Ya. Aku rasa hari ini atau semalam dah ramai yang dapat email dari Komli untuk bagi invoice untuk bulan ini atau bulan-bulan lepas yang korang tak claim lagi. Sejujurnya, sepanjang aku menyertai Admax dan juga setelah Komli pula ambil alih Admax, aku masih tak pernah buat apa-apa invoice untuk claim semua bayaran aku. Dan walaupun aku pernah dengar tentang kes lambat dapat bayaran dari Komli. Tapi aku tetap yakin dengan keunggulan Admax dan Komli untuk membayar aku dan rakan-rakan blogger yang lain yang telah berusaha bagai nak rak kasut untuk mencari segemgam nasi.
Tahniah aku ucapkan pada mereka yang duitnya dah cukup untuk dikeluarkan. Lagi-lagi dah nak dekat raya ni, bolehlah shopping kalau duit tu masuk awal. Kalau masuk lepas raya, lagi bagus. Sebab lepas raya nanti..memang duit dah habis sebab dok berbelanja sakan masa persiapan nak sambut raya dan juga masuk ke poket budak-budak yang datang beraya. Jadi, kalau diberi pilihan. Aku lebih suka terima duit ini selepas raya berbanding sebelum raya. Kalau dapat sebelum raya, terpaksalah aku bagi duit raya kat bebudak yang raya rumah mak abah aku ni. Huhu..

Walaupun yang aku dapat ni tak banyak, tapi kira oklahkan? Aku malas nak tunjuk semua. Tapi aku tunjuk jumlah 1 bulan aje. Itupun tak cukup nak keluarkan. Tapi sebab aku tak rajin bulan tu, jadi banyak itu ajelah yang aku dapat. Sebab KOMLI atau Admax ni bayar kita melalui jumlah impression dan juga jumlah klik. Lagi banyak impression dan klik yang kita dapat sepanjang kita letak banner dan iklan KOMLI kat blog kita tu, lagi banyaklah yang kita dapat. Kalau korang memang ada rupa yang kacak dan rupawan, itu adalah bonus untuk menambah lebih RM ke dalam akaun bank korang tu.
Ok. Kalau korang berani cuba Komli, aku rasa korang akan ada keberanian untuk mencuba Innity selepas itu. Tapi kalau tak berani jugak, korang layan ajelah Nuffnang dulu yekk.
Ps: Jom. Gi Terawih.


tak pernah try komli ni… nanti la try
aku masih tak phm nak guna ni semua..boleh ajar tak.
sob sob sobri…layan nuffnang je lah..kena berguru dengan en titan yang kacak si pemakan cendol dululah
best laa raya kat umah mak abah
x berani lagik dgn komli ni..huhu
komli ni kompeni india ek? ke malaysia??
Aku takut jugak nak join segala hal macam ni..baik layan nuffnang jer dulu..hehe..
klu letak nuff dgn kompli ni mjejaskan gliteri nuff tak agaknya?
komli aku apply asik x lepas jer
sob sob sobri…layan nuffnang je lah..kena berguru dengan en titan yang kacak si pemakan cendol dululah
Kenapa tetiba nama aku disebut-sebut nih. heheheheh
titan banyak sungguh sumber dia.. bagus. haha.
ak upun tak pernah tau benda alah nie …:)
Untungla boleh beli cendol…
Masyuk kod komli ni.hahaa..
baru je tau bende alah ni
buger ramli tu tau la
Aku tau Ramli jer =)
yer semalam ada dapat jugak dari komli. Tapi nak peram dulu tunggu raya tahun depan baru redeem..hahaha..
Macam2 ada kau ni brother.. bagus2
ya betul masih berni dengan nuffnang jer
haha tak yah la layan nuffnang..
buat sakit hati je huhu
innity ok
Jom baca & komen — Kembali manjadi blogger semula
hihi…layan je mana2. tapi apapun, aku suka layan blog ko. tapi sayang, blog ko sangat lambat loadingnya walaupun aku guna unifi. content best tp loading lambat. napa?
dennis. aku guna streamyx. laju je bila aku masuk blog aku sendiri. tapi entahlah. ramai gak yang kata lambat loading. aku pun tak tahu kenapa. haha..
tahniah…leh belanje la pas nih….
loh iklan gak ke tu hee ingat apa ar tdi bila ada bloger tepek kt blog hee
takst ni part time job ada agak masyuk syukur lebih dri gaji sebulan nmpknya.
alamk uols nih… terpapar besau AFFILIATES CARI DUIT kat header atas tuh.. confirm pro cari duit lar… adehhhhh carigali korek…banyak giler tips der…heee
@dennis.. loading lambat duit masyuk tuh… perghh trafiksss… pehhhh….kliks….. pehhhh jeles2…
Akupun baru dapat email dari Komli.. tengah cari info nak buat invoice la ni..
Nak lyn nuffnang dlu lah…
Laptop pun pinjam org je. hahaha
hehe..hope duit dapat sebelum raye.. leh wat duit minyak balik kampung.. hehehe
macam2 de ye… ingat ramli burger ke ape tadi.. komli rupanya..
lau cendol, bape puluh mangkuk dapat ni..
dl pernah apply admax ni..pastu snyp camtu je xde respon dpt o tak….nanti apply lg la..
bro aku dapat iklan komli tapi haram satu apa aku tak paham eCPM Min. (USD) nihh maksud apa ahh??