Malam ni, lepas terawih aku akan pulang ke Banting. Aku akan ikut satu kursus selama 2 minggu dan mungkin akan jadi lebih sibuk berbanding sebelum ini. Dan aku akan ambil seminggu cuti selepas itu untuk menyambut Hari Kemenangan Umat Islam bersama dengan keluarga tercinta. Dan tempat aku kursus tu dekat dengan Banting. Dah lama aku tak berpuasa dekat dengan keluarga bila time kerja ni. Sejak aku belajar di Subang Jaya pada tingkatan 4, amat jarang aku berpuasa bersama keluarga untuk satu tempoh yang lama. Selalunya cuma dapat balik hari Sabtu dan Ahad aje. Itupun, hari Ahad terpaksa pulang kerana tuntutan kerja. Kini, aku dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Ini satu peluang keemasan yang tidak patut aku lepaskan bukan?
Belajar di Subang Jaya selama 2 tahun. 1 tahun setengah di Matrikulasi Negeri Sembilan. 5 tahun ketika belajar di UMS. 3 tahun merantau di Jerantut dan Pahang. Dan kini sudah masuk dekat setahun aku berada di KL. Dari status pelajar sekolah, ke status pelajar kolej dan ke status mahasiswa universiti dan kini bergelar seorang pekerja kerajaan. Tak pernah aku dapat dekat dengan keluarga selama 3 minggu. Jadi, mengapa aku perlu tolak peluang ini, bukan?

Ya. Ini bayaran terbaru dan terkecil aku dapat dari program Text Link Ads sejak aku sertai program ini 4-5 tahun lepas ini. Masih bebayar sehingga ke hari ini. Dulu dapat beratus dan berpuluh dollar setiap bulan. Kini dah tak sampai 1 dollar aku dapat dari program ini pada setiap bulan. Mungkin ini sudah waktu untuk aku berundur dari bermain dengan TLA secara aktif dan menumpukan market tempatan untuk mengaut lebih banyak wang-wang korang. Haha..
Banyak benda yang aku belajar selama beberapa tahun ini. Boleh kata aku kenal internet sejak aku disekolah lagi. Dan aku mula cari duit ketika aku berumur 15 tahun. Dan aku berjinak-jinak dengan blog ketika aku berumur 19 tahun. Dan aku serius mula menulis blog ketika aku tahun akhir di UMS. Menjadi full time blogger selama 2 tahun lebih dan kini bergelar part time blogger disamping kerja tetap aku sebagai penjawat kerajaan. Pendek kata, banyak pengalaman aku dalam dunia internet dan blog. Banyak yang aku belajar. Dari perkara yang tak betul hingga ke perkara betul. Dari white hat, ke black hat. Kembali semula ke grey hat dan kini tegar dan kekar meneraju kegemilangan pink hat atau topi merah jambu atau peneraju revolusi SEO Merah Jambu.
Apa itu Revolusi SEO Merah Jambu?
Haha. Nanti aku terangkan dalam siri-siri SEO yang akan datang. Aku dah bosan dengan SEO white hat, SEO black hat dan SEO grey hat. Jadi, aku cipta satu lagi genre atau elemen baru dalam dunia SEO yang penuh pancaroba ini. Biar korang jadi tertekan dengan kewujudan dakyah baru tentang dunia SEO. Dunia SEO aku agak berbeza dengan taktik tradisional dan teknik Moden SEO yang korang belajar tu. Jadi, mungkin ada orang tak boleh terima terma dan peraturan mengarut yang aku cipta untuk Revolusi SEO Merah Jambu ini. BUkan apa, untuk memeriahkan lagi dunia SEO tanah air dan juga menganggu algorithma pakcik Google yang sepanjang masa dengki pada blog-blog aku. Berjaya atau tidak. Aku perlukan sokongan korang semua. Boleh?

Banyak lagi tagline, ayat-ayat kacak atau keyword baru aku akan wujudkan untuk mengganggu terma-terma yang biasa korang dengar dan gunakan dalam dunia blogging, dunia Alexa, dunia Pagerank, dunia SEO dan dunia buat duit dengan blog. Korang cuma perlu tunggu aje. Seperti mana Ain Maisarah sanggup tunggu aku menerima kehadiran beliau dalam hidup aku. Begitu juga korang kena tunggu kewujudan terma dan tagline pelik dalam kehidupan blogging aku.
Soalnya, korang sanggup terima atau tidak sahaja. Haha..
Ps: Kalau korang dah baca sampai ayat ini, ucapkan tahniah pada diri korang. Korang memang kacak kerana masih sanggup melayan cerita-cerita mengarut aku dalam blog ini.


harap seo merah jambu ko tak mengarut…hahaha….aku bosan dgn seo…penat nak tackle pak cik google
wah ada lak SEO merah jambu hehehe..kami.layan jer lah..
Pink pun pink la..
sebab ada perkataan merah jambu tulah puteri baca sampai habis entri ni…haha. gurau je..
anyway selamat berpuasa bersama keluarga
fuh..idup berjauhan dari keluarga dari zaman muda2 tu..mmg patut pun amik peluang yg ada
pink? oki2..chii sabar menunggu gak la
lame gak bro dah kenal dunia nih..
apkebendenya seo merah jambu ni..bak skit..hehe
perrggghhh…
power betul,siap bagitau sejarah macam mana bermula dalam dunia blog nie
aduiii macam2 kaler ada, akak memang blur dengan semua seo ni
ko memang kreatif dalam bab2 mencipta terma. Titan dan SEO merah jambunya.
salam titan! lama tak jenguk blog ni..sibuk beno..
saspens betul. Nak wujudkan terma Pink hat SEO? adakah ini perjuangan titan yang terkini dalam dunia SEO?
Mungkin titan adalah the next authority in Pink Hat SEO. Tempatan atau global?
Anyway, saya sokong 100%.
dengan senag hatinya akan ku tunggu he
tak nak dah layan seo tu
layan merah jambu tu nak laaaa
larikkkk….
nak jugak aku belajar seo merah jambu.
saper ekkk si merah jambu itu..
Bagus ni tok guru, introducekan satu teknik baru. Berguna untuk semua.
bila nk cerita ni? x sabar2 nak baca.hehe
adeh… apa nak tulis tadi.. terganggu lak jiwa dgn renungan si merah jambu tu..
aku terpikat dekat awek tu. =.=”
Awek tudung merah jambu jugak jd pujaan ko…he3x!!!
keje gomen minggu depan dapat bonus .. balik kampung berbuka memang best bro…
dia main kaler2 dah… adehhhh… tungguuu
Ain maisarah memang penyabar..hehehe..oo kerja kerajaan yer…emm sedikit sebanyak kenal la jugak biodata en titan ni…comel mata ain maisarah tu..wow..
seo merah jambu.. yg confirmnya mesti artikel tu penuh dgn gadis ayu merah jambu. ha.ha.ha.
tima kasih bro kerana sudi berkongsi ilmu…
Malas ar…hahahaha
Harap-harap seo merah jambu ni dapat menerajang penguin dengan panda jauh2. Buhsan ngan permainan google.
tahniah.. tahniah. haha.. merah jambu pulak. cam leh agak je.. hehe
aaahh la..ape seo merah jmbu nih..
den berSEO secukup rasa jer.. letih main banyak2
owh pernah jadi full time blogger rupanya