Gua kategorikan pagi raya tahun 2012 ini dengan 7 warna pelangi. Lu orang baca ajelah bebelan gua pada pagi-pagi raya kali ini. Lu suka atau tidak. Gua tak kisah. Janji gua suka. Haha..
Merah.
Warna air ribena yang adik gua buat untuk pagi raya kali ini. Dalam banyak-banyak raya, ini kali pertama gua bersarapan dengan air ribena yang diletakkan ais. Gua sendiri yang beli ais kat kedai apek depan rumah gua tu. 50 sen sebungkus. Kalau lu orang ada jumpa air ribena berwarna oren. Itu bukan air ribena. Itu air oren atau air mangga atau air nenas. Nampak sangat lu buta warna.
Jingga.
Nama lain bagi jingga adalah oren kuning-kuning sikit. Gua berterima kasih kepada Allah kerana mencipta Matahari. Memberikan gua vitamin C setiap hari walaupun kadang-kadang gua terpaksa topup dengan pil vitamin c kalau tiba-tiba hari hujan. Maklumlah, vitamin C bagus untuk badan dan menegangkan urat-urat muka. Sebab tu ramai artis dan orang perempuan buat suntikan vitamin C. Kononnya nak tegangkan apa yang patut. Orang lelaki, jangan mengada nak ambil suntikan vitamin C. Nanti tegang benda lain pulak.
Kuning.
Tadi. Sepanjang pemerhatian gua kat Masjid Jamek Banting ni. Gua tak nampak seorang pun manusia yang pakai baju warna kuning. Memang gua tahu, baju warna kuning ni susah nak menarik ramai orang sebagai baju melayu untuk kaum-kaum lelaki perkasa. Berbanding warna kuning, warna pink menjadi kesukaan orang kita sekarang. Tengok pakcik Najib. Satu keluarga pakai baju pink malam tadi. Ya. Gua sendiri tak faham kenapa imam masjid gua dari dulu sampai sekarang, tak pernah ada jubah warna kuning. Pakai volkswagen warna kuning jauh sekali.

Gua tengok padang yang berdekatan dengan rumah gua dah bertambah hijau. Lalang naik tanpa batasan. Gua dah kompius. Ini padang bola ka sawah padi? Kalau sawah padi, boleh juga kami setaman menuai hasil 2 kali setahun. Mungkin gua boleh buat kertas kerja untuk tukarkan padang bola menjadi sawah padi. Sekurangnya, taman gua boleh side income. Beras-beras tu, bolehlah digunakan bersama-sama kalau ada majlis kenduri kahwin gua nanti. Yelah, gua nak kahwin empat kali. Gua rasa tak ada masalah besar kan?
Biru Cair.
Ya. Gua rasa warna biru menjadi tema sesuai untuk baju melayu untuk hari raya tahun 2012. Gua satu keluarga sudah berpakat-pakat untuk cari baju biru. Baju biru cair menjadi pilihan gua. Gua beli dengan harga RM150. Siap dapat pakej 1 baju melayu percuma ikut saiz suka hati gua dan 2 pasang butang warna biru cari juga. Gua rasa murah. Sebab adik lelaki gua, beli baju biru muda pekat sikit. Tapi harganya adalah RM150. Butang? Cilok koleksi butang gua yang gua tak pakai lagi. Patut gua macam kenal aje butang yang dia pakai tadi. Huh, mesti orang kampung terkejut tengok bapak dan anak baju sedondang semacam. Kali pertama ni. Gua sendiri masih tak berapa pecaya.
Indigo.
Bagi gua, indigo ni adalah salah satu keluarga warna Biru tua. Dia adalah campuran warna biru, merah dan ungu. Jadi, terhasillah indigo. Entah, ini tafsiran liar gua. Kalau salah. Sila betulkan. Gua fail dalam bab-bab sejarah warna pelangi sejak darjah satu lagi. Gua tertarik dengan satu orang awek. Dia pakai jubah warna ungu. Manis semacam. Nasib baik Ain Maisarah tak perasan masa gua jeling-jeling tadi. Kalau tidak, gua mesti kena cubitan manja-manja yang membuatkan gua tak tidur malam kerana kesakitan bisa cubitan tersebut.
Biru tua.
Warna sleeping beg yang gua beli dalam bulan puasa ni. Sleeping beg ni gua akan gunakan ketika gua ada aktivti kat Pulau Pangkor bulan Oktober nanti. Sleeping beg lama gua dah lama jadi selimut kat rumah. Jadi, gua perlukan yang baru. Kalau tidak, mungkin nyamuk-nyamuk pulau pangkor akan jadikan gua sasaran lauk mereka nanti. Maklumlah, darah gua manis. Mesti diorang suka. Gua musykil. Kenapa diorang suka hisap darah. Diorang tak mabuk darah ke hadap darah hari-hari?

** Dulu-dulu orang kata, kalau kita tunjuk pelangi dengan jari kita, tangan akan jadi kudung. Gua musykil. Yang bersalah adalah jari. Kenapa tangan kita pulak yang mesti kudung? Itu salah jari. Bukan salah tangan. Kalau tangan kudung, macam mana main bunga api? Macam mana nak peluk bakal-bakal bini gua? Aishh. Jadi, jangan tunjuk pelangi. Nanti bini lari.
Ps: Ok. Cukup gua merepek pada pagi raya ni. Lu orang suka atau tidak. Gua tak kisah. Sebab ini blog gua. Bukan blog lu orang semua. Lu orang nak duit raya. Datang Banting. Hari raya pertam sahaja. Hari raya kedua sampai hari raya ke 30. Gua kerja. Selamat hari Raya!



hahahaha..hantar duit raya pos kat gua boleh ??
farahaznil. Duit raya kena COD kat banting aje. Tempat lain gua tak layan. Haha..
Dengar ada bunga mahu pergi rumah bro? Dah sampai ke belum?
bini aku rileks je. bertambah sayang adalah. =)
akubiomed. lom. aku baru balik dari beraya di kampung nenek aku. so, takde lagi pelanggan hari pertama nih. haha..
Man. Haha..ko ada bini kaa??
yo yo jo duit rayo
selamat hari raya, bro
kirim salam dengan ain
hehe
matahari vitamin c ke e??
Selamat Hari Raya Aidilfitri.. maaf zahir batin
Nah..
Selamat Hari Raya Eidul Fitri Minal Aidin Walfaizin Taqabbalallahu Minna Wa Minkum
selamat hari raya bro..hehe
perghhhh.. rajin betul buat artikel di hari raya….. selamat hari raya bro… tolong poskan duit raya tu ke rumah saya.. he.he.he
erm..bukan kat biru tua tu patutnye ungu ke??… kot la..sy pun bute warne sket2..heheh
slamat hari raye!
selamat hari raya tuan rumah, nak dtg raya ni
hebat sungguh imaginasi ko ni
Amboi mengalahkan personaliti warna entri ni. Njalok dingopuro bro!
start keje da. aisey.. cm ne nk dtg beraya ni
hehe betul lah zaman akak kecik2 pun orang pesan jangan tunjuk pelangi dengan jari
biru cair nye baju sama la dengan aku. tp baju aku kaler coklat
saya pink terang heeee suami pink hati ank pik bunga kecil2 yg cumil heeee pink pik lebut sesui utk dia
Adeh.. seo pink lagik… eh.. kaler2. Raya negara orang pelangi ape pun tak nampak.. kabus ajer (jerebu). masa posa dah ucap selamat hari raya dah… syawal sebulan nih, selamat hari raya lagik sekali.
p/s: memang lain macam rajinya tulisan untuk raya nih… mood mana datangnya?