• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Lin Dan tetap lebih kacak.

August 5, 2012 2:13 pm / 40 Comments / admin

Aku rasa bukan aku seorang aje yang sedih diatas kekalahan Chong Wei ke tangan Lin Dan malam ini. Aku rasa korang semua sedih kan? Aku juga yakin Maikel dan Mercidiz juga berkabung diatas kekalahan Chong Wei.

Chong Wei menang set pertama 21-15. Tapi kalah pada set kedua 10-21. Set ketiga memang super sengit. Saling kejar-mengejar. Disaat Chon Wei mendahului 18-16. Aku dah rasa macam Chong Wei boleh pegang emas. Tapi emas itu terlucut dari tangan beliau bila Lin Dan terus kejar dan menyamakan kedudukan 19-19. Dan bila Lin Dan berjaya pungut mata ke 20, aku dah rasa Chong Wei susah nak menang sebab bila waktu-waktu genting macam ni, Lin Dan memang berpotensi untuk menang hampir 99% kerana dari pengalaman aku tengok Lin Dan lawan Chong Wei, sungguh jarang beliau buat kesilapan pada saat mata-mata kemenangan. Pemain kita memang bila waktu dah nak menang akan buat banyak kesilapan mudah. Chong Wei juga tidak lari. Begitu juga dengan bergu emas kita Koo/Tan petang tadi. Dah nak menang pada set pertama, dah match point 3 kali, tapi kalah juga dengan bergu Korea.

lin-dan-paling-kacak

Ini keputusan rasmi badminton melibatkan pemain kita di Olimpik 2012.

Chong Wei tewas kepada Lin Dan (21-15, 10-21 dan 19-21)
Koo/Tan vs Chung Jae Sung/Leev Yong Dae (21-23 dan 9-21)

Dah, aku tak boleh sedih-sedih. Nak buat macam mana, nasi dah jadi kerak. Letak air pun, dah tak sedap nak buat bubur. Dan aku sendiri takde selera nak makan bubur.

Bukan salah aku tak bagi Chong Wei makan cendol. AKu sibuk kat Malaysia ni. Kedai cendol kat London pun tak buka. Jadi, susahlah Chong Wei nak dapat cendol. Lin Dan plak, memang dari awal bersungguh dia nak menang. Aku tak nafikan. Aku juga yakin cuma Chong Wei dan Lin Dan sahaja yang layak untuk bermain dalam final badminton bagi perlawanan berprestij begini. Kalau orang lain, aku malas dah nak tengok. Kalau Chong Wei bersara, Lin Dan pun gantung raket. Aku rasa dah takde kemanisan dalam dunia badminton. Chen Jin dan Chen Long akan menguasai dunia badminton dan dicabar oleh Simon Santoso, Taufik Hidayat, Kenichi Taro dan beberapa pemain lagi. Masa ini, kita tak ada wakil yang cukup layak untuk bertanding dengan mereka.

Adakah Chong Wei dan Lin Dan akan bersara? Mari sama-sama kita tunggu surat khabar esok. Bagi aku, Lin Dan adalah pemain paling nakal dalam sejarah badminton di Bumi. Chong Wei pula adalah pemain skema tapi ada skill tersendiri. Dan sejarah membuktikan sekali lagi pemain nakal biasanya akan jadi juara dalam macam-macam jenis sukan.

Ps: Sedih. Tapi apakan daya. Lin Dan lebih kacak malam ini walaupun aku rasa Chong Wei dah main yang terbaik malam ini. Jarang aku tengok Chong Wei main setenang ini selama ini..

Related Posts

  • Masa untuk balas budi..Masa untuk balas budi..
  • Chong Wei mengamuk tadi. Chong Wei mengamuk tadi.
  • Lin Dan tumpas. Chong Wei menang. Lin Dan tumpas. Chong Wei menang.
  • Chong Wei dikecewakan lagi..Chong Wei dikecewakan lagi..
  • Lee Chong Wei juga Kacak.Lee Chong Wei juga Kacak.
  • Tak apa. Olimpik lebih penting. Tak apa. Olimpik lebih penting.
Posted in: Sukan Malaysia / Tagged: aksi lee chong wei lawan lin dan esok, jadual akhir badminton olimpik, jadual akhir badminton olimpik 2012, jadual permainan final badminton chong wei vs lin dan, Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Olimpik 2012, keputusan rasmi lee chong wei vs lin dan final badminton olimpik 2012, keputusan terkini badminton olimpik 2012 - london, lee chong wei final time, lee chong wei olympic 2012 final malaysia time, lee chong wei olympic 2012 final time, lee chong wei vs lin dan 2012 live, lee chong wei vs lin dan time, lin dan vs lee chong wei olympic 2012, lindan vs lee chong wei 2012 london in tv3, live chong wei vs lin dan, live final chong wei lin dan olimpik 2012, live lee chong wei lin dan, Live Streaming Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Olimpik 2012, Live Streaming Lee Chong Wei vs Lin Dan Olympic Final 2012, olimpik 2012 live streaming, olimpik badminton akhir, olimpik london 2012 lee chong wei live, olimpik malaysia lee chong wei lin dan, perlawanan akhir badminton olimpik, result bergu malaysia 201, streaming final badminton olimpik 2012, waktu malaysia final olympic badminton final 2012, waktu malaysia final olympic badminton final 2012 lee chong wei vs lin dan

40 Thoughts on “Lin Dan tetap lebih kacak.”

  1. adele on August 5, 2012 at 2:42 pm said:

    dia dah buat yg terbaik..jgn dikenang2 yg dah berlalu..kuikui

    Reply↓
  2. zool on August 5, 2012 at 3:13 pm said:

    memang sedih.. Lin Dan lebih handal malam ni

    Reply↓
  3. Kodet on August 5, 2012 at 3:14 pm said:

    Lin Dan serius tak kacak… dengan misainya lagi… rasa mcm nk bagi…. hermmm

    Reply↓
  4. anif on August 5, 2012 at 3:55 pm said:

    Tahniah buat Datuk LCW kerana menyumbang perak buat negara. Masih lebih baik daripada tiada langsung..

    Reply↓
  5. puteri kasih on August 5, 2012 at 4:22 pm said:

    pemain kita mudah hilang fokus bila sedang mendahului..tak tau sebab apa..teringatkan cendol kot..hehe

    Reply↓
  6. cikgu naman on August 5, 2012 at 4:30 pm said:

    LCW kacak jugak dengan permainannya tadi..syabas

    takdapat lah cendol percuma ..eh aiskrim percuma kan rabu ni..hehe

    Reply↓
  7. Kulanzsalleh on August 5, 2012 at 5:05 pm said:

    Memang hampa dan sedih atas kekalahan Lee Chong Wei.. kalau menang boleh dapat cuti umum.. tapi dia dah main dengan baik.. tumpang bangga juga Malaysia sekali lagi masuk final

    Reply↓
  8. Shahrul on August 5, 2012 at 5:27 pm said:

    tak menang pun tak pe…janji dapat pingat :)

    Reply↓
  9. rahman on August 5, 2012 at 5:33 pm said:

    tahniah lee chong wei

    Reply↓
  10. galut on August 5, 2012 at 8:51 pm said:

    Itulah adat permainan,ada menang,ada kalah,lee chong wei mau emas bgitu juga lin dan….

    Reply↓
  11. Man on August 6, 2012 at 1:48 am said:

    aku perlukan bahu awek tudung pink untuk menangis. T.T

    Reply↓
  12. dzuandiey on August 6, 2012 at 4:21 am said:

    ok..terpaksa akui kekacakan beliau..haha..

    Reply↓
  13. Myvitrd on August 6, 2012 at 4:52 am said:

    belum ada rezeki bro.. tapi aku puas hati dengan cara permainan Datuk Lee Chong Wei

    Reply↓
  14. onlajer on August 6, 2012 at 4:57 am said:

    Hampa juga pasal ntah bila lagi ada orang malaysia yang terer

    Reply↓
  15. Azman Ismail on August 6, 2012 at 4:58 am said:

    Punah harapan aku nak makan ice cream baskin robbin huhuuhh..

    Reply↓
  16. farahaznil on August 6, 2012 at 9:40 am said:

    kalau chong wei takde..aku tak tahu nk tgk sape dah lg..ho ho

    Reply↓
  17. chii on August 6, 2012 at 10:35 am said:

    yet, u’re still my hero DLCW ;p

    Reply↓
  18. sweetkurma on August 6, 2012 at 11:26 am said:

    yup, dia bertungkus lumus untuk merai pingat emas, belum ada rezeki lagi tu

    Reply↓
  19. Jebeng Otai™ on August 6, 2012 at 12:38 pm said:

    xper la bro..kami ttp sokong LCW.. :)

    Reply↓
  20. Ummi Hanie on August 6, 2012 at 2:34 pm said:

    lin dan mmg dikenali dgn gelaran ‘budak nakal’ kan kan kan…

    syukur jugaklah, dato’ LCW masuk juga ke final…

    Reply↓
  21. Blog Asyraf on August 6, 2012 at 2:46 pm said:

    Lin dan kelihatan lebih kacak bila buang baju dia hehehe.

    Reply↓
  22. auc dot com on August 6, 2012 at 4:54 pm said:

    kacak tang misai je :)

    Reply↓
  23. beckhr00y on August 6, 2012 at 5:51 pm said:

    muda lagi nak bersara hehe, cuba lgi di kejuaraan dunia

    Reply↓
  24. irsah on August 6, 2012 at 8:20 pm said:

    Tak dapat asa aiskrim mahal ganti cendol.. huhu Tapi game tip top…

    Reply↓
  25. eryati on August 6, 2012 at 10:39 pm said:

    lin dan mmg kacak dan tough..ekekeke..cuma x suka dgn tato d tgn dia..muka dia lbh matang dr chong wei…salam perkenalan tuan blog

    Reply↓
  26. shraqs on August 6, 2012 at 11:44 pm said:

    Memang tak dpt dinafikan Lin Dan lebih bagus bbanding LCW :(

    Reply↓
  27. hatiputera on August 7, 2012 at 12:45 am said:

    Biarlah ianya menjadi lagenda .huhuhu

    Reply↓
  28. suri on August 7, 2012 at 2:17 am said:

    mmg tenang tpi ada kocak dlm hti heee

    Reply↓
  29. hafizmd on August 7, 2012 at 3:31 am said:

    1. Anak aku cakap, LCW lagi hensem.
    2. Mmg LCW main lain dari biasa, tenang dan relaks jer muka dia.
    3. Lin Dan mmg paling nakal, LCW paling mesra dan disukai oleh media antarabangsa.
    4. LCW vs Lin Dan, mmg akan kekal jadi pertarungan epik dua pemain terhebat atas planet bumi.
    5. Taufik Hidayat pun dah nak gantung raket, tinggal Simon pulak. Malaysia? Agaknya BAM ada simpan sorang klon LCW kot??

    Reply↓
  30. Yas on August 7, 2012 at 7:35 am said:

    Lantak la apa org nk cakap…bg aku DLCW tetap Juara jugak….hahahaha

    Reply↓
  31. topo on August 7, 2012 at 8:17 am said:

    jujurnya Lin Dan tak kacak la hahaha dah ada misai dengan janggut bagai tengok macam rupa orang Malaysia pon ada hohoho

    Reply↓
  32. fiezaradzi on August 8, 2012 at 7:05 am said:

    @topo, ukan setakakt tak kacak, nampak macam gangster dah lin dan tu..

    Reply↓
  33. fiezaradzi on August 8, 2012 at 7:10 am said:

    mmg bab pressure tu lin dan lebih matang kot.. tapi LCW main mmg tenang la, nak2 set pertama tu.. mmg best dan menarik games..

    Reply↓
  34. fiezaradzi on August 8, 2012 at 7:15 am said:

    tapi sedih jugak cw tak menang, sikit je.. lau kalah lawan macam ni org tak marah sgt, lau kalah tak berlawan mana buat org geram…

    agak2 tul ke dorang 2 org nak bersara…

    Reply↓
  35. Hafizul on August 8, 2012 at 8:37 am said:

    Tapi aku tengok gaya permainan, rasanya menang LCW..lindan ni mcm nasin jer menang tu…Hahaha..setuju tak??

    Reply↓
  36. gamep01nt on August 9, 2012 at 10:46 pm said:

    aku tgk match ni bapak sedih…..sipi2 je lg nk mng oiii

    Reply↓
  37. Oh! budu on August 9, 2012 at 11:28 pm said:

    haha. kacak? haha. terasa aku. cewah. huhu

    Reply↓
  38. irsah on August 11, 2012 at 4:15 am said:

    hah bersara?.. bukan itu player China mudo lagi ker?…

    Atau… lar aku yang yg dah tuo kot… adehhh

    Reply↓
  39. LilyNrman on August 11, 2012 at 5:06 pm said:

    Sedih layan match ni yang bab last tuh. aku ingat lagi..kalau LCW ambik je bola kat base line tu, mesti dpt menang punya.
    Aku akui Lin Dan memang paling nakal kat platform badminton. Agresif! Tak mudah tumbang.
    Cuma dia kini simpan misai. Aku suka rambut dia dulu…tajam! Ngeh ngeh
    Penuh debaran tengok match ni. Diakhiri dengan kesedihan yang teramat.

    Reply↓
  40. zik on August 12, 2012 at 4:57 am said:

    lcw sembahyang terawih…tuh yg kalah tue..hehe

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Awek Petronas Baju terbalik.
  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.

Recent Comments

  • cikgu naman on Awek Petronas Baju terbalik.
  • dzuandiey on Awek Petronas Baju terbalik.
  • dzuandiey on Awek Petronas Baju terbalik.
  • dzuandiey on Awek Petronas Baju terbalik.
  • dzuandiey on Awek Petronas Baju terbalik.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress