• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Kehebatan seekor kucing upahan.

August 21, 2012 10:06 pm / 16 Comments / admin

Ya. Esok aku akan pulang ke Lipis. Bersama-sama semua ahli keluarga aku. Memandangkan semuanya dah ada kat rumah, esok pagi dalam jam 10 pagi, kami akan bertolak ke Lipis, Pahang. Cincai, kira-kira 4 jam lebih bolehlah sampai ke rumah wan selepas tolak waktu pergi ke tandas, pergi makan, pergi cuci mata dan sebagainya. Dan aku akan berada disana selama 2 hari. Hari Jumaat pagi aku akan bertolak semula ke Banting dan dalam masa 2 hari sehingga hari Ahad, aku mungkin akan berjaga untuk siapkan kerja-kerja yang bertangguh sejak 3 minggu lepas.

trust

Ya. Aku memang jenis suka buat kerja last minute. Korang nak kata apa, katalah. Aku tak kisah. Nak kutuk aku pun tak apa. Tapi aku memang jenis buat kerja last minute. Masa itulah idea mencurah-curah datang tanpa diundang. Bukan aku nak mendabik dada atau membangga diri, tapi sejak aku kecik lagi sampailah ke saat ini memang itulah yang terjadi. Aku sendiri tak berapa suka buat kerja last minute dan aku juga tak suka orang buat kerja last minute. Lagi-lagi masa kat universiti dulu, kalau siapa ahli kumpulan dengan aku, buat kerja last minute. Memang itulah kali terakhir aku bekerjasama dengan diorang. Siapa yang tahu perangai aku, diorang tahulah. Diorang buat hal, ok. Itu kali pertama dan terakhir aku bekerjasama dengan diorang. Ya. Kalau kerja berkumpulan, dan aku sebagai ketua. Memang aku takkan bagi sesiapa buat kerja last minute. Dan sebagai ketua, aku yang akan touch-up dan perkemas kerja untuk saat-saat terakhir. Sebab aku tahu, aku genius. Aku boleh hasilkan kerja yang lebih baik berbanding ahli kumpulan aku yang lain. Bukan apa, sejarah aku bekerja dalam kumpulan, boleh dikira dengan jari berapa orang yang betul-betul buat kerja. Ada jugaklah yang bagus. Tapi yang tak bagus tu, tak terhitung bilangannya sampai aku aku dah lost kiraannya. Bukan aku nak berkira, tapi kalau sebab orang lain..kerja kita hancur dan kemudiannya kita pula sebagai ketua yang pastinya akan dihina dan dipandang rendah..korang suka kalau korang kena macam aku dulu? Aku dah penat kena caci sebab ada ahli kumpulan aku wat kerja hancur. Nak touch-up last minit pun susah. Kalau aku tak touch-up, lagilah hancur. Jadi..kesudahannya, kerja hancur. Orang dah tak percaya dengan aku.

Aku tak suka. Dalam bisnes, kalau orang dah tak percaya dengan kita. Memang susah nak cari makan. Melainkan korang tahu cara bertolak-ansur dengan orang. Kalau kita hebat, orang sanggup bersabar dan bertolak-ansur dengan kita. Itu tak apa. Tapi kalau korang taklah hebat mana, orang pun baru nak mula percaya, orang baru nak kenal dengan kita..kita bagi hasil yang macam celaka. Aku tak rasa korang akan dapat job lagi pada masa depan. Melainkan, korang ubah cara kerja korang dan buatkan sampai orang lain terasa MESTI cari korang kalau diorang nak hasil yang MENAKJUBKAN. Ya, kalau kita jadi hebat. Orang akan cari kita. Berapa kita caj, orang akan sanggup bayar. Dan kalau kita wat hal, percayalah. Korang ada banyak duit dan harta didunia ni pun, orang takkan pandang. Pandang semut lagi bagus. Sebab tu aku suka kawan dengan Maikel. Dia percayakan aku. Aku percayakan dia. Sebab tu aku bagi upah choki-choki bila dia jaga rumah sewa aku dengan baiknya. Ada mana-mana semut yang percayakan korang? Takde kan? Aku ada Maikel. Korang ada?

black

Oleh sebab kat rumah abah aku ni takde semut. Aku terpaksa minta tolong Black untuk jaga rumah abah aku. Siapa Black? Black merupakan seekor kucing hitam upahan yang selalu berkeliaran dibelakang rumah aku. Ya. Dah nama pun kucing upahan. Jadi, mesti kena bayar. Boleh ke si Black ni buat kerja? Sila jangan pandang rendah pada Black. Walaupun matanya tinggal satu aje, tapi dia tetap hebat dimata aku. Setakat aku upah dia jaga rumah abah aku ni, takde lagi kucing lain berani berak kat depan dan belakang rumah abah aku. Taik harimau dan T-rex pun pun takde. Inikan pula taik ikan paus. Jadi, gua percayakan Black. Dia boleh diharap. Dulu masa Black belum berkhidmat lagi, memang merata taik kucing bersepah. Sakit hati dibuatnya. Jadi, aku harap Black boleh buat kerja dengan baik. Nanti aku bagi kari kepala ikan siakap untuk Black. Mesti dia suka sebab Black cukup suka nasi digaul dengan kari dan ada pula kepala ikan. Sampai menjilat jari kaki dibuatnya. Tapi sepanjang 2 hari ni, pepandailah ko cari makanan sendiri. Ko dah besarkan, Black? Dah pandai berdikari, kan?

“Grrr..gua mahu pizza!”

Haa..macam itulah jawapan Black kalau aku minta tolong. Tak pernah nak senyum. Asyik nak pizza aje. Tapi bila aku bagi pizza. Dia tak nak makan. Tapi bila aku bagi nasi dengan kari kepala ikan. Dia makan. Rupa-rupanya, Black anggap pizza tu kari kepala ikan. Aku tak tahu siapa yang ajar. Matanya asyik menjeling aje bila aku taip artikel ni. Aku gigit tengkok tu kang. Baru ko tahu. Aku dah cakap dari dulu, pizza tu menggemukkan badan. Jadi, ko makan ajelah nasi gaul dengan kari kepala ikan ye? Pizza tak bagus untuk prestasi ko sebagai kucing upahan terbaik di Banting. Takkan ko nak prestasi ko jatuh kan? Takkan ko nak jadi gemuk? Nanti lari semua girl friend ko. Kan, Black?

“Grrr…gua mahu pizza!” jeling Black lagi.

*** Black dengan Maikel. Memang tak boleh jumpa. Kalau jumpa, mesti main kejar-kejar. Tapi sampai ke hari ini, tak pernah-pernah Maikel kena tangkap dengan Black. Aku pun tak tahu kenapa. Jangan tanya aku kenapa.

Ps: Itu gambar Black masa dia muda-muda dulu. Sekarang dah tua sikit. Tapi still kacak dan gagah perkasa. Macam siapa? Macam tuannya.

Related Posts

  • Teknologi Semut yang kita tak tahu..Teknologi Semut yang kita tak tahu..
  • Politik Blogger dan IM TempatanPolitik Blogger dan IM Tempatan
  • Bila Skuad Hoki Malaysia ke Final Sukan Asia..Bila Skuad Hoki Malaysia ke Final Sukan Asia..
  • Melancong ke IndonesiaMelancong ke Indonesia
  • Kalah main bola, kalah main badminton..Kalah main bola, kalah main badminton..
  • Biskut Merry untuk dikongsi.Biskut Merry untuk dikongsi.
Posted in: Black Si Kucing Hitam, Maikel dan Mercidez, titan / Tagged: balik kampung, balik lipis, black, black si kucing hitam, cerita balik kampung, jaga rumah, Kehebatan seekor kucing upahan., kepercayaan, minta tolong black, percaya, si black, siapa black, tak percaya, trust

16 Thoughts on “Kehebatan seekor kucing upahan.”

  1. Man on August 21, 2012 at 11:54 pm said:

    cantik gigi kucing, guna kayu sugi ke apa.

    Reply↓
  2. Lizz on August 22, 2012 at 1:59 am said:

    kau tak habis2 dengan nak memuji kekacakkan diri sendiri kan? pijak kang.hahahahaha

    Reply↓
  3. faiz on August 22, 2012 at 2:11 am said:

    Mesti kucing ni otai gile smpi sume kucing takut nk berak….

    Reply↓
  4. Mama Murai on August 22, 2012 at 2:33 am said:

    kesian mikel, mesti dia rindukan ko titan. Dah lama tak main sama-sama…

    Reply↓
  5. hafidz on August 22, 2012 at 4:24 am said:

    kadang sama ada kita perasaan atau sebaliknya memang mesti akan buat kerja last minute punya.

    Reply↓
  6. Kodet on August 22, 2012 at 6:41 am said:

    Bila buat kerja last minit, kita dapat berikan tumpuan 100%.

    Baguslah kucing black ni, kalau kucing aku ni kalau tak letak pasir mmg dia berak merata.

    Reply↓
  7. Jebeng Otai™ on August 22, 2012 at 12:30 pm said:

    mmg ssh nk tngkp maikel..maikel kecik jer..hehe

    Reply↓
  8. chii on August 22, 2012 at 2:32 pm said:

    maikel ada blaja ilmu ghaib, tu yg black x berjaya tangkap dia. huhu

    Reply↓
  9. akubiomed on August 22, 2012 at 2:41 pm said:

    Rasanya si Black ini ada kaitan dengan Jak Sparrow. :-)

    Reply↓
  10. galut on August 23, 2012 at 2:24 am said:

    Hitam itu menawan….!Wow garang…dengan gigi taring yg tajam,memang maikel padan jadi penjaga.

    Reply↓
  11. auc dot com on August 23, 2012 at 3:18 am said:

    bro kita jumpa kat lepeh la nanti :)

    Reply↓
  12. puteri kasih on August 23, 2012 at 2:38 pm said:

    puteri kadang-kadang suka buat kerja last minit..hehe

    Reply↓
  13. Hafizul on August 26, 2012 at 9:15 am said:

    waduhhh..makan pizza ke??tak pe titan kan dah kaya dengan sikapnya yang baikhati..hahaha..seram giler gamabr kucing tu…kucing ke serigala???haha

    Reply↓
  14. hafizmd on August 28, 2012 at 5:30 am said:

    Ko ada maikel, aku ada boy!

    Aku yakin yg black mesti terkincit kalau jumpe boy….hehehe

    Reply↓
  15. irsah on August 30, 2012 at 8:59 am said:

    Yelar.. baru 10 hari tak terserempak mikael dan mecedes rindu pulak… Harap depa jaga umah sewa ko baik2, jangan sampai depa buat parti buih pulak time raya nanti.. heee

    Reply↓
  16. cik tom on September 2, 2012 at 4:07 pm said:

    ciktom pun suka kerja last minute…kl plan lama2 pn kdg2 xjadi so lg suke last minute..

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Awek Petronas Baju terbalik.
  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.

Recent Comments

  • topo on Gua di #SBDdB13
  • Myra Jay on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Faizal Fredley on Awek Petronas Baju terbalik.
  • hafizrahim on Awek Petronas Baju terbalik.
  • Mus on Awek Petronas Baju terbalik.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress