• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

HAU, HAU, HAU!

August 14, 2012 3:31 pm / 17 Comments / admin

Tadi, aku sempat jumpa Maikel. Mercidez entah hilang ke mana. Mungkin pergi dating dengan Mila Konisah kat bazar ramadan kot. Patut lama tak nampak. Maikel pula rasa pelik. Sebab dia tahu aku dah lama balik rumah mak abah aku. Apa pasal tiba-tiba balik rumah sewa plak.

“Bro..apsal lu balik petang ni?”

“Tak. Gua nak simpan motor kat rumah Linggam. Bahaya tinggal motor kat rumah takde pagar ni. Takkan gua nak angkat motor ke tingkat 7 ni..” Balas gua menerangkan keadaan.

“Ohh..macam itu ka?”

Gua pandang sekeliling bilik gua. Bagus. Bersih. Tak sia-sia gua upah Maikel dan Mercidez jaga bilik gua. Mesti Maikel dan keluarga dia bersihkan bilik gua dengan sempurna. Gua dah tinggalkan stok gula-gula dan choki-choki untuk bekalan 3 minggu untuk Maikel sekeluarga. Harap-harap cukup untuk tempoh 3 minggu gua bercuti ni. Kalau tidak, pandai-pandailah dia cari makan kat kedai mamak bawah rumah gua ni. Janji jangan mengemis kat pasar ramadan. Gua memang cukup pantang kalau gua nampak Maikel buat perangai lama balik macam dulu-dulu. Confirm gua lempang pipi Maikel laju-laju. Penat gua ajar tentang etika dan akhlak pada Maikel sekeluarga. Kalau benda asas macam ini pun tak faham. Gua tak tahulah..

“Lu tengok apa kat internet ni. Asyik sungguh dari tadi..”

Gua tanya sebab gua hairan. Dari tadi dia tengok satu video kat youtube tak kelip-kelip mata. Tak hiraukan gua. Selalunya bila gua balik. Dia gembira. Mana tahu, ada nasi ayam madu empat untuk bekalan berbuka nanti.

“Takk..tengok video pasal orang tak puasa pada bulan ramadan ni..”

Gua tak puas hati. Gua rasa gua mesti tengok sama. Kenapa seekor semut boleh ghairah dan teruja untuk melihat video di youtube. Memang menjadi satu persoalan dalam kehidupan gua hari ini.

Habis aje gua tengok video tu. Gua pandang Maikel. Maikel pandang gua.

“HAU, HAU, HAU!!”

Ya. Seiring dan seirama. Suara gua dan Maikel bergema.

** Siapa bilang seekor semut dan manusia tidak boleh jadi sahabat baik??

Ps: Ok. GUa nak hadap nasi goreng mak gua. Lagi sedap dari masakan chef-chef 7 bintang.

Related Posts

  • Teknologi Semut yang kita tak tahu..Teknologi Semut yang kita tak tahu..
  • Biskut Merry untuk dikongsi.Biskut Merry untuk dikongsi.
  • Gua tak boleh kahwin lima..Gua tak boleh kahwin lima..
  • Malam ini aku sepi menyendiri. Malam ini aku sepi menyendiri.
  • Abang tak sempat berbuka hari ini..Abang tak sempat berbuka hari ini..
  • Kehebatan seekor kucing upahan. Kehebatan seekor kucing upahan.
Posted in: Maikel dan Mercidez, titan / Tagged: aku tahu kau tak puasa, asal-usul tempe, faradyable, Hau, kantoi tak puasa, kisah maikel, kisah seekor semut bernama maikel, korang semua tak puasa, maikel, owh yes, sambal tempe, siapa puasa, Siapa puasa sila angkat tangan dan sebut, Siapa puasa sila angkat tangan? Hau, siapa sebenarnya faradyable, siapa tak ppuasa, tempe, tertekan dengan jawapan peperiksaan murid sekolah, video dari faradyable, video kreatif tentang puasa, video lawak pasal puasa, video siapa tak puasa, video youtube faradyable, yess.

17 Thoughts on “HAU, HAU, HAU!”

  1. auc dot com on August 14, 2012 at 3:56 pm said:

    tapi bro semut kat rumah aku ni tak mau berkawan la… asyik nak gaduh je..
    berebut gula dgn aku… :)

    Reply↓
  2. chii on August 14, 2012 at 4:23 pm said:

    chii sama ngan adc. Bukan takat gula je ktrang berebut. Kadang2 air kosong pun sama. Agaknya dorg takut kena diebetes kot. Ho ho ho

    Reply↓
  3. Fadzmie on August 14, 2012 at 4:32 pm said:

    Semut antara musuh utama aku, bukan kat rumah, tapi dalam kereta. Pantang tinggal benda manis-manis sikit, pelincah dorang pi serang ramai-ramai. *facepalm*

    Reply↓
  4. sweetkurma on August 14, 2012 at 9:54 pm said:

    hehe kelakar jer si titan ni lah… :D

    Reply↓
  5. rahman on August 14, 2012 at 10:17 pm said:

    kenapa semut sekarang suka masuk dalam air kosong… muskil betul aku

    Reply↓
  6. zool on August 15, 2012 at 12:18 am said:

    bagusnya semut ko.. siap ngk youtube tu

    Reply↓
  7. onlajer on August 15, 2012 at 3:26 am said:

    semut2 nilah yang kekadang laju je menerjah ke kerongkong

    Reply↓
  8. Yas on August 15, 2012 at 3:59 am said:

    Iskk…mana semut tu…aku nak ridsectkan nih…Har…har..har

    Reply↓
  9. Hafizul on August 15, 2012 at 4:03 am said:

    Hahahahahahahahahahahahahahaha…Kelakar giler video ni…..aku nak tergelak smp nk terkencing nih…hahahahahahahahahahahahahahahaha

    Reply↓
  10. Nadot on August 15, 2012 at 4:12 am said:

    hahahahaha..siyes vangang gileee… bengong ahh..tak tahannn… ishkk!

    (kan dah lapar gelak sorg2 time tengah hari..huhuhu)

    Reply↓
  11. Man on August 15, 2012 at 11:17 am said:

    Yeah. Hau hau hau..!!! hahaha

    Reply↓
  12. farahaznil on August 16, 2012 at 2:46 am said:

    hahaha..mengarut video nih

    Reply↓
  13. Khidhir on August 16, 2012 at 4:46 am said:

    haha. kena jerit la ni ye.. hau hau hau.. Pandai sape wat ni

    Reply↓
  14. irsah on August 16, 2012 at 9:00 am said:

    Hampeh betoi lar.. buat putus tali pusat aku jer….. wakakakaka (memang bengong luar dunia)

    Heran juga kan, semut makan gula banyak tak kena plak kencing manis… (oh ya lupa.. ada 3 badan heeee)

    Reply↓
  15. Mama Murai on August 16, 2012 at 12:52 pm said:

    kreatif betullah yang buat skrip ni… macam maikel juga.

    Reply↓
  16. Denaihati on August 16, 2012 at 2:29 pm said:

    HAU, HAU, HAU. seksi sungguh lelaki2 kacak dlm video ni.

    Reply↓
  17. Amirez on August 17, 2012 at 4:45 am said:

    huk aloh..semut rupanya

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.

Recent Comments

  • wazy on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • hafiz on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Zie Fauzi on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • akubiomed on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • sha on Lelaki kacak kena cukup tidur.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress