, 2012 at 4:52 pm said:

    Menarik ni. Mesti terjah.

    Reply↓
  32. shraqs on August 30, 2012 at 5:33 pm said:

    Aku selalu jugak baca blog si neu ni. Gaya penulisan dia memang tersendiri & unik.

    Reply↓
  33. Amirez on August 30, 2012 at 6:02 pm said:

    tak dinafikan dia antara blogger yang sangat berpengaruh tapi low profile. blog dia memang best

    Reply↓
  34. gamep01nt on August 30, 2012 at 10:44 pm said:

    aku pergi skang. tak kacak siap kau. hahahah

    Reply↓
  35. Lily Nrman on August 30, 2012 at 11:44 pm said:

    muka dia x nampak gaya bapak pon. penggemar minimalist. suka

    Reply↓
  36. Bean Moreno on August 31, 2012 at 3:42 am said:

    wah ang pun ada buat review blog orang jugak eyh…apa kata ang review blog aku yang tak seberapa tu hehe

    Reply↓
  37. syaisya on August 31, 2012 at 6:08 am said:

    dah lama tak pergi blog beliau. Ilmu seo aku pun dah lapuk. Huhu

    Reply↓
  38. Hazmin Hamudin on August 31, 2012 at 6:26 am said:

    Ingatkan dekat bawah tanah ada cacing je, rupanya blogger pun ada jugak. Baru aku nak pegi terjah blogger bawah tanah ni.

    Reply↓
  39. amirul on August 31, 2012 at 8:46 am said:

    hehe blog saya bila lagi abang titan?

    Reply↓
  40. arrizz on August 31, 2012 at 11:05 am said:

    “Tak cukup lagi aku suap selama inikah?” aku suka ayat nie! haha

    Reply↓
  41. zik on September 1, 2012 at 5:03 pm said:

    start kenal masa contest lelaki kacak..hehe..

    Reply↓
  42. Akmaomar on September 2, 2012 at 10:06 am said:

    Saya memang sentiasa mengikuti blog neu..dari blog dia byk saya belajar :) penulisan yg terbaik.

    Reply↓
  43. cik tom on September 2, 2012 at 4:24 pm said:

    ok nak pergi terjah…bc reviewnya best..

    Reply↓
  44. Fahmi Raazali on September 3, 2012 at 1:21 pm said:

    Blog multees memang dalam senarai feed yang aku subscribe. Entri dalam blog itu selalunya panjang2 penuh dengan isi dan cerita. :-)

    Reply↓
  45. Jebeng Otai™ on September 3, 2012 at 4:44 pm said:

    blogger dri planet marikh ssh skit kot..hehe

    Reply↓
  46. azman on September 6, 2012 at 2:08 pm said:

    aku tahu dia dari perlis hehehe…penulisan dia mantap!

    Reply↓
  47. reezluv on September 13, 2012 at 4:07 am said:

    blogger kacak = titan…err…ok itu tipu..hahahhaa

    Reply↓
  48. Panas Giler (djchef) on September 13, 2012 at 5:43 am said:

    dh terjah.. mmg sempoi la org kata

    Reply↓
  49. Asyrof Asri on March 28, 2013 at 10:55 pm said:

    Serius, saya suka bahasa melayu penuh a.k.a bahasa melayu tinggi.

    Seperti blog Multees.com sendiri iaitu saudara Neu. ;)

    Memang saya selalu kesana untuk belajar penulisan bahasa. ;)

    Seronok baca dan belajar. ;)

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.
  • 8 sebab korang kena pergi Seminar Buat duit dengan blog
  • 78 Komen.

Recent Comments

  • effort lab on Ulu Lubai.
  • Hairul Azni on Esok.
  • eiela on Esok.
  • eiela on Ulu Lubai.
  • Hafizul on Esok.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress