Sebelum aku nak tidur kejap lagi dan sebelum aku siap peram daging untuk aku goreng pagi esok untuk sahur pagi esok, aku nak cerita tentang satu budak perempuan yang aku rasa sedang meningkat naik. Dia berbeza dengan Ainan Tasneem. Sebab dia tak reti menyanyi. Dia bukan juga Tasha Mansahar. Sebab dia juga bukan pelajar maktab. Dia juga bukan Cik Epal. Sebab dia tak suka makan epal. Dia juga bukan Hanis Zalikha. Sebab dia bukan model dan pelakon. Dia juga bukan Fatin Liyana. Sebab dia bukan pelajar perubatan. Jadi, siapa Cik Tom ni sebenarnya? Dia cuma seorang gadis yang suka makan tomato. Kalau disuruh pilih antara semangkuk cendol dan sebaldi tomato, dia akan memilih sebaldi tomato. Jangan tanya aku mengapa. Sebab aku memang tak suka makan tomato. Sebab memang tu dah perangai Cik Tom. Sukakan tomato. Cintakan tomato. Gilakan tomato. Habislah bakal laki dia hari-hari kena belikan tomato. Huhu..

Bukan aku tak tahu nama sebenar Cik Tom ni. Aku tahu. Tapi aku tak nak bagitau korang. Pepandailah korang cari sendiri. Yang aku tahu, nama Cik Tom mula naik dan dikenali ramai sejak dia asyik menang pertandingan kat merata blog yang dia sertai. Bukan tak ada gadis-gadis yang menang pertandingan dalam macam-macam pertandingan kat luar sana tu. Tapi Cik Tom ni antara pemenang pertandingan atau contest yang aku anjurkan. Selain Cik Tom, Farahaznil, Chii, Eiela, Adele, Syaisya dan Bluedianthus yang juga turut bersinar melalui pertandingan yang aku anjurkan sebelum ini. Jadi, banyak kali gak diorang menang contest aku dan sekaligus mempopularkan mereka dan blog-blog mereka yang kurang popular tu.
Jadi, sila berterima kasih kepada abang kacak ini kerana mempopularkan korang walaupun secara sengaja atau tidak sengaja. Ya. Ya. Aku tahu mesti diorang bengang dengan aku sebab dah banyak kali aku baham diorang dalam artikel-artikel aku. Tapi aku tahu, diorang tak kecil hati. Hati diorang semua besar-besar belaka. Termasuklah Cik Tom kita ni. Pasti ada ruang didalam hati dia ada tempat untuk aku singgah sekali-sekala. Betul tak? Haha..
Untuk pengetahuan korang, Cik Tom adalah salah seorang blogger perempuan yang aku iktiraf mempunyai skill dan pemahaman yang baik dalam membuat duit melalui blog. Kalau korang pergi blog dia..sikit-sikit cerita pasal komisen kan? Aku tahu, dia dah terjangkit dengan sindrom dan style penulisan aku. Bukan aku aje, ramai yang dah terkena penangan aku. Kalau korang pergi sesetengah blog, ada cedok gaya penulisan aku dan ubahsuai dalam blog mereka. Aku takde hal. Janji diorang bahagia, itu dah cukup. Dan aku tahu, sedikit sebanyak tips yang aku kongsikan dalam blog-blog aku ni..Cik Tom dapat ‘tangkap‘ dan berjaya laksanakan tanpa sebarang masalah. Yelah, tengok sape ‘Tuk Guru’ dia kan? Tak kemananya kuah kalau tak ke cendol kan?

Dan kalau korang selalu pergi masuk blog Cik Tom, korang akan selalu nampak nama aku naik sekali-sekala. Bukan sekali-sekala sebenarnya. Selalu jugaklah. Yelah, itu salah satu trik untuk menambah perisa dalam artikel blog kita. Percaya atau tidak. Salah satu tips untuk buatkan ramai orang baca artikel korang, korang selitkan nama-nama penulis blog yang popular dan terkacak di Malaysia. Insya-Allah, tak lama lagi korang juga akan jadi popular dan kacak macam diorang.
Jadi, pendek kata..blog Cik Tom ni juga sedikit sebanyak dapat tempias popular dari blog aku. Haha, nampak macam aku masuk bakul angkat sendiri kan? Tak. Tak. Kali ni, aku masuk bakul. Cik Tom yang akan tolong angkatkan. Cuba tanya diri korang, berapa ramai yang kenal Cik Tom melalui blog aku? Ya, aku tahu mungkin korang kenal dari blog orang lain. Tapi malas nak pergi melawat kan? Tapi bila Cik Tom banyak menang contest kat blog aku dan kekadang aku selalu kenakan dia dalam blog aku, korang terasa nak tahu. Siapa gerangan gadis yang berjaya menawan hati lelaki kacak ini sampai masuk dalam artikel-artikel dalam blog yang cukup tak berapa popular ini?

Aku tulis semua ni bukannya apa. Aku cuma nak kenalkan korang salah seorang penulis blog perempuan yang berbakat. Tak salahkan? Jadi, bantulah dia. Sokonglah dia. Cintailah semangat dia. Dia ada bakat untuk jadi pewaris aku. Dia ada kebolehan untuk menulis review yang baik. Dia kreatif dan inovatif. Dia genius. Tapi rasanya aku lagi genius banyak. Dia suka makan tomato. Aku tak bencikan tomato. Dia seorang pensyarah yang cun?? Tapi aku tetap kacak. Maklumlah, aku baru 19 tahun kan?? Dia berkemampuan untuk ada akaun Innity walaupun tak pernah lepas-lepas lagi. Aku dah lama ada akaun Innity. Dan disebabkan dia PAKSA aku sertai giveaway dia. Aku kena bagitau mana-mana artikel yang aku suka dalam blog dia. Pendek kata, semua artikel yang ada nama aku dan berkaitan dengan aku, aku suka. Yang takde kaitan nama aku, aku kurang suka. Jadi, cik Tom leh cari sendiri kan? Jelas, kan? Haha..
Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer,Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”
Secara jujur, aku tak ingat saat-saat perkenalan aku dengan Cik Tom. Kalau tak silap aku, dia pernah cuba mengorat aku. Macam Farahaznil buat dulu. Tapi dua-dua aku tak layan. Tapi sejak dia selalu menang contest ni, rasa nak kenal Cik Tom dengan lebih rapat tu membuak-buak. Aishh..bahaya kalau Ain Maisarah tahu ni. Lom lagi kalau Makcik FarahAznil, Cik Adele, Cik Tasha Mansahar, Cik Chii, Cik LilyNrman, Cik Ainan Tasneem, Cik Fatin Yayana, Cik Bluedianthus dan skandal aku yang lain tahu. Mampos aku nanti. Mampos.

** Ye. Nampak sangat aku mengarut bukan-bukan. Tapi aku takde idea nak tulis camana dahh sebab otak aku dah tepu. Tepu sebab apa? Aku baru balik rumah nenek aku. Nenek aku memanjang suruh aku cari bini-bini dengan kadar yang segera. Bukan aku tak nak. Tapi aku tunggu kakak aku. Dia dah lepas. Insya-Allah aku akan menyusul. Ya. Aku tahu tajuk artikel kali ni memang berani mati punya. Ahh, lantaklah. Aku malas dah nak ubah. Cik Tom marah ke suka ke. Aku tak kesah.
Ps: Cik Tom jangan marah aa. Tak boleh derhaka aa..nanti ilmu tak berkat. Haha..


salam..
nak tengok rupa orangnya
dulu baru nak suka..he he
ajak ler ciktom tu gi bukak pose bro.. baru lebih mesra
Hahaha.. Ciktom memang suka tomato. bagilah selori tomato pun, mesti dia sangup mengadap sampai licin. Berbanding ngan cendol, semangkok pun tak mampu habis.
cik tom ni ada ladang tomato kot hehehe
knl dh ciktom..
ooo ni ciktom rupa, ciktom dan tomatonya
tomato skng dh mahal..hehe
haha jangan bro, tak taw disebalik siapa admin ni bahaya sikit ni, kang nama blog feminin cik tom, yang handle laki.. ha ha ha (jangan marah ciktom)
dan aku berpendapat, blog personal + tutorial memang awesome habis la. macam kak kujie..
hohohoho… merepek kerepek tul la.. (^_^)
woo.. cik tom sekarang ni semakin meningkat loh.
Lain macam sahaja entri ini hendak kata mengayat tak juga. Pandai bro main tarik tali.
hahaha…amboi kutuk aku nampak..takpe..aku tak marah..sbb aku comel..hahahahaha
wahh, panjang berjela jela.. tp aku tetap teruskan utk abiskan pembacaaan tu..
haha, sbb nak tahu sgt psl tomato cantik tu.
good luck tuan…
sama hebat titan dan ciktom..
Amboi, kata otak tepu tapi mengarangnya sampai 7-8 perenggan jugak. Masih dasyat la idea tepu tu ye.
cik tom memang power, hehe
Hahahahahaha..best baca entri ni..kelakar sampai buat aku senyum sorg…wahhh cik tom byk belajar dari titan ekk..patut la ada iras titan skrg ni…tahniah cik tom..mantapkan usaha…opsss pesanan yang amat menarik perhatian aku..hahahaha
pandai cik tom main SEO, nama dia front page aje.. hehe..
mmg meningkat naik lah cik tom ni..
erk br ingt nak marah…tgk2 pesanan last tue terus xjadi..hehee….
thanks join..penyertaan diterima
oooit!
1.segan aku, mung mention name gue.
2.bajet otak tepu, haha. Karangan boleh muat masuk SPM dah ni kut.Lagi dua perenggan je lagi.
3.titan…kalau kat blog orang lain, kemain suroh orang tu kahwin. Kan dah kena bising dengan mem besar…ahah
4. kesian blog farahaznil. sudah kena hack ngan bangla mana ntah..
Entri ini sungguh berbau ‘Janji Cik Tom Diutamakan’
Kalau kuah tumpah ke cendol tak sedap la jadinya, cendol tumpah ke mangkuk boleh hirup lagi
Aku pun tak berapa suka makan buah tomato, walaupun aku suka tanam pokok tomato dan beli tomato puree buat pizza.. Jangan marah ciktom
Akhirnya sifu ciktom sudah mengeluarkan ayat2 manisan cendolnya
Sorg mkn cendol, sorg lg tomato. Combination yg agak pelik tp x mustahil. Huhuhu
chii redha je kalo ck tom menjadi pilihan.
hahaha. good luck. pandai bergurau dgn ciktom yer.
skandal2 ko sume dah biasa dah dengan perangai ko. takde sape nak hentam, ha3. tahniah, cik tom pun suka ko juga lah Titan. ko menang besar ni. ko dpt 2 brooch, bak kat aku 1. leh kan, titan ko baik, kan.
Entri direka penuh kesenian,
Si Tomato juga yang dipuja,
Tahniah entri terbaik anda jadi pilihan,
Kekalkan status tingkatkan kebolehan anda.
Tahniah kerana terpilih sebagai entri paling menarik ..
wah..mmg terbaik entry ini
cik tom mmg byk pengalaman & ilmu ttg dunia blog,selalu cedok ilmu diblog beliau…
amboii…nenek suruh cari BINI-BINI?? wahh…tak tahann…haha….takpe cik tom dah masuk list kan kehkeh…
Wahhh tahniah…makin suka la titan pada cik tom nanti..hehe
oklah brother CENDOL.. Gd luck yer