Sebelum aku nak pergi pasar malam yang selalunya diadakan setiap hari Ahad, aku nak kongsikan satu lagi bayaran terkini yang aku dapat dari program Hztours. Ya, HzTours ada buat program buat duit yang mana diorang akan bayar kita jika kita dapat klik atau dapat cari sales. Disebabkan aku memilih untuk menerima komisen berdasarkan jumlah klik. Jadi, hari ini aku telah dapat 1 email dari pihak HzTours yang memberitahu duit yang aku request tu dah selamat masuk ke akaun bank aku.

Kalau korang tak nampak email kat atas ni, pepandailah korang besarkan. Aku kena kecilkan sebab nanti terlampau besar pula jadinya. Aku yakin korang tahu macam mana nak tengok gambar ini dengan lebih jelas, bukan?
OK. Sebelum ni, memang ramai yang tertanya-tanya mengapa HzTours ni bayar lambat. Patutnya setiap bulan dah boleh dapat duit dari program ini kan? Sebab dari apa yang aku tahu, diorang akan bayar monthly asalkan amount yang kita kumpulkan tu cukup nilai minimumnya. Kalau tak cukup, bakinya akan dibawa ke bulan depan dan korang kena kumpul sampai cukup barulah dapat duitnya. Mereka lambat bayar kerana ada sesetengah blogger yang main tipu. Ada yang tipu trafik dan wat blackhat. Pihak HzTours ada cerita dengan aku bab benda ni bila aku tanya kenapa diorang masih tak bayar-bayar lagi duit aku. Diorang terpaksa buat kerja lebih untuk ban dan semak setiap blogger yang cuba main tipu ni. Diorang siap minta maaf dan bagitau apa yang dah terjadi dan kalau tak silap aku diorang ada hantar email lagi dan suruh semua orang lengkapkan akaun bank dibahagian akaun mereka di HzTours.

Tapi bila aku tanya, takde ruang nak letak no. akaun bank. Diorang reply suruh aku reply semula email tersebut dengan butiran aku beserta nombor akaun bank sekali. Aku bagi nombor akaun Maybank aku dan akhirnya aku telah dibayar hari ini. Terima kasih kepada pihak HzTours kerena menepati janji. Kepada korang yang masih belum dapat duit korang, sila email pihak HzTours dan bagi nombor akaun diorang. Insya-Allah akan dapat. Ke dah ada yang dah dapat??
** Sesiapa nak join program ni, aku galakkan. Leh daftar disini: HzTours
Ps: Ok. Mahu cari air tebu. Pastu letak dalam peti sejuk. Time berbuka nanti..fuhhh. Sejukkk. Manisss..membangkitkan selera dan nafsu makan. Hehe..



Wah, dapat dah.?? tahniah bro.
lambat kot nak tggu dia approve account..haha..
peh…awak mmg hebat bro, aku punye baru berapa hinggit
malas nak kata apa dah, cuma baca dan baca je, hehehe
x mau terpengaruh dh
tahniah…memang hebat…
hebat titan….
peh…dasatnya..ko memang rajin pun mencari..adeh..erm..mcam best plak..kena nampaknya ngan blog travel aku..hehehe
leh bagi duit raya kat puteri la camni..hehe
Rezeki ko memang murah titan, kejap lagi ko boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan RedMummy.
Silap-silap LHDN pun akan kejar ko selepas ni.
Tahniah, rezeki yg melimpah ruah,
lebih2 lagi dpt ketika Syawal bakal menjelma.
Perkhhh..meraih gitu tan amaunnya..
Air tebu?? Pekh..perkh..perk..sedapnyaaaaa. taapi mak dah bertahun pantang minum air tebu. tak bley minum nnt bisa2 badan woo.
Kalau visitor macam http://www.lepakk.com yang tak tetap boleh ke? Visitor arround 300 orang je sehari
Hehehe..untung la anak sedara nanti yer..merasai hasil blog pak sedara.hehe..wahhh best gak air tebu..terliur dah ni..fuhhh…
byk dapat duit raya ni.. bleh la bagi singgit dua kat kami
byk tue..untungnya..ciktom punya xcukup lg nak cashout…
Aku tak pernah cuba lagi hztours. Nanti ada masa boleh cuba sendiri best atau tidak…
tahniah bro. dapat kira bonus hari juga ni.
aku apply tapi diaorang tak reply.. hmmm
tahniah2..haha..bila giliran aku plk ni..hehe..
gua tunggu approval akaun HZ tu macam tak nak kasi gua join je..hehehe
sempat bt duit lagi bro kita ni heee
tgu nnti suri nk rembat ini peluang juga.. so cool
kau ni memang kaki cari duit ler.. aku salut kat hang.. bagus2..
hebat2. susah kot nk dpt. affiliate pulak tu.
banyak tu bro.. sure ramai orang klik tu
idup lagi ke hztour ni bro?? Leh cuba gak kot??