• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Mencintai Ain Maisarah – Part 8

August 10, 2012 3:19 pm / 22 Comments / admin

Hari ini hari pertunangan Fatin Yayana dan Toyol. Gua hadir kerana pelawaan seorang sahabat dan bekas kekasih. Hari kegembiraan dan kebahagiaan untuk mereka walaupun cuma majlis pertunangan. Tapi disambut meriah dikampung gua. Nenek gua juga hadir. Gembira. Cuma hati gua masih sakit mengenangkan peristiwa-peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lepas.

Ain Maisarah.

ain-maisarah

Ya. Salah satu subjek yang menjadi tanda tanya. Banyak yang gua tak tahu tentang individu yang bernama Ain Maisarah ini. Masih banyak yang gua tak tahu. Gua yakin Zack Ciciwangsa mungkin lebih mengenali Ain Maisarah berbanding gua. Insiden dirumah nenek gua masih berulang-ulang biarpun gua tersenyum melihatkan majlis pertunangan Fatin Yayana dan Zack berjalan dengan lancar. Gua sempat berborak dengan Toyol pada hari bahagia itu. Majlis perkahwinan pula dengarnya akan berlangsung pada hujung tahun ini jika tidak ada sebarang aral dan sudah pastinya gua mengharapkan tidak ada apa-apa yang tidak baik ketikaitu. Gua tahu, Yaya dan Toyol akan menjayakan majlis itu dengan meriahnya.

“Tahniah Toyol..”

“Sama-sama Bro. Terima kasih sebab datang ke majlis gua ini. Biasa-biasa aje, kan?”

“Biasa apa, ini dah nak macam majlis kahwin dah ni..” balas gua sambil tersenyum.

“Bro..gua tanya satu menda boleh?” giliran Toyol pula bertanya. Gua harap dia tak tanya soalan yang bukan-bukan.

“Ain mana?”

Satu soalan yang gua sendiri tak tahu nak jawab macam mana. Sebenarnya Ain Maisarah sudah tidak ada dikampung gua. Pada malam gua kena belasah tu, Ain Maisarah pulang bersama “pakciknya”. Gua tak pasti tentang kesahihan itu. Tapi dari gayanya dan keadaan malam itu tidak mengizinkan gua untuk bertanya dengan lebih lanjut. Dan yang pasti, gua terima satu sms pada malam itu juga yang sedikit sebanyak meredakan hati gua.

“Saya ok. Awak dan nenek awak jangan risau ye..”

Gua balas sms itu dan sampai ke hari ini. Tidak ada balasan.

……..

Gua sudah berada di Tanjung Aru. (Salah satu tempat lepak yang popular di Sabah)  Sedang menikmati sayap ayam bersama-sama dengan Zack Ciciwangsa. Gua tahu ada banyak yang Zack ingin tahu dan gua macam agak ada macam-macam masalah yang akan berlaku dalam sikit hari lagi.

“Zack. Gua rasa lu sudah tahu, kan?”

“Pasal Ain Maisarah dengan pakciknya?” teka Zack Ciciwangsa. Laju tanpa sempat gua cerita keseluruhan ceritanya. Macam mana dia tahu, gua kurang pasti. Tapi gua yakin Zack ada sumbernya tersendiri untuk mengetahu keseluruhan cerita yang telah berlaku sepanjang gua bersama Ain Maisarah ketika gua balik kampung.

“Siapa sebenarnya Ain Maisarah, Zack?”

Zack berdiam diri dengan pertanyaan gua. Gua tahu ada banyak rahsia yang Zack sembunyikan dengan gua. Kalau Ain Maisarah benar-benar adalah awek beliau. Beliau takkan setenang ini menjawab soalan-soalan gua. Gua yakin gua mungkin dah kena terajang sedas dua macam gua kena dengan pakcik Ain Maisarah.

“Benarkah dia awek, lu?” tanya gua lagi tidak puas hati bila Zack terus mendiamkan diri dan memandang ke arah laut yang gelap-gelita tanpa sebarang cahaya. Yang ada, hanya ain yang sepoi-sepoi bahasa yang menampar pipi-pipi kacak-kacak gua dan Zack Ciciwangsa.

“Gua rasa, lu tak perlu tahu banyak perkara..”

Gua pandang Zack. Tertanya-tanya. Bagi gua, itu bukan jawapan yang gua cari. Gua perlu tahu sesuatu yang boleh menenangkan hati gua. Gua tahu, Zack memahami apa yang gua rasa. Zack adalah orang yang tahu betapa susahnya hendak mendapatkan sesuap nasi ataupun semangkuk cendol. Jadi, gua nekad gua perlu tahu sesuatu dari mulut Zack juga.

“Beb..better lu explain sesuatu yang boleh buat gua faham. Boleh?” tanya gua lagi.

Zack berdiam diri lagi. Gua macam mahu flying kick aje dekat perut boroi Zack ni. Gua tak suka jawab teka-teki. Gua selalu fail dengan soalan-soalan yang tidak ada jawapan. Gua tak boleh hadap situasi macam ini. Otak gua tidak dicipta untuk perkara-perkara yang mengelirukan. Gua perlukan jawapan. Segera!

“Sakit lu kena terajang dengan Uncle Kamal?”

Celaka. Dia tahu kisah gua kena terajang. Dan baru gua tahu nama pakcik Ain Maisarah adalah Kamal. Nama penuh gua tak tahu. Tapi gua yakin ada sesuatu yang istimewa antara Uncle Kamal, Ain Maisarah dan juga Zack.

“Siapa Uncle Kamal tu?”

“Dia adik tiri kepada ayah Ain Maisarah. Dan gua sebenarnya diarahkan oleh Uncle Kamal untuk jaga dan perhatikan Ain Maisarah ketika dia belajar disini..bla..bla dan blaa…”

mencintai-ain-maisarah

Dan banyak lagi diceritakan oleh Zack Ciciwangsa. Rupa-rupanya, Zack ni dah macam bodyguard kepada Ain Maisarah. Uncle Kamal pula sebenarnya adik tiri kepada ayah Ain Maisarah. Dan gua syak ada benda tak baik akan berlaku pada gua dan Ain Maisarah tidak lama lagi. Sebab dari penceritaan yang gua dapat tangkap dari cerita Zack, ayah Ain adalah otai besar dalam bidang perniagaan di Malaysia ni. Jadi, sudah tentu ada musuh-musuh yang akan cuba menjatuhkannya dan salah seorangnya adalah Uncle Kamal.

“Dan..Gua tahu lu ada banyak soalan dan hendakkan jawapan. Tapi gua minta, lu jangan masuk campur. Lu jangan cari pasal dengan Uncle Kamal. He is dangerous!”

“Kenapa pulak?”

“Ain Maisarah itu adalah pewaris tunggal harta kepada empayar ayahnya. Tapi Uncle Kamal tak puas hati. Jadi, dia cuba buat sesuatu dan sekarang, Uncle Kamal adalah penjaga kepada Ain Maisarah. Dari sini, lu sudah faham bukan dengan apa yang sedang berlaku? Gunakan imaginasi liar lu untuk faham keadaan sekarang. Gua harap lu tak buat apa-apa. Jangan cari Ain Maisarah atau berhubung dengan dia. Jika Ain cari lu, lu jangan layan. Faham?”

Wahh, ini dah macam drama swasta dalam tv yang gua tengok petang-petang. Gua dah terima amaran keras dari sahabat baik gua. Dan ini kali pertama gua terlibat dalam satu konspirasi terbesar dalam hidup gua. Sejujurnya, memang gua tak nak terlibat lebih-lebih lagi gua tak mahu nenek gua MALU besar sebab cucu dia kalah berlawan dengan orang yang tidak dikenali. Nenek gua asyik tanya macam mana keadaan Ain Maisarah selepas kena “culik” dari Uncle Kamal.

“Jadi, Ain Maisarah ada kat mana sekarang?”

Zack pandang gua. Dengan mata yang serius. Tapi gua tahu, pandangan mata itu seperti mengharapkan belas kasihan dan pertolongan. Mungkin ada sesuatu yang Zack harapkan dari gua?

“Please bro. Gua sayangkan lu. Gua sayangkan Ain Maisarah. Gua tak sanggup hilang lu orang berdua. Jadi, gua harap apa yang gua cerita malam ini..lu pendam aje. Jangan ambil tindakan yang boleh membahayakan nyawa ramai orang. Sekali lagi, Uncle Kamal tu merbahaya. Dia sanggup buat apa sahaja untuk capai matlamatnya..bla dan bla dan bla..”

“Celaka. Gua tak faham. Gua tak faham kenapa lu nak bela sangat Uncle Kamal tu. Lu dah macam anak kucing jinak gua lihat. Apa masalah lu hah!?”

anak-kucing

“Bro. Dia saja keluarga gua dalam dunia ni. Baik buruk dia, dia tetap keluarga gua. Lu tak faham. Dan lebih baik lu tak faham. Bila lu faham, lu dah tak boleh patah balik. Gua sendiri dah tak boleh patah balik..”

Gua semakin tak faham dengan drama yang sedang berlaku ini. Yang pasti, gua memang dah sah-sah terlibat dengan perkara yang merbahaya. Dan gua yakin pasti ada penjelasan untuk semua ini.

“Gua blah dulu..”

Gua meninggalkan Zack yang sedang termenung memandang ke arah laut. Gua tak tahu Zack boleh jadi jiwang dengan laut malam-malam begini. Setahu gua, Zack adalah lelaki yang periang. Bukan seserius malam ini. Gua pasti ada sesuatu yang membuatkan beliau menderita sedemikian rupa. Adakah ini bermakna berakhirnya sumber bekalan cendol gua? Gua tak pasti. Tapi gua harap itu bukan itu yang terjadi.

“Demm..sampai macam nii sekali..”

Gua pandang sekeliling meja disekitar gua. Baru gua perasan. Hampir semua meja disitu dipenuhi oleh lelaki-lelaki yang tak kacak tapi masing-masing memakai sut berwarna hitam sebijik macam Uncle Kamal dan seorang lagi balacinya ketika ambush kat rumah nenek gua dulu. Patutlah Zack jadi lain macam malam ni. Ini dah macam drama Hong Kong dahh rasanya ni.

Merbahaya sangatkah kewujudan gua dalam kehidupan Zack Ciciwangsa dan Ain Maisarah??

……..

Gua tahan teksi. Tadi gua datang dengan Zack. Bukan dengan kereta kebal kancilnya tu. Tapi dengan kereta Mercedez hitam yang berkilat. Lebih kurang macam Mercedez Hijau Toyol. Cuma yang ni, modelnya lebih baru lagi. Gua tak tahu ada student universiti ada duit untuk sewa kereta semahal ini. Gua tak tahu. Gua penuh dengan tanda tanya. Konspirasi Zack dan Ain Maisarah lebih pelik bila gua cuba buat satu kesimpulan yang mungkin membahayakan diri gua. Yang pasti, gua kena buat pilihan. Pilihan yang lebih selamat.

Ringtone Meteor Garden berbunyi. Sekali.

Ada misscall.

Gua tak sempat angkat. Tak sampai 5 saat, masuk satu SMS pula.

“Awak, tolong saya..”

……..

Siapa yang tertinggal siri sebelumnya, sila klik link dibawah:

Mencintai Ain Maisarah – Part 1
Mencintai Ain Maisarah – Part 2
Mencintai Ain Maisarah – Part 3
Mencintai Ain Maisarah – Part 4
Mencintai Ain Maisarah – Part 5
Mencintai Ain Maisarah – Part 6
Mencintai Ain Maisarah – Part 7

Ps: Akhirnya, aku dapat tulis gak cerita ni. Banyak hari dah tertangguh. Camana cerita kali ni? Mengecewakan, makin best atau korang rasa cerita ni makin mengarut? Aku alu-alukan komen dan ulasan dari korang yang dah pernah baca semua 8 siri ini. Siapa kondem lebih-lebih, aku cancel belanja cendol!

Related Posts

  • niceguyMencintai Ain Maisarah – Part 11
  • Mencintai Ain Maisarah – Part 10Mencintai Ain Maisarah – Part 10
  • Mencintai Ain Maisarah – Part 9Mencintai Ain Maisarah – Part 9
  • hitammenawanMencintai Ain Maisarah – Part 12
  • Kenapa awak suka tulis blog?Kenapa awak suka tulis blog?
  • Gua – 3 tahun lagi. Gua – 3 tahun lagi.
Posted in: Mencintai Ain Maisarah / Tagged: ain maisarah, ain maisarah blog, ain maisarah facebook, ain maisarah novelis, baju putih dan berkain batik, biodata ain maisarah, cara buat karipap, cara buat karipap sedap, cerpen ain maisarah, gambar ain maisarah, karipap, karipap pedas, kedai pink ain maisarah, kisah ain maisarah, konsipirasi ain maisarah dan zack ciciwangsa, lelaki berbaju hitam, mencintai ain maisarah, Mencintai Ain Maisarah - Part 8, mencintai ain masarai, nenek ain maisarah, nenek gua, novel ain maisarah, novel mencintai ain maisarah, novel-novel ain maisarah, pakcik ain maisarah, pakwe ain maisarah, pakwe titan, resipi karipap, rumah pink ain maisarah, siapakah ain maisarah, toyol, toyol hijau, who is ain maisarah

22 Thoughts on “Mencintai Ain Maisarah – Part 8”

  1. auc dot com on August 10, 2012 at 3:30 pm said:

    dulu menyampah dah nak baca cerita ain ni, tapi lama tak muncul kini rindu la pulak hehehhe

    Reply↓
  2. samdaddycool on August 10, 2012 at 3:33 pm said:

    Gua baru nak dapatkan tune balik kisah ain maisarah ni..

    Reply↓
  3. samdaddycool on August 10, 2012 at 3:35 pm said:

    sambungan kali ni kurang kick

    Reply↓
  4. titan on August 10, 2012 at 3:47 pm said:

    auc dot com. Haha..mana bleh rindu-rindu maa..

    samdaddycool. Memang kurang kick sebab aku kena bagi penjelasan. nanti siri yang akan datang korang tak faham plak. Mana ada setiap chapter dalam novel semuanya best. ada certain part aje maa..

    Reply↓
  5. Fadzmie on August 10, 2012 at 4:59 pm said:

    Dah start masuk penjelasan untuk konflik segi-tiga ni yang kena baca betul-betul ni. Haha.

    Reply↓
  6. samdaddycool on August 10, 2012 at 6:39 pm said:

    .. kalau baca dalam bentuk novel penuh, aku rasa masalah kick ni tak timbul.. ni pasal sambung-sambung, pastu tergantung.. tu yang tertunggu-tunggu.

    apa-apa pun , aku suka cerita ain maisarah ni. (ni lah novel pertama aku baca dalam masa 10 tahun rasanya?)

    Reply↓
  7. irsah on August 11, 2012 at 3:43 am said:

    Tula.. penjelasan terpaksa tulis tuh yang jadi panjang sket…

    Hah.. sampai las dah dapat tune dah…heee

    Reply↓
  8. Hafizul on August 11, 2012 at 4:08 am said:

    sedap arr naik marcedes..haha..kereta kebal kancil??ada jugak ke…emm untung dapat ain…harta byk tu..

    Reply↓
  9. Kulanzsalleh on August 11, 2012 at 4:33 am said:

    serius… cerita Ain Maisarah ni makin best, bro.. macam tak sabar pula ikuti cerita seterusnya..

    Reply↓
  10. beckhr00y on August 11, 2012 at 5:40 am said:

    ada juga smbgan cerita ni, cpt2 tulis part2 seterusnya hehe

    Reply↓
  11. akubiomed on August 11, 2012 at 6:50 am said:

    Susah kalau terlibat didalam cinta 3 segi mahu bersegi kepala. Ring tone Mateor Garden memang best. Drama faveret tuh. :-)

    Reply↓
  12. Nadot on August 11, 2012 at 9:09 am said:

    wah..first time bace crite ain maisara nih.. cam best je..terpakse kene bace episod sebelumnye..hehehe

    Reply↓
  13. Cikgu Hairul on August 11, 2012 at 12:15 pm said:

    aku masih tertunggu-tunggu cerita ni. makin lama makin mengusik jiwa.

    Reply↓
  14. Jebeng Otai™ on August 11, 2012 at 12:29 pm said:

    halamak aih..makin suspen la..huuhu

    Reply↓
  15. puteri kasih on August 11, 2012 at 3:50 pm said:

    peminat novel dah sampai…cepat-cepat sambung…wat suspen je..huhu

    Reply↓
  16. adamfaiz on August 11, 2012 at 4:45 pm said:

    Disebabkan fasa bercinta aku dah lama berlalu.. memang tak ter baca aku citer ni…tapi ko mmg ada bakat menulis

    Reply↓
  17. LilyNrman on August 11, 2012 at 5:12 pm said:

    aku dah tak terbaca laa citer ko titan..dah lama ko tak sambung..aku dah lupa. jangan marah ya, titan..

    Reply↓
  18. gamep01nt on August 11, 2012 at 6:49 pm said:

    kasi aku baca dulu

    Reply↓
  19. Denaihati on August 12, 2012 at 6:19 pm said:

    cerita ni sambung lepas raya ke… lama lah nak habis…heee

    Reply↓
  20. fiezaradzi on August 13, 2012 at 8:27 am said:

    mmg dah macam cerita drama melayu dah ni.. haha

    dah tu, sakit kena tendang dgn uncle kamal? hahaa

    ok la, cuma pendek kot kali ni.. tak byk isi panting..hihi

    Reply↓
  21. cik tom on August 13, 2012 at 12:31 pm said:

    rs cam ada part terlepas pndg ni..blur plk baca..kn godek blk ni part 6 n 7..

    Reply↓
  22. muhammad fakhruddin on August 13, 2012 at 2:52 pm said:

    Bro, bila nak terbit buku dengan Sindiket Sol-Jah? ;)

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.

Recent Comments

  • fiezaradzi on Tanya gua 3 soalan.
  • fiezaradzi on Tanya gua 3 soalan.
  • fiezaradzi on Ulu Lubai.
  • fiezaradzi on Esok.
  • fiezaradzi on Gua di #SBDdB13
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress