Yap. Makcik Murai kita dah kembali. Mama Murai kita dah beraksi semula setelah lama bertapa di bumi Labuan. Entah apa dibuatnya lama-lama bertapa kali ini, aku tak tahu. Tapi sejak makcik ni dah mula hupdate hacam-hacam hat hlog hia..haku hase hia dahh habis berhapa..
Ok. Dah boleh tekan huruf “H” dengan baik. Asyik terlekat aje dari tadi.
Dan Mama Murai dah buat bising dalam blognya. Dia nak bagi duit raya kat semua orang yang pernah menang dalam Top Link Referral yang dianjurkan oleh beliau dulu-dulu tu. Jadi, sempena lagi 2 hari nak berhari raya ni, aku mintak korang pergi minta duit raya yang sepatutnya korang dapat tu..kat makcik kita ni. Kalau boleh, mintak dia bagi “extra” sikit. Hehe..

Walaupun tak banyak aku dapat. Tapi kira oklah kan? Aku bukannya bersungguh masa promosikan Top Link Referral tu. Buat ala kadar aje. Tapi tu pun dah dapat hasil sikit-sikit. Kiranya patut bersyukur sangatlah kan? Tak tahulah Mama Murai ni akan buat lagi ke tak benda tu. Kalau wat lagi. Ada peluang lagilah nak tambah duit raya untuk bulan-bulan yang akan datang.
** Sebahagian besar dari apa yang aku dapat dalam 3-4 hari sebelum raya ni. Akan aku hulurkan untuk menyokong kempen #SaveJejai. Brader Jejai kita ni disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru peringkat ke 4. Maksudnya, dah peringkat terakhir. Bantuan dari segi wang tunai amat diperlukan untuk membantu beliau dalam perbelanjaan dan kos rawatan beliau. Korang nak tolong atau tidak. Aku tak paksa. Tapi kalau malu sangat, transfer RM1 setiap hari kat akaun Brader Jejai pun dah cukup bagus apa. Untuk bacaan yang lebih lanjut. Baca 2 artikel yang ditulis oleh 2 brader yang rapat dengan brader Jejai ni. Eyriqazz dan Abang Ensem. Aku tak rapat. Tapi sebagai rakan blogger, aku tahu. Kita semua BOLEH membantu.

Hari ini, hari ujian besar untuk Jejai. Esok lusa, mungkin hari kita. Yang penting, jangan putus asa. Jangan putus asa untuk mencuba. Jejai, gua rasa lu kuat. Gua rasa lu gagah perkasa.
Insya-Allah, ini ujian kecil didunia. Gua harap, lu berjaya hadap dan harung dengan lebih berjaya. Gua tahu susah. Gua tahu sakit. Sebab gua sendiri pernah duduk dalam situasi yang sama dengan lu. DAn gua SURVIVE! Jadi gua harap, lu kuat. Memang kekuatan tu tak datang dengan mudah. Dan kekuatan itu perlu dipupuk. Gua yakin, lu ada kekuatan itu. Cari kekuatan itu. Lihat mata anak-anak lu. Kesetiaan dan pengorbanan isteri lu. Gua yakin, mereka sumber kekuatan lu yang jitu. Jadi, jangan putus asa. Gua yakin lu mampu.
Ps: Tak. Tak. Aku tak pernah kena kanser. Cuma dulu aku ada penyakit dan masalah dengan badan aku. Dan aku survive dan hidup dengan lebih kacak hari ini. Haishh..starting lain, ending lain plak artikel kali ni. Hmm…






Usaha yang murni membantu seorang rakan blogger yang mengalami masalah kesihatan.
Sebak bace .. harap abg jejai akan sembuh spt sediakala..
Tapi pastu terpakse sengih jugak… titan merepek… hohoho
Rezeki2..terbaik..
tak pe la mula dan tamat kisah lain2..janji menarik..hehe..emm semoga abg jejai sabar dan tabah hadapi dugaan ni..
ha boleh baca dah. hahaha.. try la promosi power sikit..nak tgk hasilnya. =)
kita leh sama2 bantu bro jejai tu..
Niat suci tuh bro.. sape yang akan bantu manusia kalu bukan manusia sendiri? Doa sejahtera juga dapat membantu sahabat2 dalam kesusahan.
p/s: lain lar ko, banyak sahabat2 atas bawah tanah.. lain macam. Harap sahabat kita folo memberi macam ko buat.