• Contact
  • Contest & Kuiz
  • Link
  • Misi 2008
  • Pengiklanan dan Sponsor
  • SiteMap
  • Subsribe
  • Survey
  • VCC
Earncent.com Lelaki kacak, Cendol Banting dan Ain Maisarah.

Masa untuk balas budi..

August 4, 2012 10:50 pm / 26 Comments / admin

Ya. Rata-rata blog yang aku lawat hari ini, semua dok cerita pasal Lee Chong Wei. Search aje pasal Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Olympic 2012. Berjela-jela blog keluar kat search engine Google. Aku malas nak tarik trafik guna keyword ni. Biarlah orang lain yang buat. Cuma aku nak bagitau yang aku harap sangat Lee Chong Wei dapat kalahkan Lin Dan kali ini. Kalau tidak, aku yakin beliau akan terkilan sampai bila-bila apabila gagal kalahkan Lin Dan yang merupakan seteru utama beliau. Kena plak, Chong Wei kata dia nak bersara lepas Olimpik kali ini. Jadi, kita dah takde pemain yang boleh beat budak-budak dari Tanah Besar China tu..dan kita kena tunggu pemain muda kita jadi matang yang mungkin akan ambil masa 4-5 tahun lamanya. Itupun kalau ada. Kalau takde, berpuluh tahun lagilah kena tunggu..

Dari apa yang aku baca, perlawanan akhir itu akan berlangsung pada hari ini. Jam 8 malam. Waktu Banting. Kalau ada kesilapan. Bagitau aku waktu dan jam yang sebenar. Aku tak nak terlepas tonton final kali ini. Aku boleh terlepas semua perlawanan super siri dan perlawanan awal-awal Chong Wei dalam Olimpik kali ini. Tapi aku tidak boleh terlepas final kali ini. Hilang satu kemanisan dalam sepanjang aku berkecimpung dalam dunia badminton.

chong-wei

Bab tak pergi terawih sebab nak tengok final. Ada orang kata, siapa yang tengok perlawanan akhir ni..kebarangkalian untuk tinggal terawih sangat besar. Dan aku pun rasa ramai yang akan tak pergi masjid dan tak terawih berjemaah di masjid. Even kalau buat 8 rakaat dan campur Isyak..akan ambil masa lebih dari setengah jam. Kalau Chong Wei dan Lin Dan melarat-larat ke 3 set, mungkinlah sempat korang balik lepas 8 rakaat tu sebab biasanya perlawanan 3 set akan makan masa dekat 1 jam lebih. Berbeza dengan tennis, kalau korang tengok masa Roger Federer lawan pemain Argentina tu, Martin del Potro. Federer terpaksa ambil masa 4 jam 26 minit untuk kalahkan mamat Argentina tu. Memang liat habis. Yang ni, habis terawih dan repeat sekali lagi pun..sempat nak tengok. Tapi kalau badminton, susah sikitlah. Jadi, korang nak tengok atau tidak. Terpulang. Yang pasti, yang wajib. Kalau sempat, wat kat masjid. Besar pahalanya. Yang terawih..kat rumah boleh buat. Kat surau boleh buat. Kat masjid boleh buat. Kat RNR pun boleh buat. Jangan pula jatuh hukum tak pergi solat terawih kat masjid, jatuh hukum kita berdosa besar. Aku tak pernah jumpa lagi mana-mana hadis sahih yang berbunyi sedemikian rupa. Tapi kalau ada, bagitau aku. Boleh tambah ilmu baru lepas ini. Hoho..

Cadangan aku bagi sesiapa yang nak tengok jugak. Korang buat terawih lepas habis game Chong Wei dan Lin Dan. Buat bersama-sama keluarga tercinta. Kalau rumah korang ada budak-budak kecil. Lagi bagus. Terapkan amalam berjemaah kat rumah masing-masing. Baru anak-anak respek kat bapak diorang sebab bapak diorang leh jadi imam kat rumah. Bukan apa, ramai kawan aku..jenis cakap besar tak ingat dunia. Tapi bab jadi imam hatta jadi imam kat rumah pun, boleh menggigil bagi 1001 alasan tak mahu. Takut tak tahan beban. Takut tanggung itu ini. Tak berani. Tak hafal doa qunut. Tak reti baca doa. Beb, lu lahir kat dunia ni..sebagai lelaki. Ini maknanya, lu ada tugas kat dunia ni sebagai khalifah. Sebagai ketua untuk orang-orang perempuan dan anak-anak. Juga sebagai ketua keluarga. Lu nak lelaki lain jadi imam untuk keluarga lu? Lu tak malu ke? Takkan lu nak anak dan isteri lu hilang respek sama lu?

isteri-bertambah-sayang

So, apa macam cadangan aku? Bukan sahaja korang leh dapat tengok final Chong Wei dan Lin Dan. Korang juga boleh jadi imam kali pertama dalam siri-siri solat terawih dalam hidup korang bersama anak dan isteri. Anak korang konfirm bangga dengan bapak diorang dan dalam masa yang sama korang mengajar anak korang tentang solat berjemaah. Kalau tak buat sekarang, bila lagi nak mula? Isteri korang pula mesti cair dengan kekacakan korang malam tu. Pastinya mereka bertambah sayang dengan perubahan korang ke arah kebaikan. Dan dah tak kira dah masa tu malam jumaat ke atau malam isnin. Mana tahu, ada rezeki malam tu? Tak ke bagus tu wahai suami-suami?

** OKeh. Nak gi basuh kereta. Kereta aku dah berapa minggu tak mandi ni..

Ini bukan masa untuk balas budi Chong Wei. Ini masa untuk balas dendam.

Ps: Penat. Tapi aku dah memang selalu penat. Reda ajelah..

Related Posts

  • Lin Dan tetap lebih kacak. Lin Dan tetap lebih kacak.
  • Chong Wei mengamuk tadi. Chong Wei mengamuk tadi.
  • Lin Dan tumpas. Chong Wei menang. Lin Dan tumpas. Chong Wei menang.
  • Move on.Move on.
  • Chong Wei dikecewakan lagi..Chong Wei dikecewakan lagi..
  • Dendam Chong Wei berbalasDendam Chong Wei berbalas
Posted in: Sukan Malaysia / Tagged: aksi lee chong wei lawan lin dan esok, isteri bertambah sayang, isteri sayang, isteri solehah, jadual akhir badminton olimpik, jadual akhir badminton olimpik 2012, jadual permainan final badminton chong wei vs lin dan, Keputusan Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Olimpik 2012, lee chong wei final time, lee chong wei olympic 2012 final malaysia time, lee chong wei olympic 2012 final time, lee chong wei vs lin dan 2012 live, lee chong wei vs lin dan time, lin dan vs lee chong wei olympic 2012, lindan vs lee chong wei 2012 london in tv3, live chong wei vs lin dan, live final chong wei lin dan olimpik 2012, live lee chong wei lin dan, Live Streaming Lee Chong Wei vs Lin Dan Final Olimpik 2012, Live Streaming Lee Chong Wei vs Lin Dan Olympic Final 2012, masa untuk balas budi, masa untuk balas dendam, olimpik 2012 live streaming, olimpik badminton akhir, olimpik london 2012 lee chong wei live, olimpik malaysia lee chong wei lin dan, perlawanan akhir badminton olimpik, result bergu malaysia 201, streaming final badminton olimpik 2012, waktu malaysia final olympic badminton final 2012, waktu malaysia final olympic badminton final 2012 lee chong wei vs lin dan

26 Thoughts on “Masa untuk balas budi..”

  1. MOHAMAD AZRI JOHAN on August 4, 2012 at 11:04 pm said:

    good luck Chong Wei, berikan kami semu BR percuma! Yeayy !

    Reply↓
  2. Nazri on August 5, 2012 at 12:51 am said:

    sengit ni .. sure dua-dua main sungguh2

    Reply↓
  3. sukacuka on August 5, 2012 at 1:12 am said:

    nak ais krim!!!hahaha

    Reply↓
  4. irsah on August 5, 2012 at 1:31 am said:

    cadangan ditutup.
    berjemaah bersama keluarga pun buleh juga. janji dilaksana…

    kalu jimat air (banting, selangor) mandikan sekali kereta dengan tuan kereta… ada cadangan?

    Reply↓
  5. Hafizul on August 5, 2012 at 2:37 am said:

    Emm harapn aku pun sama mcam titan jugak..naik jemu dah aku tengok lindan jer menang…baik aku tengok muka ain tu..heheheeh……basuh kereta??rajinnya…

    Reply↓
  6. puanbee on August 5, 2012 at 3:34 am said:

    okey titan , aku suka betul entri ni .. teringin nak berterawih dirumah dengan laki dan anak2 .. entah belum ada masa lagi..

    Reply↓
  7. onlajer on August 5, 2012 at 5:07 am said:

    aku memang kalah dengan anak2 yang suka tengok cerita sakti2 dari indon, memang sembahyang terawih tu sunat kau balik kerja pukul 12 malam pun masih buleh buat lagi, baca qunut pun sunat kalau kau tak baca pun sembahyang subuh memang tetap sah. dan sembahyang fardhu berjemaah dekat mesjid mengikut kitab minyatul musoli yang aku belajar dan kadang2 aku ponteng, kalau zaman nabi harus diajak semua orang muda mengumpulkan kayu dan pergi bakar rumah orang yang tidak pergi berjemaah sembahyang fardhu. dan aku juga selalu dikalahkan dengan dunia.

    Reply↓
  8. auc dot com on August 5, 2012 at 5:37 am said:

    moga berjaya, sinar emas bakal terpancar.

    badminton vs terawih :)

    Reply↓
  9. auc dot com on August 5, 2012 at 5:39 am said:

    hmmm rajin semacam je budak ni basuh kereta hehehe

    Reply↓
  10. azmanisma on August 5, 2012 at 8:24 am said:

    Titan dah guna lu gua dah tu hehehe…LCW harap menang hari nih.

    Reply↓
  11. Jebeng Otai™ on August 5, 2012 at 8:36 am said:

    mmg kacak jdik imam keluarga sendiri.. :)

    Reply↓
  12. Hairul Hissam on August 5, 2012 at 10:08 am said:

    suami isteri dapat tonton sama2 .. terawih pun sama2…

    Reply↓
  13. budak felda on August 5, 2012 at 10:15 am said:

    sure punya ramai yg tak pi hehhehe…:)

    psst : mng esok ais krim free

    Reply↓
  14. adele on August 5, 2012 at 12:33 pm said:

    bagus pandangan ustaz ni..kehkeh

    Reply↓
  15. Denaihati on August 6, 2012 at 12:02 am said:

    dato LCW dah buat terbaik, tapi memang nasib tak sebbelahi beliau. apapun tahniah untuk beliau

    Reply↓
  16. dzuandiey on August 6, 2012 at 4:22 am said:

    terawih sambil mata jeling2 kat tv..hahah..

    Reply↓
  17. iza on August 6, 2012 at 6:06 am said:

    Assalam..
    Boleh je tarawih, rekod awal2 chanel tu..

    Reply↓
  18. chii on August 6, 2012 at 10:48 am said:

    xde rezeki nk mkn eskrem free,tp nk cendol, leh claim kt titan :D

    Reply↓
  19. akubiomed on August 6, 2012 at 4:25 pm said:

    Pertembungan DLCW dan Super Dan bakal menjadi coretan cerita hebat untuk sejarah dunia sukan badminton.

    Reply↓
  20. irsah on August 6, 2012 at 8:26 pm said:

    dah tengok berkali2 game, tapi masih tak percaya…

    kurang jemaah kot kat umah aku terawikh… adehhh sok sambung balik kat surau..

    Reply↓
  21. suri on August 7, 2012 at 2:06 am said:

    sy ttp pi terawih mlm tu heee

    Reply↓
  22. suri on August 7, 2012 at 2:07 am said:

    terkilan tpi kita tgok wjh dia sedih mmg sedaya dia mencuba tpi mungkin bukan rzki milk msia…

    Reply↓
  23. farahaznil on August 7, 2012 at 2:16 am said:

    haha..mmg betul..ckp bsr…smpi doa qunut pun tak hafal..inikan nak jd imam..haihhh

    Reply↓
  24. hafizmd on August 7, 2012 at 3:15 am said:

    Datuk LCW akhirnya tewas tp dia ttp hero kat mata kita semua. Lin Dan mmg liat sungguh!

    p.s-gua mmg sentiasa kacak di mata isteri gua…hohohoho

    Reply↓
  25. fiezaradzi on August 8, 2012 at 7:29 am said:

    haha.. mmg kacak entry ni.. biasa solat terawih kat rumah, susah nak bawak anak2 kecik g masjid, kang solat ke mana, anak ke mana.. so, suami kesian kat isteri, solat sama2 kat rumah..

    main badminton jugak ye? jom lawan..

    Reply↓
  26. Oh! budu on August 10, 2012 at 12:29 am said:

    sekarang dah ada 1 perak 1 gangsa. harap budi terbalas.huhu

    Reply↓

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badgeShow more posts

Post Navigation

← Previous Post
Next Post →

Recent Posts

  • Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Gua di #SBDdB13
  • Esok.
  • Ulu Lubai.
  • Tanya gua 3 soalan.

Recent Comments

  • akubiomed on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • sha on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • Rafhz on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • wandisini on Lelaki kacak kena cukup tidur.
  • ejam on Lelaki kacak kena cukup tidur.
© Copyright 2013 - Lelaki Kacak & Ahmad Faizal | Jobdirumah Review
Infinity Theme by DesignCoral / WordPress